What you give,forget it. What you get,never forget it. Ya Muntaqim..
Catatan Popular
-
Ketika aku bukan dalam momentum berlari. Hidup ini biasa-biasa sahaja. Juga hari ini,aku seperti biasa. Tidak seperti dahulunya. Ak...
-
Bismillah arRohman arRohim Aku sebenarnya bukanlah seorang penulis lirik. Juga bukan pencipta lagu. Aku dan keluargaku sangat meminati se...
-
Asalamualaikum. Agak lama saya tidak update sesuatu di sini. Dengan kesibukan kerja, mencari ketenangan, dengan kehadiran ahli keluarga bar...
-
Mereka punya mulut,biarkan mereka berkata.. Situasi hari ini di premis ku. Sedang melayan pelanggan yang menjual hasil ladang. Pekerja ku ya...
-
Anggota polis akui pakai serban merupakan ciri-ciri lebai Ahmad Nasir memegang surat saman diir...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera para bloggers serta pembaca.. "LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN" Hayat...
-
Salam para bloggers dan para pembaca.. saya amat tertarik dengan pantun ini yang dihasilkan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidi...
-
Assalamualaikum Warhmatullah.. Saya sebagai wakil daripada keluarga Almarhum Hj Bujal Dan Isterinya Hajjah Milah ingin menjemput tuan-tuan ...
-
Email dari seorang sahabat dan minta dikongsi dengan semua pembaca... harap dapat sebarkan untuk dikongsi dan dihayati bersama... Semalam R...
-
KEPUTUSAN TERKINI P. 059 07.04 pm PAS : 10361 BN : 8117 BEBAS : 27 ROSAK : 119 MAJORITI : 2244 JUMLAH SALURAN MENANG : 32 JUMLAH UPU MENANG ...
Pengunjung Terkini
Pautan Lain
- Alim Ulama Kito
- Anak Muda Zaman Sekarang,Lihatlah!!
- Assalamualaikum dato' harimau
- Bang Aji Taufik, Adun Paroi
- Belajarlah silat selagi ada nyawa
- Berita Politik Islam Malaysia
- Cina Islam
- Debat Politik
- Genta Rasa
- Ini Jalanku....
- Lobai Kampung
- Mantan Mufti N9
- Mujahideen Chechnya
- Pas Dun Johol
- Rahsia Besar Sejarah Empayar Siam/Melayu Islam
- Sham sufi
- Siyasah Syariyah
- Syeh Sambal
- Tak tahan panas,jangan klik sini..
- The blog of Alexanderwathern
- Untuk Hari Esok
- Ustaz Zaharuddin
- Wartawan melayu mengupas sejarah
Blog Archive
-
▼
2013
(58)
-
▼
Oktober
(19)
- Inilah lumrah kehidupan
- Aurat dan Gula
- 4 Tanda Taubat Anda Di Terima
- Aku menyayangimu wahai saudaraku
- saravanan yang tidak ku kenali
- "aku" suami,dia "isteriku",mereka anakku
- taufik dan hidayah
- Apa ada pada malu
- terima kasih pembaca budiman
- wahai pemudaku
- ibrah-azam-lonjakan
- Antara sunnah dan lumrah
- lirih jiwa
- menjejak 35
- menghilang bukan pupus
- alam maya - di belenggu kewarasan.
- kehidupan adalah guru
- Mari melupakan sesuatu
- semangat berintikan juang
-
▼
Oktober
(19)
Nada dan Suara
...
4:21 PTG
Asalamualaikum dan salam sejahtera.
Bismillah Ar Rohman Ar Rohim
Solawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh keluarganya..
Kemaafan penulis pohon dari para pembaca kerana agak lama berhenti dari menulis di sebabkan kesibukan sehari hari. Hari ini ingin menulis semula setelah agak bebas dari sebarang beban kerja dan fikiran agak lapang,dengan izin Allah swt.
Alam Maya.
Umum mengetahui Maksud "alam maya" ialah alam yang tidak wujud, bukan realiti. Alam yang hanya dalam bayangan, khayalan atau fantasi. Ia kelihatan ada tetapi sebenarnya tidak wujud. Maka hendak di fahami dengan mudah,masyarakat umumnya di malaysia menamakan alam yang kita terokai melalui pencarian di laman sesawang . Inilah pembacaan di alam maya. Ianya akan bertukar menjadi alam realiti jika kita tahu dan faham menggunakan pentas "alam maya" ini dengan cara yang sebetulnya. Sejujurnya,melepasi penapisan syara'.
Dari segi faham penulis?
