Nada dan Suara

...
5:37 PTG

Asyik asyik cerita babi,mahu makan sangat kah? - MalaysiaKini

Sedarkah anda?? Dalam pada anda mengutuk PR pembela babi,anda tidak sedar..bahawa orang melayu lah yang paling banyak membela babi. baca dengan tenang ya...

Situasi ini berlaku di negeri sembilan:


Sekumpulan pemburu cina masuk ke dalam sebuah kampung lalu memburu babi. Kenapa pemburu cina itu masuk ke kampung orang melayu? Sebab orang melayu sendiri yang suruh pemburu tu masuk ke tanahnya.
"Aseng,lu masuk gua punya tanah sana. Situ banyak woo babi..Gua tadak bela tapi dia sendiri mali. Lu tangkap elok-elok. kasi anjing lepas sana kebun. Sudah tembak,itu dalah (darah) jangan kasi jatuh gua punya laman lumah (rumah) haa.."Bila sudah dapat ditembak akan babi itu,si aseng bertanya, "Kawan,saya tau lu olang tak makan ini babi,tapi malilah ikut saya pegi kedai kopi,saya belanja makan minum".. Si melayu ni tadi dengan selambanya berkata.." haiya,itu maciam ka? Malilah..lu belanja saya ikut saja maa"..

Benarkah senario ini? Apakah hukumnya? Syubahat kah si melayu ini? Memang benar..ianya berlaku di tanah jiran saya dan beberapa jiran saya yang tanahnya semak samun dan tak diusahakan. Bahkan kebun getah yang di racun setiap 2 kali sebulan pun,sebersih mana kebun dan tanah anda pun tak mampu menghalang babi ini datang menyodok tanah. Menyodok tanah dan memakan kotoran di bumi atas perintah Allah s.w.t untuk tujuan penggemburan tanah. Bukan cacing saja ada manfaat. Setiap penciptaan Allah s.w.t ini ada manfaat. Tak kira taraf seseekor binatang ini halal atau haram,ianya di ciptakan ada tujuannya..

30 komen anda?:

perunding berkata...

ihya,soalan cepu emas untuk anda.

jika ada wuduk,tapi menyentuh babi hidup.
batal tak wuduk?

jika anada berkerja sebagai tukang kebun kilang arak.
haram atau halal?

anda menyentuh kulit wanita bukan mahram.
halal atau haram?

masyarakat sudah keliru mana satu halal dan haram!!

perunding berkata...

untuk isu anda bawa,sila rujuk feqah 4 mazhab.
saya tahu anda mampu.

Hamba Miskin berkata...

Memang...

Betul tu perunding..Topik ni saya bawa untuk suruh kita semua berfikir. Tapi amat kasihan kalau bab seperti ini,kita semua tak leh fikir. Memang masyarkat sudah amat di keliru di permainkan media...

Hamba Miskin berkata...

no 1 : Batal wudhu'

no 2 : Haram

no 3 : Haram

no 4 : bab masyarakat keliru itu,tak usah risau, "mereka" yang akan di tanya dulu di yaumul hisab. Nasibla..

PAPA GOMO berkata...

IHYA SAID.....

Sedarkah anda?? Dalam pada anda mengutuk PR pembela babi,anda tidak sedar..bahawa orang melayu lah yang paling banyak membela babi

MANA KAU DAPAT SUMBER NI???
KAU CAKAP SEOLAH-OLAH KAUM KERABAT KAU ADA YANG MEMBELA BABI....
MELAYU MANA YANG NAK BELA BABI???

TU LAH KAU NI BANYAK MAKAN LALAT, TU YANG JADI BENGAP!!!
BABI TU MASUK DALAM KEBUN...
BUKAN TUAN PUNYA KEBUN YANG BELA!!!

BABI HUTAN NI TAK SAMA DENGAN BABI PAKATAN RAKYAT!!!

KAU NAK MINTAK KE JAWATAN KAT LADANG BABI TU???

MASYUK... GAJI MASYUK.... WO....

Hamba Miskin berkata...

Gomo..

saya masuk dalam blog anda penuh dengan adab muslim. kamu masuk dalam blog saya dengan adab melayu...

