Nada dan Suara

...
12:46 PTG

Satu Percubaan

Bismillah arRohman arRohim.

Mencuba untuk membuat rakaman ala studio. Maafkan sound effect seperti cengkerik dan cicak. Mereka tidak tahu apa apa.. Dengan menggunakan perisian Sound MixCraft, mutu audionya boleh di katakan terbaik setakat ini bagi mereka yang ingin mencuba sesuatu kelainan dalam sesi rakaman suara. Cuma jika boleh,cari suasana untuk proses rakaman ini di suatu tempat yang kedap bunyi. Dulunya aku punya studio. Ianya habis punah ranah. Bagi mereka yang mempunyai bajet rendah bolehlah menggunakan sarang telur seperti gambar. Goreng telur dulu,ambil bekasnya. Haha.. Kemudian ambil bekas telur @ sarang dan tampal seberapa banyak ke dinding bakal studio. Ngam.



Maka, dengan bangganya.. ( cewahh ) Podcast sudah menjadi salah satu keluarga rasmi blog ini. Maka tetaplah kau di atas sana wahai Nada dan Suara...








8:30 PTG

Mereka punya mulut

Mereka punya mulut,biarkan mereka berkata..

Situasi hari ini di premis ku. Sedang melayan pelanggan yang menjual hasil ladang. Pekerja ku yang setia berbisik.. 

"Bang,tadi aku berbual dengan bekas pelanggan kita. Dia kata,harga belian getah kita murah. Kedai kat sana mahal,lebih 30 sen harganya. Dacingnya tepat. Sampaikan orang timbang ( Pegawai timbang dan sukat ) ambil dacing dia sebab ketepatannya dalam menimbang getah."

"Ti,kalau dacingnya kena ambil,tu bukan tepat. Tu menipu namanya. Lagipun harga getah terkawal. Kita tahu dan pelanggan semua boleh tahu harga getah sedunia ini ada turun naik. Jika harga getah turun dan kedai di sana harganya"naik",maksudnya ada sesuatu yang tidak masuk akal berlaku. Manusia boleh buat apa sahaja untuk meramaikan pelanggan. Kita ikut jalan kita. Dan ingat satu perkara,sudah acapkali penguatkuasa datang ke stesen kita menguji alat timbang dengan batu penimbang khas,pernahkah kita di kenakan kompaun? Biarlah kita untung sedikit. Asalkan timbangan kita terjaga. Ingatlah firman Allah swt yang bermaksud..

"Neraka Waiyl bagi orang-orang yang curang dalam jual beli, iaitu orang-orang yang bila menerima dari orang lain, meminta penuh ukuran timbangan. Dan apabila ia menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi. Tidakkah mereka merasa (mengira) bahwa mereka kelak akan dibangkitkan pada hari yang sangat hebat (besar) yaitu pada hari ketika manusia menghadap pada Tuhan semesta alam” (Q.S. Al-Mutaffifin 1-6).






Aku sebenarnya sudah lali dengan permainan manusia yang dengki. Jika aku fikir mahu kaya secepatnya,maka inilah jalan yang terbaik "tanpa ridho" Allah swt. Bisa aku menipu semua pelanggan dengan jalan yang tidak halal. Maka hasilnya yang aku dapat juga bakal ku masukkan ke dalam perut keluargaku menjadi haram dan menjadi bakaran api neraka. Perlu apa menipu untuk maju? Dan perlu apa berdengki dalam persaingan perniagaan. Kalah jadi abu,menang jadi arang. 

Dalam hal ini,aku salahkan 100% atas tindakan Lembaga Getah Malaysia ( LGM ) . Angkara mereka membuka ruang atas nama kononnya mengelakkan monopoli .  Apa yang ku tahu dalam pemahaman ku dalam perniagaan ini yang sekian lama kami bina,tidak wujud monopoli. Selama ini dalam kawasan kami ini maju bersaing dengan 4 buah syarikat di dalam kawasan yang sama. Bukan menuduh tetapi jelas tindakan LGM membuka ruang untuk sesiapa sahaja memohon lesen membeli dan menjual getah adalah satu tindakan terdesak mereka untuk menambahkan bilangan pembayar lesen. Untuk info,apa yang aku ketahui,LGM  kebelakangan ini menunjukkan taringnya dengan tidak membenarkan syarikat-syarikat besar seperti MARDEC mengeluarkan lesen mereka lagi. Dan syarikat kami juga adalah salah satu syarikat di kawasan ini yang memperolehi lesen dari MARDEC. MARDEC di ketahui sangat sukar mengeluarkan lesen kepada peniaga-peniaga getah yang lain sekiranya peniaga sedia ada MARDEC berada di kawasan tersebut,pemohon baru perlu memohon di luar kawasan pelesen sedia ada di dalam lingkungan jarak radius 20 kilometer persegi. MARDEC lebih terkedepan dalam memelihara kepentingan pelesen. Berbanding lesen keluaran LGM sekitar 5 hingga 7 kilometer. Itupun LGM masih mengeluarkan lesen pada jarak kurang dari yang di tetapkan bahkan wujud pelesen yang ada stesen timbang berlesenkan LGM pada jarak kurang 100 meter!!. Hantu apa yang mereka pakai ,aku tidak tahu sehingga LGM boleh terlepas pandang..

LGM,aku tidak menyalahkan penjawatmu tapi aku menyalahkan mereka yang berada di atasmu. Penjawatmu hanya hamba. Golongan atasan yang menyebabkan semua ini berlaku. Tidak ada lojiknya bila wujud ramai pelesen,hasil getah akan meningkat. Adakah kamu tidak mengira berapa peratuskah tinggal kawasan getah yang ada di malaysia? Mereka berlumba-lumba menanam sawit. Tahukah kamu wahai LGM,betapa pelesen-pelesen baru bertungkus-lumus dengan modal besar untuk meraih-rebut pelanggan-pelanggan dengan cara yang tidak sihat? Adakah LGM peka semua ini. Mereka ( pelesen-pelesen baru ) tidak kisah dengan nilai dan harga lesen rm 400 setahun itu tetapi mereka menjadi "tidak sihat" dengan modal besar mereka yang perlu di positifkan. Turun padang selalu!! Buatlah pemantauan. Kamu akan tahu betapa songsangnya mereka...

11:53 PG

Senyum..

Sekarang masanya untuk ketawa.
Kah kah kah,keh keh keh,
Guling-gulingan pun ngak apa apa.

Membina bahagia atas kedukaan yang lain.

Buatlah sesuka hati
Ejek-mengejek,sindir menyindir.
Ianya tidak mengubah apa-apa
Kerana ianya berkisar soal "kerajaan" hati

Kerana pabila tiba waktunya
Bila sampai janji Allah
Kelak kau akan menangis
Syahdu,menangis tiada berlagu.

Mengambil ikitibar
Terkesan ibrah
Sabar di atas sabar yang Indah.
Meminjam erti kesabaran para Nabi dan Rosul

Wahai sahabat dan sahabiah ku yang pernah kecewa.
Jangan terus-terusan menangisi nasib
Sayangi taqdir atas prinsip Allah sayang kamu
Berkumpul kita di sini atas nama kecewa
Mari doa-mendoa
Kerna doa orang yang sentiasa merintih
Cukup Haul pada bilanganNya
Ia akan Mustajab.
Asal kau yakin
"Hasbunallahu wa ni'mal wakil"

12:14 PG

Ku lagukan rindu...

