Nada dan Suara

...
3:38 PTG

BEBAS!! Anda nilailah sendiri secara bebas!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Maaf..sebab agak lama juga saya tidak update blog ini sehingga sahabat saya di dalam islam,saudara zambri rembau siap hantar sms, "mintak tolonglah update kan laman web cito2 baru". Insya Allah zambri,hari ini ana update kan permintaan anta. Sebenarnya,saya kurang berminat untuk mengupas persoalan politik parti di blog saya ini,tapi atas rasa tanggungjawab menerangkan kebenaran,maka saya terpaksa juga menulisnya.Tiada apa yang menarik pun cerita baru ini,tajuknya pun bebas. Jadi anda bebas menilainya dan saya ingin menjelaskan,cerita ini tiada kaitan ataupun satu serangan peribadi terhadap diri saya. Ianya lebih berkisar tentang kurangnya fakta si penulis blog ini. Dan diingatkan kepada semua,penulis blog ini bukanlah penentang kerana saya tidak tahu apa yang sebenarnya corak kepimpinan yang dia mahukan. Maka menjadi kewajipan bagi diri saya menerangkan kebenaran walaupun pahit.Semua penerangan saya berdasarkan fakta dan liku-liku perjuangan PAS untuk mendaulahkan Islam di malaysia ini. Di bawah adalah salinan penuh 'muzakarah' saya dengan penulis blog raudhotuzzahra.

Minyak Oh Minyak

BismiLLAH..

Dasarnya isu kenaikan minyak memang membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia. Disebaliknya, saya melihat kenaikan ini ada kesan yang baik dari segi keselamatan aliran kewangan negara. Hanya mereka yang arif sahaja dapat memahami situasi yang sebenarnya. Cuma saya tidak mahu cepat melatah dengan isu kenaikan minyak ini. Perdebatan antara Anwar dan Shabery adalah suatu yang sihat, sayangnya pihak kerajaan sendiri tidak bijak menterjemahkan tindakan yang mereka ambil itu adalah untuk kebaikan negara. Anwar petah berkata-kata, namun pada saya, Anwar belum cukup bijak untuk menangani isu kenaikan minyak dunia yang melampau.

Saya tahu, apa yang Anwar katakan itu cukup memikat hati kebanyakan rakyat Malaysia. "Hari ini memerintah, esok harga minyak turun". Lebih kurang macamtu lah kata-katanya. Adakah mustahil apa yang beliau katakan ini mampu dikotakan. Saya tidak lihat ini suatu yang begitu mudah, yakni kurang dari 24 jam, harga minyak akan turun? Sepatutnya Anwar kena kaji dahulu apa isi perjanjian antara malaysia dengan Shell, EXXOMODIL, BHP dan lain-lain syarikat minyak asing di negara kita. Kita tidak boleh ambil tindakan yang begitu drastik hanya untuk meraih undi rakyat Malaysia tanpa memikirkan kesan langka masa panjang.

Pada saya, kenaikkan minyak ini sebenarnya tidak akan menjejaskan keperluan tenaga dalam negara jika kita RAKYAT MALAYSIA cukup bijak untuk mencipta barangan yang boleh menggunakan tenaga alternatif.



15 comments:

Anonymous Petani said...

Salam...

Are u trying to say that..people who are disagree for sudden increase of oil price is fool

July 18, 2008 11:49 AM
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Blogger ~* Raudhotuz Zahra *~ said...

Pada saya, rata-rata rakyat Malaysia masih sempit minda, tidak produktif, tidak aktif berfikir. Hanya mahu makan suap dan bersenang lenang dengan mudah. Semacam lali dengan candu penjajah. Kenapa mereka yang memprotes kerajaan menaikkan harga minyak ini bukan dari mereka yang arif dalam ilmu ekonomi, ilmu geologi juga perkaitan dengan isu global tenaga ini? Rata-rata yang memprotes ialah mereka yang kurang 'ilmu'.

July 18, 2008 12:23 PM
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Anonymous Anonymous said...

