Nada dan Suara

...
2:33 PTG

Gobind serah bantuan kewangan pada sekolah tahfiz - Malaysiakini



Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo telah menyerah sedikit sumbangan dalam satu Majlis Kesyukuran sempena penubuhan sekolah tahfiz yang dikenali sebagai Akademi Tahfiz Al-Hira dekat sini pada 19 April lalu.

Gobind ketika ditemui berkata, beliau berasa bangga dan berterima kasih kepada pihak yang terlibat kerana diberi peluang untuk bersama-sama memeriahkan lagi majlis kesyukuran sempena penubuhan Akademi Tahfiz Al Hira.

"Saya diberitahu dalam beberapa minggu lalu agar boleh mendapatkan sedikit sumbangan kewangan bagi menjayakan projek memberi pendidikan agama dan tahfiz kepada penduduk di sekitar Puchong.

"Di sini saya mahu tegaskan dua perkara iaitu, sebagaimana kita maklum bahawa saya sebagai Ahli Parlimen Puchong, peruntukkan yang kita dapat ini tidak selaras dengan peruntukkan yang diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)," katanya. Oleh itu, menurut beliau yang berjanji dengan pengetua sekolah ini untuk sedaya upaya untuk mendapatkan sedikit sebanyak sumbangan dari Kerajaan Negeri bagi menjayakan projek ini yang dilaksanakan oleh akademi ini.

Beliau menegaskan bahawa, akademi tahfiz seperti ini cukup penting kepada penduduk di dalam Parlimen Puchong.

"Saya hadir pada hari ini kerana hendak melihat sendiri sejauh mana perjalanan projek yang dilaksanakan dan projek ini memang berjaya. Saya harap, akademi ini akan terus berkembang agar seluruh Puchong bahkan seluruh negara tahu mengenai akademi tahfiz ini," sambung beliau.

Sementara itu, menurut pengetua, Ustaz Mohamad Izan Abdullah Halim al hafiz atau lebih mesra dikenali Adam, akademi ini telah ditubuhkan pada 5 Februari lalu dan telah mendapat sambutan yang sangat mengalakkan. Berita penuh di sini

Sebarang sumbangan ikhlas hendaklah dihulurkan kepada Akaun CIMB, Akademi Tahfiz Al-Hira, 12320000060108 atau boleh layari laman di www.akademitahfiz.com

dzulhaqq - orang melayu yang berfahaman melayu marah sungguh kalau baca berita ni..

0 komen anda?:

Pengikut yang tidak taasub