Itu kisah benar..ada kiasan sebalik cerita tu. kamu yang kurang faham.. lantaklah kalau PR nak bela babi 100 juta ekor pun.

Apa maksud kamu seolah-olah? Puak puak kamu suka ambil bukti tak kukuh dengan menggunakan ayat seperti " dengar ceritanya" "seolah-olah" "khabarnya".
Komen saya antaranya menyuruh kaum melayu kita bersihkan tanah yang ada di belakang rumah. Jangan biarkan semak. Selain babi,lipan,ular pun boleh membiak. lagi satu,tanpa di belapun babi itu,dia boleh membiak sendiri tanpa di bela oleh manusia.

Jangan cabar saya cari bukti tentang adanya melayu yang bela babi. Di kampung saya ni ada beberapa keluarga melayu asli yang bela babi. Jangan fikir melayu ni sangat ampuh sampaikan kamu fikir melayu tak boleh buat semua tu termasuk membela babi. Ataupun bagi pemikiran kamu kaum asli ini bukan melayu?

Hamba Miskin berkata...

Saya pernah nampak si Aseng tu tembak babi yang bukan babi jenis hutan bahkan jenis 'ubi' yakni yang kulitnya kemerahan. kalau tuan gomo tak pernah tengok babi ubi,sila pergi zoo negara,belajar tentang habitat babi ni. Tak dosa dan najis pun belajar bab babi ni bahkan dapat pahala lagi..

Hamba Miskin berkata...

Terima kasih atas pelawaan kerja itu..

Maaf saya tak berminat nak sebar iklan kerja kosong yang palsu. Blog tuan gomo sekarang di perhatikan segelintir orang yang di hati mereka terasa nak menyaman!! Nasihat saya,buang saja iklan tu..tak guna kalau nasi dah jadi bubur..

perunding berkata...

ihya,
kalau tengok babi tak pakai baju
dosa tak?
kalau tengok aurat,dosa tak?

perunding berkata...

ihya merujuk kepada batal wuduk,sila rujuk semula.

menyentuh najis tidak membatalkan wuduk.
apa yg perlu dilakukan ialah membersihkan najis tersebut.

akan najis berat spt babi,sila rujuk semula.
mungkin ihya boleh membantu saya mempastikan jawapanya.
salam

Hamba Miskin berkata...

Perunding..

Babi dan segala binatang memang tak berbaju,hanya manusia yang membajukan mereka macam kera sarkis. Memang tak berdosa tengok babi tak berbaju sebab sifat azli dia tak berbaju. kalau tengok aurat sendiri tak berdosa kecuali alat kelamin yang boleh mendatangkan makruh.

Azizahns berkata...

ihya...
penduduk kampung tu bukan bela babi. itu babi hutan. memanglah babi hutan banyak kat kebun diorang sebab kebun-kebun tu bersebelahan dengan hutan. sama juga yang tinggal di felda-felda, banyak babi hutan ade dalam kebun getah. tak caya tanya gotahlantun. perkara itu biasa sebab kebun getah berhampiran dengan hutan simpan tu.

tapi perkara ini berbeza dengan yang berlaku di sepang. babi-babi itu diternak untuk dieksport dan dijadikan industri.

teringat .... bulan mac lalu terserempak dengan hampir 15 ekor babi hutan melintas jalan bila nak masuk kawasan kampung kat moncheh. comeh yo raso ehhh.

Hamba Miskin berkata...

Soal babi..

babi ni najis mughalazah. tapi boleh di samak. Di pegang tak da masalah apa-apa..samak jela..

Kita boleh makan daging babi..bila darurat. Semua orang tahu kalau bab darurat apa saja boleh berlaku. tapi sejarah membuktikan walau darurat sekalipun ,susah nak jumpa orang yang betul2 mahu makan daging babi ni. daging babi ni kalau ikutkan boleh dimakan tetapi kena melalui prosesnya. Sebab ianya tidak dimakan oleh orang islam kerana dagingnya ada hidupan lain iaitu cacing pita yang boleh merosakkan kesihatan manusia. Sudah ada yang mencuba nak menghancurkan cacing ni melalui cara merebus daging tersebut tapi tak berjaya bahkan mereka mencuba dengan kadar pemanasan yang tinggi barulah cacing tersebut mati..tapi daging babinya entah kemana hilang lebur oleh kepanasan tinggi.

