Nada dan Suara

...
8:45 PTG

Alhamdulillah,saya lulus!!

Hari ini telah keluar keputusan peperiksaan radio amatur yang di anjurkan oleh suruhanjaya komunikasi malaysia atau ringkasnya SKMM. Alhamdulillah,percubaan kali pertama saya telah membuahkan hasil dan saya di isytiharkan LULUS dalam peperiksaan tersebut. Juga pada SWL yang lain yang tidak berjaya,saya doakan anda semua akan berjaya juga pada peperiksaan akan datang pada bulan disember insya Allah.Ini bermakna saya akan mendapat lesen B class . Selepas ini saya akan memohon Callsign untuk memudahkan saya ke udara dan ini bermakna saya boleh berhubung dengan para pengguna radio amatur seluruh dunia. Selepas ini juga saya akan cuba untuk mendapatkan lesen A dan menjalani ujian morse code. Alhamdulillah sekali lagi dan terima kasih atas segala dorongan guru pembimbing serta doa dari teman-teman semua..Alhamdulillah...73,asalamualaikum.

2 komen anda?:

mohad berkata...

salam.. tak nak join gath ke...

Hamba Miskin berkata...

maaf saudara..saya tak dapat hadir..insya Allah lain kali..

Pengikut yang tidak taasub