Nasib kaulah mat oii!!! huhuhu....
What you give,forget it. What you get,never forget it. Ya Muntaqim..
Catatan Popular
-
Salam para bloggers serta para pembaca.. Tokoh terbilang ini nama penuhnya Omar al-Mokhtar Muhammad Farhat Abridan Muhammad Mukmin Buhadime...
-
Di kala pagi tiba, ada yang mengambil nasi lemak sebagai sarapan. Ada pula yang tidak gemar bersarapan dengan nasi lemak tetapi suka m...
-
Bismillah arRohman arRohim Aku sebenarnya bukanlah seorang penulis lirik. Juga bukan pencipta lagu. Aku dan keluargaku sangat meminati se...
-
Asalamualaikum. Agak lama saya tidak update sesuatu di sini. Dengan kesibukan kerja, mencari ketenangan, dengan kehadiran ahli keluarga bar...
-
Mereka punya mulut,biarkan mereka berkata.. Situasi hari ini di premis ku. Sedang melayan pelanggan yang menjual hasil ladang. Pekerja ku ya...
-
Syarat syarat Taubat - ( sebelumnya sila rujuk artikel pertama di sini dan artikel kedua di sini ) Imam Nawawi r.a berkata : Sesu...
-
Mungkin tajuk kali ini agak pelik.Namun bagi saya tajuk kali ini agak relevan malah dituntut oleh Islam.Mungkin antara kita hanya pernah...
-
Ketika aku bukan dalam momentum berlari. Hidup ini biasa-biasa sahaja. Juga hari ini,aku seperti biasa. Tidak seperti dahulunya. Ak...
-
"Hai orang-orang yang beriman,bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar." ( At Tahrim-8 ) Perintah segera berta...
-
Salam para bloggers serta pembaca yang di rahmati Allah.. Dahsyat sungguh fitnah masakini...bercakap negatif tentang ketuanan melay...
Pengunjung Terkini
Pautan Lain
- Alim Ulama Kito
- Anak Muda Zaman Sekarang,Lihatlah!!
- Assalamualaikum dato' harimau
- Bang Aji Taufik, Adun Paroi
- Belajarlah silat selagi ada nyawa
- Berita Politik Islam Malaysia
- Cina Islam
- Debat Politik
- Genta Rasa
- Ini Jalanku....
- Lobai Kampung
- Mantan Mufti N9
- Mujahideen Chechnya
- Pas Dun Johol
- Rahsia Besar Sejarah Empayar Siam/Melayu Islam
- Sham sufi
- Siyasah Syariyah
- Syeh Sambal
- Tak tahan panas,jangan klik sini..
- The blog of Alexanderwathern
- Untuk Hari Esok
- Ustaz Zaharuddin
- Wartawan melayu mengupas sejarah
Nada dan Suara
"semenda,semenda astana raja,semenda,semenda semangat jaya,memimpin kami membina bangsa,lambang kemajuan kita.." Salam….
Alumni SEMENDA akan diadakan pada
Tarikh: 26/06/2010 (Sabtu)
Tempat: REPLIKA MUZIUM RAJA MELEWAR, ASTANA RAJA, KOTA, NEGERI SEMBILAN.
Masa: 8.30am – 5pm
Aktiviti: TELEMATCH, SESSI BERGAMBAR BERSAMA, CABUTAN BERTUAH
Setiap alumni dikehendaki membayar YURAN PENYERTAAN seperti berikut:
i) RM 80 setiap keluarga ( 1 t-shirt, cenderahati, minum pg, mkn tghari dan minum ptg, telematch, anak2 percuma)
ii) EXTRA RM 30 untuk pasangan yg juga EX-SEMENDARIAN
iii) RM 50 untuk ahli alumni yang bujang
Setiap ahli alumni dikehendaki mendaftar nama pada wakil setiap batch yang telah dilantik seperti berikut:
SPM ‘91 ANIZAR MOHD NOR 0193668807
SHAM @BANDEL 019-6675537 begin_of_the_skype_highlighting019-6675537end_of_the_skype_highlighting
SPM ’92 AZLIZA AZIZ 017-3356657
SPM ’93 FIRUZ MAHATDIR 016-2204356 @ 016-3374356
SPM ’94 KASIH QISTINA (EIJA) 012-9741471
ASHIEKIN HAMDAN 019-3838119
SPM ’95 LEEZA MAMIA 012-3208723
AJOI JAWA (AJUL) 0132007971 @0194771978
SPM ’96 HERWAN SHAM (BOB) 019-2230612
LINDA 019-2311878
SPM ’97 MAISARA SAFEI (CALA) 017-6696850 @ 019-3562585
AHMAD TAJUDIN 012-3679900
SPM ’98 MAZALINA ISHAK 012-3377857
De’ HAVOC (IETA) 017-635 3468
Yuran penyertaan hendaklah dibayar sebelum 05/06/2010 pada wakil setiap batch bersrta kan saiz baju (free saiz, L, XL, XXL). Pada setiap batch yang tiada wakil boleh mendaftar disalah seorang wakil yang dilantik. Sebarang pertanyaan sila rujuk pada wakil batch atau ANIZAR MOHD NOR, SHAM @BANDEL, KASIH QISTINA, MAISARA, atau AHMAD TAJUDIN.
