assalamualaikum...
..Dah lama saya tidak menjenguk blog ini. Hari ini saya ada kesempatan untuk menulis sebentar. Baru baru ni saya baru pulang dari kelantan sempena walimah adik ipar. Penat juga dalam perjalanan,walaupun driver yang memandu..tapi perjalanan tu agak jauh. Handal juga saya ya..ada driver..driver keretapi la..hehe. Perjalanan yang sepatutnya bermula tepat pada 11.45 malam akhirnya lewat. Ini mungkin disebabkan oleh kerosakan kepala keretapi (memang kepala keretapi ni sering rosak,please KTMB..do something ). Hampir pukul 2 pagi,barulah saya dan keluarga dapat menaiki train. bayangkanlah ..kalau 2 pagi baru naik train,perjalanan 12 jam, pukul 2 petang baru sampai. Sama macam perjalanan dari KLIA ke Mesir pula.
Sampai tepat pada jam 2.30 petang di stesen wakaf bharu,tak mahu nyusahkan mentua,terus naik kereta sapu dan seperti di jangka mentua saya terkejut la. Menantu kesayangan balik tak bagitahu..haha. Cium tangan mentua,tangan mok ( bahse kelate untuk hormat ganti nenek atau wan). Angkut beg besar dan semua peralatan. Bayar rm 20 kepada driver sapu tadi,dan terus rehat. maklumlah jalan jauh. Saya dok perhati..takde persiapan ke sempena kenduri nikah ni? Saya terus tanya zaujah, "diaorang ni tiru kita nikah dulu ke? tak payah sanding-sanding?" zaujah jawab " kelantan ni bang tak macam negeri2 lain,sanding tu dah tak buat sejak dulu lagi. lagipun bukan ajaran islam bersanding ni."
Bukan takat tu saja,khemah pun setakat 1 buah saja. Itupun just untuk menaungi lauk pauk dari di timpa hujan. Bukan lah saya nak pertikaikan kemampuan orang lain dalam membuat majlis..tapi apa yang saya lihat,senario di pantai timur ni ,khususnya kelantan,mereka bukan jenis yang suka menunjuk-nunjuk akan majlis yang besar-besaran. Cukup sekadar mencari keberkatan. Yang di utamakan adalah tetamu,bukan khemah!! haha. Tapi ikhlas saya cakap,saya suka dengan cara begini..wasatiah yaani bersederhana dalam sesuatu pekerjaan. Ha!!.. Sebelum terlupa tentang tajuk di atas..teringat kisah lalu. Point saya sebenarnya nak mengajak para pembaca blog untuk mengingati semula,itupun kalau ingat..bagaimana dunia kita ini semakin tua. Dulu saya pernah mendengar Doa seorang syeikh dan imam besar di makkah. Masa doa di baca itu,keadaan umat islam di seluruh dunia adalah genting. islam di tuduh pengganas ( kalau orang melayu pengganas bak iklan kat negeri omputih tu,saya tak melatah sangat sebab memang begitu perangai orang melayu kita,suka mengamuk,tak caya tanya Jins Shamsudin,berapa filem yang dia berlakon,dia mengamuk,tak usah nak marah orang lain la).
Balik kepada cerita doa tadi,imam itu menangis semasa malam solat tarawih 27 ramadhan. Doanya sungguh menyayat hati,tidak pernah saya dengar doa sebegitu syahdu. Adakalanya syeh itu mengamuk dalam doanya. (mengamuk lagi,ingat melayu je tahu ngamuk,arab tak leh ke?).
