Nada dan Suara

...
9:31 PTG

Tok Sami Buddha terima hidayah Allah - Malaysiakini




Hari tu kecoh pasai Ngah Kor Ming baca ayat suci Al-Qur'an... semua pro Kerajaan melenting... dasat..! Pak Mufti pun marah, "orang bukan Islam tak leh baca Al-Qur'an... berdosa..!" (aku tak paham tang mana yang berdosa tu sebab setahu aku, yang bukan Islam tak tertakluk pada dosa pahala, mati esok jadik kayu api dekat neraka.

Hidayah Allah bila sampai tidak dapat ditahan-tahan. Gambar ini bukan di edit,di photoshop atau di super impose. Ori tu beb!!

Sesiapa ada kelapangan,tanyalah pak mufti. Apa kata Pak Mufti..?

Perkara ni berlaku di Perak... diulang Perak... bukan di Putrajaya atau di Terengganu atau mana-mana negeri lain.

Komen Pak Mufti jangan tak komen..!



Pope Benedict ketika menyertai solat di turki


sumber
gambar dari topeng perak.

34 komen anda?:

Azizahns berkata...

kalau sami tu dapat hidayah alhamdulillah...

tapi kes kor ming tu lain... dia gunakan ayat suci alquran untuk politik... untuk kempen.. kalau dia jumpa kekawan cina atau sedara mara cina ade ke dia bacakan surah tu untuk mengajak mereka mendalami islam... piiiiraaahhhhh.



mempermain.. mempergunakan dengan memperlajari mendalami islam lain...

PAPA GOMO berkata...

SALAM....
NI PERAK KAT MANA LOKASINYA???
BOLEH MAKLUMKAN DENGAN DETAIL???

SATU LAGI HARAPAN PAKATAN PEMBANGKANG DALAM MENARIK PENGUNDI.....

ADUH...SADIS....

Unknown berkata...

no comment..

pasal kor ming tu, ternyata none muslim yang lebih ingin mempelajari maksud ayat2 alquran itu dari org islam sendiri. mereka lebih tahu apa itu islam kadang2.

Hamba Miskin berkata...

Zizah...

Saya tak nampak nga kor ming mempermainkan ayat al-quran. Dia dan sekelian mualaf di malaysia ini,sama je bacaanya. Cuma beza dia bukan islam.

Ust Riduan Tee,ust Ravi bermula seperti nga juga.

Cuma Nga membaca ayat suci al quran di atas pentas politik. Senario politik pula ada 2. Kerajaan dan pembangkang..

Hamba Miskin berkata...

Wsalam gomo..

nanti aku cari lagi info untuk kau masjid mana,insya Allah.

Hamba Miskin berkata...

hanim husin...

terima kasih atas komen anda. Ada masa ziarah lagi..

Q-Android berkata...

innama 'amalubiniat . . setiap perbuatan dimulai dgn niat. TTg kes kor ming tu kita tidak tahu niatnye. jgn suke2 tohmah kate die mempermainkan ayat al-Qur'an. ada 1 solution utk org cmni, xde ilmu agama yg betul2 dlm (mksd betul ilmu yg dalam mcm sekolah pondok), SENYAP. jgn byk mulut.psl kite xtahu niat die.pabila die ckp ttg ayat surah an-nahl tu,kemungkinan ade 2 kebarangkalian. pertama, org bkn islam myb terbuka hati utk peluk islam yg indah ni. kedua,die myb terasa ingin selongkar dan hayati islam lebih lanjut dan mendalam.itu pendapat sy.kalo xpuas hati, sila komen lagi. byk bende yg nak sy perjelaskan lagi2 kepada parti yg bersifat assobiah tu.ape yg nk dibanggakan sgt idup Melayu tu,tu sume rancangan British laknatullah sejak dulu lagi.cube belajar balik kisah2 kejatuhan turki uthmaniah dan rancangan perang saraf yahudi yg melibatkan british,itali,perancis dan lain2.sume tu inginkan islam itu berpecah belah menjadi kpd negara2 dan menanamkan sifat nasionalism.Xsedar lagi ke?? yg penting, kembalikan izzah ISLAM DIMUKA BUMI NI.Takbir!! ALLAH MAHA BESAR!!

Hamba Miskin berkata...

