Nada dan Suara

...
10:47 PTG

"Polis Saman Pelajar Pondok"

Anggota polis akui pakai serban merupakan ciri-ciri lebai


Ahmad Nasir memegang surat saman diiringi lebih kurang
100 rakan dari Sekolah Pondok di Pasir Tumboh untuk mengikuti
perbicaraan di Mahkamah Majistret Kota Bharu, semalam.



Seorang anggota polis mengakui seseorang yang memakai serban ketika menunggang motosikal termasuk dalam ciri-ciri lebai seperti ditafsirkan dalam Kamus Dewan.Lans Kopral Che Sidek Omar Mat Hassan ketika menjawab soalan peguam tertuduh bersetuju memakai serban merupakan ciri-ciri lebai seperti yang disebut dalam kamus tersebut.Beliau memberi keterangan tersebut dalam perbicaraan seorang pelajar Pondok Pasir Tumbuh, Ahmad Nasir Darus, 27 yang disaman ketika menunggang motosikal dengan memakai serban tanpa menggunakan topi keledar.Pada perbicaraan sebelum ini tertuduh mengaku tidak bersalah. Perbicaraan itu diadakan di hadapan Majistret Tengku Amalin Aisyah Puteri Sultan Ismail Petra di Mahkamah Majistret di sini semalam.Tertuduh dibela peguam Ahmad Rizal Effende Zainol, manakala pendakwaan pula dikendalikan pegawai pendakwa, Cif Inspektor Mohd Yusri Mamat.Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 20 September tahun lalu di Jalan Pasir Tumboh, dekat sini kira-kira jam 6.30 petang.Che Sidek berkata, saman dikeluarkan terhadap pelajar terbabit atas arahan pegawainya kerana pada masa kejadian tertuduh didapati menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar sebaliknya memakai serban.Peguam bela sebelum itu mengemukakan kepada mahkamah dokumen Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan Motosikal (topi keledar) 1973 yang merujuk kepada pihak yang dibenarkan untuk tidak memakai topi keledar.Ahmad Rizal membaca dokumen pengecualian tersebut di mana kata beliau kefahamannya istilah haji, hajah, lebai dan Sikh tergolong dalam pengecualian itu.Che Sidek sebagai seorang pengendali undang-undang seharusnya memahami undang-undang terlebih dahulu sebelum bertindak kepada orang lain, katanya.Saksi terbabit bagaimanapun tidak bersetuju dengan dakwaan itu dan tetap menyatakan hanya haji, hajah, lebai dan Sikh sahaja yang dikecualikan tidak memakai topi keledar.Ekoran itu pihak peguam mengemukakan maksud lebai seperti yang terkandung dalam Kamus Dewan dan Kamus Pelajar dan meminta saksi membacanya.Saksi kemudian membacanya seperti terkandung dalam kamus itu di mana katanya, lebai bermaksud orang yang tahu tentang agama, bibirnya bergerak-gerak bagai membilang tasbih dan orang yang mengerjakan sesuatu yang bersangkutan dengan agama Islam.Pada peringkat awal prosiding peguam meminta saksi mengucap dua kalimah syahadah serta menjelaskan maksudnya sebagai membuktikan statusnya beragama Islam.Tertuduh disaman di bawah Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dibaca bersama Seksyen 128(1) akta yang sama.Jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan.Kes tersebut akan disambung bicara pada 21 Julai depan, manakala 4 dan 18 Ogos pula hujah balas. Keputusannya akan dibuat pada 15 September depan.Sementara itu, lebih 200 pelajar pondok mengiringi Ahmad Nasir sebagai sokongan moral terhadap perjuangannya menuntut hak dan kebenaran. (berita sumber dari harakah dan utusan )

3:13 PTG

Jasad Ariel Sharon yang kaku.

