Nada dan Suara

...
10:05 PG

Allah..Dia Yang Tertinggi

Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);

Allah..

Jangan di tanya apa yang Dia boleh beri. Mohon,Dia Akan rezki..

=================================================================

Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan). Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya. Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya).Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak.Kemudian Ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering - (berubah warnanya) kehitam-hitaman.Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu - dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa.Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi.Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) Agama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna).Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu.Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya.Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya).Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh).Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia.Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu.Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.

=================================================================

Terima kasih ayah atas kebaikkan mu yang memberikan aku kesedaran atas qalam ini. Mak..halalkan segala makan minum anakmu. Ampunkan segala dosa. Mohon sangat mak!. Adik2 ku..Sesungguhnya abang mu ini menegur di atas kebenaran. Tidak sedetik dalam hatinya bersangka buruk. Semoga Allah swt sentiasa merahmati mu dan menganugerahkan pada anak anak mak dan ayah agar menjadi anak anak yang soleh solehah.  

Kamu..

Terima kasih datang bertamu.Ini yang ku mampu. Kau mengajarku erti berazam dan tabah. Dengan kalimah ini aku menyedari diri bahawa cinta yang benar teguh adalah dengan mencintai Dia. Allah..Husnul Khotimah kan daku,keluargaku dan juga kamu. Itu doaku sehari hari. Tidak perlu memohon ridhoku atas qalam suci Al-Aqla. Suatu masa,kita akan mengerti betapa permainan perasaan adalah suatu gejolak jiwa yang maha dasyat dan boleh membunuh jiwa. Mungkin ada kepuasaan peribadi di situ. Sirnanya takkan kembali. Berhijrahlah kerana Allah. Akan sentiasa mendoakannya. Terpulang pada Dia apa yang terbaik untuk kita. Sama-sama kita nantikan episodnya :)


 

Ilham..

Jangan kau lari. Allah..Aku bermohon padaMU menyempurnakan ilham yang Kau Rezkikan agar ianya jadi kenyataan.Ahlan wa sahlan 11 bintang.. Ibroh,Azzam..
...فَاصْبِرْ صَبْرًا جَمِيلًا 

Nafsu

Pergi main jauh jauh.. kau tidak diperlukan. Menyusahkan benakku. 

Romadhon..

Datanglah segera..aku merindu..jika masih berkesempatan.

Untuk anak dan isteriku..inilah wasiatku.

Janganlah kalian mencintai dunia melampaui kadar. Bercukupanlah apa yang ada. Belum puas ku mengajari kalian dengan ilmu yang sekadar milik hanya Dia yang punya. Ketahuilah,aku amat menyayangi kalian. Jangan kau hampakan aku dengan tiada sebarang kiriman doa dan amal yang baik yang telah aku ajari setelah aku tiada. Sentiasalah beramal soleh. Jangan takut menegakkan kebenaran. Sentiasa membantu orang lain ketika diri sendiri juga dalam kesusahan.Tiada apa yang dapat aku berikan dari hartaku kerana miskinnya sang abi. Jika aku mendahului kamu,kuburan ku jangan kamu jadikan taman,memadailah dengan saranan Baginda saw yang kita cintai. Kita tidak akan tersesat selamanya selagi mengikuti 2 perkara tersebut; Al-Quran dan Hadis.

Wa solallahu 'ala Sayyidina Muhammad nabiyil ummiy wa 'ala alihi wa sohbihi wasallim tasliman kasiro..

2:52 PTG

Adab terkencing.. :)

Adab2 kencing dan pencegahannya.

1) Hendaklah duduk ketika kencing ,berdehem 3 kali dan basuh kemaluan. Kencing tk basuh diharamkan syurga dan kekal dlm neraka. Amalkan sunnah Nabi. Insyaallah badan juga sihat.

.2) Kencing berdiri adalah dilarang kerana ikut setan. Jauhilah.

3) Kencing berlari. Ermm ada ke? Tk pernah nampak. Jangan amalkan.

4) Kencing manis. Ianya merbahaya. Kawal pemakanan anda dan kurangkan manis dlm minuman. Manis dlm senyuman.Insyaallah boleh bertahan lama. Amalkan.