Najis Babi memang najis berat..sama dengan dagingnya. kalau terkena baju,basuh ikut cara taharah najis berat. Tak leh kompromi. tapi terkena najis babi tak berdosa. Ada pendapat mengatakan takde sebab munusabah,berdosa pegang babi secara live,ada pendapat mengatakan tak berdosa. Kita ada 4 mazhab,rujuklah yang mana satu berkenan.

perunding berkata...

ihya bukan saya bermaksud berteka teki.
saya cuba menengahkan pandangan masyarakat kita yg begitu enteng dengan orang tidak menutup aurat terutamanya wanita.
kita yg melihat aurat lelaki atau wanita atau menyentuh wanita itu ,juga buat kita berdosa.

saya bandingkan dengan babi yang orang terlalu jijik sedangkan melihatnya tidak memudaratkan kita.

moralnya,
pemasalahan aurat adalah mengundang neraka.
fikirlah.

Hamba Miskin berkata...

Terima kasih zizah atas awatan dan komen..

Betul cakap si gotah tu. tapi babi ni bukan setakat babi hutan. Ada babi ubi yang sama keturunan dengan babi di sepang tu tinggal di hutan. Bilangannya tak pula saya ketahui.

Bab babi sepang tu..

Dalam kitab kitab muktabar jelas melarang orang muslim membela babi, yang saya sebutkan hanyalah kiasan. Kiasan kepada anda semua kerana asyik sangat mempersoalkan babi. Jadi saya rasa terpanggil untuk memperbetulkan keadaan.
Islam ni agama syumul. Islam tidak memberatkan ummatnya dalam apa bidang pun. Dalam hal babi ni,seeloknya kita kena pandang dan rujuk terus kepada Al-Quran dan Hadis. saya bukan pakar dalam bidang ini tapi selama saya belajar dengan beberapa tuan guru yang non political,mereka mengatakan harus bagi kita orang islam tidak melarang hak orang kafir,dari segi makanan,ibadat dan lain-lain selagi tidak menganggu mashalahat umum.

Situasi di sepang sebenarnya amat-amat berbeza dengan apa yang berlaku di melaka dan tempat2 yang memelihara babi secara "live". maksud live bagi saya ialah terbuka. Bagi pendapat peribadi saya,baguslah kalau kerajaan selangor menyiapkan tempat khusus untuk babi ni beranak pinak dan seterusnya menjadi hidangan bukan islam. Tak usah kita ambil pusing berapa banyak sekalipun kaum pemakan babi ini mahu makan. Pedulikan mereka dengan budaya mereka. "Lakum dinukum wali yadeen". Nas dari al-quran ini nas yang qoti'e. Tak boleh di sangkal lagi.
Saya di fahamkan pembinaan ladang moden ini sebenarnya amat sesuai sekali jika di bandingkan cara penternakan terbuka dimana segala kumbahan najisnya mengalir ke laut. Semasa zaman khir toyo dulupun ladang ini sudah di meterai pembinaannya tinggal kerajaan baru melaksanakan jika ianya baik. Maknanya projek ternakan babi moden ini amat baik sekali dan menjamin alam sekitar yang lebih bersih dan sisanya takkan ke laut lagi.

kalau semua tak percaya,cubalah ke sungai pelek,sepang. Air di parit dah hijau dek tahi babi. Bukankah elok di bina yang moden di mana ianya menjanjikan segala-galanya bersih walaupun kita tahu babi ini tidak bersih kepada kita? Cuma yang di persoalkan sekarang bunyinya itu tak berapa elok iaitu "projek babi moden".

Hamba Miskin berkata...

Oh perunding,,

Hebat teka teki anda. Saya ni straight to the point. tak retila teka teki.

Anda Benar..

Memegang wanita yang bukan mahram,adalah lebih wajib memegang babi kerana najis babi boleh disamak tetapi kalau anda pegang sekarang tangan seorang perempuan yang bukan mahram dan anda mati esok harinya tanpa sempat bertaubat,na'uzubillah.....Beza yang amat besar kalau bab aurat dan najis. kalau kita mati dalan keadaan bernajis,kelak dimandi wajibkan oleh sang pemandi mayat.