jasad ariel sharon membusuk,sedang bergantung pada alat pernafasan

Salam alaikum para bloggers dan tetamu yang di rahmati Allah,

Baru saja saya rasanya saya posting video dan kisah anak kita yang di bunuh israel zionis,saya hari ini mendapat satu momentum baru dalam hidup. Hari ini saya mendapat satu e-mail dari seorang sahabat di mailing list yang menghantar satu gambar yang penuh makna bagi diri saya,sebagai pengiktibaran buat diri sendiri serta contoh balasan pada mereka yang ingkar,khususnya kaum yahudi. Gambar yang anda lihat ini adalah gambar yang mungkin anda sedang lupakan kejahatannya di bumi palestin. Inilah dia gambar terbaru Panglima Perang Israel,Ariel Sharon. Siapa yang tidak kenal dengannya? Musuh umat islam nombor wahid,ingatkah anda tentang tragedi pembunuhan beramai-ramai Sabra dan Shatila? Inilah dia orangnya..Ketahuilah..Bahawa As syahid Muhammad,bayi malang yang di bunuh zionis sedang berlari-lari di syurga yakni Taman raudhoh,...menunggu abi dan umminya untuk bersama-sama dalam kehidupan yang kekal. Manakala..Ariel Sharon laknatullah..jasadnya membusuk menghadap Allah s.w.t sedangkan nyawanya masih ada akibat kompilasi penyakitnya sehingga sekarang. Tahniah Ariel Sharon!!.
Benarlah firman Allah SubhanahuWata'ala :"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Qur'an itu benar "(Fushilat:53)

11:24 PTG

Anak kita sedang di bunuh!!!

Salam...

Cuba tenung dalam-dalam wajah kanak-kanak ini,khusus bagi yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak kecil ,anda akan terasa seperti binatang jika tiada setitik pun air mata anda menangisi kematian anak kecil yang bernama muhammad ini.(binatang pun tahu menangis). "Saksikanlah Wahai Allah,penderitaan saudara kami di palestin,Saksikanlah Wahai Allah,penderitaan jiwa seorang ibu dan ayah yang menunggu wujudnya zuriat selama lima tahun,saksikanlah wahai Allah,hambaMu yang kecil bernama Muhammad ini di bunuh zionis,Saksikanlah Wahai Allahhhh...Zionis ini sedang mentertawakan kekuasaanMu.Wahai Allah..Saksikanlah..Sesungguhnya jiwa kami berkobar-kobar ingin menuntut kembali nyawa anak ini, dengan gantian seluruh nyawa tentera zionis laknatullah".Berdoalah wahai bloggers muslimin agar Allah menerima doa kita semua.Ameen Ya Robb.


video

10:40 PG

Doa teman teman semua membawa kejayaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Hari ini saya berada di bandaraya Johor Bharu. Bertolak pada petang semalam (1630-23-6-08) dari stesen KTMB Tampin dan alhamdulillah selamat tiba di Stesen KTMB Johor Bharu pada jam 2013. Terus cari tempat penginapan bersama seorang rakan yang bersama-sama untuk mengambil RAE exam. Tahukah bloggers semua apakah itu RAE? RAE ialah singkatan dari Radio Amateur Exam atau di dalam bahasa melayunya di panggil peperiksaan radio amateur. Tahukah anda apa itu radio amateur? Radio amatur adalah sejenis alat perhubungan 2 hala yang menggunakan rig (sejenis radio) ataupun handy (walkie talky) Yang penting taliannya PERCUMA. Cuma anda perlu membayar rm 24.00 setahun untuk lesen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Sebelum anda ingin ke udara,anda WAJIB,tidak boleh tidak mesti mengambil peperiksaan ini untuk membolehkan anda apabila lulus peeperiksaan tersebut (mumtaz) anda akan di anugerahi lesen untuk mengendalikan radio amatur ini. Lesen permulaan bagi radio amatur ialah kelas B iaitu anda akan menggunakan callsign (tandapanggil) 9W2 (9 whiskey 2) dan jikalau anda lebih pandai dan berani lagi,anda boleh mencuba mengambil lesen kelas A yang membolehkan anda beroperasi di kesemua frekuensi radio.Tanda panggil bagi lesen kelas A ialah 9 m 2 (9 mike 2 ).

Jadi peperiksaan pada jam 1400 ini,bertempat di International Convention Center,PERSADA,Johor Darul Takzim akan menentukan sama ada saya boleh berkomunikasi dengan operator radio yang lain di seluruh dunia malah dengan angkasawan!!. Maka saya dengan rendah diri meminta ampun dan maaf pada bloggers semua dan minta di doakan agar saya,insya Allah berjaya dalam peperiksaan ini. Ameen. Cherio,salam contact perdana,73, assalamualaikum..

