Nada dan Suara

...
9:11 PTG

Jerih perih untung



Alangkah untungnya banduan di dalam penjara. Di sana mereka dapat menjauhi 'hiruk-pikuk' duniawi yang banyak melalaikan serta dapat menginsafi diri mengenai kehidupan dunia yang hanya bersifat sementara. Di sana juga mereka punya masa untuk mentelaah kitab-kitab dan buku tanpa gangguan. Mereka juga 'bebas' dari 'penjara' masa yang menyebabkan seseorang itu lalai menunaikan amal ibadat yang khusus.

Sedang kita yang berada di dunia merdeka penuh kebebasan ini sering 'terpenjara' dari mentelaah kitab-kitab dan buku agama. Kita juga di kebanyakkan masa 'terpenjara' dari melakukan amal ibadat sunat dan wajib. Dunia bebas juga mengakibatkan kita 'terpenjara' dari membaca al-Quran apalagi untuk mengingati mati yang pada bila-bila masa bisa menjemput.


Beruntungnya mereka 'terpenjara' dari perkara merosakkan rohani, sedang kita 'bebas' melakukan perkara merosakkan rohani...


Muhammad Yazid Othman
9 Dzul Qa'dah 1434 Hijrah



7:28 PG

Syarat Menghapus Dosa - 1

"Hai orang-orang yang beriman,bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar." ( At Tahrim-8 )



Perintah segera bertaubat!!

Allah swt telah memerintahkan kita supaya sentiasa bertaubat sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud seperti di atas kerana sesungguhnya perbuatan taubat akan menghapuskan segala kesalahan yang telah lalu serta mencegah dari melakukan kesalahan-kesalahan baru,Allah juga telah berjanji akan menerima taubat dari hamba-hambaNya,sebagaimana firman Allah, "Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya serta memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan." ( As-Syura - 25 ).

Dia juga membuka pintu harapan kepada hambaNya sebagaiman firman Allah maksudnya: "Katakanlah wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Az- Zumar : 53 ). Dia juga menyuruh kita supaya segera berusaha untuk keselamatan diri dan secepatnya bertaubat sebelum maut datang menjemput. Firman Allah swt: "Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan kerana kejahilan yang kemudian mereka bertaubat dengan segera,maka mereka itulah yang di terima oleh Allah taubatnya dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan tidaklah taubat itu diterima oleh Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan ( yang ) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka barulah ia mengatakan : Sesungguhnya aku bertaubat sekarang. dan tidak pula diterima taubat orang-orang yang mati sedangkan mereka dalam kekafiran. bagi orang-orang itu telah Kami sediakan seksa yang pedih." ( An Nisaa'-17-18 )


Allah juga menganjurkan kepada kita supaya bersegera melakukan amal kebajikan dan secepatnya mendekatkan diri kepadaNya.

"Dan bersegeralah kamu kepada keampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan kepada orang-orang yang bertaqwa,iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya,baik pada waktu lapang mahupun pada waktu sempit dan orang yang menahan marahnya dan memafkan kesalahan orang. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri,mereka ingat akan Allah,lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu,sedangkan mereka mengetahui.Balasan untuk mereka itu ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai,sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal. ( Ali Imran : 133-136 )
Sambungannya ke artikel ke 2 di sini

Beranilah membuat perubahan
Dia Sentiasa Memandangmu dengan Maha Mengasihani, 

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Dzul Haqq @ Dzikir Dhia
8 Dzul Qa'dah 1434 Hijrah