Bismillah arRohman arRohim


Aku sebenarnya bukanlah seorang penulis lirik. Juga bukan pencipta lagu. Aku dan keluargaku sangat meminati seni. Ayahku yang bermula dengan ukiran kayunya juga bakat terpendamnya dalam bidang nyanyian sering merangkul juara dalam kategori irama asli ketika zamannya. Suara ayah sering kedengaran di saluran Radio. Apa yang ku pasti di saluran Negeri.Fm dan juga THR . Betapa suara ayahku sehingga ibu mertua di kelantan cukup kenal dengan suaranya. Padahal ketika itu ,ibu mertua langsung tidak mengenali ayahku. Mok selalu mendengar suara ayah berbual bersama DJ THR ketika lewat malam,melayan mesin jahitnya. Maksudnya,ketika itu aku belum mengenali isteriku sekarang. Semuanya taqdir.. :)

 Ayahlah yang memulakan segalanya. Penyertaan pertamaku di dalam bidang nyanyian bermula seawal remaja ( ketika itu berumur 15 tahun ). Bersuara nada A minor,aku bukanlah di dalam kategori bersuara emas. Ianya biasa-biasa sahaja. Bila ku lihat ayah sering mendendangkan irama asli,aku ikut suka mendendangkannya. Mungkin di situ ayah "memaksa" aku mencuba. Malu... 

Aku memang seorang pemalu. Mereka yang berjaya memecahkan tembok malu itu akan mendapati aku sebenarnya seorang yang peramah juga seorang yang "happy go lucky". Membuatkan orang tertawa memang kegemaranku. Itulah aku. Ayah sebenarnya bukan berharap aku menjadi seorang penyanyi. Tapi melatih diriku agar berani berdepan dengan orang ramai. Ya. Titik tolak di situlah ayah mula menubuhkan satu orkes. Orkes Senandung Melayu. Aku? Bermula dari '0',aku belajar berdikit-dikit dengan mengenal "drum" dan seterusnya menjadi tulang belakang untuk pasukan orkes tersebut. Sebut apa rentak yang tidak aku pelajari. Sering aku mencaca marbakan orkes tersebut dengan rentak yang aku "rock" kan. haha. Aku memang degil. Kerana ketika waktu itu,jiwaku bukan jiwa senandung. Sering mentorku ketika itu,seorang pemain bassis ( gitar bass ) iaitu bang hanafi memberi tunjuk ajar. Nasihatnya yang tidak pernah aku lupa.."Jika kau mahu menjadi drummer terbaik malaysia,mulakanlah dengan irama asli!". 



OSM ( Orkes senandung melayu ) sangat popular ketika itu di kalangan warga pertengahan. Pencapaian terbaikku ketika itu, aku pernah di jemput untuk mengiringi satu kumpulan nasyid wanita untuk di persembahkan di hadapan ke bawah Duli Permaisuri Tuanku. Malu rasanya. Di beri penghormatan sebegitu rupa. Walau ketika itu aku rasa panas hati dengan gelagat pemain violin yang kalut menggesek biolanya. Lain lagu,lain chord. Cis!..

Zaman kegemilangan orkes ini cukup menghiburkan. Di sini aku pelajari dan menyedari bahawa aku telah banyak membawa manusia melupakan Tuhan. Keluarnya aku dari orkes ini ketika itu amat tidak di sukai oleh ahli-ahlinya. Tapi mereka tetap menghormati. Terkadang aku rasa gian ingin menghentam "snair" atau "cymbal" maka aku akan menghubungi mereka untuk turut serta. Ianya hilang terus,tenggelam di bawa arus kemodenan muzik terkini. Biarkan ia berlalu. 

Ku lagukan rindu.

Menyedari usia yang semakin bertambah setiap saat,aku cuba untuk kembali dengan belajar menulis lirik. Ianya tidak susah seperti di jangkakan. Menulis lirik umpama menulis sajak. Mencipta nada itu yang susah. Membunyikan lirik seiring nada itu yang payah. Jika tiada pengalaman mengenali not-not muzik asas maka semuanya akan kelu. Juga jika tiada ilmu dalam memainkan alat muzik bernota juga semua tidak akan menjadi. Syukur aku sempat mempelajarinya. 



Inilah lirik yang di adaptasi dari sajak yang aku cipta. Aku mengambil iktibar almarhum Zubir Ali yang melagukan lagu ketuhanan terhebat hasil adaptasi sajak almarhum Chairil Anwar. Jika pembaca rajin menyemak di sini atau telah "khatam" penulisan blog ini,pasti akan jumpa lirik yang aku ciptakan ini dari sajak tersebut. Tapi lirik ini masih "kasar" . Aku pernah cuba membuat rakaman lagu ini dengan petikan gitar. Alhamdulillah ianya menjadi. Tapi aku rasa masih ada kekurangannya. Ya! Aku perlu duet dengan seseorang. Lagu ini perlu dinyanyikan secara Duo. Nadanya wajib tinggi rendah. Ada 2 insan dalam fikiranku. Mereka adikku. Insya Allah. Akan aku usahakan secepat mungkin. Bukan untuk di jual. Tidak terniat mahu apa-apa. Ianya untuk satu kepuasan. Kepuasan jiwa meruntun kasih Tuhan. Tuhan kurnia kifarah pada diri untuk insaf. Ianya sungguh dramatik. Melankolik. Sangat berepisod. Walau permulaan terciptanya lirik "bersajak bagai" ini terhasil bukan pada waktunya,namun penghasilan lagu ini sebenarnya ada maksud sesuatu pada mereka yang memahami. Sungguh..untuk mereka yang memahami. Tulus..Untuk mereka yang mengerti. Kurang lebih maksudnya seolah olah mahu bercinta tetapi cinta Tuhan itu lebih Agung. Mahu menolak cinta manusia tapi hati kata mahu. Ianya dalam keadaan serba salah. Ianya termaktub syar'ie. Allah...Allah...Allah..Cukuplah rindu ini....

Di sini  aku sertakan link rakaman awal lagu ini. Jangan banyak bunyi jika ianya tidak memuaskan hati pembaca kerana ianya di cipta bukan untuk di hargai. 

----> https://www.facebook.com/photo.php?v=1379540915622302&l=7725968141792751365

4:11 PTG

Tahniah..

Bismillah arRohman arRohim

Ku ucapkan tahniah buat adikku juga kenalanku yang sejak lama menghilang sehingga hari ini baru dapat ku hubungi melalui panggilan telefon. Aku fikir kami tidak akan dapat berhubungan lagi. Tahniah ku ucapkan setelah mengetahui kau sudah berjaya membuka satu pusat rawatan islam di sungai petani. Mengenali ashrul fadhli ,seorang yang sering bersama-sama saya menyampaikan tazkirah lewat yahoo mesengger. Kami sering di kecam juga tidak kurang tempat meminta pendapat. Syukur pada Allah swt yang telah mempertemukan kami kembali. Sayu rasa hati...



Abang harap kau dapat membantu ramai pesakit-pesakit yang bermacam penyakit dan karenah. Bertawakallah kepada Allah. Semoga sukses Ustaz Ashrull Fadhli.

Para pembaca boleh melawat laman blognya di sini atau tambah beliau sebagai rakan di sini.


Semoga berjaya di dunia dan akhirat. Kepada para pesakit,jangan jadikan perawat sebagai "berhala". Mereka hanya berikhtiar. Allah jualah yang menyembuhkan. aamin..aamin..

3:40 PTG

Menentang arus

Ketika aku bukan dalam momentum berlari. Hidup ini biasa-biasa sahaja. Juga hari ini,aku seperti biasa. Tidak seperti dahulunya.



Aku tidak mahu berlari. Jika aku berlari,aku tidak akan berhenti. Ku pasakkan paku azam. Perubahan bukan dari gesaan. Menggesa itu syaitan. Terkejar-kejar. Biarlah mereka ketawa. Aku kenal diriku. Yang kenal diriku maka akan berkata " Kau tetap seperti dahulu,kami hormati kau seperti dahulu".

Argghh.. Jiwa batu pecah dek titisan air yang berzaman tanpa jemu. Kau faham itu? Lagu... Ya.. Gitar usang,kembalilah bernada. Kembali membetulkan apa yang salah. Mari anakku... abi mahu ajari kalian apa itu harmoni. Mempertemukan satu irama tinggi rendah. Tunggu abi pulang. Minda ini tertulis satu lirik lirih kehidupan. Mungkin kamu suka lirik ini. Doakan abi berjaya mencipta getaran nada untuk kamu. Talinya abi sudah ganti. Untuk ku petikkan ia agar kamu bisa mencintai tuhan dengan alunan suara jiwa. Maaf,ummi mu sudah lama pencen biola. Gesekkannya sangat sumbang. kah kah kah. Bengang ummi mu menerima cabaran,lalu dia mengalunkan irama hindustan. 