9:01 PG

"Sekurang-kurangnya dia masih hidup"

Tak tahu macam mana nak mulakan bicara, setiap kali jari mula mengetuk 'keyboard', mata mula berkaca.

'Let's put it this way'..."tiada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barang siapa beriman kepada Allah,niscaya dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."(maksud AtTaghaabun: 11).

Sebaik saja berita lanjutan 2 tahun itu keluar dalam Harakahdaily petang tadi, saya rasa seolah-olah ramai sangat yang turut "berkabung' dan menangisi keputusan yang tidak berperikemanusiaan itu.

Tak daya saya nak melayan SMS dan panggilan telefon dari mereka yang ingin menyatakan kesedihan, di samping meminta saya terus tabah menghadapi keputusan yang zalim itu.

Sekadar mengimbas kembali, 10 dan 11 Jun, "hari-hari terakhir 6 tahun" saya rasakan hidup bagai di atas bara api. Setiap kali tengok kalendar, fikiran jadi amat tertekan. Kepala jadi sakit yang amat sangat dan ubat paling baik ialah ... tidor. Tapi tak boleh dilayan sangat.

Saya pergi GIANT membeli jus Peel Fresh Orange dan snack kegemaran saya - Vochele roasted almond .... tapi bila tiba dirumah, tak ada mood pula untuk menjamahnya.

Saya sibukkan diri dengan kerja-kerja kempen dan kebajikan keluarga tahanan yang masih bertimbun. Fikiran difokuskan terhadap program terdekat. Malu rasanya untuk menghadiri sidang media, dengan mata yang bengkak kesan tangisan yang berpanjangan.

Lega sedikit, ada cermin mata untuk menutup kekurangan itu.

Saya amat bersyukur pada Allah SWT, Tuhan yang memberi nyawa, yang masih mengizinkan nadi saya berdenyut, yang membolehkan saya menghirup udara pagi ketika terjaga dari tidur.

Di sebalik tekanan perasaan yang tinggi, saya berjaya mengharungi saat-saat sukar, sebelum menerima berita/keputusan yang amat berat itu... Alhamdulillah.

"Sekurang-kurangnya dia masih hidup dan boleh dilihat walaupun di sebalik kaca ...."

Ya .... itulah realitinya.

Saya reda dengan semua ketentuan-Nya. Sekurang-kurangnya, saya telah cuba melakukan yang terbaik untuk melihat dia bebas.

Bila-bila masa, sekiranya saya dipanggil Ilahi, saya tidak akan merasa terkilan/bersalah, kerana saya telah berusaha dengan pelbagai tindakan yang sewajarnya, untuk membantu mengembalikan nama baik dan hak peribadinya yang sedang dicabuli oleh mereka yang amat ego dan "sedang diberi kuasa oleh Allah" ketika ini.

Kemungkaran ISA terlalu besar dan terlalu zalim untuk dibiarkan begitu saja. Saya tidak kesal dengan keputusan ini (menangis tu biasalah bagi orang perempuan).. malahan semangat juang tetap membara di sanubari saya ....

Semoga Allah permudahkan semua perkara dan memang Allahlah penentu segalanya. - detikdaily.net _

berita sumber harakah daily

3:15 PG

Bilakah keadaan ini akan berubah? Kasihan rakyat Sabah..

Salam.. Bilakah agaknya keadaan ini akan berubah? kasihan anak anak ini meyabung nyawa mencari ilmu....

8:52 PTG

Ubah Cara Hidup! Ubah Gaya Hidup!

Ubah Cara Hidup! Ubah Gaya Hidup!

Ni surat yang nak di hantar kat PM kita. Bukan saya tulis. Ada lah sorang kawan tu fanatik giler kat PM kita. Dia mintak tolong panjang-panjangkan. Jadi saya post kat sini..

Kepada Pak Lah… PM kesayangan ku

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepade Pak Lah kerana menaikkan rege minyak..
Selepas ini apebile rege minyak naik.. rege barang yg lain akan naik..
Saya akan merubah tabiat saya dari makan ikan kembung yang dah merah mate dan pecah perut kepade ikan kering saja..