10:42 PTG

Alasan demi alasan - malas berubah



Sesungguhnya hidup kita terlalu senang,senang yang melalaikan,senang yang melupakan kita dari negeri akhirat yang merupakan matlamat dari apa yang kita kerjakan di dunia ini. Kalau dilihat dengan cara hidup kita yang ada sekarang ini,nampaknya seakan-akan kita mahu hidup selama lamanya. Kita mengejar dunia dan menghabiskan  masa untuk mencari kepuasan hidup di alam yang telah di tentukan Allah swt sebagai tempat berusaha dan tempat membuat bekal ke negeri akhirat. Maka apabila masa sudah suntuk,badan sudah letih dan mata pun sudah mengantuk,di ketika itu barulah kita ingin mencari kebahagiaan abadi,pada masa itu barulah kita berduduk bersila untuk mengaji ilmu fardu 'ain,ilmu yang menentukan harga diri kita di sisi Allah swt maka kalau begini nasib akhirat yang merupakan matlamat kehidupan kita,rasanya tidak munasabah kita mengharap untuk menjadi penghuni syurga Firdaus yang tinggi itu.

"Kita memang tidak mampu untuk mengikuti sepenuhnya daripada kehidupan Rosulullah saw dan kehidupan para sahabatnya. Kalau boleh sepersepuluhnya sudah cukup!"

Cuba bayangkan!! 3 bulan api tidak menyala di dapur isteri-isteri Rosulullah saw yang sembilan orang itu. Baginda yang tidak berdosa itu berzikir dan bersolat di waktu malam sampai bengkak kedua-dua kakinya,mulut baginda tidak pernah kering daripada menyebut nama Allah swt. dan hati baginda tidak pernah lalai dari mengingatiNya. Begitu pula para sahabatnya yang hidup mengelilinginya,mereka sangat setia kepadanya. Ada yang bersedia mendermakan seluruh harta bendanya. Ada yang rela meninggalkan tanahair,tempat tumpah darah dan meninggalkan segala harta kekayaan yang di milikinya serat meninggalkan sanak saudara yang di cintainya,lalu datang berhijrah ke negeri Madinah dengan membawa 10 jari dan memulakan kehidupan yang baru dengan serba tidak ada. Dan ramai pula di kalangan mereka yang sanggup gugur di medan perang sebagai syuhada' dan bermacam macam lagi jenis pengorbanan yang telah mereka lakukan sebagai amalan yang akan  mereka terima balasannya di sisi Allah.

Pada hari kiamat nanti,maka di manakah kita? 

Apa yang telah kita lakukan? Adakah kita telah membuat simpanan kebaikan yang dapat di tunjukkan kepada Allah swt pada hari kiamat nanti? Apabila persoalan seperti ini di kemukakan kepada kita,rasanya kelu lidah kita untuk menjawabnya....

Baiklah sahabat!! Kita masih belum terlambat. Pintu taubat masih terbuka. Rahmat Allah lebih luas daripada murkaNya. KeampunanNya lebih besar daripada dosa-dosa kita. Yang penting,kita bersedia untuk terus mengetuk pintuNya. Selalu datang merayu meminta belas kasihanNya dan hanya kepadaNya kita pasrahkan diri kitayang berlumuran dengan dosa ini,mohonlah dengan rasa hati yang patah,dengan sepenuh harapan dan keyakinan supaya kita di golongkan dalam kumpulan hamba-hambaNya yang di terima dan mendapat keampunan ke atas segala dosa dan kesalahan,di jauhkan dari segala seksa neraka dan bertuah untuk menjadi penghuni Syurga yang kekal abadi itu.

"Wahai Tuhanku,Sebenarnya hambaMu ini tidak layak menjadi penghuni Syurga Firdaus,Tetapi aku tidak tahan untuk menghadapi siksaanMu di dalam api neraka Jahim"


"Maka oleh kerana itu Ya Allah!,Terimalah taubatku dan ampunkanlah dosa-dosaku,Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang mengampuni dosa-dosa yang besar".


