Assalamualaykum warohmatullah..
Alhamdulillah..Segala Puji bagiNya..Tiada Sekutu bagiNya.
Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang mendoakan kesihatan saya yang agak teruk dalam minggu ini. Dari demam membawa ke gastrik. Syukur pada Allah,terima kasih wahai doktor kerana tanpa pembedahan,saya di sahkan sihat. Cuma "hadiah"doktor kepada pesakit ini yang tak sanggup saya menelannya. Sabar sajalah..Padan muka saya.Doktor dah pesan,lagi sekali makan tidak mengikut jadual,maka....
What you give,forget it. What you get,never forget it. Ya Muntaqim..
Catatan Popular
-
Salam para bloggers serta para pembaca.. Tokoh terbilang ini nama penuhnya Omar al-Mokhtar Muhammad Farhat Abridan Muhammad Mukmin Buhadime...
-
Di kala pagi tiba, ada yang mengambil nasi lemak sebagai sarapan. Ada pula yang tidak gemar bersarapan dengan nasi lemak tetapi suka m...
-
Bismillah arRohman arRohim Aku sebenarnya bukanlah seorang penulis lirik. Juga bukan pencipta lagu. Aku dan keluargaku sangat meminati se...
-
Asalamualaikum. Agak lama saya tidak update sesuatu di sini. Dengan kesibukan kerja, mencari ketenangan, dengan kehadiran ahli keluarga bar...
-
Mereka punya mulut,biarkan mereka berkata.. Situasi hari ini di premis ku. Sedang melayan pelanggan yang menjual hasil ladang. Pekerja ku ya...
-
Syarat syarat Taubat - ( sebelumnya sila rujuk artikel pertama di sini dan artikel kedua di sini ) Imam Nawawi r.a berkata : Sesu...
-
Mungkin tajuk kali ini agak pelik.Namun bagi saya tajuk kali ini agak relevan malah dituntut oleh Islam.Mungkin antara kita hanya pernah...
-
Ketika aku bukan dalam momentum berlari. Hidup ini biasa-biasa sahaja. Juga hari ini,aku seperti biasa. Tidak seperti dahulunya. Ak...
-
"Hai orang-orang yang beriman,bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar." ( At Tahrim-8 ) Perintah segera berta...
-
Salam para bloggers serta pembaca yang di rahmati Allah.. Dahsyat sungguh fitnah masakini...bercakap negatif tentang ketuanan melay...
Pengunjung Terkini
Pautan Lain
- Alim Ulama Kito
- Anak Muda Zaman Sekarang,Lihatlah!!
- Assalamualaikum dato' harimau
- Bang Aji Taufik, Adun Paroi
- Belajarlah silat selagi ada nyawa
- Berita Politik Islam Malaysia
- Cina Islam
- Debat Politik
- Genta Rasa
- Ini Jalanku....
- Lobai Kampung
- Mantan Mufti N9
- Mujahideen Chechnya
- Pas Dun Johol
- Rahsia Besar Sejarah Empayar Siam/Melayu Islam
- Sham sufi
- Siyasah Syariyah
- Syeh Sambal
- Tak tahan panas,jangan klik sini..
- The blog of Alexanderwathern
- Untuk Hari Esok
- Ustaz Zaharuddin
- Wartawan melayu mengupas sejarah
Nada dan Suara
Assalamualaikum Warhmatullah..
Saya sebagai wakil daripada keluarga Almarhum Hj Bujal Dan Isterinya Hajjah Milah ingin menjemput tuan-tuan dan puan-puan sebagai sebaran umum untuk hadir ke majlis ceramah agama di tarikh dan tempat berikut:
Tajuk : Persiapan Menghadapi Maut
Penceramah : Prof.Dr.K.H Muhibbudin Wali
(mufti acheh)
Tarikh : 26 Disember 2008 (jumaat)
Waktu : 9.00 malam
Tempat : Di rumah keluarga Almarhum Hj Bujal
Pekan Air Mawang,Johol N. Sembilan
Semua di jemput hadir untuk menadah ilmu secara langsung dari Ulama' Besar Tanah Renchong ini. Sekian.
Untuk peta perjalanan,hubungi nombor yang di sediakan di bawah.
0136700700 - Hajjah Asmah
0136677787 - Dzul
0132566191 - Hj. Ismail
0136782380 - Amar
Semoga Allah lanjutkan usia perkahwinan As-Syiekh Ustaz Abdur Rauf Binnuri..Semoga berkekalan sehingga ke anak cucu.Syukran atas ilmu yang Tuan berikan kepada ana walaupun sedikit cuma..Syukran ya Ustaz..Barokallahu lakuma..wa baroka 'alaykuma..wa jama'a baynakuma fi khoir..
Pautan: pengantin baru, pondok tampin
Malam itu..
Ba'da solat sunat yang jarang ditunai..
Wahai Allah Ilham Kau singgah..
Menyeru dengan kalimah..
Dengan menyebut sifat Ar-Rohman..
Ar-Roheem..
"Sabbihis marobbikal a'la"
Puas ku baca puas ku daki..
Jalan yang Kau tunjuki
Aku lalui..
Apakah rahsia Ilham ini..
Hingga akhir QalamMu
Aku Talaqqi..
Malam itu..
Ianya belum kesudahan..
"Illa masha Allahu,innahu
ya'lamul jahro wama yahfa"
QalamMu memberi ingat..