Wow.. karya terpendam. Bila agaknya?.  Aku menunggu. Mari..kita satukan irama violin dan gitar. Kau jalan dulu..i follow... :)

12:43 PG

Tapisan Hidup..


Bismillah ar Rohman ar Rohim

Solawat serta salam kepada Junjungan Nabi Muhammad saw serta ahli keluarganya. Sesungguhnya cinta Baginda kepada Dia amat berbeza dengan cinta kami insan biasa yang bertatih untuk mencintaiNya.Terkadang jatuh,tidak terkira lalai. Sungguh,aku jauh dari apa yang kau sarankan jalannya untuk kami semua ikuti. Benar,mengikuti jalanmu amat payah sekali. Berbahagialah pada mereka yang berjaya.


Hari ini,16 Muharam 1435 Hijriyah. Tidak ada apa yang istimewa. Aku menunggu sesuatu. Menunggu akan rezeki dan rahmat atas segala usahaku selama ini. Aku menunggu akan saat ianya berlaku. Aku yakin ianya akan berjaya. Kepada Allah aku berserah harap.

Dalam kesibukan harian,tidak pernah sekali aku melupakan sesuatu. Ianya satu memori yang tidak akan dapat aku lupakan sampai bila-bila. Berbahagiakah dia? Bagaimana hidupnya? Sihatkah dia? Ubat..makan dan sedut,sudah? :) .Kekasih baru?  Sudah menjadi tunangan orangkah dia?  Bilakah tarikh bersejarahnya? Wallahu a'lam.  Kerna aku langsung tiada dan tidak berpeluang untuk berhubung denganmu. Ketika aku cuba menghubungi,ianya tidak akan "seen". Bahkan dengan rasa perit ianya tertera "cannot reply this conversation" . Ya.. jelas sudah dia cukup memarahi,mungkin membenci. "Jangan ganggu aku!!"..mungkin itu di kotak fikirannya. Segalanya mungkin.

 Masih aku ingat lagi senyumannya. Erti senyuman yang hanya dia sahaja yang mengerti.  Entahlah..aku tidak tahu kenapa memori itu tidak boleh hilang. Semakin berdoa,semakin ia kuat. Semakin aku cuba untuk membenci bahkan semakin kuat ia mendatangi.Ini kifarah buatku. Maaf buatmu. Aku berfikir coretan ini tidak mungkin kau baca. Kerna aku telah kau berjaya buang jauh-jauh dari hidupmu. 

Menyelak catatan lama di sini,setiap komen mu yang singkat itulah penawar. Aku hambaNya,tidak mampu untuk menekan kekunci "delete". Jari sudah hampir,niat tidak merestui. Biarkan..biarkan. Ada hikmahnya. Hiduplah dengan segala kepahitan memori. Walau aku cuba bersangka-sangka agar memori itu bakal menjadi kenyataan . Tidak salah aku bersangka akan sesuatu kebaikan. Kerna aku juga punya hati. Hati yang tak mungkin orang lain boleh memiliki persamaan. Itulah aku. Dan kau juga berhak menolaknya...

Mengintai khabaranmu melalui mukabuku adalah satu keharusan. Aku gembira jika kau gembira. Aku bersangka baik bila ianya tidak lagi di jumpai kerna kau sememangnya ingin lari dariku. Dan aku..apa gunanya lagi aku ada mukabuku. Ketika hak  aku untuk mengetahui sesuatu yang bersifat 'public' bisa mengundang sesuatu yang menyakitkan hatinya mungkin? Itu hak mu.maka..berlarilah. Kerna aku tak bisa mengejarmu dalam keadaan sekarang. Yang penting kau gapai kemenangan. Kau menang,aku menumpang gembira. Tiada apa yang lebih mengundang perasaan gembira ini . Allah swt sahaja yang Maha Tahu menilai perasaanku. 

Adakalanya kita berselisih di pertengahan jalan. Itu taqdir. Terlihat imbasan wajahmu sangat kurang ceria melihat kenderaan ku. Sedangkan pada penglihatanku tidak pernah sekali tidak memandang dan berharap kau membalas dengan senyuman. Mungkin kau berasa asing dengan penglihatan itu. Tidak mengapa. Harapan ku dahulunya agar...... ahh..biarlah. Ianya adalah mimpi. Tidak seteguh mimpi Yusuf alaihi salam. Hadamkanlah wahai insan doa yang sering kau ulang-ulang. Biar jerit perih memori yang melukakan jiwamu itu hilang. Maaf jika kau letih dengan sikap dan cela ku. Aku memang begini. Jiwa seorang lelaki memang begini. 

Aku hanya tahu mencintai kerana Allah dengan niat yang syar'ie.  Dan aku berharap segala doaku selama ini  dan juga urusan ku adalah baik pada agamaku,keluargaku,keimananku..Lillahi Taala. Aku bermohon pada Robbul izzati agar dibukakan hidayah buat mu agar menjadi wanita solehah. Jagalah batas-batas kehidupan seharian. Jaga aurat kerana ini sangat penting. Hanya Dia yang Maha Tahu.

Ku katakan padamu wahai isteriku.. sangat berbahagia pada sesiapa saja yang menjadi pasanganmu dan aku. Kau memiliki  sifat khodijah,kau pintar laksana 'aisyah,jiwamu sangat berkorban laisa sumayyah. Bait pujian ini yg ku coretkan pada mukabuku sebelumnya bukan semua wanita boleh mengerti. Hanya aku.  Takkan ku persiakan mahligai yg kita bina. Di saat aku sangat murung,kau tiupkan semangat. Abang,jangan undur,jangan patah semangat. Darah ketimuran yg mengalir di setiap buluh-buluh sarafmu bernadi juang. Kefahaman mu berjitukan agama. Penolong suami dikala ia jatuh. Jujur serta tulus..

Wahai insan..
11 bintang tak mungkin dapat ku tafsir,Hanya ku berjaya memahami dengan tarikh dan sirah Yusuf a.s .  Kesakitan akibat rindu ku lapik dengan firmanNya yang suci. Semoga kau faham. Aamin.







10:23 PTG

Aku

Bismillah arRohman arRohim

Solawat dan salam ke atas Rosul junjungan serta ahli keluarganya,para sahabat dan tabi'in.



Aku  ( bukan seperti novel pada gambar )di lahirkan atas rasa cinta dan kasih ibu dan ayah pada tanggal 15 Dzul Qa'idah 1398 Hijriyyah. Di besarkan dengan suasana kampung dan sering berpindah-randah ( ayah merupakan pegawai perhutanan ). Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah di kampung,menengah di rembau dan melaka. Tamat persekolahan,terus bekerja dengan keluarga yang sejak dari tahun 50an sudah memulakan perniagaan.

Usia remajaku sebenarnya sama seperti remaja-remaja sekarang. Hidup di kampung di cemari dengan "tujahan budaya" bandar yang dibawa oleh mereka yang pulang ke kampung. Kami kenal "rx-z". Di mulakan dengan kapcai lalu merempit menyusahkan penduduk kampung dengan nada bunyi yang membingitkan di tengah malam hari. Di campur dengan bau-bauan asap ekzos yang memeritkan hidung. Di sini kami belajar erti modifikasi. Berangan-angan ingin juara sepanjang masa. Ah!.. Kenangan ini sentiasa terpahat di kala jenteraku sering di nobatkan sebagai juara. Ada ketikanya juara,ada masanya naib juara. Tempat ketiga jarang sekali. Terkadang tempat ke empat kerana enjin motor ku "jem panas".