Alam maya ini indah. Hanya mereka yang memahami kehidupan alam maya ini tahu hakikatnya. Alam maya boleh membuai perasaan dan jadi perasan. Jika di pandang dari segi cinta di alam maya, Anda hanya memerlukan beberapa ungkapan pembuai jiwa untuk meyakinkan pembaca bahawa anda adalah "itu". Penulis sudah mengalaminya dan penulis berharap itulah yang terakhir penulis alami. Benar.. ianya sungguh asyik. Di tambah penyedap rasa "syaitan nir rojim" juga "panahan arjuna". Berjumpa dan bertemu selepasnya akan membuatkan keadaan menjadi kelam-kabut atau . Hanya dengan iman yang di kurnia Allah swt akan jadi penyelamat. Percayalah,jangan sekali kali menyulam cinta di alam maya.. anda akan teruk di landa badai permasalahan. Hati penulis agak degil kerana kurang mempercayainya tetapi inilah yang penulis pernah alami. Penulis tidak berhajat untuk berkongsi cerita tapi cukuplah sekadarnya ia di jadikan pengalaman untuk pembaca lain. Kerana apabila pembaca cuba untuk memasuki alam ini,anda akan dapati anda akan susah sekali untuk keluar darinya. Mahu keluar? Bertawakkallah kepada Allah dan amalkan surah Ar-Rad ayat 39,insya Allah..dengan izinNya,anda berjaya mengatasi walau terkadang ianya masih bersisa. Jika pembaca masih berkeras mahu meneruskan,maka pilih jalan terbaik dengan bersua dan cari jalan penyelesaian. Kita tidak akan rugi dengan memilih jalan berbincang. Jangan di simpan semua perkara yang tidak memuaskan hati kedua-dua belah pihak. Pastikan seseorang yang berilmu ada bersama sebagai pengadil. Mudah-mudahan Dia menghuraikan kekeliruan. Sekali lagi dengan jujur penulis ingatkan ini adalah pengalaman penulis. Ada juga di kalangan mereka yang mengamalkan kehidupan di alam maya yang memperolehi natijah yang baik dan itu tidak boleh di sangkal. Tergantung niat mereka. Kerana Allah - Selamat. Kerana nafsu-Qiamat..
Sejujurnya
Kita belum tentu dapat apa yang kita mahukan melalui perhubungan di alam maya. Juga kehidupan realiti,apa yang di rancang belum tentu menjadi. Inilah Rahsia Allah swt. Yakin? Memang perlu yakin kerana hanya pada Allah keyakinan di letakkan. Hanya pada Allah tergantung segala Pergantungan. Biarlah dunia mengejar,jangan kita mengejar dunia. Selalulah ingatkan kematian kerana dengan mengingati mati bukan penyebab segala proses kehidupan jadi terbantut bahkan ianya menguatkan lagi daya semangat untuk mempertahankan kehidupan yang baik. Penulis tidak meminta pembaca bersetuju dengan apa yang di fikirkan kerana penulis bukan mempunyai kelulusan yang tinggi;baik dari bidang agama atau sekular. Penulis tidak pernah menerima sebarang ijazah dunia. Terkadang terasa gayat,apabila kawan-kawan penulis berjaya mendapat segulung ijazah maka ketika itulah penulis dengan perasaan yang malu memohon meminjamkan jubah kebesaran mereka. Klik! Klik!.. Cukuplah 2 keping gambar. Kehidupan penulis tidak mudah. Dengan kedudukan sebagai anak pertama yang gagal di alam persekolahan,berbekalkan hanya ilmu "bercampur" dengan para "ilmuwan" maka mungkin sesetengah pembaca menganggap penulis seorang yang mempunyai ilmu. Ilmu teramat teguh setianya.,maka bila berazam ingin mendapatkan ilmu,maka keteguhan tetap menunggu. Itulah penulis. Kepada mereka yang tinggal bersama akan mengetahui diri penulis sepenuhnya...
Dahaga
Penulis sentiasa memerlukan tunjuk ajar dari rakan-rakan sekeliling. Hidup ini adalah guru. Salah memilih rakan akan membuatkan anda tersasar dari matlamat hidup. Apa yang anda mahukan dalam hidup? Penulis percaya,anda mengimpikan sesuatu yang indah,tidak kurang juga diri ini. Dalam umur yang semakin meningkat setiap saat,pasti saya tidak mahu ketinggalan dari semua aspek. Aspek pilihan saya ialah hidup sederhana dengan amal islami. Apa yang halal di sisi Allah swt,itulah niat dan impian saya hingga terputus nyawa dari badan. Tidak salah berniat sesuatu yang baik,kurang atau lebih pasti Allah akan tunaikan. Insya Allah,penulis akan kongsikan sesuatu perkara yang pernah di alami untuk tatapan pembaca,dengan izin Dia. Selamat menyambut Eidul Adha. 1434 Hijriyyah.
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Dzul Haqq
9 Dzul Hijjah 1434
Pautan: alam maya, cinta maya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 komen anda?:
Catat Ulasan