Syukran atas ziarah..

Anda benar Ibnu Ahmad...terima kasih atas komen saudara

Kurniaan Ilahi berkata...

hidayah Allah milik semua.. inshaAllah bg yg telah mendapat hidayah samaada dari lahir, dipertgahn usia atau bila2 masa..kita pegang erat2 hidayah Allah itu..jgn biar ia terlepas dari genggaman..

amirah aishah berkata...

syukran akhi ziarah blog sy..
alhamdulillah mereka terima hidayah Allah..

Hamba Miskin berkata...

Syukran Inspirasi..

mudahan ramai lagi akan memahami islam.

Syukran Amirah..

Saya tak pasti mereka terima hidayah penuh atau tidak. Hidayah ini banyak peringkat. Kalau mereka belum mengucap 2 kalimah syahadah,ber erti Allah baru memberikan hidayah dalam hati mereka untuk belajar.

Hidayah Bukannya milik manusia. Kalau hidayah milik manusia,sudah pasti Nabi s.a.w beri hidayah pada bapa saudaranya yang mati dalam keadaan bukan islam.

Hamba Miskin berkata...

Apapun gambar sebegini di harap membuka jalan daawah pada mereka penganut budha atau kristian untuk mendekati islam. Dekati dulu,fahami dulu..barulah mengucap.

Ingatlah kembali kepada sejarah pengIslaman Ust Ridhuan Tee,Ust Ravi dan Saudara Ann Wang Seng Abdullah.

Sekadar menyebut beberapa nama..

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah.
hidayah Allah tu.
dtg tanpa diduga,

MujahidahPuteri berkata...

salam ziarah.masyaAllah,subhanaAllah.

Husaini berkata...

masya Allah..
smoge Allah bagi hidayah dkt ramai lg umat manusia..

Hamba Miskin berkata...

Syukran kepada sajeedhani atas ziarah. Anda memang benar..


Halimah Ja'par..

Masya Allah,Subhanallah..Inilah kalimah yang boleh kita lafazkan mengambarkan kelu lidah..hati beriman.


Husaini..

Semoga doa kamu di aminkan sekelian malaikat..

Paan Lee berkata...

Salam, terima kasih singgah di blog saya, :D sudah baca entry ni psl sami sembahyang. sgt menarik :D

Ameen Muslim berkata...

Salam

Pertama sekali, saya dengar isu ni hari Sabtu lepas. Memang malu jugak la sal org lain tau tentang isu ni tapi saya x (jelas yg saya x peka dgn isu semasa). Saya dgr isu ni time sesi Q&A slps kuliah agama di Masjid Darul Ehsan Subang.

Penceramah time tu, Ust Zulkifli Baitul Qura' mnjawab persoalan tntang isu ni setelah diajukan oleh seorang pak cik. Beliau mnjawab tidak mengapa kalau non muslim nak baca Quran. Tambah beliau ramai juga non muslim masuk Islam kerana mendapat Hidayatul Quran itu sendiri. Thus, there is no problem if non muslim wants to read Quran.

Saya teringat akan perbualan dgn ustadz kebanggaan saya tentang non muslim sentuh n baca Quran. Beliau cakap mereka tidak berdosa sal mereka memang dah confirm masuk hell unless they converted into Islam. Sambung ustadz saya, ramai org di Amerika skrg masuk Islam kerana mereka mengkaji Quran. Thus, napa 'mufti' kita tak persoalkan isu tu. Sal mereka bukan rakyat kita kerr? Nonsense!

In the nutshell, kalau non muslim tu baca Quran utk ilmu just go on. But, kalau dia gunakan Quran utk dipersendakan, kita doakan pohon hidayah kpd dia jugak...