Waktu perubahan dimensi dan peralihan dari jahat kepada baik pun berlaku. Ianya bermula seawal tahun 98. Ketika itu Dato Seri Anwar Ibrahim di "canang" sebagai sodomi dan perasuah. Aku juga tergolong sebagai remaja yang percaya dengan berita ini. Allah swt menyelamatkan hati keluarga kami dari tergelincir mempercayai satu cabang berita. Road show ceramah demi ceramah kami hadiri. Dari situ banyak maklumat mengenai politik tanah air yang dapat di bongkar. Cari apa saja beritanya. Taip sahaja. Begitu mudah. Aku mengenali apa itu jemaah. Aku mengenali Tuan guru Nik Abd Aziz,Tuan Guru Hadi Awang Muhammad,Tuan guru Harun Din juga para ulama' luar negara. Aku dapati mengenal segala maklumat di internet dan di realisasikan dengan hadir ke majlis-majlis usrah serta tarbiyyah. Indahnya saat ini. Dan kami mohon agar kami mati dalam perjuangan ini. Perjuangan yang tidak akan henti selagi Islam tidak memerintah dengan hak. Dan sini segalanya bermula. Dari sini aku mula belajar mendalami ilmu agama yang selama ini aku tinggalkan. 

Taip?

Ya. bercerita mengenai menaip,aku mengenali  dunia internet seawal tahun 1996. Medium utamaku ketika itu hanya "mirc" ( malaysian internet relay chat,agaknya?  ) . Aku memulakan penulisan di internet sebetulnya melalui pentas "blogger" . Di situ aku mengenal hujjah. Di situ aku mengenal apa itu politik dan di situ aku mengenal cinta palsu. Di situ aku mengenal siapa lawan dan siapa kawan. Dunia maya memang indah. Terbuai-buai. Dan di situ juga aku menghadapi sketsa "antara 2 darjat". Pernah di nafikan hak berumah tangga kerana perbezaan taraf pendidikan sebanyak  2 kali oleh keluarga yang golongan agamawan dan juga golongan pertengahan. Memang cara hidupku tidak suka meneruskan hubungan yang berlama-lamaan di alam maya. Aku suka merealisasikannya di alam sebenar. Aku bukan segelintir orang yang suka mempermainkan. Di permainkan selalu. Itulah yang sering ku di alami. Tidak memakai sepatu ku maka tidak akan tahu ukuran sebenar.

Aku berkahwin dengan gadis pilihan hatiku. Juga aku kenal di alam maya. Kami realisasikan dengan pernikahan pada tanggal 20 sha'ban 1425 hijrah. Ianya amat mudah. Allah memudahkan segalanya. Hingga ke hari ini kami kekal dan aku bermohon ianya kekal sehingga ke syurga dengan takdirNya. Cukup tentang kisah perkahwinanku.

Keluarga ku yang besar.

Salsilah keluargaku dari sebelah emak amat rumit hendak diceritakan. Tapi nenek hanya menceritakan bahawa keluarga sebelah perempuan adalah waris dari keturunan Dato Undang yang pertama iaitu Wan Sitiawan. Kampung asal kami di kampung balik bukit,simat. Di situlah bermulanya susur galur. Manakala sebelah arwah atukku pula dari bugis. Keluarganya banyak bertaburan di port dickson,berhampiran kota lukut. Dari sebelah ayah,semuanya berasal dari rembau. Keturunan sebelah ayah juga bertaburan seluruh hampir seluruh alam. Terkini, pakcik yang berada di venice,Italy. Hampir 10 tahun beliau di sana. Sering dia menghubungiku jika mahu A.P.. Haha..tak mahulah.. :)

Keluarga kami menguruskan satu empayar perniagaan yang di mulakan sejak tahun 50an lagi. Dan ianya berterusan sehingga sekarang. Kami jatuh dan naik dengan kehendak Allah. Ianya di mulakan oleh arwah atuk. Sungguh,arwah atuk banyak mengajar kami erti kehidupan. Aku sendiri sering menghabiskan masa bersamanya. Teringat kepala ku yang nyaris di sekeh akibat kemarahan arwah kerana tidak berpuas hati dengan sikap ku ketika remaja. Indah sungguh saat itu. Saat arwah membela ratusan ekor itik,telurnya ribuan biji. Membela itik di musim padi mengakibatkan haiwan itu rajin bertelur. Yang jadi mangsa ketika kenduri nikahnya ibu saudara adalah kami. Ya!! Kami jadi "superman" beraksi terbang menangkap itik yang sememangnya lagi handal terbang!


Maut yang indah

Arwah atuk meninggalkan kami 1 tahun selepas di kesan mengidap barah paru-paru. Teringat keadaannya ketika itu. Dia cukup bersemangat meneruskan sisa hidup. Arwah tidak pernah meninggalkan solat,baik fardhu baik sunat. Sehinggakan aku teringat satu peristiwa,dia menjawab salam dan menyuruh masuk kepada seseorang yang kami tidak nampak kehadirannya. Saat selepas asar ketika arwah berada di atas kerusi roda untuk di wudukkan oleh anak perempuannya,sempat dia menampar tangan makcik kerana menjangkakan Uwan yang mewudukkan. Masa itu dia sungguh sakarat. Dan masih sempat untuk solat. Selepas asar,sahabat baik ku,Ustaz Khedr dari Maahad sampai ke rumah, Ketika itu sudah ramai tetamu di rumah untuk mendoakan kebaikan untuk atuk. Ketika itu kami tidak putus membisikkan kalimah "Allah" pada telinganya. Dia pergi dengan tenang. Kami sekeluarga menangisi pemergiannya. Jenazahnya di solatkan di masjid . Sungguh ramai yang menyolatkan arwah. Ianya jadi satu sejarah bagi kami. Itulah rezki untuk arwah. Setiap pesanannya kami genggam erat. Jangan sesekali menipu pelanggan dan jangan ambil walau 1 sen dari mereka.

Sebenarnya arwah ketika hayat merupakan khadam bagi ulama tersohor di daerah ini. Pengetahuan agamanya di perolehi sepanjang menghantar pergi dan balik setiap kali pengajian berlangsung di tempat-tempat yang di arahkan oleh ulama tersebut. Oleh pengetahuan agama itulah dia menurunkan kepada anak cucunya untuk pedoman.



Beberapa tahun selepas kematian arwah atuk,keluarga kami pernah menganjurkan majlis kuliah agama dan menjemput seorang ulama besar dari indonesia,sebetulnya dari Acheh Darul Salam iaitu Profesor Doktor Muhibbuddin Waly. Ulama besar ini kami sekeluarga santuni dan menyiapkan tempat tidur untuknya serta rombongannya. Keesokkan malamnya beliau menyampaikan kuliah untuk keluarga dan hadirin yang kami jemput. 3 hari kemudian,salah seorang ahli keluarga kami bermimpi bahawa rumah kami di kelilngi air,seolah-olah Rumah ini menjadi satu pulau. Tidak kami endahkan kerana mimpi adalah mainan tidur. Sehinggalah pakcik dan aku bermimpi akan arwah atuk..pagi itu kami semua bertangis-tangisan. Rindu dengan arwah... Semoga Allah swt menempatkan ruhnya di kalangan ruh orang beriman.


Mengingati mati itu nikmat pada sesiapa yang mengenali maut. Mengingati kematian bukanlah merendahkan moraliti hidup. Bagi bukan islam,mengingati mati merupakan suatu perkara yang melemahkan jiwa. Tetapi bagi muslim,ianya suatu perkara yang enak untuk dibahaskan. Membahaskan perihal maut menguatkan jiwa. Teranjak hati untuk terus maju ruh dan jasad. Para pendakwah yang bijak akan menggunakan peluang dan ruang untuk membahaskan hal maut agar jiwa jadi tenang,samada jiwa penyampai atau jiwa pendengar amnya. 

Bersambung..

10:41 PTG

Aku...aku..aku...

Bismillah..arRohman..arRohim..

Solawat dan salam atas Rosul junjungan serta ahli keluarga baginda. Juga para sahabat dan tabi'in.



Sejujurnya,masih tidak mampu menulis akan sesuatu. Kesibukan kerja,projek akan datang.Kematian demi kematian bertandang dalam keluarga, maaf wahai pembaca. Masih di draftkan akan kisah hidupku sejak kecil hingga dewasa kini. Bukan mudah mengingat memori indah yang terpadam lama. Aku rindu sesuatu. Rindu akan kenangan lalu. Rindu arwah atuk. Sebelah ayah dan sebelah ibu. Juga rindu semua saudaraku yang telah meninggalkanku. 