Imam itu mengutuk sekeras-kerasnya perlakuan para munafikin. Yang suka bekerjasama dengan kaum kafir untuk menjatuhkan negara islam. Dan saya paling terkejut,bila beliau mendoakan sehingga tahap "wahai Allah,datangkanlah bala Mu kepada mereka sepertimana orang2 terdahulu,seperti Taufan kaum Nabi Nuh a.s". WuuuUUsSSSHH....Masya Allah. Gementar saya.... Tu sebabnya saya kata dalam post kali ni, 'teringat kisah lalu'. Apa yang berlaku sekarang ni,saya yakin ada kaitan dengan doa umat islam yang berjuta meng aminkan doa tersebut. Amin di tanah haram!! Anda lihat apa yang berlaku sekarang,dunia di ancam taufan,gempa bumi dan macam macam bentuk azab,seolah olah kita seakan berada di zaman terdahulu sebelum rasul s.a.w dimana azab di bayar cash!! Terfikirkah kita akan ini?? dalam artikel ini saya tidak menyalah kan imam tersebut..memang sudah lumrah dalam berdoa (tak dapat saya bayangkan kalau seluruh umat islam bersatu hati,kasi hantar zikir kat israel kasi tenggelam banjir)..kita umat islam sering di tindas dengan berbagai bentuk penindasan. Susah saya nak sebut satu. Boleh saya katakan,selama hidup kita sebagai seorang yang bersyahadah sehingga kita mati,kita sering di tindas. carilah sendiri maksud penindasan yang saya maksudkan itu..!!!
What you give,forget it. What you get,never forget it. Ya Muntaqim..
Catatan Popular
-
Ketika aku bukan dalam momentum berlari. Hidup ini biasa-biasa sahaja. Juga hari ini,aku seperti biasa. Tidak seperti dahulunya. Ak...
-
Bismillah arRohman arRohim Aku sebenarnya bukanlah seorang penulis lirik. Juga bukan pencipta lagu. Aku dan keluargaku sangat meminati se...
-
Asalamualaikum. Agak lama saya tidak update sesuatu di sini. Dengan kesibukan kerja, mencari ketenangan, dengan kehadiran ahli keluarga bar...
-
Mereka punya mulut,biarkan mereka berkata.. Situasi hari ini di premis ku. Sedang melayan pelanggan yang menjual hasil ladang. Pekerja ku ya...
-
Anggota polis akui pakai serban merupakan ciri-ciri lebai Ahmad Nasir memegang surat saman diir...
-
Assalamualaikum Warhmatullah.. Saya sebagai wakil daripada keluarga Almarhum Hj Bujal Dan Isterinya Hajjah Milah ingin menjemput tuan-tuan ...
-
Salam para bloggers dan para pembaca.. saya amat tertarik dengan pantun ini yang dihasilkan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidi...
-
Email dari seorang sahabat dan minta dikongsi dengan semua pembaca... harap dapat sebarkan untuk dikongsi dan dihayati bersama... Semalam R...
-
Yayyy!! Abang handsome nak keluar dan di bebaskan!! Nampak tak permainan dia?.. Bersyukurlah malaysia aman!.. Kah kah kah!
-
Salam para blogers dan para pembaca. Saya tahu,banyak ahli politik sekarang agak pening dan mudah meluat melihat situasi politik yang ntah s...
Pengunjung Terkini
Pautan Lain
- Alim Ulama Kito
- Anak Muda Zaman Sekarang,Lihatlah!!
- Assalamualaikum dato' harimau
- Bang Aji Taufik, Adun Paroi
- Belajarlah silat selagi ada nyawa
- Berita Politik Islam Malaysia
- Cina Islam
- Debat Politik
- Genta Rasa
- Ini Jalanku....
- Lobai Kampung
- Mantan Mufti N9
- Mujahideen Chechnya
- Pas Dun Johol
- Rahsia Besar Sejarah Empayar Siam/Melayu Islam
- Sham sufi
- Siyasah Syariyah
- Syeh Sambal
- Tak tahan panas,jangan klik sini..
- The blog of Alexanderwathern
- Untuk Hari Esok
- Ustaz Zaharuddin
- Wartawan melayu mengupas sejarah
Blog Archive
Nada dan Suara
...
5:16 PTG
Pautan: doa, israel, kisah lalu, pas, penindasan, syahdu, umno
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 komen anda?:
Salam!
Sorang dari menantu saya orang kelantan. Masa kenduri kawin satu kemah, malah satu payung, pun tak ada.
Saya orang selangor, tapi amat-amat-amat bersetuju cara begitu. Bukan sahaja tidak menunjuk2 dan bermegah, tetapi cukup baik untuk jangka panjang. Zuhud dan qana'ah.
Salam.
wsalam..
Terima kasih kepada Prof kerana sudi menjenguk ke teratak saya yang serba hijau putih ini. Semoga catatan tuan membawa berkat pada blog saya,insya Allah.
Catat Ulasan