Dzul Haqq @ Dzikir Dhia
5 Dzul Qa'dah 1434 Hijrah 

9:52 PTG

Our way to jannah



Di kala pagi tiba, ada yang mengambil nasi lemak sebagai sarapan. Ada pula yang tidak gemar bersarapan dengan nasi lemak tetapi suka mengambil roti canai sebagai sarapan. Ada yang tidak mahu bersarapan dengan memakan nasi lemak dan roti canai tetapi suka makan lontong sebagai sarapan. Itulah secebis situasi di awal pagi di mana masing-masing mempunyai kecenderungan dan citarasanya yang tersendiri di dalam menu sarapannya. Secara umumnya jenis makanan yang diambil bukanlah menjadi satu masalah yang besar hingga perlu didebat dan 'dipergaduhkan' tetapi apa yang penting ialah setiap makanan tersebut membekalkan tenaga yang baik kepada orang yang memakannya.

Begitulah juga dengan kita sebagai umat Islam. Masing-masing mempunyai aliran pemikiran yang pelbagai. Masing-masing juga mempunyai pendapat bermacam jenis. Masing-masing mempunyai 'tuan-tuan guru' yang sangat disanjungi, dihormati dan menjadi rujukan utama. Namun perkara-perkara ini sepatutnya bukanlah menjadi syarat untuk kita menghina-hinakan atau melabel-labelkan serta salah-menyalahkan di antara satu sama lain. Tetapi jadikanlah perbezaan pandangan itu sebagai satu pandangan alternatif yang mungkin boleh kita gunakan pada satu ketika nanti, di mana mungkin pandangan yang kita pegang tidak sesuai digunakan pada waktu itu tetapi pandangan yang sedikit berbeza dengan kita mungkin lebih sesuai digunakan pada ketika itu. Tapi ingin ditegaskan di sini ialah pandangan-pandangan yang ingin digunakan hendaklah tidak bercanggah dengan nas-nas al-Quran dan juga as-Sunnah.

Di kala umat Islam 'disembelih' di seluruh dunia termasuklah di Malaysia, sepatutnya perbalahan di dalam perbezaan pendapat selagi tidak bercanggah secara qat'ie atau tetap dan jelas dengan al-Quran dan Sunnah hendaklah diraikan dan dihormati. Hindari dan dielakkanlah perbalahan di dalam perkara khilaf kerana ia akan merugikan umat Islam keseluruhannya. Carilah titik pertemuan di antara satu sama lain agar umat Islam lebih terkehadapan berbanding kelompok bukan Islam. Realisasikanlah umat Islam sebagai umat yang TERPILIH dan terbaik.

Kesimpulannya jangan membuang masa dengan bergaduh di dalam perkara khilaf tetapi ambil dan gunakanlah masa yang ada untuk memperjuangkan Islam yang bersandarkan AL-QURAN dan SUNNAH supaya ia dapat diletakkan PADA TEMPATNYA. Mudah-mudahan kita diredhai dan dirahmati Allah di dunia, di barzakh dan di akhirat.


Muhammad Yazid Othman
5 Dzul Qa'Dah 1434 Hijrah

1:23 PTG

Manusia,Insan dan ......


Janganlah kalian menjadi manusia seperti ini iaitu, apabila orang lain berbicara dengan kalian, mereka seolahnya gembira dengan kalian. Senyuman mereka hingga ke telinga. Pendapat kalian menjadi pujian buat mereka seolahnya tiada cacatnya di sisi mereka. Tetapi itu hanya 'lakonan' mereka di hadapan kalian. Hakikatnya... di belakang kalian, merekalah insan-insan yang mempunyai lafaz-lafaz 'terburuk' dengan segala kejian, maki-hamun dan cemuhan yang didedikasikan buat kalian.

Tetapi jadilah manusia seperti ini iaitu, sering manusia menzahirkan 'kelat' muka mereka dan ketidakmesraan mereka di hadapan kalian hingga ada kalanya mengguris hati. Namun di belakang kalian mereka terpaksa mengiktiraf kalian sebagai insan yang berjasa, terhormat dan punyai ciri manusia terpuji.

