Nada dan Suara

...
1:27 PG

Woi Orang Islam !!! BANGKIT!!! Mimpikah dikau?? - MalaysiaKini

Tunggulah azab Allah yang lebih besar dari bom kau ini!!




mendidih darah ku YA ALLAH!!



Tak Dapat Aku bayangkan . Jika di dalam gambar ini,aku yang menangis. Yang Terbaring Itu 2 Anak Perempuan ku Dan Seorang anak lelakiku.. ALLAH!!! DENGARLAH!!! Sesungguhnya yang terbaring itu mayat umat Muhammad Mu..

.."Ya Bunayya..Jasad engkau telah kaku,tapi jiwa mu bebas. Telah ku nampak kamu bertiga berlari-lari di taman-taman syurga. Aku tahu kamu merindukan ayah dan ibu untuk bersama-sama berlari dan bermain di sana,sabarlah sayang. Perjuangan ini masih di tahiyyat awal. Tunggulah Qunut Nazilah,maka aku takkan berpaling lagi dari menentang yahudi yang membunuhmu. Dan ketika itu mereka akan ketakutan dan lari lintang pukang. Sehingga sampai ketika,pokok pun akan bersuara.."Ya Abdullah,di belakangku ada yahudi".. hasil karya dzulhaqq


P/S jangan berikan duit bantuan kepada kedutaan Palestin di Malaysia mahupun negara-negara lain, mereka ini merupakan konco-konco Mahmoud Abbas yang mempunyai rekod korupsi yang amat dahsyat. Terus salurkan kepada mereka yang berada di dalam Palestin atau MERCY atau Bulan Sabit Merah atau pertubuhan yang boleh di percayai selain dari kedutaan palestin di kuala lumpur!!


Tasasub Pada Allah
Solawat Atas Rosul

5:37 PTG

Asyik asyik cerita babi,mahu makan sangat kah? - MalaysiaKini

Sedarkah anda?? Dalam pada anda mengutuk PR pembela babi,anda tidak sedar..bahawa orang melayu lah yang paling banyak membela babi. baca dengan tenang ya...

Situasi ini berlaku di negeri sembilan:


Sekumpulan pemburu cina masuk ke dalam sebuah kampung lalu memburu babi. Kenapa pemburu cina itu masuk ke kampung orang melayu? Sebab orang melayu sendiri yang suruh pemburu tu masuk ke tanahnya.
"Aseng,lu masuk gua punya tanah sana. Situ banyak woo babi..Gua tadak bela tapi dia sendiri mali. Lu tangkap elok-elok. kasi anjing lepas sana kebun. Sudah tembak,itu dalah (darah) jangan kasi jatuh gua punya laman lumah (rumah) haa.."Bila sudah dapat ditembak akan babi itu,si aseng bertanya, "Kawan,saya tau lu olang tak makan ini babi,tapi malilah ikut saya pegi kedai kopi,saya belanja makan minum".. Si melayu ni tadi dengan selambanya berkata.." haiya,itu maciam ka? Malilah..lu belanja saya ikut saja maa"..

Benarkah senario ini? Apakah hukumnya? Syubahat kah si melayu ini? Memang benar..ianya berlaku di tanah jiran saya dan beberapa jiran saya yang tanahnya semak samun dan tak diusahakan. Bahkan kebun getah yang di racun setiap 2 kali sebulan pun,sebersih mana kebun dan tanah anda pun tak mampu menghalang babi ini datang menyodok tanah. Menyodok tanah dan memakan kotoran di bumi atas perintah Allah s.w.t untuk tujuan penggemburan tanah. Bukan cacing saja ada manfaat. Setiap penciptaan Allah s.w.t ini ada manfaat. Tak kira taraf seseekor binatang ini halal atau haram,ianya di ciptakan ada tujuannya..

9:45 PTG

Sumpah Laknat Edisi Khas

Jangan marah..cuma untuk peringatan. Ingat mengingat itu baik. Saya tak salahkan sesiapa. Cuma video ini jadikan contoh. Jangan sewenang-wenang suka bersumpah sehingga Islam jadi terjejas... video

8:12 PG

Mufti Negeri Sembilan kena pecat?? -MalaysiaKini


Mufti Negeri Sembilan, Dato' Mohd Murtadza Ahmad yang kontraknya tamat semalam (31/12/2008) tidak akan disambung semula. Menurut maklumat dalaman yang di terima ini berikutan desas-desus yang sering diperkatakan kebelakangan ini tentang krisis beliau dengan Menteri Besar, Dato' seri Muhammad Hassan.