Nantilah,dengan izin Allah

Aku akan kembali. Ada beberapa permasalahan yang perlu di selesaikan. Juga mencipta beberapa lagu berunsur ketuhanan. Sang sepupu beria-ia ingin menyanyikan di pertandingan bintang kecil. Paling di sukai pada rangkap..""Allah...Allah...Allah..Allah...Cukuplah rindu ini".. Buat album boleh laku ke? Entah.. 

Aku sibuk...sibuk bohh...

Sekian.  


4:58 PTG

Inilah lumrah kehidupan

Bismillah ar Rohman ar Rohim

Saat jari ini menaip dan terkenang satu kisah yang baru sebentar tadi berlaku di depan mata. Sengaja ku kongsikan agar jadi tauladan untuk semua. Mungkin kisah ini selalu berlaku dalam kehidupan pembaca yang lain. Tapi ini membuatkan aku rasa takut....

Usai solat dhuha dan menyambung semula kerja yang tertunggak,pejabat ku di kunjungi oleh seorang wanita yang aku kenal dan ada pertalian persaudaraan. Kedatangannya memang sudah ku jangka berniat sesuatu yang sering di utarakan. Pinjaman wang !

Wanita ini asalnya seorang yang amat baik. Aku memanggilnya 'busu'. Ketika kecil jika mak dan ayah tiada di rumah maka aku dan adik akan menumpang sementara menunggu kepulangan mereka. Kadang kala makan dan minum. Ya,mereka amat ramah walau dalam serba kesusahan. Zaman itu memang zaman susah,bersyukur ketika itu busu dan ibunya dapat menumpang wang pencen arwah suami. Maka kurang sedikit bebanan hidup. Ceritanya di hentikan di sini. Mereka bahagia dalam kesusahan.

Ketika aku remaja dan bersekolah menengah teknik di melaka,perhubungan aku dan keluarga ini terhenti kerana aku sibuk dengan persekolahan. Sehinggalah ketika pulang ke kampung,aku mendapat khabar bahawa busu sudah jadi 'separuh akal'. Kenapa dan mengapa,aku tidak tahu. Tapi ianya memang mengaibkan. Kerana penyakit yang dihadapinya adakalanya dia meracau,berbogel. Kasihan..memang kasihan. Arwah suaminya juga putus akal hendak mengubati. Sehinggalah ianya sembuh dengan sendiri. Peratusan sembuhnya aku tidak tahu. Dalam 70-80% mungkin. Semoga dia tabah.

Perkara yang aku ingin tekankan ialah apa yang berlaku hari ini dengan apa yang berlaku di masa sebelumnya. Busu adalah penindas. Menindas ibunya sehingga menderita dan akhirnya meninggal dunia. Tidak cukup itu,anak lelakinya juga termasuk dalam golongan menyerupai ibunya. Cukup-cukup hati ini di sayat belati tajam bila terdengar laungan arwah nenek. Terkadang arwah nenek datang ke rumah pusaka mengadu hal. Puas hati bersabar dengan aduan sehingga ianya tidak terbendung lagi lalu aku mencari cucunya. Separuh mati cucunya ku kerjakan. Busu tidak ku sentuh,hanya amaran lisan.Kisah ini sudah berlalu. Anak lelaki busu entah ke mana menghilangnya. Tinggal busu dan beberapa anaknya menjalani hidup . Mereka amat susah. Sehinggalah aku temui busu hari ini di pejabat.


Dia mengadu hal kepada majikanku. Majikan malas melayan. Dengan hutang sedia ada yang semakin bertambah. Busu meminjam dengan karenah. Pinjam dan susah membayar balik. Kami sudah selalu bertolak ansur. Kemudahan yang ada juga ada hak untuk pelanggan yang lain yang selalu mengadu kesempitan wang. Terfikir,agaknya jika kami sekejam "along",mungkin kami akan kaya raya dengan "bunga". Tidak! Never! Amanat arwah atuk tetap kami pegang sehingga Allah swt izinkan kami terus berniaga. Mungkin kerana majikanku seorang perempuan maka hati perempuan sesama mereka mudah cair. Lalu terhulur rm 150 kepadanya. 

Busu adalah seorang penyokong tegar kerajaan. Aku mengetahui akan hal ini ketika pru yang lepas. Ketika bang Aji tidak lagi menjadi calon,dia beralih arah. "Pas tidak boleh buat apa-apa" . "Pas parti sesat ". Itu katanya. Hari ini,aku cabar dia berjumpa dengan Wakil Rakyat baru. "Sila minta bantuan YB,kami orang sesat,kami tidak boleh buat apa-apa". Busu diam terkedu. Lalu aku nasihati dia...

"Busu,tak ingatkah apa yang busu lakukan pada arwah wan? Busu pukul arwah wan yang tidak mampu melawan. Busu hina arwah wan dengan bermacam penghinaan. Sekarang,busu makan kembali apa yang dah busu perbuat pada arwah wan. Sedar atau tidak? Hasil yang busu makan sehari hari adalah hasil dari tanah getah wan!. Mana maruah busu? Sedarkah Allah sedang membalas kembali dan belum tentu bilakah masa penderitaan busu ini akan berakhir!?...


Busu melolong menangis. Arghhhh!! Sudah..nangis pula orang tua ni. Kecoh pejabatku. Pelanggan yang lain memandang drama ini. Tapi mereka sedia maklum. Benar. Kejadian ini sebenarnya banyak menginsafkan. Betapa kita wajib kasihkan ibu. Bersabar atas kerenahnya. Aku? Sangat-sangat menyayangi akan ibu. Kasihmu wahai ibu takkan terbalas. Juga Ayah. Berbuat baiklah kepada ibu bapa kita.

Betapa hari ini mengajarku erti kasih dan sayang.


12:21 PTG

Aurat dan Gula

Bismillah ar Rohman ar Rohim

Solawat dan salam ke atas Junjungan Besar Rosulullah saw serta ahli keluarga dan para sahabat. Semoga Allah swt mengampuni dosa sekelian muslimin dan muslimat dan mengurniakan taufik dan hidayah kepada bukan islam untuk menganut islam. Aamin.

Pembentangan Bajet 2014 telah dibentangkan. Ramai yang berpuas hati,juga tidak berpuas hati dalam segala hal. Yang puas adalah penyokong,yang tidak puas semestinya tidak menyokong. Biarlah. Perjuangan ini memakan masa dan ketikanya. Yang pasti,Gula sudah naik harga. Ada yang suka,ada yang tidak. 


Juga aurat yang selalu di kaitkan dengan gula dan semut Ada yang suka menutupnya,ada yang gemar menayangkannya. Ianya perlu "bajet iman". Bajet yang selalu dan perlu di doakan agar sentiasa naik walau ianya boleh meningkat dan menurun di waktu pagi dan petang. Ianya mudah bagi yang faham,terkadang jadi susah bagi yang sedia faham. Itulah taufik dan hidayah. Penekanan yang amat tinggi penulis selalu anjurkan dengan memohon agar Taufik dan Hidayah Allah,janganlah di kau hilang.



Surah Al Ahzab ayat 59,surah An Nurr ayat 31,ribuan hadis serta kata-kata penegasan dari para ulama,para asatizah sudah puas rasanya ianya di beritahu,di dakwah,di sebar. Ianya satu pengorbanan sehingga hari kiamat. Wahai para penyampai,sampaikanlah dengan sabar di atas kesabaran yang indah!


Gula

Ianya manis dan sentiasa manis bersesuaian dengan sifatnya. Kalau masin bukan gula. Ianya di panggil garam. Gula di dapati hampir di setiap kandungan makanan. Jumlahnya banyak. Begitu juga kaum hawa. Bilangannya semakin ramai melebihi kaum lelaki setiap saat kelahiran manusia di dunia!. 