DSAI tampil dgn hujah yg menarik dan jutaan penduduk malaysia menyaksikan debat perdana ini sehingga disebut-sebut ke luar negara... relevennya PETRONAS mengalami kerugian setiap tahun dan jika subsidi masih terus diberikan kerajaan kpd rakyat hakikatnya merugikan rakyat sendiri.... negara jiran seperti thailand dan indonesia x memberikan sebarang subsidi kpd rakyat mereka tetapi harga minyak mereka lebih murah dari malaysia dan rakyat mereka masih hidup...sayangnya org berilmu di negara kita tidak dimanfaatkan sebaliknya hanya menjadi pak turut oleh @#@#@#@....mcm mn nk turun arga minyak klu dh melabur sokongan di sabah n srwk....

July 18, 2008 8:34 PM
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Blogger ~* Raudhotuz Zahra *~ said...

jangan menuduh ikut sedap sahaja.. orang yg berilmu atau tidak. Jika anda bukan berada di tempat mereka yg mengkaji, menganalisis, mencari gali dan bekerja untuk menangani isu peningkatan harga bahan api dunia ni.. anda tahu lah sendiri bagaimana susahnya..
ini tak, sesetengah rakyat Malaysia, bila susah sikit mulalah menyalahlahkan pelbagai pihak.. diri sendiri yang malas berusaha, malas belajar.. malas berfikir untuk mencari solusi kepada masalah ummah.. tak pula nampak.. nampak salah orang je..

July 20, 2008 5:29 PM
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Blogger ~* Raudhotuz Zahra *~ said...

Anwar pandai bercakap untuk menarik perhatian rakyat Malaysia yg taksub dengan beliau je.. tapi cara beliau akan menyebabkan kebocoran dari segi kewangan..
maka dikaburkanlah bagaimana nasib dgn orang miskin di kampung dan sebagainya.. Orang kampung, yg miskin, mestilah takde kenderaan yg kuat menggunakan petrol, jln kat kampung mana ada tol dan traffic jammed.. Musim hujan, ikan boleh memancing di sungai jika tak mampu nak beli kat pasar. Free aje ikan tu.. habis sgt rasa kesempitan kewangan.. bacalah al-Quran selalu, berzikir dan memuji Allah.

belajarlah erti bersyukur!!!

July 20, 2008 5:36 PM
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Blogger Ihya said...

salam..
Amat malang sekali bagi saudari kerana Allah sudah tunjukkan kepada kamu apa yang sebenarnya berlaku sebelum ini. saya ni tak reti nak gaduh..tak reti nak tuduh. Seeloknya saudari raudhoh tarik balik ayat ayat yang menghentam seperti di atas "Rata-rata yang memprotes ialah mereka yang kurang 'ilmu'". saya berani berkata begitu sebab saudari menuduh puak yang "rata-rata".Nampaknya secara tak langsung tuan guru nik aziz tergolong dalam golongan ini kerana dia juga memprotes apa yang berlaku baru baru ini.Termasuk juga Tuan guru Hadi Awang dan beberapa ulama yang memprotes.Takpelah,saya rasa saudari tergolong dalam insan yang Allah beri Hikmah dan kebijaksanaan,tidak seperti kami,"rata-rata kurang "ilmu" dan tidak bersyukur. Soal Anwar Ibrahim,Saya nak tuduh dia baik pun tidak,nak kata dia jahat pun tidak,sebab saya tidak ada di tempat kejadian sebagai saksi yang 4. Setuju kah dan sanggupkah anda wahai pembaca blog ini,menuduh seseorang tana bukti? kalau sanggup dan setuju,moh kite rasa bala akibat bersubahat dalam perkara fitnah. Ingat..Allah Maha Lihat,Allah Maha Tahu,malaikat Allah tak pernah mungkir dengan janji untuk menulis setiap amal.Sekadar menasihat sebagai seorang muslim. Saya juga pernah berbuat dosa. Jangan ingat kita boleh lepas,dunia boleh cakap,syukur sana syukur sini,akhirat itu Maha kekal..silap2,post saya ni pun tak lepas dalam blog ini.wsalam.