5) Akhir sekali kencing yg amat bahaya iaitu pemimpin yg kencing rakyat. Sebelum pilihanraya kata harga minyak tk akan naik tahun ni.Tapi baru beberapa bulan lepas pilihanraya harga minyak naik dua posen. Sedangkan janji2 dlm pilihanraya belum ditunaikan lagi.Pemimpin kencing rakyat hukumnya masukkan dlm penjara dan tukar pemimpin lain. Jauhilah pemimpin begini.

.Maap Cakap. :) ;)

11:53 PG

Al - Ma'thurot - Satu ayat darinya punyai besar ganjarannya..

Salah satu ayat ayat cinta yang terkandung di dalam al ma''thurot...

يَا رَبِى لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِى لِجَلالَ وَجْهِكَ وَاَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ

"Ya Robbi lakal hamdu kama yan baghi li jalaa la wajhika wa adzimi sulthonik"

Wahai Tuhanku, bagiMu segala puji seagung kemuliaan wajahMu dan kebesaran kekuasaanMu.

Kelebihannya: Dari Abdullah bin Umar RA, bahawasanya Rasulullah SAW bercerita tentang seorang hamba Allah yang mengatakan. "Ya Robbi lakal hamdu...." Maka malaikat merasa berat dan tidak tahu bagaimana harus mencatat (pahalanya). Kemudian keduanya naik ke langit seraya berkata, "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya hambaMu telah mengatakan perkataan yang kami tidak tahu bagaimana mencatat (pahala)nya." Allah SWT berfirman, "Apakah yang dikatakan hambaKu?" Kedua malaikat menjawab, "Sesungguhnya ia telah mengatakan Ya Robbi lakal hamdu..." Maka Allah SWT berfirman, "Catatlah pahalanya sebagaimana yang diucapkan oleh hambaKu tadi, sampai ia berjumpa denganKu niscaya Aku (sendiri yang) akan membalasnya." (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah.)

11:04 PG

Bukan islam mula memakai tudung di sweden.

Bukan islam mula memakai tudung di sweden.

Gara gara seorang muslimat yang sarat mengandung di hentakkan kepalanya ke kereta mengundang kemarahan orang ramai..

"Orang seperti kau tak layak tinggal di sini!!"

Bukan saja kaum perempuan bukan islam,lelaki mereka juga bersolidariti tanda protes kepada jenayah membenci amalan agama dan rasis.

Semoga Allah swt memberikan mereka hidayah. Islam itu nampak asing di negara islam sendiri tapi ianya tersirna di bukan negara islam.

Rujuk di sini --> Rujuk : http://stream.aljazeera.com/story/201308192111-0022988

12:56 PG

Abang handsome nak di bebaskan dari penjara!!

Yayyy!!

Abang handsome nak keluar dan di bebaskan!!

Nampak tak permainan dia?..





Bersyukurlah malaysia aman!..

Kah kah kah!

12:41 PG

Kadang-kadang...Jarang-jarang

















1

. Sekalipun selepas kematiannya…


“Saya tidak akan maafkannya,” tegasnya berkali-kali.


Saya tunduk simpati.


“Saya tidak akan maafkannya.”


Dia semacam tidak puas dengan penegasannya. Mengulangnya lagi.


“Apa untungnya puan tidak memaafkan?”


“Perbuatan dia menduakan saya sangat menyakitkan hati. Tidak sangka ada wanita lain di hatinya selain saya.”


“Puan… bukankah suami puan sudah meninggal dunia. Apa salahnya puan maafkan dia. Tidak ada apa-apa yang nak dicemburukan lagi. Terimalah hakikat dan susun semula kehidupan baru dengan anak-anak. Itu yang lebih utama. Semuanya sudah berlalu, hadapi yang sekarang.”


“Sayidatina Aisyah lagikan cemburu kepada Sayidatina Khadijah yang telah meninggal dunia, apatah lagi saya, seorang wanita biasa,” tekan wanita itu tanpa peduli kata-kata saya.