Gula sentiasa di minati. Penyedap makanan. Makanan yang terlampau masin akan di "neutralkan" dengan gula. Terlampau masam tetap di masukkan gula. Mengejutkan! Bagi pesakit Diabetes jika mereka terkena serangan "sawan" maka cara paling cepat menyedarkan mereka dari sawan adalah dengan menyuapkan gula! 

Gula dan perempuan

Jika gula itu manis,maka kaum hawa sering di kaitkan dengan manisnya gula. Tidak kira apa statusnya,ia sering di anggap manis. Dara,janda walaupun ianya seorang kurang upaya,ia tetap manis. Dek kerana manisnya,manusia lelaki sering "memamahnya" dengan jalan sempurna atau kurang. Begitu makhluk Allah swt bergelar perempuan ini sering di prejudiskan kewujudannya. Di guna secara betul dan disalah guna. Sesungguhnya setiap perbuatan bersandarkan dengan niat. Betulkah niat anda?

Jangan berfikir jauh. Saya masih berbicara dalam konteks kegulaan. Seperti gambar di atas,gula yang di hurungi beberapa ekor "semut". Fahamkan diri pembaca dalam menilai gambar. Betapa aurat seorang wanita itu sangat manis. Betapa sang "semut" sangat mengemarinya.Tidak jemu ia menghurung sehingga hilang kemanisan. Betapa gula yang tidak di tutup dengan bekas yang sempurna akan menyebabkan ianya boleh di "larikan" dari "semut" yang lain. Indahnya penciptaan Allah swt untuk memberi faham pada manusia yang punya akal fikiran. Tidakkah kita terfikir? Allah swt mencipta sesuatu agar manusia boleh berfikir dengan sesuatu. Jarang penciptaan ini boleh dijiwai dengan baik. Manusia sering berpandu nafsu dan akal tanpa membuat tapisan iman.

Ingat! Sejahat manapun kaum perempuan,ia boleh balik ke pangkal jalan. Jiwa perempuan sangat lembut. Ia perlu bimbingan "semut" beriman. Salah di tunjuk jalan.maka sesat selamanya. Gagal "membungkus gula" dengan "bekas" yang sempurna akan menyebabkan "semut" merana hidupnya. Mati semut kerana gula. Nampak pepatah menghubungkan kehidupan. 

Semut

Semut-semut yang "baik" dan menjaga permaisurinya dengan taat susah di cari. Hanya banyak yang mengambil kesempatan. Sudah puas di hisap,semut akan "bajet alim" bahawasanya "aku mencari gula solehah" !. Woi Dol!! Apa perasaanmu jika ahli keluargamu "dihisap" oleh "semut bajet alim" yang lain. Dunia berputar dan pasti ia akan membalas!

Semut yang "soleh" sukar di cari. Mencarinya tidak mudah mendapati "gula solehah". Kepimpinan sang "semut" sangat di akui dunia bahkan tersurat di dalam al-quran. 

"Semut,Gula dan aurat,kamu saling melengkapi. Inilah Bajet Keimanan setiap saat"


Dzikir Dhia

22 Dzul Hijjah 1434 Hijrah






11:14 PG

4 Tanda Taubat Anda Di Terima

Bismillah ar Rohman ar Rohim

SEORANG ahli hikmah berkata :

Sifat orang yang mengenali Allah ada enam :


  • 1). Jika ia ingat kepada Allah ia berbangga ;
  • 2). Jika ingat kepada dirinya, ia merendah diri;
  • 3). Jika ia melihat ayat Allah (Al-Quran) ia mengambil iktibar;
  • 4). Jika ingin bermaksiat, ia menahan diri;
  • 5). Jika ingat Allah Maha Pemaaf ia gembira dan;
  • 6). Jika ingat dosanya, ia terus memohon keampunan Allah.




Seorang ahli hikmah lain ketika ditanya :

“Apakah tandanya, taubat diterima Allah?
Jawabnya, ada empat tanda iaitu :


  • 1). Putus hubungan dengan teman yang tidak baik(jahat) dan bersahabat dengan orang salih;
  • 2). Menghentikan maksiat sebaliknya rajin melakukan perintah Allah;
  • 3). Hilang rasa kesenangan dunia dihatinya, lalu selalu ingat kesusahan di akhirat;
  • 4). Percaya jaminan Allah dalam soal rezeki, lalu sibuk mengerjakan perintah Allah.
  • Abul-Laits Assamarqandi berkata, dosa ada dua jenis yaitu :
  • 1). Antara kamu terhadap Allah dan
  • 2.) Dosa kamu sesama manusia.
  • Dosa antara kamu dengan Allah terlepas dengan tiga syarat taubat yaitu :
  • 1). Menyesal dalam hati;
  • 2). Niat tidak mengulangi kesalahan dan
  • 3). Membaca istighfar dengan lidah.




Barang siapa yang melakukan tiga syarat itu, Allah mengampuni dosanya sebelum ia bangun dari tempat duduknya, kecuali jika ia meninggalkan fardu yang diwajibkan Allah.
Setelah ia menunaikan fardu yang diperintah, lalu menyesal dan beristighfar, Allah mengampunkan.


Namun jika dosa kamu sesama manusia, selagi mereka tidak memaafkan atau menghalalkannya, tidak berguna taubat bagimu.


Sumber : Abul-Laits Assamarqandi dalam buku, Tanbihul Ghafilin


Sabda Rasulullah SAW :-

"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca, mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada."

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2013/10/4-tanda-taubat-anda-diterima.html#ixzz2ihPN0WWK

8:50 PTG

Aku menyayangimu wahai saudaraku

Bismillah ar Rohman ar Rohim

Segala Puji bagi Allah,Tuhan seluas alam. Solawat dan salam ke atas Baginda Nabi Muhammad saw,serta ahli keluarganya dan para sahabat. 

Isu mengenai keruntuhan moral akibat salah guna pentas laman sesawang sering diperkatakan umum dengan meluas di media-media  sama ada versi cetakan atau maya. Betapa bukan saya sahaja,bahkan ramai pembaca dan para bloggers juga mengetahui akan permasalahan ini sering kunjung tiba tanpa ada penyelesaian secara menyeluruh seolah-olah ianya tidak boleh di benteras dengan satu hukuman yang cukup berkesan. Betapa pusat pemulihan yang banyak di bina untk golongan bermasalah ini seakan mengalukan kedatangan mereka. Tidakkah kita merasa sedih dengan golongan ini. Mereka mungkin saudara kita,kenalan,kenalan di atas kenalan yang lain. Mereka ( pesalah-pesalah ) seolah tidak memikirkan kesan yang akan di terima dengan perlakuan-perlakuan buas seperti gambar-gambar di bawah.



Kasihan ku melihat. Makin di nasihat,mereka makin bangga dengan kesilapan. Tidak ada rasa bersalah. Bangga dengan memuat naik gambar "gedik" untuk tatapan rakan FB. 






Kasihan lagi si ibu. Dulunya heboh dengan kisah "couple seminggu" . Sekarang ?



Buat apa dik?? Ulang kaji pelajaran?


Bebaloh jah kijo dio.


Tunggu 9 bulan 10 hari


Ini pengakhirannya?


Sesuatu harus di lakukan untuk menyelamatkan situasi. Jika perlu sekat,sekatlah dengan apa cara sekalipun untuk menyelamatkan benih-benih ini. 

Di mana malumu?

Adakah dengan melakukan aksi sedemikian,anda sudah cukup dewasa? Ketahuilah wahai adikku,wahai remajaku,kami sudah melalui zaman ini. Jika kami di beri izin untuk kembali ke zaman kanak-kanak,nescaya akan kami isi masa itu dengan hidup dengan tarbiyah islam. Jika kami boleh berkata-kata dengan fasih ketika waktu itu pasti kami "paksa" ibu bapa kami dengan mendidik kami dengan ilmu-ilmu islam. Masih belum terlambat untuk kamu berubah. Ruang untuk kembali membetulkan apa yang salah sentiasa wujud. Jika adik-adik,para remaja membaca coretan ini,berfikirlah. Lihatlah gambar-gambar yang ada di di sini. Kenanglah dan bertanggungjawab untuk menjadi manusia berguna untuk Agama dan keluarga juga negara.

