Salam para bloggers dan para pembaca..
saya amat tertarik dengan pantun ini yang dihasilkan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dimuatkan dan berlatarbelakangkan warna biru putih,kompleks pentadbiran putrajaya di laman webnya, klik sini -->drmaza.com. Kepada siapakah beliau tujukan pantun ini?
Sekali imbas memang pantun ini jelas ditujukan pada pemimpin negara yang menyelewengkan harta negara, hidup dalam penuh kenewahan dan menggunakan kuasa politik demi kepentingan peribadi.
Natijahnya, apabila pemimpin berbuat demikian, maka rakyat menjadi marah. Pemimpin mengumpulkan harta, yang kaya menjadi bertambah kaya sedangkan rakyat bawahan semakin menderita dengan tekanan hidup yang semakin mendesak.
Api kemarahan rakyat lama-kelamaan membuahkan rasa benci kepada pemimpin negara dan arus perubahan mula berkocak menjadi satu gelombang.
Akibat keadaan ekonomi , sosial dan politik negara yang dilihat kurang stabil, maka pemimpin negara digesa untuk berundur....UndurLAH!
Justeru, pengunduran pemimpin perlulah digantikan denga orang baru. Namun, sudah semestinya rakyat mahu melihat pengganti yang lebih baik dan lebih berkredibiliti.
Memang betul dua baris terakhir pantun di atas. Kalau mahu dicari pengganti kepimpinan negara, maka perlu dicari yang berbudi tinggi dan boleh diterima sekalian rakyat.
Begitu juga, pengganti baru ini bukannya dari kalangan mereka yang setara atau lebih teruk dari yang sedia ada.... Betul tu BUKAN PEROMPAK GANTI PENCURI!
What you give,forget it. What you get,never forget it. Ya Muntaqim..
Catatan Popular
-
Asalamualaikum. Agak lama saya tidak update sesuatu di sini. Dengan kesibukan kerja, mencari ketenangan, dengan kehadiran ahli keluarga bar...
-
Bismillah arRohman arRohim Aku sebenarnya bukanlah seorang penulis lirik. Juga bukan pencipta lagu. Aku dan keluargaku sangat meminati se...
-
Ketika aku bukan dalam momentum berlari. Hidup ini biasa-biasa sahaja. Juga hari ini,aku seperti biasa. Tidak seperti dahulunya. Ak...
-
Mereka punya mulut,biarkan mereka berkata.. Situasi hari ini di premis ku. Sedang melayan pelanggan yang menjual hasil ladang. Pekerja ku ya...
-
Tunggulah azab Allah yang lebih besar dari bom kau ini!! ...
-
Salam sejahtera.. Kamu semua sanggup tengok video ini?? Saya lagilah tak sanggup.. Kepada bakal suami dan isteri!! Posting kali ini saya ti...
-
Hari tu kecoh pasai Ngah Kor Ming baca ayat suci Al-Qur'an... semua pro Kerajaan melenting... dasat..! Pak Mufti pun marah, "orang...
-
Assalamu alaikum Wr. Wb Bismillah…itulah rasanya kata yang tepat untuk memulai langkah dalam menulis ini. Kerana tidak ada yang pantas dij...
-
Ouch!!..Ouch!! Charlie bit my finger!!... Bersih bahasa budak kecil bercakap lahjah britain. Sesekali santai lihat video karenah anak-anak k...

Copy dan save di blog sendiri tanda anda seorang mujahideen!!
Pengunjung Terkini

Sesungguhnya mereka yang syahid itu tidak mati bahkan sentiasa di beri rezeki
Pautan Lain
- Alim Ulama Kito
- Anak Muda Zaman Sekarang,Lihatlah!!
- Assalamualaikum dato' harimau
- Bang Aji Taufik, Adun Paroi
- Belajarlah silat selagi ada nyawa
- Berita Politik Islam Malaysia
- Cina Islam
- Debat Politik
- Genta Rasa
- Ini Jalanku....