Wallahu 'alam

P/S:Ini sekadar pndpt saya sbg insan yg dhaif. Kalu pndpt ini x mmberi makna, just ignore it.

amar husaini ismail berkata...

aziazah ns said:tapi kes kor ming tu lain... dia gunakan ayat suci alquran untuk politik... untuk kempen.. kalau dia jumpa kekawan cina atau sedara mara cina ade ke dia bacakan surah tu untuk mengajak mereka mendalami islam... piiiiraaahhhhh.



mempermain.. mempergunakan dengan memperlajari mendalami islam lain...

cik azizah ns,ese galak kan ekau baco sinar harian jumaat 17 april,artikel timbalan mufti perak

ese dh tanyo mufti n9 dah berkaitan hal ini..

sonang yo mufti jawab,ALLAH sajo nk bagi pengajaran pado org2 mcm azizah ns yang mengaku islam lagi melayu jati tu sodar sket,malu lah dgn org kafir sket,melayu islam pun berpo korek yo baco terjemahan al quran..


bawak sodar kito ni sapo ateh dunio bai...sapo laie alim??ekau atau mufti n9?fikir2 kan

Azizahns berkata...

orang melayu jangan mudah kemaruk bila dipuji-puji...
niat orang siapalah yang tau... memang saya sangsi ngan kor ming.. kalau betul dia nak pelajari agama lebih baik dia tanya pada tuan-tuan guru dan tak perlulah tunjuk terror atas pentas....

mufti sendiri memberi pandangan tentang gelagat kor ming...
kalau nasihat muftipun tak nak dengar ... nasihat siapa lagi yang boleh digunakan...
dunia dah akhir zaman...

Azizahns berkata...

ditempat saya pun ramai mualaf... dan ade juga orang bukan islam yang menunjukkan minat terhadap islam. Tetapi mereka dengan rendah diri bertanya tentang perkara-perkara berkaitan islam... itulah cara orang nak mempelajari islam....

tapi cara kor ming berbeza... dengan lagak dan bongkak tunjuk pandai... di atas pentas seolah-olah dia tahu segalanya... diguna pula untuk meraih sokongan politik.

kalau benar dia nak pelajari agama islam lebih baik dia pergi kelas-kelas fardu ain atau mendengar ceramah-ceramah agama.

bukannya membeli tafsiran alquran untuk mencari point-point penting untuk digunakan dan di bawa ke pentas politik.

Azizahns berkata...

untuk ameen muslim .. memang benar di amerika ramai pengkaji-pengkaji alquran yang terdiri daripada bukan islam...

tapi ini berbeza dengan situasi kor ming... apa yang di kaji... dimanakah kajiannya... tiada satupun kajian yang dibuat untuk mendalami islam...

pendek kata tak payahlah kita nak bertelagah sesama Islam hanya kerana seorang munafik.

Pelita Di Dalam Kaca berkata...

Azizahns,
Anda patut berhati-hati dengan Sabda Rasulullah saw seperti berikut:
“Demi Allah yang mengutuskan aku dengan sebenarnya menjadi Nabi! Sesungguhnya akan bercerai berai umatku dari pokok agamanya dan kumpulannya kepada tujuh puluh dua golongan.Semuanya sesat menyesatkan yang membawa mereka kepada neraka.Apabila telah ada yang demikian, maka haruslah kamu berpegang teguh dengan Kitab Allah azza wa Jalla (Al Quran).....Barangsiapa mencari ilmu yang lain dari Al Quran nescaya dia disesatkan oleh Allah Azza wa Jalla....”
Inilah yang terjadi kepada suku-sakat Bangsa Melayumu sejak lebih 50 tahun.
Kajilah al Quran dan al Hadis. Bila faham baharulah bermuzakarah..atas yang agak samar.Jangan sampai Kor Ming lebih faham mengenai Islam berbanding anda sendiri nanti..

apam taiping berkata...

azizahns...

nga kor ming bkn org islam,tp die tawu kandungan Al-Quran,anda xrs malu ke sbg sorg islam?anda seorg penyelidik Ilmu Al-Quran?adakah nga mengutuk Al-Quran?adakah nga mengatakan ape yg ternaktub dalam Al-Quran adalah nonsence?kebanyakan org kafir terpesona ngan islam bermula dr mempelaJARI ayat2 Al-Quran...sudahla zizah,jgn provok bende2 camni...tepuk dada tnya iman sendiri tu dulu...

amar husaini ismail berkata...

aik umno buek mcm tu buleh pulak yo zizah oi??

guno ponteh politik caci org lain buleh??


se nk tny brp mufti yg buek statement??
x ramai kan??

tu kan khilafiyyah??

mca mic hino al quran dan sunnah nabi ekau suko yo zizah...dlm umno sendiri,hukum dalam al quran yang qat'ie spt hudud buleh di pertikai kan..nauzubillah...:(

kot nak ber'jidal' tu zizah,bia kono tompek,jgn buek paham sendiri..

