Bismillah ar Rohman ar Rohim
Solawat serta salam kepada Junjungan Nabi Muhammad saw serta ahli keluarganya. Sesungguhnya cinta Baginda kepada Dia amat berbeza dengan cinta kami insan biasa yang bertatih untuk mencintaiNya.Terkadang jatuh,tidak terkira lalai. Sungguh,aku jauh dari apa yang kau sarankan jalannya untuk kami semua ikuti. Benar,mengikuti jalanmu amat payah sekali. Berbahagialah pada mereka yang berjaya.
Hari ini,16 Muharam 1435 Hijriyah. Tidak ada apa yang istimewa. Aku menunggu sesuatu. Menunggu akan rezeki dan rahmat atas segala usahaku selama ini. Aku menunggu akan saat ianya berlaku. Aku yakin ianya akan berjaya. Kepada Allah aku berserah harap.
Dalam kesibukan harian,tidak pernah sekali aku melupakan sesuatu. Ianya satu memori yang tidak akan dapat aku lupakan sampai bila-bila. Berbahagiakah dia? Bagaimana hidupnya? Sihatkah dia? Ubat..makan dan sedut,sudah? :) .Kekasih baru? Sudah menjadi tunangan orangkah dia? Bilakah tarikh bersejarahnya? Wallahu a'lam. Kerna aku langsung tiada dan tidak berpeluang untuk berhubung denganmu. Ketika aku cuba menghubungi,ianya tidak akan "seen". Bahkan dengan rasa perit ianya tertera "cannot reply this conversation" . Ya.. jelas sudah dia cukup memarahi,mungkin membenci. "Jangan ganggu aku!!"..mungkin itu di kotak fikirannya. Segalanya mungkin.
Masih aku ingat lagi senyumannya. Erti senyuman yang hanya dia sahaja yang mengerti. Entahlah..aku tidak tahu kenapa memori itu tidak boleh hilang. Semakin berdoa,semakin ia kuat. Semakin aku cuba untuk membenci bahkan semakin kuat ia mendatangi.Ini kifarah buatku. Maaf buatmu. Aku berfikir coretan ini tidak mungkin kau baca. Kerna aku telah kau berjaya buang jauh-jauh dari hidupmu.
Menyelak catatan lama di sini,setiap komen mu yang singkat itulah penawar. Aku hambaNya,tidak mampu untuk menekan kekunci "delete". Jari sudah hampir,niat tidak merestui. Biarkan..biarkan. Ada hikmahnya. Hiduplah dengan segala kepahitan memori. Walau aku cuba bersangka-sangka agar memori itu bakal menjadi kenyataan . Tidak salah aku bersangka akan sesuatu kebaikan. Kerna aku juga punya hati. Hati yang tak mungkin orang lain boleh memiliki persamaan. Itulah aku. Dan kau juga berhak menolaknya...
Mengintai khabaranmu melalui mukabuku adalah satu keharusan. Aku gembira jika kau gembira. Aku bersangka baik bila ianya tidak lagi di jumpai kerna kau sememangnya ingin lari dariku. Dan aku..apa gunanya lagi aku ada mukabuku. Ketika hak aku untuk mengetahui sesuatu yang bersifat 'public' bisa mengundang sesuatu yang menyakitkan hatinya mungkin? Itu hak mu.maka..berlarilah. Kerna aku tak bisa mengejarmu dalam keadaan sekarang. Yang penting kau gapai kemenangan. Kau menang,aku menumpang gembira. Tiada apa yang lebih mengundang perasaan gembira ini . Allah swt sahaja yang Maha Tahu menilai perasaanku.
Adakalanya kita berselisih di pertengahan jalan. Itu taqdir. Terlihat imbasan wajahmu sangat kurang ceria melihat kenderaan ku. Sedangkan pada penglihatanku tidak pernah sekali tidak memandang dan berharap kau membalas dengan senyuman. Mungkin kau berasa asing dengan penglihatan itu. Tidak mengapa. Harapan ku dahulunya agar...... ahh..biarlah. Ianya adalah mimpi. Tidak seteguh mimpi Yusuf alaihi salam. Hadamkanlah wahai insan doa yang sering kau ulang-ulang. Biar jerit perih memori yang melukakan jiwamu itu hilang. Maaf jika kau letih dengan sikap dan cela ku. Aku memang begini. Jiwa seorang lelaki memang begini.