Kesimpulannya jadikanlah diri kalian sebagai manusia yang dihormati kerana hormat orang kepada kita kebiasaannya adalah merupakan satu kejujuran yang lahir dari hati yang ikhlas. Tetapi elakkanlah diri kalian dari menjadi manusia yang 'ditakuti' kerana pada kebiasaannya 'hormat' atau layanan mesra yang diterima oleh kalian disebabkan takutnya manusia lain kepada kalian merupakan 'layanan' dan 'hormat' yang palsu hasil dari lakonan terhebat mereka.


Tetapi jadilah manusia seperti ini iaitu, sering manusia menzahirkan 'kelat' muka mereka dan ketidakmesraan mereka di hadapan kalian hingga ada kalanya mengguris hati. Namun di belakang kalian mereka terpaksa mengiktiraf kalian sebagai insan yang berjasa, terhormat dan punyai ciri manusia terpuji.


Kesimpulannya jadikanlah diri kalian sebagai manusia yang dihormati kerana hormat orang kepada kita kebiasaannya adalah merupakan satu kejujuran yang lahir dari hati yang ikhlas. Tetapi elakkanlah diri kalian dari menjadi manusia yang 'ditakuti' kerana pada kebiasaannya 'hormat' atau layanan mesra yang diterima oleh kalian disebabkan takutnya manusia lain kepada kalian merupakan 'layanan' dan 'hormat' yang palsu hasil dari lakonan terhebat mereka.

Muhammad Yazid Othman

4 Dzul Qa'dah 1434 Hijrah



2:39 PG

Siapakah teman setia mu?

Daripada Anas bin Malik r.a : Rosulullah saw bersabda :

"Ada tiga macam yang akan menghantarkan jenazah ketika di bawa ke tanah perkuburan iaitu keluarganya,hartanya dan amalnya. 2 di antaranya akan kembali dan satu lagi akan tetap tinggal menyertainya. Keluarga dan harta akan kembali sedangkan amalnya akan tetap setia bersamanya". - Hadis Riwayat Bukhari & Muslim

Tinggal lah sayang,tinggal semuanya

Inilah kesudahan bagi persahabatan kita kepada ketiga-tiga golongan ini. Isteri yang kita cintai dan anak anak yang kita sayangi dan juga kaum kerabat,mereka hanya dapat menghantarkan kita sampai ke tanah perkuburan dan hanya dapat mengucapkan selamat tinggal kepada kita ketika badan terbujur sejuk di liang kubur. Tiada seorang pun yang bersedia untuk menjadi teman kita di kesunyian kubur. Mereka akan pulang setelah menimbuni tanah ke atas liang kubur kita. begitu juga harta yang kita kumpulkan dengan membanting tulang dan memeras keringat bahkan terkadang dengan mempertaruhkan nyawa,semuanya akan kita tinggalkan untuk ahli waris. Mereka yang mempusakai dan menikmatinya,sedangkan kita yang akan ditanya dari mana harta itu diperolehi dan ke mana kita membelanjakannya. 

Apa rancangan seterusnya?

Orang yang bijak ialah orang yang mempunyai rancangan bagi wawasan akhirat dan bersedia menghadapi kematian sebelum tiba saatnya. tetapi orang yang terpedaya ialah orang yang banyak mengelamun,berangan angan ( macam aku,Allahu Robbi !! ) mengejar dunia dan menimbun harta. Maka apabila tiba saat kematian barulah ia menyedari diri dan barulah berazam untuk berbuat kebajikan. Namun..sudah tidak berguna lagi penyesalan..

Allah..Apa yang perlu ku lakukan?

Perbanyakkanlah berbuat kebajikan,tingkatkan ketakwaan,buatlah bekalan akhirat sedaya upaya yang ada. Rajin bersedekah walau sedikit dan suka menderma untuk bekal bagi perjalanan negeri akhirat yang sangat jauh itu..

Bersabarlah dalam beribadat.."Sesungguhnya sabar itu cantik"

"★★★★★★★★★★★"

Dzul Haqq @ Dzikir Dhia
4 Dzul qa'dah 1434 Hijrah

1:06 PG

Kenapa hati menjadi keras...


