Nada dan Suara

...
8:31 PTG

"Kebodohan kumpulan tertentu" kata Yang Dipertua Dewan Negara ~ ref MalaysiaKini

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh menyifatkan Pemuda Umno yang melakukan serangan ala-gangster ke atas Ahli Parlimen berkerusi roda dan berusia 69 tahun, Karpal Singh di dalam bangunan Parlimen semalam sebagai orang yang tidak bertamadun kerana menghalang anggota Parlimen daripada menjalankan tugas mereka, lapor mStar Online.

  Beliau mengingatkan, Parlimen sepatutnya menjadi tempat yang bebas untuk membahaskan sebarang isu tanpa dihalang oleh mana-mana pihak. Beliau menyifatkan kejadian itu berpunca dari "kebodohan kumpulan tertentu". Beliau juga menyifatkan kumpulan tersebut sebagai manusia yang tidak memahami penguatkuasaan undang-undang dalam sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.Katanya, insiden semalam bukan hanya memalukan Parlimen malah seluruh rakyat Malaysia.

  "Apa yang berlaku semalam adalah sesuatu yang tragis dan tidak patut berlaku di Parlimen tetapi disebabkan kebodohan kumpulan tertentu, sekatan terpaksa dikenakan terhadap sesiapa yang ingin memasuki kawasan Parlimen," katanya selepas menerima kunjungan hormat delegasi anggota Parlimen Eropah di Parlimen di sini, hari ini.

     Petang semalam, suasana di bangunan Parlimen kecoh apabila sekumpulan Pemuda Umno berindak ala-gangster mafia mengepung ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh sambil meminta Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mengakui ada menyebut perkataan "Pemuda Umno celaka" dan meminta maaf kepada mereka. Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 2.30 petang tadi ketika Karpal masuk melalui pintu utama bangunan tersebut. Kira-kira 20 hingga 30 ahli Pemuda Umno terbabit dan mereka dipercayai dari Selangor.


9:35 PTG

Gempar!! Umno dan Pas bergabung!! - Harakah




Hahahaha

9:03 PG

Apa!! ? 257,411 anak zina?? Tahniah!! - MalaysiaKini

    257,411 (baca- dua ratus lima puluh ribu emat ratus sebelas) anak zina. Bagus!!  Tahniah!! Teruskan mendaulat undang-undang sekular LORD RIED CELAKA ini di malaysia tanah airku.Statistik di atas menunjukkan dengan jelas bahawa inilah `hadiah' 
dari sebuah kebebasan (freedom) yang diperjuangkan, didakyahkan dan 
diterapkan di Malaysia oleh pemerintah sekular. Kebebasan yang 
berasal dari Barat memandang setiap individu perlu diberikan 
kebebasan untuk melakukan apa jua tindakan termasuklah perzinaan. 

Amalan zina tidak lagi menjadi satu perkara besar dalam masyarakat
sekular di Malaysia. Kita telah mendengar ada pemimpin terpaksa 
meletak jawatan kerana aktiviti zinanya dirakam oleh musuh 
politiknya. Kita juga pernah mendengar ada pihak yang menggunakan 
perzinaan untuk menangkap perasuah (semoga laknat Allah terkena 
kepada mereka) yang menjadi musuh politik mereka. Bahkan kita pernah 
mendengar ada ahli politik mengatakan pemberian perempuan untuk 
dizinainya sebagai sedekah. Beginilah parahnya kes yang terjadi dan 
cara berfikir mereka.Dengan angka zina mencecah ratusan ribu, ironinya pemimpin-pemimpin 
sekular pada hari ini hanya melihat statistik ini dengan sebelah 
mata, dan mungkin ada yang langsung tidak melihatnya. Daripada 
melihat angka zina, mereka lebih berminat melihat kepada pertumbuhan 
ekonomi, iaitu KNK negara. Mereka lebih berminat untuk membincangkan 
kenaikan dan kejatuhan indeks di BSKL. Mereka langsung tidak 
berminat untuk campurtangan dan menyelesaikan masalah selain dari 
masalah perut mereka. Inilah pemikiran Kapitalis sejati.

"Apabila zina dizahirkan dalam sebuah negeri, sesungguhnya mereka 
telah menghalalkan bagi diri mereka (penduduk negeri itu) dengan 
azab Allah." [HR at-Tabrani].

Kita melihat bagaimana pemerintah yang tamakkan kuasa berusaha 
mengekalkan kuasa masing-masing. Jika tidak berjaya melalui pilihan 
raya demokrasi, mereka akan menggunakan institusi raja-raja, 
pokoknya mereka tetap mahu berkuasa. Mereka langsung tidak mahu 
berfikir masalah sosial anak luar nikah yang begitu parah ini. Dalam 
cara hidup Kapitalis yang mereka amalkan, amalan zina, arak, judi, 
rasuah dan sebagainya bukanlah masalah besar negara.Malah mereka sendiri tidak pernah menghalang isteri mereka bersosial 
mengikut kehendak kebebasan isteri mereka. Jadilah isteri-isteri 
mereka orang-orang yang rambutnya menggerbang macam puntianak pun 
tidak mengapa bagi mereka, malah mungkin mereka menganggap dan 
menjadikan isteri mereka sebagai orang yang memperagakan 'fesyen 
Islam'. Jadi, tidak hairanlah kalau di kalangan pemimpin negara 
sekular hari ini yang kononnya memperjuangkan Islam, tetapi isteri 
mereka bisa sahaja berpeluk-pelukan dengan aktor Bollywood. Juga, 
tidak hairan kalau pemimpin Negara Islam Hadhari bisa sahaja 
memegang bahu seorang aktres Hong Kong kelahiran negeri Perak.