Saya sanggup berkorban untuk UMNO dan BN..
Anak saye yg seramai 5 org itu boleh bekerje selepas waktu sekolah untuk membantu keluarga dan meneruskan tradisi menyokong UMNO dan BN..
Saya akan merubah bilik-bilik yg ade di rumah saya untuk dijadikan tempat menternak ikan dan menanam sayur secare hidroponik..
Saya terpakse tanam dalam bilik kerna saya dok kat umah flat..
Rebet yg diberikan kepade saya memang melebih dari keperluan saya..
Apebile saya congak.. saya hanya menggunakan 20 sen aje duit minyak moto sehari.. Ade untung 21 sen..
Saya tak pakai pon kete… Sebab bile minyak naik.. Saya kene jual datsun kotak mancis saya.. Dapat gak duit..
Anak-anak saya, saya akan soh eksesais setiap hari dengan berjalan kaki atau naik beskal ke sekolah sejauh 5 km..
Walaupon saye berpendapatan rm 1000.. ia terlebih cukup untuk keluarga saya…

Buat permulaan untuk merubah kehidupan saya.. Saya tidak akan menggunakan gula… tak akan menggunakan tepung untuk buat jempot-jempot..Saya akan menggantikan beras ngan ubi… Setiap hari saya dan keluarga akan berpuasa (kecuali pade hari hari yg dilarang ajerk)..
Saya akan buat minyak masak sendiri. Itu antara care saya merubah hidup..
Ade banyak lagi care
Semuanya kerna UMNO dan BN..

Dan saya ingin meminta Pak Lah supaya menaikkan lagi rege minyak yg ade..
Bukan tu ajerk.. diminta menaikkan lagi rege tol kerna orang sebelah rumah saya nih org pembangkang dia selalu ikut highway, bior padan ngan muke dia..
Mungkin Pak Lah boleh melawat saya dan bersedekah kepade saya sehelai kain pelikat dekat-dekat pilihanraya nanti..
Insya’allah kain pelikat itu saya akan framekan dan gantung dirumah.. tapi jangan lupa.. Pak Lah tandatangan yerk..!

Jgn lupe Pak Lah.. naikkan lagi rege minyak..
Jgn turun kan gaji menteri-menteri dan tuan penasihat 25%..
Saya tetap akan menyokong Pak Lah..

Kerana Pak Lah saya sanggup buat apa saje..ubah itu,ubah ini..

Akhir kata bior Pak Lah senang, janji kami susah.. hidup UMNO! hidup BN!..

Sekian terima kasih..

p/s : sampaikan salam saye pade KJ dan Patrik Badawi.. dan tak lupe gak tuan punya syarikat Scomi..oh lupe pulak, juga pada Ezam. Semoga murah rezeki.. ;)

Pecah kaca, pecah gelas,
Sudah baca, harap balas.

Yang Benar,
Peminat a.k.a Penyokong mu

9:12 PG

Pusat Bekam ( al-hujamah ) telah di buka

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan izin Allah s.w.t,satu pusat rawatan secara islam iaitu secara berbekam ( mengikut sunnah Rasulullah s.a.w dan refleksologi telah di buka bertempat di Tampin,negeri sembilan darul khusus. Kami juga boleh memberi perkhidmatan ini ke tempat anda.Sebarang pertanyaan dan tempahan hubungi talian terus: +6 012 3737699 (abu ali) atau sms +6 013 6677787 (azhar gi)

تم بحمد الله تعالى افتتاح قسم الطب النبوي للعلاج بالحجامة على نهج السنة النبوية المطهرة
تمڤين
نڬري سمبيلان
ماليزي

11:49 PTG

Pilot peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan

Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.

Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :

Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.

Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur

Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.

Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.

Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.
gambar sumber dari http://ibnuqalil.blogspot.com/


Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS. Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.

Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.

Al-Fatihah.

sumber berita dari http://www.hululangat.net/listing-Pilot+peluk+Islam+setelah+pesawat+bawa+jenazah+ulama+dilindungi+awan-52.html

1:10 PG

Percaya kah Anda ??

Salam

JOM,Mari kita semak laman ini,saya cabar anda!!!

http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/

cuba semak ini. dua pendaftaran untuk orang yang sama

bandingkan: T715511 with A0624038 dalam daftar pemilih, nama yang sama, tapi satu undi pos, satu undi biasa

bandingkan: T719756 with A3170255

Pattern no. IC yang seiras…
Perhatikan susunannya 0015, 0079, 0023, 0057…
Suratan atau kebetulan?