Taasub Pada Allah
Solawat pada Nabi

July 20, 2008 11:59 PM
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Anonymous special branch said...

nampak gambar memang menarik,tapi sudah dibuktikan kah lampu itu boleh menyala bila di plug in ke pokok itu? atau sekadar khayalan penulis sahaja? kalaulah blog ini ada vote..maka sendiri mahu ingatlah..jangan marah aaa..

July 21, 2008 12:07 AM
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Anonymous bujangan said...

pendapat saya pula,soal penurunan harga minyak itu boleh di lakukan. Macam kerajaan sekarang,masa pilihanraya tempohari janji tak mahu naik minyak,last minute naik juga,itupun janji bulan 8,tapi sebelum bulan 8 dah di naikkan. Itu menandakan,sesiapa yang memerintah,boleh berbuat sesuatu. Logiknya,sebab siapa yang pegang tampuk pemerintahan,dialah yang berkuasa. Macam juga hal beras yang naik mendadak baru baru ini,malaysia tidak boleh di nafikan sebagai negara pengeluar beras. Keluaran beras dalam negara sebanyak 70%. Maknanya dari segi logik,kerajaan boleh turunkan harga beras,tapi yang berlaku sebaliknya. Betullah tu tuan punya blog suruh kita bersyukur,tapi Allah tak ajar kita satu doa aje.Bagi saya pendapat yg kurang ilmu ini,saya hanya bertaawuz bila tengok berita minyak naik dan beras naik,dan yang paling bakal akan naik ialah tariff elektrik,saya tak risaukan diri saya,sebab saya bujang dan anak tunggal. Tak banyak belanja. Sebab saya bertaawuz kerana malaysia bukan sperti Norway. Norway negara kaya pun tak bersyukur,tentulah jugak norway tu bukan negara islam tapi ini MAlAYSIA..masih ramai lagik orang susah,tidur dalam kotak. Kat kampung saya baru ni pun ramai dah merungut,semua dok pakat reramai nak ubah 2013 nanti insya Allah.Sorry ye tuan blog,kalau terasa tu maaf le. kome gelenyor..:)

July 21, 2008 12:19 AM
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Blogger ~* Raudhotuz Zahra *~ said...

Saya sebenarnya cukup benci dengan manusia yang kurang menjaga hubungannya dengan tuhan tapi pandai cakap dan bersoal agama bukan main..

July 21, 2008 8:43 AM
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Blogger ~* Raudhotuz Zahra *~ said...

saya hormati TGNA sebagai seorang ulama'. Tapi dalam beberapa hal adakah beliau cukup bijak dan berkemampuan untuk mempimpin negara. Jika ya, kenapa beliau tidak mengorak langkah ke peringkat nasional. Kita semua seia maklum bahawa pemimpin atasan negara banyak terlibat dalam korupsi, aurat juga tidak dijaga dgn sebaiknya bg wanita. tetapi kenapa PAS yg mendokong cita-cita menubuhkan negara Islam tidak pernah diizinkan Allah?? Cuba kita renung dan fikir.. apa sebabnya? Kalau dah masing-masing yg suka dok bagi komen kat saya ni rasa hebat sangat, gunalah kebijaksanaan anda untuk memacu ummah!!
Jangan sekadar hentam sesedap hati je..

July 21, 2008 8:48 AM
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Blogger ~* Raudhotuz Zahra *~ said...

Saya tak suka berhujah dengan manusia yg tidak terlibat dlm kajian ilmiah atau mereka yg terlibat dgn isu tenaga secara praktikalnya. Teori tak semudah praktikal. Secara keseluruhannya, minda rakyat Malaysia jauh masih sukar untuk membuat perubahan. Rata-rata mahu disogok, disuap utk hidup senang. Soal pokok itu boleh cucuk switch dan menyala lampu macam tu saja memang nampak tak masuk akal. Sebenarnya masuk akal. Cuma saya suka nak ajak untuk kita renungkan maksud ayat dlm surah an-Nur ayat 35.
Saya boleh sarankan saudara ambil sebiji limau nipis, kemudian cucukkan wayar yg bersambung dgn mentol touch light ke buah limau nipis tu.. tgk mentol tu menyala ke tak..

July 21, 2008 8:59 AM
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Blogger Ihya said...

salam!!