Dari aspek perundangan, kita juga sudah jijik melihat hakim Syarie 
yang kononnya bekerja untuk Islam, berhukum dengan hukum Kufur, 
undang-undang Hudud telah ditukar dengan undang-undang bikinan 
manusia, iaitu 365 (bilangan hari setahun) iaitu maksima 3 tahun 
penjara, 6 sebatan maksima dan RM5000 denda.
Inilah hukuman maksimum 
yang boleh dikenakan ke atas pelaku maksiat di dalam negara Islam 
Hadhari! 

dzulhaqq-Saya mengundi mereka yang bercita-cita untuk tegakkan hukum Allah. Jadi saya yakin ada 'saham' untuk saya di akhirat kelak.Kepada yang tidak,tunggulah 'saham' anda dan bertanggungjawablah terhadap anak-anak zina ini. Menunggu bilakah masanya untuk merejam dengan batu kepala pelaku penzina yang sudah berkahwin dan menyaksikan sebatan 100 kali terhadap pelaku zina yang belum berkahwin...



3:59 PTG

Dun Negeri Perak Bubar,mungkinkah berlaku dalam masa terdekat ini? - ~ ref MalaysiaKini

j j Salam para bloggers dan pembaca semua.

   Update terkini. Sahabat saya mengatakan hari ini dia dapat satu panggilan dari negeri Perak mengatakan mungkin semua DUN di Perak akan di bubarkan dalam masa terdekat. Entah dari mana beliau dapat berita ini. Saya secara peribadi tidaklah begitu percaya akan khabar begini. Walau bagaimanapun jika berlaku juga Pilihanraya Negeri,maka terpulanglah pada rakyat perak untuk memilih siapa yang akan memerintah untuk 4 tahun akan datang. 

     Yang pentingnya,hak rakyat untuk mengundi semula dan memilih kepimpinan kesukaan mereka. Juga akan berlaku dalam sejarah malaysia Menteri Besar pertama yang memerintah tidak sampai 1 bulan. Kalau BN menang,jawatan menteri besar bolehlah terus di sambung. Kalau kalah,terimalah sahaja kenyataan. Itupun kalau DUN negeri Perak di bubar. Jika tidak..tunggu sajalah pilihanraya 2 bukit itu..

   Juga untuk pak Berahim Ali,anda di pilih oleh pengundi di atas tiket PAS untuk membawa isu rakyat. Ikhlas saya perhatikan,walaupun anda seorang BEBAS,tapi tindak tanduk anda ti dak menampakkan kebebasan. Bahkan anda juga tidak berapa di sukai oleh UMNO sendiri. Saya juga sokong kenyataan TG Nik Aziz  agar Brahim Ali tunjuk "jantan" untuk melepaskan jawatan dan diadakan pilihanraya kecil parlimen pasir mas. Bukannya apa...tak elok mainkan perasaan pengundi....

3:27 PTG

Politik Malaysia,Hudud adalah penyelesaiannya ~ MalaysiaKini

Salam para blogers dan para pembaca.

Saya tahu,banyak ahli politik sekarang agak pening dan mudah meluat melihat situasi politik yang ntah sampai bila akan selesai. Saya juga selalu melihat laman-laman blog yang secara terkejutnya ada yang menyatakan ingin melihat bersatunya dua parti terbesar iaitu umno dan pas. Dan ada juga secara ekstrim telah meletakkan lambang umno ke dalam lambang bulan pas. Tapi itu semua hanya mimpi di siang hari. Baru 2 hari gamaknya meletakkan lambang baru itu,esoknya dah mula bergaduh!! Penyatuan apa ini?

Cara yang paling mudah ialah tegakkan hukum HUDUD jika umno mahukan kuasa memerintah yang lebh stabil. Boleh ke? Berani kah UMNO menegakkan hukum Allah ini yang dah berlapok di telan perlembagaan Lord Reid?? Hanya HUDUD jalan penyelesaiannya. Inilah yang dipinta oleh PAS semenjak dahulu lagi. Soalnya,mahukah UMNO ikhlas menegakkannya?

HUDUD ataupu HAD bermaksud hukuman yang sudah termaktub dalam al-quran dan menjadi hukuman mandatori terhadap pesalah jenayah syari'e. Nak bagi lojik akal untuk berfikir,Allah sudah tetapkan semua yang berada dalam kekuasaanNya supaya tidak melampaui batas atau melampaui had yang telah di tetapkan.

Contohnya seekor ikan kembung yang berada di dalam laut. Allah s.w.t sudah menetapkan yang HAD si ikan kembong ini tidak boleh berada di kawasan air tawar. Jika si ikan ini degil juga,maka dia secara automatik menjadi 'arwah' atas kedegilannya. Juga ikan sembilang yang berada di air tawar,tak boleh akan dia nak mengada-ngada berada di laut masin. Cuba buat ujikaji ini. Tangkap seekor ikan sembilang. Masukkan di dalam baldi dengan kuantiti air yang sedikit. Masukkan garam kasar. Apa akan jadi? (kanak-kanak dilarang menjalani ujikaji ini tanpa pengawasan ibu bapa). Kecuali ikan belacak (spesies ikan yang berada di muara air tawar dan air masin,mempunyai kaki kecil dan terkenal kepantasannya berlari serta berenang,mempunyai mata tersembul). Ikan belacak pun tidak mampu berada di darat untuk tempoh masa yang lama kerana Allah sudah tetapkan HADnya. Boleh fikir ke ni?