Kepada wanita..

Jangan harapkan kami kaum lelaki boleh menundukkan pandangan setiap masa. Bantulah juga kami dengan "taawanu ala birri wat taqwa"

PAPA GOMO berkata...

ILYA SAID....
Tak dosa dan najis pun belajar bab babi ni bahkan dapat pahala lagi..

SAPA KATA BERDOSA BILA BELAJAR TENTANG BABI???

AKU PUN SEDAR YANG AKU NI AGAK KURANG AJAR BILA MASUK BLOGG TUAN TANAH!!!
TAPI KALAU NAK IKUTKAN DALAM RUANGAN NI DI TULIS ULASAN PEMBACA!!!
SO APA YANG AKU BUAT ULASAN ADALAH HAK AKU!!!
TAKKAN NAK MARAH KOT????

PAPA GOMO berkata...

ILYA SAID....
Jangan cabar saya cari bukti tentang adanya melayu yang bela babi. Di kampung saya ni ada beberapa keluarga melayu asli yang bela babi.

SAPA CABAR ANDA???
MELAYU ASLI NI MACAM MANA PULAK ORANGNYA???

MAAF LAH APA YANG SAYA TAHU MELAYU!!!
ATAUPUN ORANG ASLI!!!

TENTANG MELAYU ASLI NI SAYA TAK PERNAH DENGAR!!!
BOLEH TOLONG TERANGKAN APA PERBEZAANNYA???

PAPA GOMO berkata...

ILYA SAID....
Komen saya antaranya menyuruh kaum melayu kita bersihkan tanah yang ada di belakang rumah. Jangan biarkan semak. Selain babi,lipan,ular pun boleh membiak. lagi satu,tanpa di belapun babi itu,dia boleh membiak sendiri tanpa di bela oleh manusia.

HANG NI TAK FAHAM BAHASA AGAKNYA....
KALAU HANG CAKAP TERUS PUN AKU BUKAN NYA MARAH....
BIASA LAH TU....
HANG CAKAP NAK KIAS-KIAS LEPASTU HANG MENAFIKAN PULAK...

NI TAJUK POST "Asyik asyik cerita babi,mahu makan sangat kah?"

CERITA PASAL KEBUN KA???
APA KENA MENGENA KEBUN DENGAN MAKAN BABI???

PAPA GOMO berkata...

ILYA SAID...
lantaklah kalau PR nak bela babi 100 juta ekor pun.

PADA HANG MEMANG TAK KESAH... MUNGKIN ADA SUMBER PENDAPATAN!!!

TAPI PADA AKU IANYA TAK BOLEH!!!
TAK SESUAI!!! KENAPA PERLUNYA MALAYSIA MEMBELA BABI SECARA BESAR-BESARAN???

NEGARA NI NEGARA KAFIR KE???
BUKAN NEGARA ISLAM KE???

APA PASAL BILA PAKATAN RAKYAT NI MENANG PROJEK PERTAMANYA ADALAH LADANG BABI MEGA????
BAGAIMANA JANJI SEBELUM PILIHANRAYA???
ADAKAH JANJI PAKATAN PADA RAKYAT TELAH DITUNAIKAN???

MUNGKIR JANJI TAK BERDOSA KE???

zali berkata...

oii gomo...

kenapa la bebal sangat...

ladang babi besar dan berpusat tu perlu bagi mengawal isu pencemaran alam sekitar.

daripada bersepah kandang babi kecil tu...lebih elok la di buat satu ladang yang besar dan kandang kecil semua di musnahkan...

ke awak tu risau sangat sebab kat belakang rumah awak pun ada satu kandang babi kecil...sapa punya tu?

Antusabun berkata...

eleh..puak2 umno ni babi reti plak sensitif. tu bebudak melayu mabuk tonggang terbalik minum air kencing syaitan tu rajin plak pegi bela, mufti bantah pertandingan ratu cantik pun boleh kena pecat. sudah lah umno... tak relevan lansung nak memekak kat sini

Hamba Miskin berkata...

Lahaulawala quwata illa billah..