Pertamanya,saya rasa terasa lah juga bila baca komen,yelah,kita bersungguh bekerja untuk Allah,beramal kerana Allah,tup-tup,kena komen pula. Tak mengapa saudari,dalam memacu ummah,tak perlu serlahkan apa yang kita buat,Allah Maha Tahu apa yang kita buat.Tapi realiti malaysia sekarang,kena tunjuk kat TV amal kita itu,seolah-olah kena minta redho pemerintah dan penonton dan canang seluruh malaya,kita sudah buat kerja amal dan memacu ummah.Itu bukan point saya dan rakan seperjuangan yang lain.

Nampaknya saudari kurang faham fakta undang-undang. Kalau faham,mustahil saudari akan kata begini "tetapi kenapa PAS yg mendokong cita-cita menubuhkan negara Islam tidak pernah diizinkan Allah?? " .Saya suka nak bertanyakan kepada saudari,adakah PAS menang keseluruhan kerusi parlimen di malaysia ini? Saya lihat sendiri artikel saudari bahwasanya anda boleh di katakan bijak dalam ilmu sejarah negara islam silam. Lihat sendiri dan baca sendiri tulisan saudari sebelum ini. Bagaimana Nabi s.a.w memerintah dengan islam selama 13 tahun? Itu Nabi s.a.w,bagaimana pula salahuddin Al-Ayyubi? berapa ratus tahun? Dan bagaimana pula PAS yang saudari nak bandingkan antara kedua-dua nama besar ini? Celik faktalah,PAS memerintah kelantan,kuasa ekonomi melayu islam yang pegang,kaum lain pula minoriti. Nampak tak fakta ini? Kalau tak nampak lagi,silalah ke kelantan dan lihatlah sendiri.Insya Allah di doakan kedah akan menuruti jejak kelantan dalam cara memerintah. Anda akan nampak nanti,lihatlah nanti.Cuba lihat negeri lain,bagaimana ekonomi orang melayu islam? Anda sendiri yang mungkin bekerja di bandar,bekerja dengan siapa? aha..Itulah hikmah orang yang memerintah dengan Adil dan Amanah. Allah pasti akan bagi peluang memerintah dengan Islam,cuma kita tidak tahu bila. Siapalah kita nak meramal,saudari saja yang bijak meramal orang lain menggunakan persepsi sendiri. Sedangkan kehebatan Cordoba sendiri pun memakan masa beratus tahun,inikan pula nak tafsir PAS memerintah yang baru berumur 100 hari lebih di kedah dan 18 tahun di kelantan. Lord Reid,si penjajah malaya dah buat kitab undang-undang,barangsiapa nak memerintah malaya ini dengan hukum sendiri,kena menang sekurang-kurangnya 2/3 kerusi parlimen malaysia,barulah boleh nak laksanakan apa saja,termasuk hukum-hukum islam. Saya memohon,jangan babitkan pula isu pas di selangor dan perak,sebab di situ mereka campuran,so susah nak laksana sesuatu. Begitulah jadinya kalau kita tak mahu sokong mereka (PAS) yang benar-benar mahu laksanakan undang2 dan negara islam. Sampai masa,bila prestasi merudum kena tsunami politik,gila meroyan (org lain,bukan saudari)tuduh PAS itu lah,ini lah,bela babilah,cina perintah penang lah (koh su kon dulu tu melayu rupanya!!)TGNA kurang ilmulah. Saya tak nafikan TGNA mungkin tak faham tentang pasaran di BSKL,tapi Ilmu Al-Quran yang ada pada TGNA membolehkan dia memerintah kelantan dengan cukup sederhana. Itulah kelebihan TGNA.
Jangan pula lepas ni saudari kata,macammana nak memerintah dengan islam,malaya ni majmuk? Apa,zaman Nabi dulu tak majmuk kah? Nabi s.a.w boleh memerintah dengan Islam dalam keadaan majmuk bangsa yahudi,arab,nasrani dan bermacam bangsa lagi. Jangan nafikan pula zaman salahuddin al ayyubi,lagilah majmuk,tapi semua itu terjadi kerana memerintah dengan Islamlah yang menyatukan semua bangsa dengan Islam,hakikatnya,jazeerah arab khususnya arab saudi,tanah bekas pimpinan Nabi s.a.w 99% muslim. Nampak tak fakta ini? Anda mahukan malaya ni jadi sebuah negara islam berdaulat? Maka yakinlah,Islam pasti memerintah,mungkin PAS,atau mungkin Allah akan gantikan dengan jemaah yang lain dimana pemuda-pemudinya cintakan Al-Quran dan rindukan Sunnah. Bersama kita nanti saat itu..Insya Allah. Ini fakta,bukan dari hati saya kotor.Berani kerana benar.Cakap betul walaupun pahit...