Daripada Ibnu Umar r.a berkata: Rosulullah s.a.w bersabda: 

"Janganlah memperbanyakkan percakapan selain untuk berzikir kepada Allah swt.,maka sesungguhnya banyak bercakap selain dari berzikir kepada Allah swt itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. dan sesungguhnya sejauh jauh manusia daripada Allah swt ialah mereka yang berhati keras" - Riwayat Tirmizi

Lembutkan hatimu..

Ketandusan jiwa dewasa ini adalah suatu penyakit yang sangat ketara sekali di tengah tengah masyarakat. Banyak orang yang bersusah hati,gelisah dan tidak merasakan ketenangan fikiran dalam kehidupan walaupun ia telah memiliki segala kemudahan yang di hasilkan oleh teknologi moden pada hari ini.,bahkan JUTAAN wang telah di milikinya,namun kepuasan hidup masih belum lagi dapat di rasainya.

Punca

Ini terhasil dari hati yang keras,jiwa yang tandus dan mata yang tidak pernah menangis kerana takut kepada Allah swt. Kemudian kekerasan hati ini pula adalah berpunca dari banyak bercakap mengenai perkara sia-sia ect hal dunia yang tiada kesudahan dan tidak menguntungkan agama,tiada hubung-kait dengan mengingati Allah swt. Oleh itu wajib bagi orang-orang yang beriman menggunakan lisannya untuk berzikir kepada Allah swt dengan berbicara perkara yang menguntungkan agamaNya  dari segi maslahat serba serbi yang dapat meningkatkan ketakwaan ataupun paling kurang;bercakap perkara dunia yang boleh dijadikan wasilah ataupun alatan yang dapat membantunya untuk menambah ketaatan yang akan di catitkan dalam suratan amal kebaikan pada hari qiamat nanti,paling lemah hatinya maka berdiam diri sahaja.

Ini adalah kenyataan

Yang selalu terlihat di hadapan mata ialah wujudnya banyak insan yang membuang masa bercakap perkara-perkara yang tiada faedahnya bahkan dengan berani bercakap akan hal yang bercanggah dengan hukum syara' dan berani merendahkan ajaran-ajaran agama yang boleh menyebabkan kefasiqan hingga terkadang jatuh kufur,Na'uzubillah.

Hati batu-keras kaku
Hati bukan kristal

Bila sudah keras dan tidak mudah menerima nasihat dari orang lain. Jika ditegur selalu melenting dan menunjukkan rasa besar dirinya,pantang ditegur dan tidak mahu menerima kebenaran yang di bawa oleh orang lain. Hati yang keras sentiasa mendorong untuk berbuat maksiat dan kejahatan dan merasa berat untuk berfikir atau membaca Al Quran dan sangat MALAS untuk melaksanakan segala jenis ibadat yang di wajibkan Allah swt,apatah lagi yang sunat. Jika masuk waktu solat,ia merasa terbeban dengan ibadat,bukannya merasa bertuah kerana berpeluang untuk sekali lagi berhadapan dan bercinta denganNya. dan jika sudah solat maka jasadnya sahaja yang solat,sedangkan hatinya pergi merayau ke sana ke mari. Akan tetapi melihat sesuatu yang melalaikan daripada mengingati Allah swt,hatinya gembira dan terpanggil ke sana. Sanggup bersusah payah,jasad merasa ringan walaupun terpaksa mengorbankan apa jua yang diperlukan asal maksud hati tercapai!!