- Lobai Kampung
- Mantan Mufti N9
- Mujahideen Chechnya
- Pas Dun Johol
- Rahsia Besar Sejarah Empayar Siam/Melayu Islam
- Sham sufi
- Siyasah Syariyah
- Syeh Sambal
- Tak tahan panas,jangan klik sini..
- The blog of Alexanderwathern
- Untuk Hari Esok
- Ustaz Zaharuddin
- Wartawan melayu mengupas sejarah
Blog Archive
-
▼
2008
(60)
-
▼
Ogos
(11)
- Dato mufti perlis tuju pantun pada siapa ya?
- Bajet,budget 2009!! haha..
- Aduhai SPR!! Tak Tahu kira-kira matematik ke?
- Alhamdulillah sekali lagi dan tahniah!!
- Alhamdulillah,saya lulus!!
- Perbincangan di frenster tentang masalah kuota mel...
- "Fitnah Dan Qazaf Dalam Sejarah"
- Aksi lucah pemuda dan puteri umno!!
- Jangan biarkan dirimu diperangkap dengan assobiyya...
- Antara "Malaysia Boleh" dan pelacur melayu di London
- Nama 4 orang senarai pendek calon BN Pilihanraya k...
-
▼
Ogos
(11)
Nada dan Suara
Pautan: drmaza, maza, mufti perlis, pantun mufti, perlis
Salam para bloggers serta para pembaca.
Bil elektrik kurang dari RM 20.00 tak payah bayar.
Siapa akan untung ?
Tidak menguntungkan rakyat malaysia sekiranya ianya di potong dari bil.
Cadangan ini akan menguntungkan rakyat asing yang tinggal di malaysia sama ada mereka berada di kawasan setinggan atau menyewa.
Kebanyakan rakyat miskin yang berkeluarga ,penggunaan elektrik akan melebihi dari RM20.00 kecuali orang tua yang hidup bersendirian (tanpa keluarga).
Setiap rumah orang miskin pasti ada lampu,periuk nasi,ceret,sterika,tv dan peti sejuk.
Penggunaan elektrik
P. sejuk 0.20 x 30 hari = RM 6.00
TV 0.10 x 30 hari = RM 3.00
Sterika 0.20 X 30 hari = RM 6.00
Cerek 0.10 X 30 hari = RM 3.00
Periuk Nasi 0.20 x 30 hari = RM 3.00
Lampu 0.10 X 30 hari = RM 3.00
-------
Jumlah RM24.00
Hidup kita selalu kena tipu, dengan mereka yang selalu berbohong apa boleh buat nasibbbbbbbbbbbbb.
Pautan: bajet, bajet pak lah, budget
Salam para bloggers serta para pembaca..
Malaysia bakal kecoh lagi.Kenapa? Anda kiralah sendiri pengiraan undi yang saya buat ini.
Pengundi berdaftar permatang pauh =58,449 orang. (Senarai pemilih 2007
dan suku tahunan pertama 2008)
Jumlah yang keluar mengundi =65.25% bermakna 58,449 di darab 65.25% bersamaan 38,137 orang pengundi. dari 38,137 pengundi, Maka anda tolakkan undi rosak sebanyak 447 (38,137-447=37,690), Dan tolakkan lagi 92 undi untuk AKIM (37,690-92=37,598). Dato Seri Anwar Ibrahim memenangi pilhanraya kecil p44 permatang pauh dengan undi 31,195 manakala Arif Shah dengan undi sebanyak 15,524 undi. Cuba anda tolakkan jumlah pengundi yang mengundi pada 26-8-2008 dengan bilangan undi DSAI seramai 38,137-31,195 maka akan di temui jawapannya sebanyak 6942 undi yang sepatutnya mewakili undi Arif Shah dan persoalan BESAR disini kenapa SPR menetapkan undi untuk calon BN sebanyak 15,524 undi? err.. baki cuma 6942.. mana datang lagi 8582 undi? Pihak berwajib khususnya SPR kena jawab persoalan ini. Anda tak percaya? KLIK sini. Anda kiralah sebebas-bebasnya!! sumber peratus keluar mengundi utusan malaysia online