Juga kepada orang yang selalu memainkan sentimen derhaka pada raja. Sampai ada yang kata,kalau tak mahu pada Raja,pindahlah ke singapura. Bagi saya mudah saja dan dengar baik baik kata-kata saya ini..tidak mengira anda Raja,Pemerintah,Presiden UMNO atau PAS maupun DAP dan PKR,JKKK atau JPP ,JKR,penjaga tandas awam dan rakyat semua..

"JIKA ANDA TIDAK MAHU BERHUKUM KEPADA HUKUM ALLAH,MAKA CARILAH BUMI YANG LAIN"

8:11 PTG

Gempar!! Video yang tak ingin anda lihat ~ ref MalaysiaKini

Ouch!!..Ouch!! Charlie bit my finger!!... Bersih bahasa budak kecil bercakap lahjah britain. Sesekali santai lihat video karenah anak-anak kecil menyegarkan minda. Tengok video lucah nanti otak jadi biol. Layan.....jangan tak layan!!! Zaaaassssss!!  huhuhu



11:26 PG

Derhaka!! Derhaka!! Derhaka!! ~ ref MalaysiaKini



      

   Keratan Akhbar ini Tahun Bila Agaknya??  Kena Pakai Teropong Nak Lihat Lebih Jelas. Siapa yang mula-mula derhaka ini? Ahhh...Pening kepala aku. Tuan-tuan pembaca fikirlah sendiri.

sumber klik sini

12:29 PG

RFC- RADIX FRIED CHICKEN-Pukulan Maut untuk syarikat Pro Yahudi ~ MalaysiaKini





  Alhamdulillah....Syabas saya ucapkan kepada RFC SDN. BHD. ,sebuah anak syarikat daripada HPA Industries,sebuah syarikat bumiputera muslim yang menerokai bidang perubatan berasaskan herba di atas tertubuhnya Radix Fried Chicken ( RFC ). Diharap dapat melebarkan lagi perniagaan ayam goreng ini di seluruh malaysia bahkan di seluruh dunia Insya Allah. Rasa ayam RFC lebih sedap 100 kali dari apa yang ada di pasaran malaysia. Tak percaya ke? Cubalah!!

11:58 PTG

Antara gambar Elizabeth Wong dan video Chua Soi Lek ~ref MalaysiaKini

 Salam Sejahtera para bloggers dan pembaca...

   Antara 2 orang tokoh ini,nampaknya mempunyai persamaan. Persamaan dari segi musuh yang sama iaitu hasad dengki. Cuma bezanya,Chua Soi Lek mempunyai nafsu untuk beristeri lagi tetapi tidak mahu mengambil jalan mudah untuk beristeri lagi kerana mungkin dalam agama buddha melarang penganutnya bernikah lebih dari satu (maaf,saya kurang arif ttg agama buddha). 

 Maka Chua Soi Lek yang dahulunya Menteri Kesihatan Malaysia,yang motto jabatannya menegah pemuda pemudi dari melakukan zina,jauhi alkohol dan menyeru rakyat malaysia supaya mengamalkan seks selamat dengan menggunakan amalan kondom,akhirnya rebah disisi amoi sebangsa di sebuah hotel. Bertambah malangnya Soi Lek,aksi panasnya di rakam oleh pihak tidak bertanggungjawab.  Maka di edarkan salinan rakaman itu dalam bentuk DVD di seluruh tempat kelahirannya dan di kawasan jagaannya. Maka bila tersebar berita itu, Soi Lek langsung mengadakan sidang tergempar di media untuk menghuraikan kekusutan itu. Tahniah Soi Lek!!

   Kisah Elizabeth Wong pula lain versinya. Dakwa Eli,gambar itu di ambil ketika dia sedang tidur dalam keadaan intim dan separuh bogel. Eli bukanlah seorang yang terkenal atau berjawatan Menteri,tetapi kes ini telah menjatuhkan maruah peribadinya,sama seperti Soi Lek tadi.  Lalu Eli membuat laporan polis. Tahniah Eli !!

  Beza di antara bezanya amat mudah. Soi Lek terang terang melakukan zina. Eli sedang tidur tetapi di aniaya dengan jurukamera yang entah dari mana katanya mengambil gambarnya dalam keadaan begitu.  Soi Lek atas kapasiti Menteri Kesihatan menyeru orang melakukan kebaikan tetapi "kebaikannya" di rakam oleh kamera tersembunyi . Eli pula hanya sebagai exco  dan tertidur. Tidurnya pula di ambil kesempatan oleh kamera gatal. Maknanya, yang seorang itu redho dan seorang lagi tidak redho.