Dzul Haqq @ Dzikir Dhia
4 Dzul qa'dah 1434 Hijrah

12:14 PG

Bawahan vs Atasan


Pemandu teksi, walaupun teksi itu beliau yang punya tetapi hala tuju destinasinya adalah ditentukan oleh penumpang yang melanggan teksinya. Peniaga pula, walaupun beliau bebas menjual apa sahaja barangan tetapi jika beliau mahu berjaya di dalam perniagaan maka beliau hendaklah menjual barang yang mengikut permintaan pembeli. Begitu juga dengan ketua jabatan, ketua unit, para boss, anda perlu sedar bahawa kejayaan anda dan organisasi anda adalah ditentukan oleh kerjasama dan 'redha' kakitangan di bawah anda. Sekiranya mereka bekerja di bawah aras 'panas hati', tidak selesa dan sumpah seranah di belakang anda maka ketahuilah organisasi yang anda pimpin itu sedang 'sakit' dan beroperasi dalam keadaan 'sakit'. Jadi hormatilah dan dapatkanlah pandangan dari 'orang bawah' sekiranya anda mahu mereka 'menghormati' anda. Raikan juga diri mereka agar mereka menghargai anda. Sesungguhnya tanpa kakitangan 'bawahan' maka tidak adalah 'kelas atasan'.

Muhammad Yazid Osman

4 Dzul qa'dah 1434 Hijrah

10:37 PTG

Penulis jemputan - Al Fadhil Ustaz Muhammad Yazid Othman

Saya ingin memperkenalkan seorang penulis jemputan yang akan mewarnai penulisan,menceriakan lagi dakwah santai di blog ini. Beliau adalah seorang kenalan lama saya ketika sama sama berjuang di alam maya bahkan beliau lebih terkedepan di alam realiti berbanding saya.

Muhammad Yazid Othman di lahirkan pada 1 january 1974,berasal dari perak darul ridzuan. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dengan Kepujian di Open University Malaysia,Kolej Dar al-Hikmah and Universiti Malaya dan juga anak murid kepada tuan guru Dr Harun Din Al Hafiz di Darul Syifa' pada tahun 2008. Pernah mengarang beberapa buku dan menyumbang penulisan dalam beberapa majalah. Insya Allah akan menjemput beberapa lagi asatizah untuk mewarnai dunia blog dan dakwah dengan hikmah.

2:51 PTG

Doa memohon di jauhkan kemungkaran

"Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu terbuka hati untuk membuat kebajikan dan menjauhi kemungkaran, menyukai orang-orang Mukmin dan mengharapkan kasih sayang-Mu dan keampunan-Mu. Apabila engkau menimpakan sesuatu ujian kepada satu golongan umat, maka hindarkanlah aku dari ditimpa ujian itu. Aku tetap mohon kasih sayang-Mu dan kasih sayang kepada orang-orang yang suka pada-Mu dan menyukai orang yang mendekatkan diri kepada-Mu"

12:50 PG

Jangan bersedih?

Di kala jari jemari menjadi kaku ketika ini ( 3 dzul qa'dah 1434 hijriyyah ), ..bersama  2 posting yang di simpan menjadi draft..

Isteri kesayangan menghulurkan buku ini...

"Abg..baca buku ni.." ..sambil ia tersenyum. Ku tatap kitab setebal 613 mukasurat. Ayat pertamanya saja sudah meruntun jiwa.  Sungguh seorang isteri sangat memahami perasaan suaminya.

Sungguh...kitab ini menyentuh apa itu kesedihan,hakikat,istirehat. Aku bukanlah pakar dalam membedah juga melakukan autopsi buku. Tapi ku sarankan kepada semua pembaca blog ini untuk membacanya jika anda mengalami stress,kesedihan dalam semua faktor,maka kitab ini akan mendorongmu untuk menyelidik bukan sekadar membaca untuk halwa mata tetapi jiwa mu akan terdorong untuk menyelidik setiap qalam qalam suci al quran nur karim.

Semoga Allah merahmati hidup dan matinya sayyid 'Aidh Abdullah Al Qorni. Dengan kitab mu ( la tahzan ) dengan hidayahNya dapat menenangkan banyak jiwa,meredakan amarah makhluk,membikin manusia tuli menjadi tangis. Bi iznillah.