Semoga kehadiran anda semua meriahkan majlis ini.
Sekian. Terima kasih
Email dari seorang sahabat dan minta dikongsi dengan semua pembaca... harap dapat sebarkan untuk dikongsi dan dihayati bersama...
Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yang pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke syarikat kami untuk berkongsi pengalamannya pergi ke Gaza baru-baru ini. Persatuan Islam Pekerja yang anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat-sekat sebab dia kata dia tak dapat lupakan pengalaman yang dia akan kenang sampai mati.
Ada beberapa perkara yang mahu saya kongsi bersama kerana ianya membuatkan tidur saya tidak lena...
Mesir
Razali kata, ini Firaun moden. Nama je Islam tapi dah terlalu sekular. Sanggup kencing di dinding-dinding masjid.
Mesir sekat sempadan sedangkan hanya itu sahaja jalan darat hendak ke Gaza . Makanan dan ubat-ubatan semuanya rosak di sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Mesir-Gaza berada dalam kawasan sepanjang 14 kilometer. Kalau lah tiada sekatan, rakyat Palestin takkan kebuluran...
"Mesir lebih rela bersempadan dengan Israel daripada bersempadan dengan Hamas, Apa punya manusia ni..!", kata Razali Awang.
Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali beritahu rakyat Palestin yang dia interview, di Malaysia, tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestin…
Berapa banyak checkpoint dia kena lalui di Mesir… tapi dengan pertolongan Allah SWT, semuanya berjaya dilepasi... tapi perit nya... yang mintak rasuah… charge naik bas sejauh 500 meter ialah RM70!!!
Memang sekutu kuat Amerika and Israel (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar... lebih baik hantar ke negara Islam lain... UIA pun dah bagus!!!)
Gaza (Palestine)
Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah… Belah Fatah ada Kasino!
Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yang ni).
Razali kata rakyat Palestin sangat berpegang teguh kepada ajaran Islam dan mazhab Shafie. Orang Palestin sangat baik dan peramah jika dibandingkan dengan Pak Arab di Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama... tapi dia mention Hashim…).
Beautiful country, iklim Mediterranean. boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..
Hamas
Memang kalangan yang rela mati sebab mati syahid. Rela mati bila-bila masa. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia orang ucap "Kalau anda datang lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi?"…macam mereka tahu yang mereka akan mati bila-bila masa sahaja.
Tulang-temulang manusia yang melekat di dinding bangunan-bangunan yang rosak akibat dibom Yahudi/Zionis, tak busuk walau dah berminggu!
Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel… punyalah jahat bangsa Yahudi/Zionis, kubur pun dibedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org... tak de senjata canggih tapi yang mati hanya 100 lebih je!!!
Hamas ni beroperasi di bawah tanah dan mereka berada dimana-mana saja. mereka beroperasi dalam kumpulan-kumpulan kecil.
Isteri-isteri kepada yang mati syahid, hanya ada satu misi, untuk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa semula suami masing-masing di syurga...
Bagi mereka, kanak-kanak yang mati berada di sisi Allah SWT.
Menurut seorang ibu yang anaknya mati syahid, hari ni sorang mati, esok pasti lahir seorang lagi bayi yang bakal menjadi pejuang Islam...
Israel
Memang pengecut sebab tak berani berperang secara berhadapan dengan Hamas. di darat hanya duduk dalam kereta kebal. lepastu serang dengan bom pintar atau bom fosforus dari jarak jauh.