Taasub pada Allah
Solawat pada Nabi

July 23, 2008 1:16 AM
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Anonymous special branch said...

rasanya tak perlu hidup sebagai seorang pembodek dan pengampu,sesusah rakyat ada lagi bersyukur,sesenang kerajaan ada ke patut dia naikkkan apa yang tak patut? crap..

July 23, 2008 1:33 AM
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Blogger ~* Raudhotuz Zahra *~ said...

kpd Ihya.. Saya bekerja dengan orang Melayu ok.. 100% adalah orang Islam di sini. Harap maklum. Jangan fikir ekonomi orang Melayu ni semuanya teruk sangat. Yang dok nampak teruk tu sebab pengotor.
Soal kenapa PAS tak boleh menang ialah kelemahan PAS sendiri. Soal cepat atau lambat, semuanya perlu strategi. Cuma yang sedihnya di kalangan orang PAS sendiri pun belum cukup mantap agama. tapi yang paling sedih bila ada orang yang dok bangga kata berjuang demi agama, hakikatnya, agama pun longgar. Strategi utama ialah perkukuhkan akidah dulu. Macam mana nak menang kalau akidah pun goyah? Zaman pasca Islam, dengan zaman yang telah Islam adalah berbeza. Zaman setelah datangnya keIslaman, maknanya zaman yang telah Allah lengkapkan Islam untuk panduan seluruh umat manusia. Saya cuma nak kata, PAS belum cukup layak utk diberi kemenangan, sebab tu PAS belum menang! Bila saya kata macam ni jangan pula menyangka saya penentang PAS 100%. Kita tak perlu nak bergaduh dalam soal nak tegakkan pandangan masing2. Orang yang tak cukup cerdik je yang dok rasa dia betul semua sampai nak menolak hujah orang lain dengan mudah tanpa selidik dengan betul. Jangankan bila ada orang komen ingat orang tu anti atau penentang..
Masyarakat majmuk bukan isunya.. PAS juga bukan isu utama. Berjuanglah atas nama parti apa sekalipun, tanpa tiket PAS pun, kalau Islam nak menang, Islam tetap akan menang. Isunya ialah THE ESSENSE OF ISLAM IN EVERY MUSLEEM HEART..
Kita belajar sejarah untuk tahu bagaimana tertegaknya Islam melalui panglima-panglima yang hebat bukan diukur dari segi masa, tetapi STRATEGI yang mereka gunakan. Strategi tak semestinya dengan senjata atau alat pembedil yang canggih. Malah untuk menundukkan musuh, adakalanya dengan lidah yang petah dan akal yang bijak pun cukup untuk menang.

(koh su kon dulu tu melayu rupanya!!) >> jelek sungguh bunyinya - MAAF

Saya boleh kata, orang macam anda memang susah untuk dibawa berbincang. Hatta untuk membawa kepada perpaduan ummah pun susah.

July 23, 2008 9:22 AM
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Blogger ~* Raudhotuz Zahra *~ said...

to special branch
orang yang hidup sebagai seorang pembodek dan pengampu tak akan pergi sejauh mana. orang macam ni berpotensi untuk jadi seorang yang munafik atau pembelot.
soal kenaikkan petrol itu wajar,di atas beberapa faktor kerana pembakaran petroleum menyumbang kpd pencemaran alam. Kita sepatutnya go for green environment. Masalahnya, orang Malaysia terutamanya orang Islam ni, belum cukup faham soal tanggungjawap untuk menjaga alam sekitar. Kot ye dengan kenaikkan harga petrol, harga air dan harga elektrik rakyat Malaysia terutamanya orang Islam ni nak faham. Tapi saya rasa memang sedikit yang akan faham. Agaknya nak kena berfatwa dulu kot baru nak faham. Lain dari tu, ada ke siapa-siapa yang bijak kat sini nak tolong design enjin kereta yang boleh guna kuasa elektrik dan jual murah-murah? Atau tukarkan air jadi bahan bakar? Jangan kita ni sesedap hati je mengkritik orang jika kita tidak punyai daya cipta untuk menyelesaikan masalah ummah!!