Yang saya hairankan,pilihanraya dah berlalu,saya semak kembali di laman SPR,masih wujud lagi nama mereka yang berumur lebih 100 tahun. Tak percaya?? Cubalah semak..
951114750015
950531710079
940407750023
941121750057
semak ic ini di sini: http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/

dan nombor ini semua..ini hanya segelintir yang di kesan sahaja. Belum lagi 'hantu-hantu' yang lain...
801018775059 800311086231 811028045577 830416610017 841207065917 851222740019 850513106435 851117106729 850802106378 850916086838 860320145365 861101105077 860208145701 860320145357 861217145011 860126145839 871205740015 870914105781 870418105790 871016146308 881231100432 881103750027 880505066047 880906087033 881030136332 891102740096 891129740088 890520610089 890112146416 890920076065 890403615016 910609755079 920622710069 890211050014


Habislah malaysia kalau 'hantu-hantu' ini menguasai peti undi atau 'hantu-hantu' ini berpaling tadah semasa pilihanraya lepas? 'Hantu' pun jiwanya tertekan,minyak sudah naik,'kemenyan' pun naik harga!!

(sumber dari http://pilihanraya2008.wordpress.com/2008/02/27/sukakah-anda-dengan-hantu2-ini/)

6:55 PTG

Keistimewaan Umat Islam Yang Bersujud.

Bersujud dan keistimewaannya

Sewaktu bersujud,kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati akan hajat kita itu sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya ketika solat bersendirian.
Sabda Rasul s.a.w :- "Suasana yang paling hampir antara sesorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa didalamnya". Solat sunat Dhuha di tepi pantai (sumber dari hewiperkepis.blogspot.com)



Banyak doa yang di amalkan Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat. " Ya Allah,tambahkan bagiku rezeki yang banyak lagi halal,iman yang benar,ilmu yang bermanfaat,kesihatan yang elok,kecerdikan yang tinggi,hati yang bersih dan kejayaan yang besar."
Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah didunia dan di akhirat.
Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa didalamnya. Rasulullah s.a.w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.
Keistimewaan umatnya yang bersujud telah di sebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:- "Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"
Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"
Jawab Baginda : "Tidakah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam warnanya,sedangkan didalamnya pula terdapat seekor kuda putih bersih,maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"
Sahabat menjawab : " Bahkan!" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berseri-seri) disebabkan mereka bersujud (didunia),segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudu'!!!"

Keistimewaan sujud

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :- "Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan)kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki,Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah,lalu mereka di keluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (didahi mereka),dimana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu,lalu mereka pun keluar dari neraka,maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka (nauzubillah) selain bekas sujud"
Begitulah Allah memuliakan hambaNya yang ber gambar sumber dari www.drkadir.blogspot.com

sujud.Ada beberapa jenis manusia selama hidup saya melihat tentang perihal kesan-kesan solat.Ada yang tiada kesan kerana dia bersolat dengan sujud yang tidak lama.Ada yang kesannya kelihatan ketika dia mengerutkan dahi (biasanya orang ini bersujud dengan meletakkan kain untuk mengalas dahi) Ada yang bertanda hitam di dahi kerana memang dia ahli solat dan sujudnya yang panjang dan ada sejenis lagi,sengaja menghitamkan dahi (semacam menghitamkan rambut bukan untuk tujuan jihad)dengan cara menggeselkan dahinya atau menghantuk atau melukakan agar dilihat seakan-akan orang yang kuat solat serta sujudnya. Jauhilah perbuatan yang akhir. Apapun yang penting sekali bukanlah kerana kesan solat di dahi itu pengukur segala amalnya. Cuma disini saya ingin menguatkan betapa kesan sujud di dahi itu sepertimana sabda Rasulullah s.a.w .Akhir kata,Orang yang sujud mendapat keistimewaanNya apatah lagi didalam sujud itu kita berlama-lama dalam berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

9:40 PTG

Langit daerah Johol di pagi hari..


سبهان الله،چنتيقڽ ڤمنداڠن يڠ داڤت راكم ڤد ڤاڬي هاري د سواتو كاوسن لاڬيندا د دايره جوهول.

8:48 PTG

Orang hilang di jumpai semula.