Gomo..gomo..

1.sebab saya tahu tak berdosa lah maka saya seru semua orang belajar bab BABI ni. Bukankah mempelajari halal haram adalah fardhu?

2. Anda masuk rumah saya,tak bagi salam saya mestilah marah,awak main masuk saja. Adab muslim kah begitu? Bukankah kita orang melayu islam kaya budi bahasa. Bawalah adab dan adat tu,jangan bawa azab!! Bukankah elok memberikan "salam sejahtera ke atas kamu" bila masuk rumah orang..

3. Saya buat posting ini suruh orang melayu kita berfikir. Bukan suruh melingkup. Anda rasa tercabar tidak kalau orang kata sesuatu yang tak betul mengenai anda? Mestilah anda akan kata "jangan cabar saya cari bukti" sebab anda tahu anda di pihak yang benar. Nah!! Benar lah apa yang berlaku di kampung saya ini sebab saya ini orang kampung dan saya nampak benda ni berlaku di depan mata saya.

4. Wujudkah orang tiruan? Orang asli itu bukan melayu kah? Kalau mereka bukan melayu,kenapa mereka di panggil bumiputera dan ada 'bin' dan 'binti' di i/c mereka? Fikiran kamu sudah menganggap bahawa islam itu adalah melayu padahal salah. Dah terbukti sudah ada melayu yang beragama hindu,kristian dan budha.Masih nak mengaku yang melayu itu 100% islam?

5. Apa pulak saya nak nafikan apa yang saya sudah kiaskan? Dalam blog kamu,kamu beria-ia cerita tentang babi seolah-olah kamu dah makan sangat babi tu sampai faham bahawa babi tu terlampau sangat haramnya. kamu fitnah dengan jawatan kosong palsu padahal ianya tidak wujud. Betulkah iklan itu kerajaan selangor keluarkan? Anda yang suka berkias untuk kondem bangsa melayu sendiri.

6. Anda siapa? Ulama tersohor dunia kah? Sampai kata babi ini tak boleh beranak pinak? Atau anda sudah rasa mahu ganti "kerja" Allah atas setiap benda yang hidup dan yang mati?

7. Soal malaysia ini negara kafir atau islam,bolehlah di rujuk dengan cara melihat cara pentadbirannya,undang-undangnya. Jangan dilihat dari segi majoriti penganutnya. Indonesia lagi ramai..200 juta penganut islam tapi pakai Bhinneka Tunggal Ika dan berhukum pada Panca Sila. Thailand,yang di selatannya ada negeri Pattani,siap ada mufti dan syeikhul islam,bolehlah di panggil Thailand itu negara islam? Juga India,ada kadi,mufti dan syeikhul islam,boleh kah kita panggil Negara India itu negara islam? Seumpama seekor singa,tapi bersuara seekor Kambing!!

8. Kandang babi besar itu projeknya dilaksanakan lebih dahulu lagi oleh Bn semasa khir toyo. Kerajaan baru cuma melaksanakannya sementelahan ianya baik dan menjamin alam sekitar.Full Stop!!

9. Janji apa yang PR tak dapat laksanakan bergantung kepada keupayaan undang-undang tubuh negeri. Contohnya Pas nak laksanakan hudud,tapi tak dapat dilaksanakan sebab orang seperti anda sentiasa berburuk sangka sesama muslim. Cuba baik sangka dan beri mandat penuh pada PR,biar mereka cuba dahulu. kalau tak boleh juga dikala kuasa penuh sudah ada,barulah beralih kepada parti yang lain seperti BN dan sebagainya. Jangan cepat menghukum orang yang baru bertatih. biarkan ia dapat berlari dahulu. Faham ke?

Hamba Miskin berkata...

Zali,

Alhamdulillah,saya tak menjangkakan anda akan back up saya melawan hujah si gomo ini. Terharu saya dan bertambah yakinlah saya akan kekuasaan Allah. Anda hari ini menggunakan aqal dan di sokong oleh Nas Qoti'e dari Surah Al-Kafirun..

Hamba Miskin berkata...

saudara antusabun..

Terima kasih atas ziarah. Memang itulah hakikat sekarang ini di malaysia.

perunding berkata...