July 23, 2008 9:35 AM
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Blogger Ihya said...

salam kembali..

Jawapan dan fakta sudah saya berikan,terpulanglah untuk menilai.(koh su kon dulu tu melayu rupanya!!) >> jelek sungguh bunyinya->itu persepsi orang melayu sendiri,yang terlalu perkauman dan lupa membawa Islam dalam kehidupan.Tak percaya,cuba tanya pengikut alif mim nun wau tentang pulau pinang dan perak sekarang. Apapun,saya gunakan ruang anda ini untuk bermusyawarah,bukan nak bergaduh dan menegakkan pendapat politik. kalau saudari bijak dalam strategi,cuba taipkan di sini apakah strategi terbaik bagi PAS untuk memenangi pilihanraya seterusnya mengembangkan Agama Allah di bumi Malaya ini. Sebenarnya syiar Islam yang di bawa oleh PAS terlampau banyak di halang,strategi dah kena,dah menang pilihanraya,tapi nak melaksanakan tuntutan Islam seperti hukum hudud itu di halang. Jadi macammana? Nak isytihar perang? Rasanya ramai lagi yang bakal Almarhum sepertimana tragedi lubuk merbau,memali dan lain2 termasuk di I.S.A kan. Sebenarnya untuk pengetahuan saudari,kami di dalam Pemuda PAS teramat merindui akan Hukum Allah tertegak di bumi Allah ini kerana di dalam Hududlah ,segala hikmah ada di dalamnya.. Segala strategi sudah di pakai,cuma saya mahu katakan di sini,takdir Allah belum menentukan kami memerintah dengan hukumNya (jangan pertikai Aqidah kami).

Sudah lebih 50 tahun Allah beri peluang pada UMNO untuk memerintah dengan Islam,tapi nampaknya Islam di letakkan hanya pada persepsi nikah cerai dan mahkamah syariah di malaysia ini pun tertakluk pada perkara yang tidak melibatkan kemashalatan ummah. Jadi camna? Memang kata-kata saya agak pahit,tu sebab saudari tidak boleh terima pendapat saya dan menuduh diri ini susah nak di bawa berbincang padahal saya tidak begitu,Wallahi,demi perpaduan Islam dan ummah,saya sentiasa rasional namun bersubahat pada perkara syak tidak sekali.

Cuba lihat isu muzakarah yang di canang didalam media,pemimpin kami sentiasa terbuka walaupun sudah mengetahui pihak mereka tengah nazak sekarang ini namun atas kapasiti perpaduan Islam dan ummah,pemimpin kami sanggup berbincang,namun untuk jatuh ke dalam 'lubang jerat' untuk kali kedua,rasanya tidak kot.
saya katakan sekali lagi,saya tidak susah di bawa berbincang dan saya tidak menang dalam isu yang anda bawa dalam blog ini,tapi cukuplah komen saya ini di 'lepaskan' terbitannya oleh pihak anda agar ianya boleh di nilai insan bloggers yang lain.Bukan saya saja yang pandai,ada bloggers yang lebih jitu dan mantap akidahnya dari saya..Apapun saya nantikan strategi saudari yang mantap itu untuk perpaduan Ummah dan Islam,untuk saya bawa ke muktamar di ipoh,perak ogos nanti,insya Allah.harap maaf..wasalam.

Taasub pada Allah
Solawat pada Nabi

July 23, 2008 3:35 AM

Anda nilailah sendiri. Anda berhak menentukan pandangan bebas!!

0 komen anda?:

Pengikut yang tidak taasub