“Subhanallah, Sayidatina Aisyah cemburukan kebaikan Siti Khadijah yang selalu disebut-sebut oleh Rasulullah walaupun setelah kematiannya. Cemburu kepada kebaikan madu yang masih disebut suami walau setelah kematiannya berbeza dengan sikap tidak memaafkan suami yang telah mati kerana berpoligami secara sembunyi-sembunyi,” nasihat saya.


“Apa kurangnya saya? Bayangkan pada hari kematiannya baru saya dapat tahu dia telah menikah lagi. Sudah lama pula tu. Sudah 5 tahun. Bayangkan ustaz, depan saya nampak baik, solat, tutur kata lemah lembut, bertanggung jawab, semua makan-minum, rumah dan nafkah kami sekeluarga dijaganya… tetapi tak sangka sezalim itu dia pada saya…”


“Suami yang berpoligami tidak zalim, tidak jahat. Jika semuanya terjaga baguslah tu. Suami yang tidak berpoligami pun ramai yang tidak macam tu. Isteri yang cuma satu itu pun tidak dilayan dengan baik, makan-minum terbarai!”


“Ustaz, salah kah saya?”


“Cemburu tidak salah. Itu fitrah di kalangan dua insan yang saling sayang menyayangi. Tetapi membenci, marah dan tidak memaafkan itu yang salah. Apatah lagi kepada suami sendiri, dan dia telah meninggal dunia. Adabnya, kita sebut yang baik-baik sahaja pada orang yang telah meninggal dunia.”


“Saya rasa tertipu…”


“Dia cuma tidak memberitahu,” ujar saya membetulkan.


“Mengapa?”


“Saya tidak dapat menjawabnya. Hanya Allah yang tahu. Bagaimana sikap dan kelakuan Allahyarham semasa hidupnya.”


“Alhamdulillah, semua baik. Dia suami yang baik. Saya sangat menyayanginya. Ustaz, orang yang paling kita sayanglah yang paling mampu menyakitkan kita. Dia yang paling saya sayang, dia yang menyakitkan. Cuma satu… poligami ini. Itulah yang meragut segala-galanya.”


“Puan, sayangilah dia setelah matinya seperti puan menyayangi dia semasa hidupnya. Jika begitulah akhlak dan keperibadiannya seperti yang puan ceritakan, saya pasti, insyaAllah dia punya sebab serta alasan yang syari’e untuk berpoligami…”


“Terfikir begitu juga ustaz. Saya dapat tahu madu saya tu err, err… seorang janda anak tiga. Dengan suami saya dapat anak seorang lagi.”


Saya sedih, gembira, senyum dan suram berselang-seli. Perasaan bercampur-campur. Saya kenal dari jauh Allahyarham. Memang dia seorang yang baik akhlak dan ibadahnya. Mungkin dia juga ‘terperangkap’ antara keinginan yang kuat hendak membantu dengan menjaga kasih sayang terhadap isteri.


“Kenapa suami saya tidak berani berterus-terang?”


Saya diam…. diam yang panjang. Di dalam hati saya meneka-neka akan jawapannya. Kalau beginilah reaksi isterinya setelah dia mati, bayangkan betapa ‘hebatnya’ reaksi itu semasa dia hidup. Saya simpan jawapan itu. Saya juga seorang lelaki yang terus cuba memahami hati seorang wanita.


“Apa yang patut saya buat ustaz?”


“Puan sayang suami puan?” jawab saya dengan satu pertanyaan.


“Saya menyayanginya dengan seluruh jiwa saya ustaz…”


“Buktikan sayang itu dengan memaafkan. Sekiranya puan masih sukar memaafkan ertinya puan bukan menyayanginya tetapi menyayangi diri sendiri. Maafkanlah dia kerana Allah, jika benar puan cinta dia kerana Allah.”


Kali ini dia terdiam. Ada rintik-rintik air mata yang mengalir di pipinya. Itulah hati seorang isteri. Benci, marah, kecewanya… semuanya berbaur dan bergaul kerana terlalu cinta.


“InsyaAllah saya cuba ustaz. Selain itu?”


“Cuba berfikir bagaimana agaknya Allahyarham suami puan berfikir jika dia masih hidup. Apa yang akan dilakukannya?”


“Tentu dia akan melaksanakan tanggung jawabnya. Dia suami yang sangat bertanggung jawab.”