 

  Laporan polis sudah di buat Eli untuk menjaga namanya. Soi Lek tidak buat begitu,tapi letak terus jawatan. Bezanya antara 2 makhluk Allah ini, seorang lelaki dan seorang perempuan!! Dan sebelum terlupa,kau orang jangan harap aku nak letak gambar tak senonoh dalam blog ini.

p/s Mari kita lihat,blogger mana yang berani nak meletakkan gambar Elizabeth wong. Dan adakah blogger tersebut berani di tahan reman? Sama-sama kita nantikan!!

10:49 PTG

Antara imam 5 minit dan imam 5 tahun - MalaysiaKini

 Assalamualaykum dan salam sejahtera para pembaca..

   Umar Abdul Aziz (daripada Dinasti Umaiyah) yang kerap dianggap Khalifah Al-Rasyidin ke-5 (selepas Khalifah Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali), memerintah dua tahun enam bulan saja (99-101 Hijrah). 
  
  Menurut buku Sejarah, ketika pemerintahannya tiada orang layak menerima zakat. Ini menunjukkan negara penuh barakah. Demikian begitu berkesan dan adilnya beliau mentadbir negara.Tetapi selepas kematiannya, ada ulama besar bermimpi bertemu Umar Abdul Aziz dalam kepayahan yang amat sangat. Berpeluh-peluh dirinya. Lencun pakaiannya. 

Dalam mimpinya itu, ulama berkenaan bertanya mengapa Umar berkenaan begitu. Umar menjawab dia sedang dihisab mengenai pemerintahannya. Katanya, tempoh dia memerintah singkat saja (dua tahun enam bulan) tetapi sudah dihisab 12 tahun lamanya. Itulah yang menyebabkan dia bermandi keringat. 

Demikian kisah ini dibawakan oleh Tuan Guru dalam kuliah mingguannya di sebuah masjid di selatan tanah air baru-baru ini. Saya yang mendengar kuliah itu membuka telinga besar-besar apabila Tuan Guru menyatakan kehairanan mengapa ramai orang berebut-rebut menjadi pemimpin sedangkan pemimpinlah yang paling berat disoal di akhirat kelak. 

Katanya, Khalifah Al-Rasyidin sungguh takut memegang jawatan itu. Tetapi disebabkan amanah daripada umat Islam, mereka menerimanya. Kata Tuan Guru, Umar Al-Khattab menjadi gementar dan takut jika ada keldai mati tidak terurus di tebing Sungai Furat di Iraq kerana sebagai pemerintah, perkara sekecil itu pun akan diletakkan di pundaknya. Sekali pun keldai itu di Iraq yang ribuan kilometer dari Madinah, Umar menjadi begitu bimbang.
Pemimpin beramanah menangis ketakutan apabila dipikulkan jawatan ke pundaknya. Pemimpin hari ini pula ketawa berdekah-dekah dan mengadakan jamuan dan pesta sempena kemenangannya menjadi wakil rakyat, ahli Parlimen dan menteri. Terbayanglah impian menjadi kenyataan untuk memiliki kuasa besar, pangkat besar, gelaran besar, rumah besar (mahligai) dan kereta besar tetapi isteri tetap mahu yang comel! 

Tuan Guru berkata, semua golongan daif seperti anak yatim, ibu tunggal, orang miskin dan orang berhutang menjadi kewajipan pemimpin dan kerajaan untuk menanganinya. Berat, sungguh berat, kata Tuan Guru. Di akhirat kekal, golongan ini akan memegang pemimpin. Tiada peluang pemimpin hendak melarikan diri. 

Pemimpin dan kerajaan bertanggungjawab ke atas rakyatnya. Pemerintah bukan boleh buat sesuka hati ke atas dana rakyat. Itu wang rakyat, bukan mereka punya harta. Setiap apa yang dikutip daripada rakyat (misalnya zakat) perlu diagihkan kepada golongan yang berhak menerimanya. Jika mereka tidak menerimanya, mereka akan tuntut di akhirat kelak. Masa itu hendak dibayar dengan apa, sebab dinar, dolar dan ringgit tidak ada lagi! 

Dua tahun enam bulan saja Umar Abdul Aziz jadi pemerintah, begitu teruk dia melalui pemeriksaan. Berdasarkan ini, wahai pemimpin, Muslimin dan Muslimat (termasuk diri saya sendiri), bayangkanlah kepayahan yang akan kita hadapi nanti. Bagaimana kita mahu menjawab dakwaan orang-orang teraniaya.
Bagaimana pemimpin mahu menjawab dakwaan Nurin, Nurulhuda dan ramai lagi bahawa pembunuh berlegar-legar kerana hukum Islam tidak terlaksana? 

Bagaimanapun, pemimpin tidak berada di puncak kuasa tanpa campur tangan rakyat. Ini zaman moden, bukan zaman feudal di mana seseorang menjadi pemimpin dengan kekuatan pedangnya. Pada zaman ini orang mengundi untuk memilih pemimpin.Jika imam masjid saja dipilih di kalangan ‘orang baik-baik’ sedangkan di luar sana penyamun dan perasuah dijadikan pemimpin, maka akan lahirkan umat yang baik semasa di masjid (atau ketika solat saja), tapi apabila keluar daripada lingkungan itu, mereka tidak lagi kenal batas dosa atau pahala. 

Dikhuatiri itulah masyarakat yang kita lahirkan hari ini, buktinya anak-anak semakin kurang ajar, rasuah dan maksiat bermaharajalela manakala kebajikan tidak dipandang sebelah mata.