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

12:13 PG

Sedikit ubahsuai untuk kemudahan masa depan.

Assalamualaikum para pelawat yang di rahmati..

Terdahulunya,saya sebagai admin memohon kemaafan kerana blog ini akan membuat beberapa perubahan dari masa ke semasa ( yang mana di fikirkan perlu ). Perlu juga rasanya saya tetapkan beberapa setting agar setiap posting yang di update menepati citarasa pengunjung. Blog ini hanya lakaran semasa apa yang dihadapi penulis ketika hidup. Juga memohon beribu kemaafan jika terdapat kekurangan di dalamnya,ianya adalah hasil dari akal penulis yang juga seorang manusia biasa.

Juga di ruangan komen,tiada lagi ruang untuk anonymous atau tanpa nama. Ini tidak bermakna anonymous tidak lagi boleh menulis di ruangan komen,anda hanya perlu mendaftar agar saya lebih senang memanggilmu dgn nama panggilan tetap seorang pengkomen. :) Insya Allah..akan melantik dan menjemput beberapa penulis jemputan kerana rutin harian saya juga selalu di alam kesibukan. Pada sesiapa yang berminat untuk menjadi penulis,sila letakkan email agar mudah saya hubungi melalui email juga.

Segala kesulitan amatlah di kesali.

Dzulhaqq

◇ Ini merupakan cetakan berkomputer. Tandatangan tidak di perlukan.◇

3:25 PTG

Istikharoh - Kembali kepada Allah

Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”

 Baginda bersabda: Hendaklah dia menyebutkan apa yang dihajatkannya. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1162.

Solawat dan salam ke atas Junjungan Rosulullah saw serta ahli keluarganya..

Istiharoh..

Kenapa ? Mengapa ?

Ianya adalah anjuran Baginda  saw untuk ummatnya dalam mencapai keputusan. Pilihan para ulama,tabien serta mursalin dalam membuat pilihan. Ibadat ini bukan khusus untuk mencari jodoh tetapi juga untuk hal dan masalahat umum. Pilihlah jalan ini untuk memudahkan segala urusan. Semoga Allah swt memberikan petunjuk.

Petunjuk??

Ianya bukan semata petunjuk di alam mimpi. Mimpi para Rosul dan Nabi itu benar. Mimpi para pendosa hanyalah mainan tidur. Ianya mungkin di datangkan dengan gerak hati,di mudahkan segala hal yang di hajati. Selepas solat istiharoh,tidurlah dalam keadaan berwudhu',pakaian yang bersih...

Laksanakan ia selama 3,5 atau 7 hari berturut-turut atau mengikut kesesuaian hal. Insya Allah,Dia akan menunjukkan jalan dengan memberikan kecenderungan atau di gerakkan hati membuat sesuatu keputusan yang benar.



                               Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

Bacaan pada sujud terakhirnya sebanyak 40 kali

Sebelum bangkit dari sujud,mohonlah di dalam hati agar Allah swt mempertunjukkan jalan dan di mudahkan segala urusan. 

Dan ini doa selepas solat istiharoh. Agar mudah memahami maksud,saya tuliskan dalam bahasa melayu yang bermaksud :

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.

Aamin.


10:05 PG

Allah..Dia Yang Tertinggi

Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);

Allah..

Jangan di tanya apa yang Dia boleh beri. Mohon,Dia Akan rezki..

=================================================================

Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan). Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya. Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya).Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak.Kemudian Ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering - (berubah warnanya) kehitam-hitaman.Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu - dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa.Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi.Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) Agama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna).Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu.Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya.Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya).Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh).Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia.Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu.Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.

=================================================================

Terima kasih ayah atas kebaikkan mu yang memberikan aku kesedaran atas qalam ini. Mak..halalkan segala makan minum anakmu. Ampunkan segala dosa. Mohon sangat mak!. Adik2 ku..Sesungguhnya abang mu ini menegur di atas kebenaran. Tidak sedetik dalam hatinya bersangka buruk. Semoga Allah swt sentiasa merahmati mu dan menganugerahkan pada anak anak mak dan ayah agar menjadi anak anak yang soleh solehah.  