“Puan, cinta itu tanggungjawab. Tanggung jawablah yang menjaga cinta, apabila cinta diuji. Cinta dan tanggung jawab tidak akan terpisah oleh kematian salah seorang daripada dua orang yang bercinta. Puan tentu arif apa tanggung jawab suami puan bukan?”


Dia mengangguk perlahan. Saya tidak dapat menahan air mata…. Hakikatnya saya pun akan ditinggalkan isteri atau dia yang dahulu akan meninggalkan saya. Ya Allah, semoga semua cinta dan kasih sayang ini kerana Allah. Maha suci Allah, cinta orang beriman tidak akan dapat digugat oleh apa pun sekalipun poligami!
2. Mengapa yang muda?


“Saya tidak faham kenapa suami saya pilih yang muda? Ini semua kahwin kerana nafsu. Cakap sahaja kerana pembelaan, sunah lah. Semua alasan…” kata wanita itu di hujung talian.


Sudah hampir sejam saya memberi laluan untuk dia bercakap. Saya masih banyak mendengar. Seperti yang selalu saya katakan, dalam banyak keadaan manusia bukan mencari penyelesaian tetapi hanya memerlukan didengar.


“Ustaz, semuanya kerana nafsu!”


“Benar. Orang yang tidak ada nafsu haram berkahwin,” kata saya perlahan.


“Jadi bolehlah ikut nafsu?”


“Ikut nafsu tak boleh, uruskan nafsu. Perkahwinan termasuk yang berpoligami adalah cara menguruskan nafsu.”


“Kahwin yang muda-muda ustaz…”


“Seseorang mendapat balasan atau ganjaran berdasarkan niatnya. Jika niatnya baik, tidak kira anak dara atau janda, semuanya dapat pahala. Tetapi jika niat tidak baik, berpoligami dengan siapa pun tidak berpahala.”


“Betul ke ustaz?”


“Itulah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. wanita yang dinikahinya ada yang anak dara, ada yang janda, ada yang langsing dan ada yang berbadan besar…”


“Kenapa?”


“Pelbagai tujuan Rasulullah SAW. Ada yang bertujuan pembelaan. Ada yang merapatkan hubungan. Ada yang untuk meraikan pemberian atau hadiah. Ada pula yang bertujuan untuk menjadi simpanan ilmu. Lihat perkahwinan Rasulullah dengan Saudah. Lihat pula perkahwinan dengan Aisyah mahupun dengan Mariah Qibtiyah. Semua ada maksud dan tujuan berbeza… tetapi niatnya cuma satu, untuk mendaulatkan Islam.”


“Apakah benar suami-suami yang ada ini nak mencontohi nabi dalam berpoligami?”


“Sukar mengetahui niat dan hati seseorang. Cuma boleh lihat luarannya sahaja. Kalau dia komited dengan Islam, kemudian setelah poligami dia berlaku adil dan perjuangan Islamnya kita meningkat… insyaAllah moga-moga itu mencontohi nabi,” jelas saya.


“Saya geram mereka yang pilih muda-muda…”


“Saya kenal ramai mereka yang memilih janda dan wanita lanjut usia, “ balas saya.


“Saya dengar banyak cerita lelaki poligami tidak bertanggung jawab.”


“Saya juga banyak mendengar suami yang tidak berpoligami tidak bertanggungjawab.”


“Apa yang ustaz cuba sampaikan ni? Ustaz minta semua wanita terima poligami? Ustaz minta semua lelaki berpoligami?”


“Tidak begitu. Bagi saya poligami persoalan kedua atau ketiga, persoalan pertama ialah mendidik lelaki agar bertaqwa dan adil, wanita yang sabar dan redha… serta masyarakat prihatin yang penyayang!”


“Eh, ke situ pula?”


“Kerana di situlah pangkal segala kebaikan. Didikan. Bila tidak terdidik, semua jadi masalah. Yang poligami ada masalah, yang monogami pun sama. Suami yang tidak bertanggung jawab, tetap tidak bertanggung walaupun isterinya seorang. Isteri yang derhaka tetap derhaka walaupun tidak dimadukan. Masyarakat yang tidak terdidik, akan memandang serong semua syariat Islam bukan hanya poligami.”