1:21 PG

Dato mengamuk kerana tanah - MalaysiaKini

 
Kisah ini berlaku di sebuah daerah di negeri Perak sebelum Pilihanraya Umum ke- 12 tahun lepas. Cuba dengar,nama siapa yang dato tu sebut dan maki sampai hot sangat orang tua tu.

 sumber: youtube

11:02 PTG

Hanya Firaun dan Namrud larang salahkan kerajaan - MalaysiaKini

Assalamualaikum dan salam sejahtera para bloggers dan pembaca.

         Saya beriman dengan ajaran bahawa kerajaan yang diistilahkan sebagai ulil amri hendaklah dipatuhi. 


Tetapi kepatuhan kepada ulil amri itu tidak mutlak. Kepatuhan yang mutlak ialah kepada Allah dan Rasul-Nya. Kepatuhan kepada ulil amri sepanjang ia patuh kepada Allah dan Rasul-Nya. 

Saya bukan menganjurkan kerajaan yang tidak patuh kepada Allah dan Rasul hendaklah diperangi. Tetapi saya hendak mengatakan kerajaan boleh ditegur dan boleh disalahkan jika diyakini dasar dan tindakannya tidak betul. 

Saidina Abu Bakar Siddiq ketika menerima perlantikan sebagai khalifah menuntut kepatuhan umat selagi dirinya berada pada jalan Allah dan Rasul. Tetapi jika beliau tidak mengikut jalan itu, maka beliau minta dibetulkan. 

Khalifah Umar al-Khatab membuat permintaan yang dari umat ketika menerima perlantikannya. Lalu bangun seorang pemuda menghunus pedang sambil mengingatkan Amirul Mukminin, pedangnya akan singgah ke lehernya jika beliau menyeleweng. Saidina Umar bersyukur kerana ada umat Islam yang sedia menegurnya. 

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, setiap orang adalah penggembala atau pemimpin. Dia akan ditanya tentang penggembalaannya atau pimpinannya. 

Allah akan bertanya pemimpin apa yang dibuatnya tentang pimpinannya. Bukan Allah saja yang akan bertanya kepadanya, tetapi setiap orang yang terasa dirinya dizalimi dan tidak mendapat layanan adil dari pemimpinnya berhak bertanya. 

Rasulullah s.a.w. adalah pemimpin contoh. Tiada yang bersalahan dalam pimpinannya, tetapi bermacam-macam karenah Badawi ditujukan kepadanya. Semua yang dihadapinya itu dilayan mengikut kesesuaian. 

Sepanjang sejarah manusia, para nabi minta umatnya taat kepada Allah dan setia arahannya. Tetapi tidak pula nabi-nabi itu melarang umatnya bertanya dan memberikan pandangan. Apabila ada yang tidak patut dan pandangan kaum musyrikin yang tidak betul, maka nabi-nabi itu pergi kepada mereka membuat penjelasan. 

Yang tidak mahu ditegur dan melarang rakyat membuat komen tentang perjalanan raja dan pemerintahan ialah Namrud, Firaun dan orang-orang yang zalim sepertinya.
Dalam dunia memang ada yang membangkang melulu, menentang kerajaan melulu, mengecam orang itu dan orang ini dengan melulu. Tetapi semua kelemahan itu tidak menjadi hujah untuk menafikan keperluan bangkangan, kritisme, kebebasan menyatakan pandangan, membantah dan menegur. 

Tidak ada yang manusia dapat harapkan raja bermata di hati dan pemerintah yang zalim dan diktator. Tetapi orang bergelar profesor dan bertaraf mufti bukan dari jenis seperti itu. 

Profesor yang menyokong kerajaan boleh membela kerajaan dan programnya yang dikatakan baik dengan hujah akademik yang kuat. Memang dari dulu ada kerajaan yang baik dan adil. Maka kerja profesorlah untuk membetulkan apa yang dirasakan salah oleh setengah orang. 

Tetapi profesor kerana bersetuju akan ada pula profesor yang lain menghujah yang dikataannya betul itu. Macam mana pun profesor yang setuju dengan kerajaan itu tidaklah wajar melarang teguran kepada kerajaan. Bukan begitu cara profesor. 

Profesor mesti mengelak menjadi seorang ahli propaganda. Bukanlah sifat profesor menjadi propagandis. 

Demikian juga mufti. Mufti mesti berkata betul. Islam tidak melarang menegur dan menyatakan zalim kepada yang zalim. Dalam Islam dalam keadaan sudah seratus peratus betul, masih diperlukan teguran. Imam-imam muktabar tidak menggalakkan ulama bekerja dengan kerajaan. 

Justeru itu ada ulama sedia dipenjara dari menerima tawaran bekerja dengan raja atau khalifah. Akan sukar bagi ulama untuk menyatakan yang benar itu benar. 

Yang menaikkan harga minyak ialah kerajaan. Yang menaikkan harga barang ialah peniaga dan disetujui oleh kerajaan. Yang mengadakan tol dan menaikkan tol adalah kerajaan. Yang memberi lesen kepada tv boleh menyiarkan itu dan ini adalah kerajaan. 

Bagaimana rakyat boleh menyalahkan dirinya atas kepincangan itu? Maka apakah kejadian itu dibiarkan saja? Apakah tidak boleh kerajaan disalahkan dalam perkara seperti itu sebagai contoh? 