Alhamdulillah...itulah lafaz saya serta sujud syukur saya kepada Allah s.w.t setelah Dato' Seri Anwar Ibrahim di umumkan pemenang ke atas kerusi parlimen P44 Permatang Pauh. Dato seri telah memenangi kerusi parlimen itu dengan keputusannya:
Dato' Seri Anwar Ibrahim (PKR) = 31,195
Arif Shah (BN) = 15,524
Mamat(AKIM)= 92
MAJORITI = 15,671 (PKR)
Pautan: anwar ibrahim, dsai, melayu proto, pakatan rakyat
Hari ini telah keluar keputusan peperiksaan radio amatur yang di anjurkan oleh suruhanjaya komunikasi malaysia atau ringkasnya SKMM. Alhamdulillah,percubaan kali pertama saya telah membuahkan hasil dan saya di isytiharkan LULUS dalam peperiksaan tersebut. Juga pada SWL yang lain yang tidak berjaya,saya doakan anda semua akan berjaya juga pada peperiksaan akan datang pada bulan disember insya Allah.Ini bermakna saya akan mendapat lesen B class . Selepas ini saya akan memohon Callsign untuk memudahkan saya ke udara dan ini bermakna saya boleh berhubung dengan para pengguna radio amatur seluruh dunia. Selepas ini juga saya akan cuba untuk mendapatkan lesen A dan menjalani ujian morse code. Alhamdulillah sekali lagi dan terima kasih atas segala dorongan guru pembimbing serta doa dari teman-teman semua..Alhamdulillah...73,asalamualaikum.
Pautan: callsign, R.A.E test, radio amateur, skmm
Salam para bloggers dan pembaca blog.Di salin semula dari laman Frienster http://profiles.friendster.com/43340400
ada banyak penggunaan short form pada penulisan mohd shafig ini,maka maafkanlah dia. Azhar dalam perbincangan ini ialah saya sendiri yang di minta membantu saudara amar di laman frenster.
- mohd shafig
- Posted 08/17/2008 3:19 am
- salam amar...ak nk mntk maaf psl comment slama ni yg ak bg kat ko...myb ak tllu ikutkn emosi sgt..tp dlm kes ni,ak rse kiter ader sdkit slah fhm...ak bkn nk isukn perkauman amar..tp hak keistimewaan org melayu....ap akn jd klu org cina yg mmernth ngara islam ni nnt..mmg la bnyi cam mustahil,tp mb sel sndri da pertikaikn hak ni..UiTM la bnteng terakhir ntuk org mlayu amar..mlayu smkin kurg msuk U..mmg aku akui,ktorg,myb kureng skit dr U lain yg masyhur,tp ni la satu-satunya tmpt org mlayu nk timba ilmu..kasihn lah pada kami amar...isu perkauman x tmbul lgsung..ini brkenaan hak keistimewaan org mlayu,kiter bg ekonomi kat depa,so..ap yg tggl kat kiter..ak mntk maaf skali lg n ak harap ko phm..lg 1,ttg ap yg ko comment kat ak tu smuer nyer btl,ak x blh jwb sbb yg ko bg tu bkn soalan yg ak carik...jgn prdebatkn isi al-quran sbb tiada lgsg cacat cela nya..tp hadith mgkn,itu pn brdsrkn pada perawi hadith trsebut...ak mntak maaf bnyk2 kat ko..ni adlh slh faham....