“Saya benci orang mengambil kesempatan dengan mengamalkan syariat dan sunah konon…”


“Jangan bimbang. Syariat Allah, Allah akan jaga daripada dinodai. Lelaki yang mengambil kesempatan akan terdera dengan sikapnya yang mengeksploitasi poligami. Perempuan yang tidak simpati kepada wanita lain yang ingin juga mendapat seorang suami dalam hidupnya juga akan diuji dengan masalah walaupun cuba lari daripada ujian poligami.”


“Ustaz tak memahami rasa hati seorang wanita…”


“Benar. Tetapi saya yakin wanita beriman tidak akan tercalar keimanan dan kesabarannya menghadapi seorang suami, sama yang berpoligami atau tidak berpoligami.”


“Semua dikaitkan iman…Kalau semua kuat iman ok lah. Sedangkan kita masih di peringkat mujahadah.”


“Bilangan lelaki dan wanita dekat-dekat sama sahaja. Malah ada statistik, lelaki lebih ramai daripada wanita. Poligami tak perlu!”


“ Ada kebenarannya. Tetapi ada statistik berapa ramai lelaki yang beriman yang benar-benar bertanggung jawab? Bagaimana pula jika dibandingkan dengan wanita yang benar-benar beriman yang mampu menjadi isteri yang baik?”


“Ustaz pro poligami sebab ustaz lelaki.”


“Ini bukan soal pro atau kontra. Bila sesuatu ada dalam syariat, pasti ada manfaatnya. Bagi saya poligami hanya soal ‘jarang-jarang’, dan ‘kadang-kadang’. Ia seumpama pintu kecemasan sahaja pada sebuah bas. Ramai orang yang masuk dan keluar ikut pintu biasa sahaja. Tetapi jangan nafikan kepentingan pintu kecemasan… ada masanya ia sangat perlu pada waktu khusus dan keadaan yang tertentu. Jadi, tidak bijak membuang pintu kecemasan itu!”


“Pilih yang cantik sahaja…”


“Baiklah, jika suami awak pilih janda atau wanita yang lanjut usia yang punya wajah biasa-biasa sahaja, awak setuju bermadu?”


Diam diam. Diam wanita yang berkahwin bukan tanda setuju!


Ah, poligami… sering tersepit dan terfitnah antara lelaki yang suka mengeksploitasi dan zalim dengan dan wanita yang tidak rela berkongsi dan punya kepentingan diri.


(Ikutilah lagi sambungan kisah-kisah yang lain akan datang. InsyaAllah)






sumber

2:53 PG

Isu Poligami - jawapan balas ustaz zaharuddin abdul rahman



Saya & Poligami ( Mesti Baca Hingga Habis Sebelum Komen )

Ummu Habibah r.a (salah seorang isteri nabi s.a.w) pernah berdoa meminta dikurniakan suatu nikmat dunia hasil dari perkahwinannya dengan Rasulullah s.a.w. Namun nabi menasihatinya dengan kata baginda قَدْ سَأَلْت اللَّه عَزَّ وَجَلَّ لِآجَالٍ مَضْرُوبَة , وَأَيَّام مَعْدُودَة , وَأَرْزَاق مَقْسُومَة , وَلَنْ يُعَجِّل شَيْئًا قَبْل حِلّه , أَوْ يُؤَخِّر شَيْئًا عَنْ حِلّه , وَلَوْ كُنْت سَأَلْت اللَّه أَنْ يُعِيذك مِنْ عَذَاب فِي النَّار , أَوْ عَذَاب فِي الْقَبْر كَانَ خَيْرًا وَأَفْضَل
Ertinya: Engkau telah meminta dari Allah tentang ajal maut yang telah ditentukan, hari-hari kita yang telah dihitungkan, rezeki-rezeki yang telah Allah bahagikan, dan pasti tiada diawalkan sesuatu dari masanya, atau dilewatkan dari masanya.....(Sahih Muslim)
Justeru,