Dia org tau Hamas ada penembak tepat! jadi mereka takut nak turun dari kereta kebal.
Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun untuk tumbuh balik. Biar rakyat Palestin kebulur dan tak de sumber pendapatan.
Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakan...
Rakyat Palestine
Sedih Razali tengok dia orang rebus rumput sebab dah tak de makanan.
Kanak-kanak tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital - pembedahan, jahit kulit ke apa ke… terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab - ubat dah tak de.
Razali kata dia tak tahan dia tengok budak-budak menjerit-menjerit kesakitan bila kepala di jahit!
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yang telah dibedil dengan bom fosforus... sebelum serangan ada beberapa orang doktor sedang bedah pesakit… Razali kata tak de apa yang tinggal... semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit-sikit disana-sini… Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang… Nauzubillah.
Ada banyak lagi... tapi terlalu panjang untuk ditulis. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza... jadi, inilah yang diceritakan oleh beliau.
Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA ialah negara jiran kita yang paling dekat iaitu SINGAPURA! jadi Razali kata kalau kita shopping dekat sana macam kita sokong Israel.
Jadi kawan-kawan, kita terus berdoa dan berdoa untuk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..
Wassalam
Gambar-gambar untuk dikongsi bersama - UNRWA School di Beit Lahia, Gaza, Palestin ketika di bom Yahudi/Zionis...
Pautan: gaza, hamas, palestine, say no to fatah
Seorang professor penyelidik pakar bahasa India dari Universiti Alahabad, dalam buku hangatnya, telah menerbitkan buku mengenai Kalki Avatar bererti Pembimbing Agung. Beliau mendakwa bahawa gambaran mengenai Kalki Avatar yang terdapat didalam kitab suci Hindu yang sebenarnya adalah Nabi Muhammad s.aw.
Di India adalah merupakan faktor benar bahawa sejurus selepas sesuatu buku dilancarkan akan menjadi suatu bahan bualan dan gossip seluruh negara. Jikalau sekiranya pengarang buku ini, seorang muslim, sewajarnya dia akan ditangkap dan atau beliau akan dibunuh dan semua buku bukunya akan ditarik balik dari berada dipasaran. Hingga ketahap dimana ianya akan tidak dibenarkan untuk diulang cetak.
Tunjuk perasaan dan keganasan akan tercetus terhadap insan muslim yang tidak berdosa dengan pertumpahan darah dimana mana. Yang menakjubkan bahawa pengarang buku ini adalah seorang yang berfikiran sederhana dan professor khusus yang secara kebetulan adalah seorang Hindu.
Nama beliau ialah Mr. Pandit Vedaprakash Upadhal, manamakan tajuk bukunya sebagai "Kalki Avatar. Pengarang adalah penyandang sami berugama hindu Brahmin berasal dari Bengali. Penyelidik sekular.
Menurut kepercayaan penganut hindu, ada digariskan gambaran dan panduan tentang pemimpin yang bernama Kalki Avatar , ia sangat bertepatan hanya dengan Nabi Muhammad s.a.w. Jadi penganut hindu diseluruh dunia tidaklah perlu menunggu lagi akan kedatangan Kalki Avatar (semangat/roh) yang dimaksudkan.
Sewajarnya mereka segera menerima kenabian nabi Muhammad s.a.w Bin Abdullah sebagai pesuruh Allah (Kalki Avatar) yang dimaksudkan oleh kitab suci hindu mereka itu. Fakta fakta dan penemuan mengenainya telah disahkan oleh lapan pandit sami kanan hindu yang lain yang mengatakan penganut hindu selama ini menghanyutkan diri mereka dalam penantian yang tidak berpenghujung, sedangkan pesuruh tersebut telah pun muncul dan telah pun wafat 14 abad yang lalu.
Pengarang mengemukakan bukti yang kukuh saperti dibawah yang digali dari kitab Vedas serta buku buku suci ugama hindu yang lain bagi membuktikan kebenaran hujah beliau:
1. Didalam ramalan Prophecy Hindus Purana (Buku suci hindu) telah dinukilkan bahawa Kalki Avatar adalah pesuruh tuhan yang terakhir dimuka bumi ini untuk pertunjuk bagi seluruh dunia dan seluruh manusia dialam ini. Alqur'an telah memberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi yang terakhir buat pertunjuk seisi alam termasuk Jin dan manusia.