Au chung Ming,begitulah nama bagi lelaki istimewa ini. Kehilangannya amat mengemparkan seluruh ahli keluarganya.Tahniah kepada mereka yang telah menjumpai lelaki istimewa ini. Juga Tahniah buat abg aji kita, YB Hj Taufek dari Dun Paroi kerana bersama-sama pada hari itu. Untuk pengetahuan semua, Yb Hj Taufek adalah antara tenaga sukarelawan Kijang Care iaitu satu pertubuhan NGO yang di asaskan oleh Dato Hj Husam Musa yang berjaya membawa balik kembali Adik Norazreen yang di larikan oleh seorang pemuda indonesia ke Lombok Timur,Indonesia.

6:52 PTG

Takdir Allah telah menentukan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini telah berlaku peristiwa yang agak mengemparkan bagi diri saya. Ianya berlaku di depan mata saya dan Maha suci Allah, Allah telah menetapkan yang terbaik buat saya serta keluarga. Mungkin doa dari para sahabat handai serta anak isteri,pakcik saya selamat dari panggilan maut.
Kisahnya bermula pada pagi tadi apabila pakcik saya ini telah datang berjumpa untuk meminta bantuan kerana lori 2 tan miliknya mengalami kerosakan pada bahagian enjin dan perlukan bantuan saya untuk menarik lori tersebut lalu di hidupkan dengan cara memasukkan gear. Agaknya kisah dah tersurat,saya menarik lori itu dengan menggunakan rantai besi dan memulakan tarikan dengan cara tarik mengundur di bahagian belakang lori tersebut. Saya tidak terdengar jeritan dari pakcik meminta jangan di tarik lagi kerana bunyi enjin kenderaan yang saya gunakan untuk menarik agar kasar bunyinya. Depan mata saya sendiri lori itu pun "srrrr"...terbalik..:(.
Saya tidak menunggu dengan lebih lama,berhentikan kenderaan saya lalu berkejar ke lori tersebut. Dari jauh saya dah nampak isteri pakcik saya dah meraung macam kena rasuk.."abang"!! abanngggg"!!....Saya rasa macam nak pengsan. Saya lompat ke atas lori seraya menjerit namanya .."astagfirullah..pakcik...pakcikkk..ok ke tak?!"..Hati saya terus lega bila mendengar suaranya..Suaranya cukup penting bagi lutut saya ini gagah berdiri. Makcik nampak masih tak keruan lagi,dah macam kena rasuk memanggil abangnya. Dengan sedaya upaya,saya selamatkan pakcik dulu untuk keluar dari lori. Nampaknya dia tidak mengalami langsung kecederaan yang memudaratkan badan. Alhamdulillah ,syukur pada Allah kerana mengurniakan hari yang penuh berkat. Kalau tidak,tak tahulah saya apa yang akan terjadi.

Setelah melepaskan lelah,timbul satu perkara,bagaimana pulak nak bangunkan lori ni?

Ahh..sudahhh.. Pakcik saya ni mencadangkan untuk memanggil trak penunda untuk memudahkan kerja. Saya kurang bersetuju dengan cadangannya memandangkan jarak yang agak jauh dari bandar dan ini akan di ambil sepenuhnya peluang oleh "tauke-tauke" untuk "menyembelih" harga. Maklum sajalah,minyak baru saja naik harganya malam tadi. Macam-macam boleh berlaku. Setelah penat bertelagah,akhirnya satu keputusan telah di buat. Saya menggunakan segala kepakaran yang ada dan dengan bantuan sebuah lagi trak 4x4 milik saya,Alhamdulillah..segalanya selesai dalam jangka masa kurang dari 1 jam untuk menegakkan semula posisi lori tersebut..Alhamdulillah....

Untuk pengetahuan sahabat blogger semua,sebelum ini pernah juga berlaku kejadian seperti ini tapi tidaklah sampai terbalik..hampir-hampir sajalah...dalam kehidupan kita seharian yang sebenarnya ialah dalam teknik membawa kenderan berat ini,apa yang penting jangan hilang kesabaran dan jangan hilang kawalan. Inilah tips yang berguna semasa memandu kenderaan berat. Dan paling penting,bacalah doa perlindungan semasa membawa kenderaan sebagai ikhtiar kita pada Allah dan yang paling penting sekali,JANGAN sekali-kali buat MAKSIAT dalam kenderaan anda. Tak kisahlah maksiat yang macammana jenis sekalipun. Sehingga bertemu lagi. Maas salama..

Pengikut yang tidak taasub