Tersedu hati..
Menangis jiwa..
Allah..Allah..Allah..
Cukuplah rindu ini..
Agar tidak merindu nafsu..
"Wal Akhirotu Khoirun Wa Abqo"
Haza faqod..
Penghujung sepertiga laila..
Sedu hilang,Ruhani hampir..
Jiwa ketakutan..
Terfikir akan Ilham..
Masih adakah jalan pulang?
Wahai Allah..
Ku Panjangkan Qunut..
Air Mata deras melaju..
Merayu Ar-Rohman..
Menagih Ar-Rohim..
-hasil karya dzulhaqq
Hari ini keluar pula berita terbaru mengenai Dato Seri Ali Rustam,Ketua Menteri Melaka. Beliau menarik semula larangan untuk kakitangan negeri melaka yang sebelum ini melarang semua kakitangannya ke kelantan. Apa ni be? Main-main cakap le. Ulau melingkau atas pagau betul le To'Ali oii..Tak bagus le macam ni be..Kite sebagai rakyat melake mesti berpegang pada kate-kate kite.
Malu kita pade bang tuah kite..Alahai dondang sayang!! Seloke pule die....ish.
Jangan marah ye To'Ali..Semoge Hidayah Allah datang pada kite..amin.
p/s ape kene lidah aku malam ni?
hawau tul le.
Wahai Allah...aku kegelisahan....menjalani hidup ini sendirian sementara..tanpa hilaian tawa anak serta isteri.Wahai Allah ..hanya Kau sahaja yang mengetahui gejolak perasaanku..Batinku..Bukannya aku tidak mengidami contoh kasihnya siti khadijah,aishah serta para isteri dalam melayarkan bahtera kehidupan bersama Rasul s.a.w...hanya semata tuntutan halus yang bernama perasaan..aku tenggelam wahai Allah...Oleh perasaan ku yang hampir memakan imanku padaMu.Ampunkan dosaku wahai Allah..ku tahu ayatMu itu Nas yang qoti'e..ku tahu Sunnah rasulMu itu haq..ingin sekali aku mahu kelak di himpunkan di dalam kalangan insan yang mengamalkan Haq qoti'e Mu serta Sunnah RasulMu di padang masyar kelak..aku bangga sebagai suami kalau isteriku di naungi payung emasMu tatkala ribuan kalangan wanita yang di seret malaikat kerana memperlekehkan hukumMu.... ...Tapi aku tidak berdaya wahai Allah..aku tidak berdaya..aku takut akan dosa zina..tapi aku tidak mampu berpuasa..sedangkan ku tahu itu saranan NabiMu..walaupun dia menangisinya di hadapanMu kerna tak dapat mengadilkan hatinya dalam mengagih kesamaan kasih sayang.....Aku lemah Ya Allah..kerna aku lelaki..Ya Allah..ku mohon petunjukmu serta berikanlah hidayah mustakim...agar aku..bisa menongkah arus kerana ku tahu jalan kejayaanMu akan berliku..-hasil karya dzulhaqq. Taasub Pada Allah Solawat Atas Rosul
"Bangunlah....tahajjudlah...ambilah wudhu'....Maka air pun berkata, "Wahai Allah,berkatilah wajah orang yang mengambil wudhu di malam sepertigaMu kerana sesungguhnya aku gembira bila titisan air itu jatuh pada sujud untukmu di rakaat yang terakhir". Berdoalah aku "Sesungguhnya wahai Allah janganlah kau beri aku sujud ini sujud yang penghabisan kali..kurniakanlah sujud yang khusyuk di malam terakhir aku benar-benar ikhlas dan terakhir ketika aku bertemu ajal dalam keadaan yang Kau Redhoi". Berdoalah si isteri "kurniakanlah aku sujud yang khusyuk ketika aku mengandungkan amanahMu"....Maka bersama kedua insan itu meratap sedih "Dan ketika kami sebagai air yang hina..hingga saat kering wudhu'ku bercampur air mata penyesalan..kering di sujud yang terakhir".-hasil karya dzulhaqq
Taasub Pada Allah
Solawat Atas Rosul
Pautan: 'aris, 'arus, air, bakal isteri, mani, puisi, sesal, suami, taubat nasuha
واهاي الله! اڠكاوله يڠ ممڤوڽاءي سڬالا ڤوجيان. اڠكاوله چهاي لاڠيت دان بومي دان بارڠ اڤ يڠ اد د دالمڽ. اڠكاوله يڠ ممڤوڽاءي ڤوجي-ڤوجيان. اڠكاوله يڠ مڠوروسكن لاڠيت دان بومي دان سڬالا يڠ اد د دالمڽ. اڠكاوله توهن يڠ هاق،جنجيمو هاق،شرڬمو هاق،نراكمو هاق،ڤارا نبيمو هاق،محمد ايت هاق دان قيامة ايت هاق. واهاي توهن كامي،كڤد اڠكاو اكو مڽراه ديري،اڠكاو يڠ اكو ايماني،كڤد اڠكاو اكو مڽراهكن حكوم. مك امڤونيله اكو ترهادڤ اڤ يڠ تله اكو دهولوكن دان اكو كمودينكن،اڤ يڠ اكو رهسياكن،اڤ يڠ اكو ڽاتكن دان اڠكاوله يا الله،تيدق اد توهن ملاءينكن اڠكاو..