Luncai yang dikatakan lucu itu pun tetap mengatakan kepala raja yang botak itu botak. Masakan profesor dan mufti tidak setuju botak kepala raja itu botak.

11:45 PTG

Valentine Day,hari menodai kekasih - MalaysiaKini

Assalamu alaikum Wr. Wb 

Bismillah…itulah rasanya kata yang tepat untuk memulai langkah  dalam menulis ini. Kerana tidak ada yang pantas dijadikan pegangan dalam menjalankan sesuatu selain Allah Azza Wa Jalla. Bahkan junjungan kita nabi Muhammad SAW pernah bersabda tidak akan diterima suatu amal atau pekerjaan jika tidak dimulai dengan Bismillah. Jadi sangat wajar jika saya memegang Bismillah sebagai kalimat awal untuk menuju kearah yang lebih baik. 



Apa khabar sahabat blogger ?  Semoga detik yang diberi-Nya dapat kita maknai hingga kita menjadi hamba-Nya yang taqwa, hanya pada-Nya kita mohon keimanan yang menyentuh hati dan keyakinan yang tulus sehingga tiada yang menimpa kecuali apa yang telah ditetapkan-Nya. 



Valentine day’s… 



Sahabat, Adacerita menarik untuk remaja,orang muda apabila memasuki bulan Februari. Ya, apalagi kalau bukan Valentine’s Day 14 Februari. Konon, hari ini disebut sebagai “Hari Kasih Sayang”,hari dimana kita mengungkapkan rasa cinta kepada seseorang atau pasangan kita. Biasanya dilakukan dengan saling berkirim kad, bunga, coklat, dan hadiah lainnya. Hari itu seolah menjadi hari istimewa bagi pasangannya yang sedang berkasih-sayang. Padahal kita ketahui untuk menyatakan rasa sayang kita tidak perlu ada hari tertentu, bukankah Allah SWT setiap hari, minit bahkan saat memberikan nikmatnya kepada kita semua kerana cinta dan kasih sayang DIA kepada semua makhlukNYA. 



Adalah bohong bila valentine’s day juga ditujukan untuk menyatakan cinta pada orang tua, kakak, adik, sahabat dan kerabat lainnya, karena buktinya sejarah Valentine day dimulai oleh seorang pendeta yang gagal bercinta dengan gadis buta pujaan hatinya. 

Bererti kita hanya ikut-ikutanan saja, memang selama ini kita cuma jadi bangsa pengikut bangsa lain. Bangsa yang hanya pandai meniru dan menjadi bahan eksploitasi kapitalisme budaya, penjajahan budaya barat yang kita tidak tahu arah dan tujuannya. Karena kurang selidiknya kita menjadi korban tren budaya mereka, untuk itu sebagai pemuda pemudi Islam kita harus dapat berbuat dan bertindak untuk merubah semua itu, memang pada dasarnya memulai suatu pasti akan ada banyak tentangannya, namun jika tentangan itu tidak dicuba maka kita tidak akan dapat menikmati manisnya sebuah perjuangan, bukankah dalam meraih sesuatu yang terasa nikmat setelahnya adalah proses menuju hasil tersebut? Kerana ketika keberhasilan yang dicapai menjadi pembicaraan adalah liku liku atau berbagai hal dan peristiwa yang terjadi dalam menuju keberhasilan itu. 




Sesungguhnya semua yang kita rasa adalah kurnian Allah Ta’ala. Apakah semua yang kita nikmati itu sudah kita syukuri? Bagaimana cara bersyukur atas semua itu? Sesungguhnya bersyukur itu tidak cukup hanya mengucap Alhamdulillah, dengan itu kita harus memahami tentang bagaimana segala sesuatu yang mendorong kita sedar akan nikmat-nikmat Allah yang sudah kita rasakan. Semoga kita semua adalah hamba yang senantiasa selalu bersyukur atas nikmat dan karunia yang diberi-Nya.


p/s sekejap lagi detik 12 malam menandakan 14 februari akan menjelma.Mari kita bersama munajat kepada Robbul Jalil agar malam ini Dia menyelamatkan akidah,maruah dan mahkota anak-anak bangsa melayu islam kita dari terjebak ke hotel murah 1,2,3,4,5 bintang dan beribu bintang,gara-gara hari kekasih ini. Anda tak percaya? Hari ini 14 februari,lagi 9 bulan 10 hari akan lahir anak tanpa ber bin danber binti si bapa yang sah. Bayi itu hanya menangis di tangga masjid kelaparan susu,digigit nyamuk tiruk atau dijemput malaikat maut.

12:52 PG

TESCO. Tessa Cohen. Isteri Seorang Yahudi - MalaysiaKini

Pengasas TESCO ialah Sir Jack Cohen berasal dari keluarga Yahudi yang kaya raya. Nama pasaraya Tesco diambli daripada nama isterinya yang bernama TESSA COHEN.

Disamping mempromosikan produk Yahudi di rangkaian pasarayanya di seluruh dunia, mereka juga telah membuat perjanjian perniagaan dengan syarikat perisian Yahudi yang berjumlah jutaan dollar.

Jack Cohen lahir pada 6 Oktober 1898 dan meninggal dunia pada 24 Mac 1979 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Yahudi Willesden, London, England.