1. Perkahwinan adalah dalam rezeki dan ketentuan Allah yang pasti sampai bila tiba masanya.
2. Rezeki isteri sedia ada dan yang baru menjadi isteri juga adalah ketetapan Allah swt. Tiadalah patut poligami dianggap penyebab hak dan rezeki isteri sedia ada dirampas. Menurut hadis sohih, masing-masing tidak boleh merampas hak dan rezeki khususnya apabila ia dilaksanakan mengikut neraca, prosedur dan tatacara hukum Shariah.
3. Perkahwinan ini hanya berkait dengan tiga keluarga terdekat bagi mereka (suami, isteri sedia ada dan yang baru). Justeru, jika kalian tidak termasuk dalamnya, seeloknya doakan sahaja pasangan ini atau kamu mengulas sesuatu yang di luar urusanmu yang menjadi sebab menjadi muslim yang buruk akhlak (berdasarkan kepada hadis من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه)
4. Tiada perlu membuat dosa umpatan, sangka buruk, spekulasi sebab atau bertanya cara kenal, umur, latar belakang pasangan, sebab, jumlah mas kahwin atau apa jua. Kerana ia bukanlah urusan yang mampu kalian ketahui dengan perincian yang tepat lagi sohih. Rumahtangga orang lain yang terbina jangan pula menjadi sebab susahnya fikiran kalian atau lebih bahaya, penambah dosa.
  5. Maka apa jua sebab dan alasan, jika kalian membencinya, kalian turut membenci ketetapan Allah ke atas seorang hamba Allah yang berkahwin secara halal lagi menurut tatatertibnya.
6. Jika kalian ingin tahu, prosedur ringkas poligami yang SAYA turuti adalah :
a. Istikharah dan doa istikharah di Mekah dan Madinah serta tanahair beberapa bulan. Keputusan saya khususnya bukan hanya dari logik dan aqal tetapi ilham dan kemudahan dari Ilahi.
b. Sentiasa Istisharah (berbincang) dengan isteri sedia ada dan menyakinkan beliau akan manfaat dunia akhirat dari perkahwinan kedua yang dirancang buat kesemua kami yang terlibat.
c. Meminang bakal isteri kedua dengan kehadiran isteri sedia ada yang bersama-sama menjelas dan menerangkan hatta bebas mencadangkan tarikh pernikahan.
d. Mendapat restu dan redha bakal mertua dan keluarganya.
e. Memaklumkan kepada mertua sekarang dengan jelas serta terang lalu mendapat restu dan redha mereka.
f. Memaklumkan dan menjelaskan kepada anak-anak (2 dalam usia remaja dan 2 dalam usia kanak-kanak) akan tujuan berkahwin buat kali kedua sebagai langkah awal untuk memahamkan mereka tentang poligami yang baik menurut syarak.
 g. Memulakan proses undang-undang, iaitu perlu memohon izin dari Mahkamah Syariah (di negeri masing-masing). Hakim akan meneliti semua sebab musabbab serta kedudukan kewangan pemohon. Permohonan saya telah DILULUSKAN Mahkamah Tinggi Shariah Selangor. Nasihat saya, jadikan bernikah di Thailand sebagai pilihan terakhir setelah semua proses tanahair disekat secara salah atau tidak adil atau terlalu menyusahkan.
h. Menetapkan perincian nafqah, giliran dan pembahagian harta sepencarian bagi isteri sedia ada. Juga bagi anak-anak sedia ada. Ini penting agar kedudukan dan jasa isteri sedia ada terjaga serta keadilan material dan fizikal terjaga. Pembahagian ini TELAH diluluskan oleh mahkamah.
 i. Bersabar dan menangani cemburu yang fitrah bagi wanita secara hikmah, sabar serta rasional. Ini perlu ilmu, tanpa ilmu kita tewas.
j. Bersikap kasih sayang, lembut serta konsisten dalam komunsikasi
k. Kemudian, bernikahlah secara terbuka dengan walimah serta jemputan.
l. Peka terhadap perasaan isteri-isteri serta meraikannya dan tambahkan kerohanianmu dan solatmu justeru bertambahlah sabarmu.