Kepada ibu bapa

Lihat-lihatlah anakmu. Jangan di beri kebebasan melulu. Selidiki apa yang terkandung di dalam segala akaun laman sosial mereka. Pastikan anda tahu setiap kata laluan sama ada pada handphone,laptop dan setiap akaun sosial. "Dajjal" ini sentiasa menunggu dan menganggu pemikiran mereka. Jika sahabat mereka ada 2 benda ini maka mereka akan memaksa anda untuk membelinya juga. Jika sudah di beli,ianya bukan boleh di gunakan secara percuma. Kos akan meningkat. Segalanya meningkat. Si ayah terpaksa ke ladang awal pagi. Atau bekerja lebih masa. Mencari rezeki untuk keluarga semata-mata mencari duit lebih untuk top-up handset si anak. Wajar? Fikirlah sendiri. Jika malas berfikir maka terimalah "kewajaran" atas sikap sendiri.


Puas?

Sebarkanlah demi kebaikan bersama.

Dzikir Dhia

19 Dzul Hijjah 1434





12:58 PTG

saravanan yang tidak ku kenali

Bismillah ar Rohman ar Rohim

Segala puji bagi Allah,Tuhan  sekelian alam. Solawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw serta keluarga dan sahabatnya.

Sebagaimana janji saya sebelum ini,saya akan cuba mengulas isu ini mengikut pandangan orang awam yang kurang ilmu,insya Allah. Sebelumnya,sila lihat video perbualan di antara saravanan dan guru besar sekolah rendah di puchong,selangor ini sehingga selesai.


Video perbualan telefon berdurasi 8 minit lebih ini berkisar dengan satu pertanyaan yang kemudiannya berlarutan dengan beberapa pertanyaan yang kurang menyenangkan.Ianya bakal memanaskan persefahaman kaum di malaysia jika tidak di tangani dengan hujjah yang baik di kala negara ini sedang mengalami kemusnahan faham antara kaum walau ada pihak menafikan,ianya sedang berlaku. Saya cuba kupas dengan selunak mungkin tanpa menyebabkan ada pihak terasa hati.

"Saravanan,seorang lelaki berbangsa india. Berkemungkinan beragama hindu yang taat. Mungkin tidak beragama hindu kerana ada di antara bangsa india di malaysia masih memakai nama berjati diri india dan beragama lain seperti islam atau kristian. Majoritinya secara kasar beragama Hindu iaitu agama yang berkitabkan kitab Veda dan mewakili 7.3 % mengikut pecahan-pecahan kaum. Pengikut agama hindu pula sekitar 6.3% ( dalam pecahan ini juga ada bangsa lain yang menganut Hindu,minta tidak di nafikan."

Sejujurnya,saya tidak mengenali dia. Saya hanya mengetahui isu ini mengetahui nenek saya yang juga celik i.t dan minta saya menjawab dan menenangkan segala kata nista,makian yang wujud di ruangan komen di you tube. Saya tidak berminat menjawab makian manusia-manusia yang dalam keadaan amarah maka kita juga akan turut serta bersama mereka. Cukup penerangan biasa ini selagi mana kita boleh faham.Dan saya tidak memaksa pembaca untuk memahami. Saya mohon Allah swt mengurniakan hidayah kepada kita semua bahawa daawah islamiyyah umpama menarik rambut di dalam tepung.Sebab ? Kerana mereka bukan islam yang pastinya ruang kefahaman mereka terhadap ibadah suci umat islam seperti ibadah korban ini tidak mungkin mereka boleh memahami dengan begitu baik. Jika mereka faham,sudah tentulah mereka akan berbondong-bondong menganut agama suci ini. 

Cuma saya ingin mengingatkan diri sendiri dan pembaca yang lainnya. Apakah usaha kita secara individu tercapai dalam memberi faham kepada bukan islam untuk memahami islam?. Contohnya hukum menjawab salam kepada bukan islam. Saya pasti majoriti "pemaham" islam pasti akan menjawab " waalaikum sam - dan ke atas kamu kematian". Fahamkah kita maksudnya jawapan balas salam ini.? Ketahuilah,bukan islam semakin hari semakin mempelajari agama islam yang kita anuti. Mereka ingin mendekati kita. Samaada dekat ingin menganut atau dekat ingin bermusuh. Mereka juga mempelajari maksud dan terjemahan setiap ayat-ayat suci Al Quran. Dengan cara apa kita sebagai individu ingin menerangkan apa itu islam di kala dalam bab menjawab salam sahaja kita sudah gagal?? Makin dekat atau jauhkah bukan islam dari kita? Bangsa yang kononya paling wahid dalam meningkatkan status agama?

"Dari Anas bin Malik r.a berkata,seorang arab badwi pernah memasuki masjid lantas dia terkencing di salah satu sisi masjid. Sahabat bingkas bangun ingin mengherdik tetapi Rasulullah saw melarang tindakan para sahabat tersebut. Bila orang itu selesai hajatnya,Baginda memerintahkan sahabat untuk mengambil air,kemudian tempat kencing itu disirami" - HR Bukhari no 221dan Muslim no 284"
Adakah kita sedar betapa Rasulullah saw beradab dalam menyantuni bukan islam seperti kisah arab badwi di dalam hadis sohih di atas? Adakah method daawah seperti makian dan kutukan itu sesuai untuk selesaikan masalah? Tanyalah diri sendiri. Mohon berfikir. Ketika mana Rasulullah saw berperang dengan bukan islam,ketika mana Baginda menyantuni mereka. Rujuk di sini untuk kefahaman tentang kafir harbi dan zimmi .

"Penulis blog ini tak sedar diri,terlalu memanjakan bukan islam. cacing dah naik ke mata,tak sedar-sedar lagi?"

Bukan begitu maksudku. Saya hidup di kampung. Malaysia berasal dari sebuah kampung yang kecil dan menjadi besar dengan kemajuan dan ketamadunan.Saya merasai jerih perih hidup sebagai anak kampung. Tidak lari juga dari masalah berhadapan keremehan bangsa-bangsa lain yang ada di kampung saya. Saya pernah menghadapi situasi genting dengan puak-puak ini. Saya melayan dengan kudrat maka mereka juga membalas dengan kudrat. Tiada apa kesudahan yang baik berlaku. Bila saya melayani mereka dengan kebaikan maka mereka menyanjung agama yang saya anuti.

“Balaslah perbuatan buruk mereka dengan yg lebih baik. Kami lebih mengetahui apa yang mereka sifatkan.” (Q.S. Al-Mu’minun [23]: 96). 

Firman Allah swt ini tidak semua orang boleh memaknai dengan baik sekali. Berapa tinggi tahap kesabaran seseorang individu? Itu sebab kita di saran mencontohi peribadi Rosullah saw dalam bersabar. Ya Aiyuhal Insan, tika Baginda berdaawah dan di lempar batu,hampir sahaja darah mengalir ke bumi. Begitu Malaikat Jibril ingin meng"kiamatkan" dunia kerana tidak sanggup melihat darah Nabi yang mulia menitis ke bumi. Kita? Kekasih hilang jadi rawan. Anak menangis terhinggap rotan.

Saya menghormati pandangan dan jawapan Guru Besar sekolah tersebut kerana tidak emosi walau ada getar di dalam suaranya menahan kemarahan. Bersabarlah tuan,semoga Allah melipat gandakan kesabaranmu. Ada balasan yang baik untuk tuan,insya Allah.