2. Menuruk ramalan ugama hindu, kelahiran Kalki Avatar akan berlaku disuatu tempat menyerupai pulau (negeri dikelilingi padang pasir) dan mengikut ugama hindu ianya di kawasan bumi Arab.
3. Didalam buku hindu, nama bapa dan emak Kalki Avatar dikenali sebagai VISHNUBHAGAT dan SUMAANI. Jika kita lihat makna bagi kedua nama tersebut, akan kedapatan sesuatu yang menarik untuk direnungi. Lihat, VISHNUBHAGAT = Vishnu beerti tuhan + Bhagat beerti hamba, diterjemah dalam bahasa arab, tuhan itu ALLAH + hamba itu Abdul = Dicantumkan akan menjadi ABDULLAH (bapa kepada Nabi Muhammad s.a.w) Manakala SUMAANI beerti aman atau tenang yang didalam bahasa arab AMINAH (nama emak Nabi Muhammad s.a.w).
1. Dalam buku buku ugama hindu, dinukilkan bahawa bahan makanan asas Kalki Avatar ialah buah tamar dan zaitun. Beliau merupakan seorang yang amanah lagi jujur dan paling dipercayai seluruh masyarakatnya. Tak dapat disangsikan bahawa makanan asas Nabi ialah buah Korma dan zaitun. Nabi Muhammad s.a.w juga mempunyai akhlak sebegini tinggi dan dipercayai oleh setiap orang dan masyarakatnya.
2. Dinukilkan juga dalam Vedas, bahawa kelahiran Kalki Avatar akan berlaku ditengah tengah kalangan keturunan yang dihormati. Ini bertepatan dengan dimana Nabi Muhammad dilahir dari golongan Quraish yang terkenal sangat dihormati oleh masyarakat ketika itu.
3. Dalam buku tersebut juga dinukilkan bahawa Tuhan akan mengajar Kalki Avatar melalui malaikat didalam Gua. Bertepatan dimana Allah telah mengajar Nabi Muhammad s.a.w dengan memerintahkan Malaikat Jabrail untuk mengunjungi serta mengajar nabi berupa Wahyu didalam gua yang bernama Gua Al Hira.
4. Juga dinukilkan bahawa tuhan akan memberi kenderaan yang pantas buat Kalki Avatar untuk mengembara keseluruh alam maya serta naik kelangit hingga kelangit ke 7. Ini bertepatan dengan apa yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.aw dalam peristiwa Isyra' dari masjidi haram di Mekah ke masjidil al aqsa di Palestin Dan Mi'raj nabi kelangit ke 7 dengan menunggang seekor Burak dalam satu malam.
5. Dinukilkan juga dalam buku tersebut bahawa Kalki Avatar akan diberikan pertolongan yang luar biasa oleh tuhan, ini terbukti jelas bahawa Allah telah memberi bantuan luar biasa kepada Nabi Muhammad s.a.w didalam peperangan Uhud dan yang lain lain.
6. Yang menakjubkan dinukilkan juga bahawa Kalki Avatar akan dilahirkan pada 12 haribulan. Ini bertepatan sekali bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan pada 12hb Rabiulawal (kelendar Islam).
7. Dinukilkan juga dalam Vedas bahawa Kalki Avatar adalah merupakan seorang penunggang kuda yang baik dan ahli main pedang yang cekap, ini bertepatan dengan Nabi Muhammad s.a.w yang terkenal dalam bidang berkenaan. Lagipun pengarang mengajak penganut ugama hindu berfikir bahawa zaman kuda dan pedang telah berlalu dan kini manusia menggunakan senapang dan roket. Adalah sesuatu yang dangkal mengharapkan datangnya Kalki Avatar yang ditunggu tanpa penghujung, walhal ia telah pun muncul 1400 tahun yang lalu.
Dalam al qur'an telah diceritakan tentang ciri ciri dan tanda tanda mengenai Nabi Muhammad s.a.w dengan jelas dan bertepatan apa yang dinantikan oleh penganut hindu terhadap Kalki Avatar. Pengarang telah memberi hujah hujah yang mengatakan Kalki Avatar yang dimaksudkan itu adalah Nabi Muhammad s.a.w dan kepada yang masih lagi menunggu akan kedatangan Kalki Avatar? Sewajarnya penganut hindu wajib berfikir semula dan renungilah akan kebenarannya.
Pautan: cinta rasul, kalki avatar, Muhammad s.a.w, Rosulullah, vedas