  ‘Say No’ kepada poligami rahsia dan dibuat secara sembrono. Bersabar hadapi cacian mereka yang cemburu di luar sana, kerana mereka hanya menambah pahalamu dan menempah tiket ke azab Allah. Bersabar juga dengan pujian yang merupakan ‘pembunuh senyap’ keikhlasan niatmu.Kalau sebelum ini kita kagumi Rasulullah dan sifat sabarnya, bila berpoligami, pastilah bertambah fahamnya kita akan MAHA AGUNGNYA SIFAT SABAR baginda Nabi dan isteri-isterinya. Baginda cemerlang di dalam rumah dan luar rumah. Fizikal dan spiritual. Bantulah kami dengan mendoakan kami, itu jutaan kali lebih baik dari berspekulasi dan bersangka-sangka serta ‘terlebih mengambil berat’ dengan bertanya itu dan ini kepada isteri-isteriku yang dicintai.
       Tiadalah bertambah mulia atau cela dengan poligami dan monogami. Pokoknya adalah bagaimana kamu menjalankannya. Berhentilah dari hasrat ingin menghubungi isteri-isteri saya bagi menyampaikan rasa TIDAK PUAS HATI kalian atau cuba menyampaikan sangsi, 'racun amarah masing-masing' dan keraguan kalian. Tiada faedahnya dan perhatikanlah diri dan keluargamu, saya pula pasti bertanggungjawab atas keluarga saya. Insha Allah.
  Bagi yang bujang, tidak perlu resah..tidak habis wanita solehah di luar sana..rezekimu akan sampai pada waktunya asalkan kamu bersedia dan soleh juga.PADAMLAH gambar-gambar yang DISEBARKAN dan disensasikan TANPA izin kami. Inilah gambar yang kami rasakan sesuai dikongsi bersama masyarakat awam. Semoga catatan ringkas ini mampu menarik keberkatan buat kami dan kalian.Akhir sekali, TIADA PERLU cemburu, dengki atau hasad dengan kami kerana BAHAGIA kalian BUKAN terletak pada URUSAN kami ATAU kucar kacirnya kami tetapi pada hati dan diri kalian sendiri. Janganlah mencari bahagia dengan PERKARA DOSA.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
6 Syawwal 1434

12:08 PG

Ustaz Azhar Idrus bersama anak muda..

1:19 PTG

Jangan lupa rumput di bumi



Lama mendongak ke langit,jangan lupa macro shot di bumi..

11:47 PG

Angry Bird..




salam sejahtera..lama sungguh tak update blog ni. Sibuk dek shooting binatang,orang kawin..hehe..

10:57 PTG

BERSIH 2.0 !! AMBIL PERHATIAN SEMUA!!

Saya menyeru kepada sesiapa yang hadir pada perhimpunan bersih itu nanti agar membelanjakan sekurang-kurangnya rm100 pada peniaga-peniaga kecil di sekitar laluan BERSIH nanti. Kita buktikan yang kita mahu berhimpun secara aman dan di sambil itu berbelanja di sepanjang laluan dan bantulah para peniaga di sekitar laluan itu nanti. KITA AKAN BUKTIKAN BAHAWA PERHIMPUNAN BERSIH ADALAH PERHIMPUNAN YANG MEMBAWA KE UNTUNGAN BESAR PADA PENIAGA DAN NEGARA SERTA POLITI TANAH AIR!!..insya Allah..BERSIH akan kekal di lindungi Allah swt!! Amin..dan sebarkan pada semua yang ingin turut serta pada perhimpunan itu nanti!! DAULAT TUANKU!! HIDUP RAKYAT!!

1:00 PG

Aksi PANAS di KFC yang cukup menjijikkan!!

Selepas ini di Kentucky Fried Chicken ada selain perasa Hot and Spicy atau Original receipe..akan muncul resipi baru iaitu perisa TAPAK KASUT!!..Apalah yang kau dengkikan sangat mamat oi..




http://www.youtube.com/watch?v=0EvkgwDbSpc&feature=player_embedded#at=19

1:08 PTG

langit di desa tengahari jumaat yang mulia.,.

1:12 PTG

Gambar pemandangan di depan rumah menggunakan dslr samsung nx10

9:49 PG

Antara sebab video tak boleh di jadikan bukti sesuatu kes!!





Lihat bagaimana otak manusia mampu mengubahsuai video..

Pengikut yang tidak taasub