se x nak mempertikaikan kehebatan alim ulama malaysia yg kato nga tu salah..sobab dio hebat dan ado pandangan masing2

tetapi itu boleh kah dikata kan suara penuh ulama??

kono paham dan poie belajar sekeliling alim ulama noghori sembilan ni..

di mesir sendiri pendeta kristian qibti yg bagi terjemahan al quran..
tapi mereka yo x beriman


se ghaso ekau laie hebat dr mufti,sobab ekau laie tau niat org....handa ekau bai..:)

amar husaini ismail berkata...

bukan bertelagah,tapi kalau dah paham memocah bolah mcm kau ni zizah,ghonti kan lah bai...

Nurjannah Saifullah berkata...

Assalaamu'alaykum (",)

Moga YB Nga Kor Ming dapat hidayah Allah... soal "hati" adalah rahsia Allah. kita cepat mlenting kalu org kafir baca qur'an. org kafir ni ada 2, kafir harbi dan kafir zimmi. kafir harbi adalah kafir yg wajib kita perangi, krn mrk ada niat dan prcgn nk perangi Islam. adapun kafir zimmi mrk x...

d bandar tmpat ana, ada 3 org kafir (2 org lelaki omputih, 1 org cina)... tiap2 hari ketuk rumah org dr 1 rumah ke 1 rumah. depa bg risalah ttg agama Kistian... depa bkerja sungguh2 mnyampaikn dakyah mrk... (ana baru tau smlm kes ni)...skg ni dpm pnyiasatn phak JAHEINS.

scara ringkasnya... apa yg nk ana kata:
1.Biarlh org bukan Islam mngkaji Al-Qur'an, boleh jdi dgn cara ini mnjadi asbab utk mdapat hidayah Allah...wlupun mgkin pd awalnyer dia mbaca bg tujuan politik..Allah Maha Berkuasa, mbolak-balikkn hati manusia
2.Bekerjalah LEBIH BRSUNGGUH2 MNYAMPAIKN DAKWAH ISLAM, jgn smpai kaum kerabat kita terkeluar dan keluar dr Islam lantaran kita x wat kerja Islam sedangkn di pihak "sebelah sana" buat kerja sungguh2 mnyampaikn dakyah mereka.

Mohon maaf dunia akhirat

WaLlaahu a'lam
min ana al-faqiroh wad-dhoifah ilallaah

Unknown berkata...

Salam sdr.

Yang paling kita takut ialah mengaku Islam tetapi hidup tanpa hidayah. Tidak nampak kebenaran kerana hati kotor dengan ketaksuban duniawi!

Hamba Miskin berkata...

Salam saudara Mountdweller

Terima kasih saudara kerana ziarah di blog saya. Saya selalu menziarahi blog tuan dan membaca kisah ttg diri tuan. Tak sangka pula tuan singgah di sini.

Ziarahlah lagi jika tuan ada masa..

nz berkata...

alhamdulillah..
Allah kan pemegang hati-hati manusia... Dia memberi hidayah pd sesiapa yg dikehendakiNya.

Hamba Miskin berkata...

Terima kasih inas atas kunjungan..

Inas itu beerti apa buat anda?

Unknown berkata...

Moga YB Nga Kor Ming dapat lagi banyak ilmu al-Quran dan kebenaran...

Tanpa Nama berkata...

Toksah cakap banyak. Sila mendaftar dan menerima talqin dua kalimah syahadah daripada YDp ABJAD MALAYSIA.P.K.2090 pimpinan Ustaz Haji Ahmad Che Din

Tanpa Nama berkata...

kenapa perlu saling menyalahkan antara sesama seislam...klu niat kor ming tidak menghina al-quran tak der salah dia gunakan ayat al-quran,kan ker al-quran dan hadis tu adalah dalil nakli yang Allah telah berikan kepada manusia untuk jadikan sebagai panduan..SUMBER ILMU PENGETAHUAN..da org islam pun sendiri ada yang tak gunakan Al-Quran sebagai dalil..thinking positifla...baru ada kemajuan..da klu nak negatif jer..terkebelakang la kita..

Pengikut yang tidak taasub