Seketika bila di fikirkan persoalan saravanan mengenai undang-undang "menyembelih lembu" di sekolah itu,ada benarnya. Tapi hal ini sebenarnya sudah biasa berlaku di sekolah-sekolah. Ibadah sembelihan ini wujud di dalam mata pelajaran agama islam di semua sekolah cuma apa yang saya faham, amali sembelihan ini rasanya tidak bersesuaian di lakukan di sekolah. Benar kata saravanan,ianya sesuai di lakukan di rumah sembelihan. Benar juga kata Guru Besar,hal ini tidak mendapat bantahan semua kakitangan sekolah kerana faham memahami. Yang tidak faham ialah mereka iaitu yang ingin menimbulkan kekecohan supaya ianya jadi isu besar-besaran dari menutup isu-isu utama kebobrokan negara. Saya nampak permainan politik di sini. Ada pihak yang mahu ianya jadi isu supaya "perang kaum" berlaku. Ada yang mahukan kesempatan politik. Menang jadi abu dan kalah jadi aranglah malaysia. 

Jika Saravanan bertanya bolehkah babi di sembelih,maka saya akan jawab boleh. Tetapi biarlah kaum se agamamu sahaja yang melakukan. Kami tidak ada masalah ingin mempelajari ibadah kamu. Belajar tidak membatalkan akidah kerana ianya ilmu yang berguna bagi kami. "Kepadamu agamamu dan kepada kami agama kami".



Gambar menunjukkan ibadah kaum di sarawak sempena menyambut Hari gawai dengan membunuh babi menggunakan tombak. Para guru islam mengambil gambar. Tiada masalah di sini untuk saling faham memahami.

Apalah sangat dengan menyentuh babi,dalam islam ada perincian untuk bersuci dari najis. Sedangkan wang hasil urus niaga babi yang berkeliaran di pasar-pasar pun masih ada kesan-kesan darahnya,adakah kita peka?. Bagaimana? Terkejut?. 

Islam adalah selamat dan ada penyelesaian untuk semua masalah.


☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Dzikir Dhia

18 Dzul Hijjah 1434

12:15 PTG

"aku" suami,dia "isteriku",mereka anakku

Bismillah ar Rohman ar Rohim

"Kegagalan seseorang dalam menyedari matlamat hidupnya yang sebenar hanya merosakkan jiwa,fikiran dan tindakannya.Fikiran yang sempit dan neraca pertimbangannya hanya untuk memuaskan hawa nafsu dan meraih kesenangan dunia yang sementara ini.Ia mencari kerehatan di tempat yang telah ditentukan oleh Allah swt sebagai tempat berusaha. ia mencari buah di kebun yang baru sahaja di tanam,maka pasti tidak akan menemuinya"

Sejauh mana usaha kita. Satu persoalan yang baik untuk di jawab. Anda sedang berusaha tetapi belum berjaya? Keluh kesah yang berpanjangan. Meronta-ronta mahu kejayaan segera seumpama mee segera 2 minit. Pembaca yang di kasihi,jika Allah berkehendak HidayahNya untuk mengislamkan seluruh penduduk dunia pasti Dia Mampu. Itu sifatNya. Begitu penciptaan Syurga dan Neraka. Ianya perlu di isi dengan sesuatu dan ianya tidak boleh kosong.  Kita sebenarnya terlampau bergantung kepada dunia. Kita tidak berusaha supaya "dunia mengejar kita". Membina diri sendiri supaya belajar apa erti yakin dan bergantung adalah satu usaha maha tinggi. Dikala kita hidup dengan pakaian islam tanpa iman,mampukah? Ohh.. Bukan sesuatu yang mudah. Ianya perlu di paksa. Hidup untuk mempercayai Tuhan bukan sekadar "percaya" tetapi perlu "di paksa" untuk percaya Tuhan itu wujud. Terkadang sempat menjengah FB milik sahabat di sebelahku ( maaf,aku tidak punya Fb ). Melihat makhluk "Fbians" memuat naik status berbunyi gembira,sedih,menangis. Sungguh..aku dulu sepertinya. Begitu aku menasihatkan kamu. Lihatlah kembali apa yang kita lakukan sebelumnya. 10 tahun akan datang jika di izinkan Allah swt umur kita masih panjang,lihat dan lihatlah. Jika ianya baik maka hasilnya akan jadi wajar. Kerana setiap saat,umur kita meningkat maka perasaan dan pemikiran tidak semestinya di takuk lama. Itu yang aku hadapi. 

"Mereka tersangat gelisah jika melihat anak-anak mereka tidak berjaya dalam peperiksaan sains,geografi dan seumpamanya,tetapi mereka tidak gelisah jika kalau anak-anak belum pandai membaca al-quran atau melaksanakan solat dengan baik yang mana kita ketahui ianya tiang agama yang menentukan tegak atau runtuhnya agama seseorang"

Mendidik anak bukan suatu perkara yang mudah. Ianya di jana seawal kita sebelum berkahwin dan mengenali pasangan. yang bakal kita nikahi. Jika kita pada awalnya sudah terjebak dengan kemungkaran dan maksiat maka kita akan dapat "benih" yang kita semai di awal perkenalan dan mendidik benih itu perlukan pengorbanan yang amat tinggi. Lihatlah anak-anak sekarang. Buka matamu seluasnya. Tidakkah kita melihat bermacam karenah anak-anak yang tidak mahu mendengar kata ibu-bapanya. Menjadikan ibu bapa sebagai hamba. Masya Allah sayangi kami,lindungi kami dari perangai anak-anak sebegini.



Cuba kita tanya beberapa persoalan kepada anak-anak yang meningkat dewasa. Tanyalah siapa artis kesayangan mereka. Tanya fesyen kegemaran. Tanya rancangan televisyen kesukaan.Ianya akan di jawab dengan bertalu-talu per saat. Bandingkan persoalan ini dengan bertanya berapa bilangan Rosul dan Nabi mu,pakaian sunnah mereka,berapa bilangan anak mereka. Bilakah tarikh kelahiran Nabi saw. Aku yakin ianya boleh di jawab oleh pelajar beraliran agama kerana ini wajib bagi mereka. Bagi mereka yang beraliran biasa, 7/10 pelajar pasti gagal menjawab.

Ini berlaku kerana kegagalan sistem pembelajaran negara yang mengasingkan semua subjek dari agama. Sains tidak di kaitkan dengan islam,sejarah juga begitu.Matematik juga begitu. Jeritan batin para guru yang sedar masalah ini pasti terbungkam di jiwa usang mereka. Untuk belajar sains di sekolah biasa perlu mengetahui formula tanpa mengetahui siapa pengasas formula islam ini. Belajar sejarah tanpa mengenali Ibnu Khaldun. Belajar geografi tanpa mengenali Ibnu Battutah. Anda harus lulus sejarah negara dari lulus sejarah islam. Mahu yang islam,pergilah ke institusi pengajian islam. Oh malaysiaku..Tahniah!

pengorbanan

Apa yang wajib di lakukan sekarang berkenaan kerosakan yang berlaku. Didiklah anak-anak semampunya. Bila sudah terlaksana tanggungjawab maka berserahlah kepada Allah sebaik-baik tempat bergantung. Memberikan ilmu kepada anak-anak kepalang ajar. Bersama-samalah dengan pasangan hidup untuk untuk menjadi "pemarah" juga "pemujuk" dalam keluarga. Ini perlu.Ianya akan jadi pasif jika dalam  sebuah keluarga hanya terdapat 2 sifat "pemujuk" sama. Pasif juga jika terdapat 2 sifat "pemarah". Jaga pemakanan anak-anak terutamanya punca datangnya rezeki ke rumah. Jangan sesekali tergamak menyuap ke mulut anak-anak rezeki bersumber haram atau was-was maka setiap sel-sel yang hidup atas rezeki itu terbina dari punca yang tidak berkat. 



Juga aku ingin menasihati pembaca berkenaan peri pentingnya memilih pasangan hidup. Jagalah batas-batas syarie bila berhubung.Pastikan wujud mahram bukan "haram" di setiap perjumpaan. Kita tidak tahu dan pasti kerana di setiap perjumpaan dan ruang akan sentiasa wujud fitnah. Itulah tugas syaitan. jarumnya sangat halus. Dia tidak akan berputus asa selagi kita tidak mengaku "bertuhankan" dia. Kenang-kenanglah kisah Barsisa. Semoga ada kebaikannya coretan ini. Wallahu a'lam.

Hamba Miskin

16 Dzul Hijjah 1434

Pengikut yang tidak taasub