Akhbar dalam talian, Harakah Daily sebelum ini ada melapurkan tentang krisis diantara Mufti dan MB. Krisis ini disebabkan sikap tidak hormat MB terhadap Mufti dan Institusi Agama di negeri ini berikutan tindakan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Mohamad Hassan yang didakwa cuba mengambil alih pengurusan Akaun Amanah Mufti Kerajaan Negeri.

p/s pakat pakat semua dengan ikhwan,berzikirlah maka hatimu menjadi tenang.
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=9733&Itemid=98

1:37 PTG

Tahun Hijrah..Tahun Al Masih.. - MalaysiaKini

Assalamualaykum dan salam hormat..

Malam tadi,selepas jam 12.00 tengah malam atau yang betulnya selepas jam 12.00.01 saat maka tahun baru al masih menjelma dan bertukar menjadi 2009. Tiada apa yang istimewanya tahun baru ini. Apa yang pasti setiap kali tahun baru menjelma,dunia akan di sajikan oleh pertunjukkan bunga api yang berwarna-warni,persembahan kebudayaan dan tak kurang juga persembahan rempit dari mat-mat dan minah melayu kita yang berlumba hingga ke pagi. Ketika saya menulis ini,kedengaran mat rempit memuntahkan bunyi nyaring dari lubang ekzos motor mereka. Agaknya mereka tahu saya menulis tentang mereka lalu meraikan penulisan saya dengan bunyi itu..aha. Lawak tahun baru.

Tahun Hijrah 1430 menjelma pula selepas maghrib kelmarin. Tiada apa yang istimewa untuk di rai. Hanya doa awal tahun selepas doa akhir di baca sebelum maghrib 1429 hijriah. Umurku bertambah lagi pada tahun hijrah. Ianya menjadi 3+ something. Ahh!..Pedulikkan soal umur. Umur ni kalau difikirkan sangat,nak beribadat pun jadi takut. Maka berbahagialah pada mereka yang berumur sejak muda telah mula belajar beribadat. Tahun Hijriah juga telah membuka lembaran Awal tahun yang amat sedih. Hujanan BOM telah melanda saudara kita di palestine,lebih tepat lagi di bawah pemerintahan HAMAS. Allah!! Allah!! Allah!!...Kasihanilah saudaraku di palestine ini.
Wahai yahudi..andai kau datang ke tanah malayuwiyyah ini,kau takkan selamat wahai yahudi!! Percayalah..kau takkan selamat!!. Huh!.. emosi betul aku kali ini. Namapun perasaan. Daripada perasaan syahwat di lontar pada ratu cantik yang berderet di melaka,lebih baik di lontar nafsu sedih ini pada Allah. Mengadulah padaNya.Menangislah padaNya. Dia akan Dengar.Percayalah!! Lambat atau cepat saja.

Juga kesempatan ini saya tujukan dengan ikhlas kepada sesiapa yang mengenali diri ini,maafkan kesalahan saya ketika 1429 hijriah dahulu. Manalah tahu jika ada yang menyimpan dendam atau marah pada saya dalam hati..maka maafkanlah. Juga pada mereka yang berkahwin pada tahun baru ini; hijriah dan al masih maka semoga mendapat zuriat yang bagus akhlaknya. Bukan apa..malam tadi,penangan tahun baru al masih,remaja kita banyak yang membuktikan cinta sehingga ke rumah sewa,hotel 12345 bintang dan yang beribu bintang beratapkan semak samun.

Tak percaya?? Hari ini 1 januari,cukup 9 bulan 10 hari maka akan keluar di dada akhbar. "BAYI BARU DILAHIRKAN DITINGGALKAN DI TANGGA MASJID" atau "BAYI DI TEMUI MATI DI DALAM LONGKANG"...Tunggulah dan lihatlah..

p/s TABIK SPRING SAYA BUAT URUSETIA LANDAS!! SEMOGA ALLAH MEMBANTU KAMU DALAM AMAL MAARUF NAHI MUNKAR!!

Pengikut yang tidak taasub