Anda boleh sahkan maklumat ini dengan hanya membuat "search" di Internet dengan menaip "Tesco Jewish" dan anda akan dapat pelbagai laman web Yahudi yang dikaitkan dengan Tesco.

Keputusan ditangan anda sekiranya anda mahu terus menyokong Yahudi dengan mempertingkatkan ekonomi mereka apabila anda membeli belah di pasarraya Tesco.

9:25 PG

Serban Oh Sarban!! - MalaysiaKini

Salam sejahtera para bloggers..

 Seorang pelajar yang dalam bahasa arabnya dipanggil talib (baca-tolib) dan bahasa farsi dan afghan dipanggil taliban,telah di jatuhi hukuman oleh mahkamah kota bharu penjara dua hari atau denda kerana tidak memakai topi keledar menunggang motosikal.

   Pelajar pondok tersebut memilih berserban ketika menunggang motosikal. Bila di jatuhkan hukuman,dia enggan membayar denda sebaliknya bersedia di penjara. Ia adalah mahkamah pertama membicarakan kes berserban menaiki motosikal.

 Memang hakim tidak jumpa dalam undang-undang menunggang motosikal penunggang boleh tidak bertopi keledar.. Parlimen yang membuat undang2 itu dalam tahun 60 an dulu mewajibkan penunggang memakai topi keledar. Tun Sardon Jubir yang ketika itu menteri pengangkutan membentangkan rang undang-undang wajib bertopi keledar di parlimen.

     Bila rang undang2 itu diluluskan,pemimpin masyarakat sikh menyatakan kepada media bahawa undang2 itu akan menyebabkan lelaki sikh terpaksa menanggalkan serban sedang berserban wajib bagi dari segi agamanya. Mereka merayu supaya laki-laki sikh dikecualikan dari memakai topi keledar tetapi mereka mesti menunggang dengan berserban. Bagi laki-laki sikh yang sudah lama membuang serban,biarlah mereka memakai topi keledar. Tun Sardon bersetuju dengan rayuan ini.

  Bila lelaki sikh dibenarkan berserban saja,maka para pak-pak haji dan pak lebai yang berserban pun merayu pula,kalau laki2 sikh boleh dikecualikan,maka orang islam pun patut diberi pilihan untuk berserban. Tun Sardon adalah seorang menteri yang mudah berkira,dia juga bersetuju supaya haji dan lebai boleh memilih untuk berserban.

 Silapnya dia tidak membawa undang2 itu ke parlimen untuk dipinda. Memadai setakat undang2 yang diluluskan saja,polis tidak menahan dan tidaklah juga mendakwa penunggang islam yang berserban. Pihak polis pun sama. Setakat memadai mendengar kenyataan akhbar menteri,lalu tidak menguatkuasakan laki2 sikh dan laki2 islam mesti berserban ketika menunggang. Polis hanya menahan dan mendakwa orang yang tidak bertopi keledar dan tak berserban sahaja.

   Bagi perempuan sikh pula tidak di wajibkan untuk berserban.. Ada di antara mereka yang memilih berserban seperti lelaki mereka dan ada yang memilih untuk bertopi keledar. Tapi bagi muslimat haram pula berserban kerana ia pakaian orang lelaki. Perempuan islam tidak boleh menyerupai lelaki dan orang lelaki tidak boleh menyerupai perempuan.

        Cuma polis kelantan yang seorang itu yang amat peka kepada undang2,lalu dia menangkap pelajar pondok yang berserban. Tidak ada pula kita terdengar ada lain-lain orang yang berserban sambil menunggang ditahan dan di dakwa. Kalau polis itu bersungguh menguatkuasakan peraturan,maka pada hari itu saja ramai lagi yang menunggang berserban.

  Tidak diketahui pula apakah polis itu gatal bertindak atau dia memang jenis seorang polis yang sangat peka terhadap undang2. Hebatlah polis itu. Dia seorang saja yang bertegas.

      Masalahnya sekarang ialah penunggang berserban tidak menyedari berserban tidak termasuk dalam undang2 itu. Dan dia pula berpakaian begitu kerana Nabi s.a.w berpakaian begitu. Sekelian Nabi-Nabi berserban. dan Jibril a.s  ketika menjelma sebagai manusia menemui Nabi s.a.w di masjid bertanyakan baginda tentang Islam dan iman,ia berpakaian serba putih termasuk berserban.

    Tidaklah termasuk serban itu sebahagian dari rukun islam dan rukun iman,tetapi orang yang tinggi imannya serta taqwa akan menjadikan Nabi sebagai teladan,baik percakapan,perbuatan dan apa saja. Apabila Nabi berserban,maka orang yang bertaqwa juga berserban. Ramai juga ulama di mesir,indonesia,iraq dan lain2 tidak berserban. Tetapi apabila ada yang memilih serban,wajarlah orang islam menghormatinya. Kalau kita tidak benci ulama yang tak berserban,mengapa pula kita halang mereka yang ingin berserban?  Kalau Jibril berserban ketika menemui Nabi s.a.w,maka wajarlah umat islam menhormati mereka yang berserban.

     Pada zaman dahulu,orang tidak kisah sangat tentang pakaian. Penyokong PAS sendiri masa itu ramai yang berseluar pendek. Seniwati dulu bukan sekadar tidak bertudung,tetapi pakaian dedah belakang dan mini skirt adalah benda biasa. Tetapi sekarang 95% wanita umno bertudung,Sarimah pun tidak lekang dengan tudung. Noor kumalasari apatah lagi,maka orang sangat peka dengan isu berpakaian. Orang yang menolak HUDUD pun rata-rata menutup aurat.