Maha suci Allah.

Hamba Miskin berkata...

Saya tambah lagi..

UMNO itu asalnya baik. Penubuhannya juga baik cuma ada kekurangan itu biasalah. Tapi insan macam gomo ini akan memalukan UMNO sendiri. Saya tak mahu membuka ruang pergaduhan dengan saudara gomo. Saudara gomo mungkin lebih tua dari saya dan saya tak perlu ajar-lebih lebih pada gomo yang dah banyak makan garam dari saya. Dalam Islam mengajarkan untuk berbuat baik pada yang lebih tua dari kita.

Islam mengajar kita cara-cara untuk menegur orang yang lebih tua. Tak perlulah bercakap secara kasar. Budaya lemah lembut dari kaum melayu dipelajari dari Islam. Bagus sangat kah melayu ini di ata tuan gomo? Wallahi..jika tiada nikmat islam di cium nenek moyang kita dahulu maka perempuan melayu kita takkan reti bertudung. Kerana Islam kita kena menutup aurat bukan kerana Melayu!! Melayu dan Islam amat jauh tapi Islam mengajarkan agar melayu jadi lemah lembut,bersopan setiap patah kata. Cuba perhatikan orang melayu yang menganut Islam ini. Baik perwatakannya,sejuk mata memandang. Ini kerana mereka Islam bukan kerana mereka Melayu. tak percaya? Ada pemimpin negara yang sanggup berkata suruh seorang lagi pemimpin melayu bertaubat sebab kenyataan beliau menghina melayu. Pemimpin yang seorang lagi itu bukan menghina islam tetapi mengkritik melayu untuk maju. Adakah kita boleh beranggapan bahawa apabila kita mengkritik melayu maka kita boleh murtad melayu?

Jangan tanya saya bab ini. tanyalah Dato Seri Shahidan Kasim..

PAPA GOMO berkata...

TO ZALI....
AIIII SAMPAI SINI KAU CARI AKU YEK ZALI!!!!

NI KAU NAK BAIK-BAIK NGAN ILYA NAK AJAK JUMPA TOK BATIN SENOI KE????
MANA DIA PERGI???

KAU AJAK ILYA NI BUAT APO???
ILYA NI TAK SESAT!!! DIA BERPEGANG PADA KATA-KATA DIA!!! DIA MASIH ISLAM. DIA CUMA BERCAKAP PADA KATA HATI DIA.

LAIN LAH HANG...
DAH SESAT. PI IKUT AJARAN TOK BATIN TU!!!

BANGANG JUGAK HANG NI YEK....

PAPA GOMO berkata...

ILYA SAID...
kamu sudah menganggap bahawa islam itu adalah melayu padahal salah.

LAH... SAPA CAKAP NI ILYA????
HANG NI MAIN BANTAI JE.... CAKAP TU KENA ADA FAKTA... JANGAN IKUT KATA HATI TU SANGAT!!!

YANG BANGSA ARAB ISLAM PUN MELAYU JUGAK KE????

ISLAM AGAMA!!!
MELAYU BANGSA!!!
APA-APA PUN ISLAM TERATAS!!!

Hamba Miskin berkata...

Gomo..

Bukan aku cakap,tapi perlembagaan malaysia cakap. Di sini aku bagi satu perlembagaan yang amat lama usianya tapi manusia jarang nak pakai..

Ingatlah akan ayat-ayat Allah, ketika mana kaum Muslimin dahulu dihasut syaithan dan sedikit tergelincir ke jurang assabiyyah(kebangsaan), maka Allah swt terus menurunkan ayatNya,

“Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayatNya, supaya kamu berpetunjuk.” [TMQ Ali Imran (3):102-103]

Rasulullah s.a.w telah melarang dengan tegas dengan bersabda:

”Bukan dari kalangan kita yang menyeru kepada assobiyyah, berperang kerana assobiyyah dan mati kerana assobiyyah” [HR Abu Dawud]

Saya tak ikut kata hati. Saya ikut apa Quran,hadis dan ulama cakap. kalau takda penyelesaian barulah ulama kita gunakan qias sebagai jalan terakhir.. Semoga faham..insya Allah

Pengikut yang tidak taasub