Aku hanya tahu mencintai kerana Allah dengan niat yang syar'ie. Dan aku berharap segala doaku selama ini dan juga urusan ku adalah baik pada agamaku,keluargaku,keimananku..Lillahi Taala. Aku bermohon pada Robbul izzati agar dibukakan hidayah buat mu agar menjadi wanita solehah. Jagalah batas-batas kehidupan seharian. Jaga aurat kerana ini sangat penting. Hanya Dia yang Maha Tahu.
Ku katakan padamu wahai isteriku.. sangat berbahagia pada sesiapa saja yang menjadi pasanganmu dan aku. Kau memiliki sifat khodijah,kau pintar laksana 'aisyah,jiwamu sangat berkorban laisa sumayyah. Bait pujian ini yg ku coretkan pada mukabuku sebelumnya bukan semua wanita boleh mengerti. Hanya aku. Takkan ku persiakan mahligai yg kita bina. Di saat aku sangat murung,kau tiupkan semangat. Abang,jangan undur,jangan patah semangat. Darah ketimuran yg mengalir di setiap buluh-buluh sarafmu bernadi juang. Kefahaman mu berjitukan agama. Penolong suami dikala ia jatuh. Jujur serta tulus..
Wahai insan..
11 bintang tak mungkin dapat ku tafsir,Hanya ku berjaya memahami dengan tarikh dan sirah Yusuf a.s . Kesakitan akibat rindu ku lapik dengan firmanNya yang suci. Semoga kau faham. Aamin.
What you give,forget it. What you get,never forget it. Ya Muntaqim..
Catatan Popular
-
Ketika aku bukan dalam momentum berlari. Hidup ini biasa-biasa sahaja. Juga hari ini,aku seperti biasa. Tidak seperti dahulunya. Ak...
-
Bismillah arRohman arRohim Aku sebenarnya bukanlah seorang penulis lirik. Juga bukan pencipta lagu. Aku dan keluargaku sangat meminati se...
-
Asalamualaikum. Agak lama saya tidak update sesuatu di sini. Dengan kesibukan kerja, mencari ketenangan, dengan kehadiran ahli keluarga bar...
-
Mereka punya mulut,biarkan mereka berkata.. Situasi hari ini di premis ku. Sedang melayan pelanggan yang menjual hasil ladang. Pekerja ku ya...
-
Anggota polis akui pakai serban merupakan ciri-ciri lebai Ahmad Nasir memegang surat saman diir...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera para bloggers serta pembaca.. "LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN" Hayat...
-
Salam para bloggers dan para pembaca.. saya amat tertarik dengan pantun ini yang dihasilkan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidi...
-
Assalamualaikum Warhmatullah.. Saya sebagai wakil daripada keluarga Almarhum Hj Bujal Dan Isterinya Hajjah Milah ingin menjemput tuan-tuan ...
-
Email dari seorang sahabat dan minta dikongsi dengan semua pembaca... harap dapat sebarkan untuk dikongsi dan dihayati bersama... Semalam R...
-
KEPUTUSAN TERKINI P. 059 07.04 pm PAS : 10361 BN : 8117 BEBAS : 27 ROSAK : 119 MAJORITI : 2244 JUMLAH SALURAN MENANG : 32 JUMLAH UPU MENANG ...
Pengunjung Terkini
Pautan Lain
- Alim Ulama Kito
- Anak Muda Zaman Sekarang,Lihatlah!!
- Assalamualaikum dato' harimau
- Bang Aji Taufik, Adun Paroi
- Belajarlah silat selagi ada nyawa
- Berita Politik Islam Malaysia
- Cina Islam
- Debat Politik
- Genta Rasa
- Ini Jalanku....
- Lobai Kampung
- Mantan Mufti N9
- Mujahideen Chechnya
- Pas Dun Johol
- Rahsia Besar Sejarah Empayar Siam/Melayu Islam
- Sham sufi
- Siyasah Syariyah
- Syeh Sambal
- Tak tahan panas,jangan klik sini..
- The blog of Alexanderwathern
- Untuk Hari Esok
- Ustaz Zaharuddin
- Wartawan melayu mengupas sejarah
Nada dan Suara
...
12:43 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 komen anda?:
Catat Ulasan