Kamu..

Terima kasih datang bertamu.Ini yang ku mampu. Kau mengajarku erti berazam dan tabah. Dengan kalimah ini aku menyedari diri bahawa cinta yang benar teguh adalah dengan mencintai Dia. Allah..Husnul Khotimah kan daku,keluargaku dan juga kamu. Itu doaku sehari hari. Tidak perlu memohon ridhoku atas qalam suci Al-Aqla. Suatu masa,kita akan mengerti betapa permainan perasaan adalah suatu gejolak jiwa yang maha dasyat dan boleh membunuh jiwa. Mungkin ada kepuasaan peribadi di situ. Sirnanya takkan kembali. Berhijrahlah kerana Allah. Akan sentiasa mendoakannya. Terpulang pada Dia apa yang terbaik untuk kita. Sama-sama kita nantikan episodnya :)


 

Ilham..

Jangan kau lari. Allah..Aku bermohon padaMU menyempurnakan ilham yang Kau Rezkikan agar ianya jadi kenyataan.Ahlan wa sahlan 11 bintang.. Ibroh,Azzam..
...فَاصْبِرْ صَبْرًا جَمِيلًا 

Nafsu

Pergi main jauh jauh.. kau tidak diperlukan. Menyusahkan benakku. 

Romadhon..

Datanglah segera..aku merindu..jika masih berkesempatan.

Untuk anak dan isteriku..inilah wasiatku.

Janganlah kalian mencintai dunia melampaui kadar. Bercukupanlah apa yang ada. Belum puas ku mengajari kalian dengan ilmu yang sekadar milik hanya Dia yang punya. Ketahuilah,aku amat menyayangi kalian. Jangan kau hampakan aku dengan tiada sebarang kiriman doa dan amal yang baik yang telah aku ajari setelah aku tiada. Sentiasalah beramal soleh. Jangan takut menegakkan kebenaran. Sentiasa membantu orang lain ketika diri sendiri juga dalam kesusahan.Tiada apa yang dapat aku berikan dari hartaku kerana miskinnya sang abi. Jika aku mendahului kamu,kuburan ku jangan kamu jadikan taman,memadailah dengan saranan Baginda saw yang kita cintai. Kita tidak akan tersesat selamanya selagi mengikuti 2 perkara tersebut; Al-Quran dan Hadis.

Wa solallahu 'ala Sayyidina Muhammad nabiyil ummiy wa 'ala alihi wa sohbihi wasallim tasliman kasiro..

2:52 PTG

Adab terkencing.. :)

Adab2 kencing dan pencegahannya.

1) Hendaklah duduk ketika kencing ,berdehem 3 kali dan basuh kemaluan. Kencing tk basuh diharamkan syurga dan kekal dlm neraka. Amalkan sunnah Nabi. Insyaallah badan juga sihat.

.2) Kencing berdiri adalah dilarang kerana ikut setan. Jauhilah.

3) Kencing berlari. Ermm ada ke? Tk pernah nampak. Jangan amalkan.

4) Kencing manis. Ianya merbahaya. Kawal pemakanan anda dan kurangkan manis dlm minuman. Manis dlm senyuman.Insyaallah boleh bertahan lama. Amalkan.

5) Akhir sekali kencing yg amat bahaya iaitu pemimpin yg kencing rakyat. Sebelum pilihanraya kata harga minyak tk akan naik tahun ni.Tapi baru beberapa bulan lepas pilihanraya harga minyak naik dua posen. Sedangkan janji2 dlm pilihanraya belum ditunaikan lagi.Pemimpin kencing rakyat hukumnya masukkan dlm penjara dan tukar pemimpin lain. Jauhilah pemimpin begini.

.Maap Cakap. :) ;)

Pengikut yang tidak taasub