    Solat bersongkok mengikut Tunku dan Sukarno. Solat berserban mengikut Nabi dan Jibril. Mengikut cara Tunku tidaklah dilarang,mengikut Nabi lagilah elok. Kalau beratus ribu Polis tidak gatal untuk menahan penunggang berserban,maka apa ajaibnya seorang polis memburu seorang pelajar berserban menunggang dan membonceng motosikal?

   Yang jadi susah ialah Tuan Hakim kalau penghakimannya tanpa disedari mensabitkan kesalahan orang yang hendak berpakaian seperti Nabi dan Jibril. Tetapi Hakim juga seperti tuan mufti tidak dapat berbuat apa-apa kalau undang2 yang didepannya tidak memberikan peruntukan yang lain dari di sediakan. Kes ini membayangkan kelemahan para ulama ketika rang undang2 itu dibentangkan zaman 60an dulu,tidak peka apa yang berlaku. Apatah lagi kalau masyarakat khususnya umarak sendiri tidak berhajat untuk mendaulatkan ulama. Kesimpulan,pakailah serban bukan kerana nak tunjuk angkuh atau nak melindungi diri kerana tiada lesen. Dan kita kena bersama mentaarifkan mereka yang menunggang motosikal dengan berserban dengan panggilan lebai yang di akui kelebaiannya atau kita bakal lihat nanti satu satu sunnah Nabi di persendakan dan dipenjarakan.  Pesanan ikhlas- jangan suruh mat rempit memakai serban ketika berlumba,huru hara polis nak mengejarnya......

  maksud berserban dalam kamus dewan ialah pakaian yang dipakai oleh orang sikh. Juga dipakai oleh orang yang telah menunaikan haji dan lebai. Taarif  lebai ialah seorang lelaki yang mulutnya terkumat kamit membaca ayat2 suci dan zikir.  

1:35 PG

"GEMPAR !!!! LAGI GEMPAR !!!! – SPR DAN PILIHANRAYA KECIL" - MalaysiaKini

Salam Sejahtera sahabat semua..

Saya amat boring malam ini,jadi merayau ke alam blogger dan terjumpa artikel ni. Saya paste disini.

SPR telah menegaskan bahawa kematian Ahli Parlimen Bukit Gantang telah ‘tersurat’ dahulu sebelum beliau mendapat serangan jantung yang mana beliau sendiri ‘tidak rela’.


Justeru’ kematian’ ini tidak sah dan kerusi Parlimen Bukit Gantang tidak akan di kosongkan.

Pilihanraya kecil tidak akan di adakan.



KAH KAH KAH.... KAH KAH KAH... KAH KAH KAH..

11:30 PTG

Celaka kau wahai manusia!! - MalaysiaKini



Assalamualaykum dan salam sejahtera para blogger semua..

 Celaka!!..Memang kasar bunyi ayat ini. Tapi jangan salah faham..ayat saya tidak kena mengena dengan pergelutan politik sekarang. Cuma update saya yang terbaru ini hanya untuk ingatan semua. Juga peringatan untuk saya.Bukan nak sebelah sesiapa. Siapa makan tom yam,rasalah nikmatnya.

  "Dan diceritakan tentang hal mahluk Allah yang bernama "hajar" atau pun "hagar" dalam lahjah ammi iaitu bermaksud "batu" dalam bahasa melayu. Seorang mahluk Allah bernama manusia,belajar agama di mesir atau di negara -negara yang menyediakan ilmu-ilmu Allah untuk dihafal,dihadam atau talaqqi,maka bersungguh akan dia mendalami ilmu-ilmu itu dengan satu prinsip apabila balikakan dia ke tanah malayu ini,akan berkhidmatlah dia akan janjinya sebelum mula menghafal,menghadam dan men talaqqi tadi untuk bekerja sebagai hamba Robbul Jalil,meluahkan segala yang dihadamnya itu untuk mashalat umum dan raayat amnya. Maka berniat jitulah dia untuk menyampaikan hasrat hatinya untuk bekerja di Jabatan Agama Negeri yang 14 jumlahnya."

   "Ketika hampir dengan pejabat temuduga,niatnya telah tertukar. Aku mungkin glamour jika ilmu-ilmu yang telah aku hadamkan,hafalkan dan talaqqikan,aku ubah sedikit akan ia untuk mudah halalkan yang haram,haramkan yang halal,atau lebih mudah ianya HALAM."

  "Akan bila sampai kakinya memijak tangga pejabat yang diperbuat dari batu-batuan itu,bertempiklah si batu,hamba Allah yang bersumpah untuk selalu bertasbih kepadaNya."

      " Celakalah kau wahai manusia,aku sebagai batu-batuan di tangga ini tidak pernah lalai bertasbih kepada Nya,walaupun selalu dipijak. Celakalah kau wahai manusia,naik ke pejabat ini semata-mata hendak mencari ridho manusia,mengenyangkan perut,menyedapkan tekak semata-mata niat kau yang bertukar dari menjadi hamba Allah dan bertukar menjadi hamba manusia"...

Pengikut yang tidak taasub