- -------------------------------------------------------------------------------------------
- azhar
- Posted 08/17/2008 3:05 pm
- orang yang menghulurkan maaf itu sangat baik dan yang memaafkan itu lagilah sangat baik. Apapun,adik ni kena faham dulu apa masalah sebenar malaysia ni. Saya rasa,kalau kita nak main isu melayu,kerajaan sepatutnya daripada dulu tak payah bagi masuk cina dan india ini.Dah 50 tahun lebih merdeka,apa yang kita dapat? Itu isunya. Soal cina pandai ekonomi sebab kaum mereka bijak berniaga dan mereka tak suka bergaduh,mereka lebih pentingkan kestabilan ekonomi dan cari makan. Kita tidak boleh tidak nak pertikaikan mereka sebagai insan milik Allah juga. Walaupun kaum cina dan india majoritinya beragama pagan,tapi jangan kita tidakkan mereka dalam bidang ekonomi. Tengok apa jadi indonesia? Namanya bambang tapi dia seorang cina. Indonesia terlampau taasub dengan semangat kebangsaannya telah menyebabkan ekonomi mereka merudum dan terus jatuh.Kenapa? Sebab mereka tak mahu bawa ISLam sebagai cara hidup. Kita tengok contoh yang dokek ni ha..Kelantan. Mereka miskin ke? Dak aih..
- -------------------------------------------------------------------------------------------
- azhar
- Posted 08/17/2008 3:15 pm
- Kelantan lebih maju ttg bab ekonomi bumiputera sampaikan banyak sangat pusat perniagaan melayu islam di buka di sana sini. Ada tak orang cina di kelantan? India? Jawapannya ada...Mereka boleh buka gedung perniagaan mereka sendiri sehinggakan majoriti bangsa non melayu di kelantan fasih berbahasa kelantan. Kita? Kuala pilah? Melaka? Kita balik yang terikut cakap mereka. Sebab apa? Sebab ekonomi mereka pegang. Perkataan 'lu' 'gua' 'maa' jadi bahasa rojak kita sehari hari. Itulah sebab kelantan boleh maju dari negeri yang lain walaupun di anaktirikan oleh kerajaan pusat. Kelantan memerintah dengan Islam lah puncanya ekonomi melayu islam kelantan bertambah mantap.Cubalah ziarah kelantan..lihat sendiri..ataupun ada kesempatan,baliklah sekojap ke pilah ni. Tengoklah majoriti peniaga di pokan pilah tu..
- -------------------------------------------------------------------------------------------
- azhar
- Posted 08/17/2008 3:24 pm
- adik juga kena ingat..kalau kita asyik di lenakan dengan hak istimewa orang melayu maka kita akan jadi melayu islam yang selalu mahukan ke istimewaan. rata rata bebudak melayu sekrang kalau kerja nak jadi bos tapi mereka tak mahu bekerja keras untuk jadi bos. tahu nak istimewa je.saya sendiri ada 22 orang pekerja indonesia yang rata-rata bergaji rm 2000 sebulan dengan bekerja sebagai penoreh getah. Tapi kaum yang sebangsa saya tak mahu rebut peluang ini. saya dah iklankan pekerjaan ini di jabatan tenaga buruh,sorang pun budak melayu tak mahu. Yelah ..menoreh getah ni kerja kotor,busuk tapi ianya bukannya haram. Itu sebagai contoh. Saya nak tanya adik ni,berapa peratus kuota bukan melayu yang di beri kerajaan pada non bumi di universiti selain Uitm? Oklah. Saya andaikan 20 %. Syarat kemasukan non bumi ni semestinya ketat. Mesti gred exam tinggi. Sekurang-kurangnya 8A. Non bumi yg mewakili 20%kuota ini bila di IPTA,saya yakin bila grad,mesti cemerlang. Apa jd pada 80% kuota pd bumiputra?
- -------------------------------------------------------------------------------------------
- azhar
- Posted 08/17/2008 3:31 pm
- Saya yakin,dari 80% itu,25% saja yang cemerlang. Apa jadi pada 55% lagi? Golongan 55% pratus ni mungkin berjaya tapi tak meggalakkan tapi besar kemungkinan golongan 55% ini senang dapat kerja sebab mak bapak mereka ada 'KaBEL BOSA' di kementerian itu dan ini. bagaimana pula golongan grad 25% yg cemerlang itu? Sah..kalau shafig ini golongan 25% yang cemerlang,yakinlah..peluang shafig nak kerja yang sepadan dengan kelulusan shafig telah 'dirogol' oleh puak BUMIPUTERA 55% yang tak cemerlang ini,yang mempunyai 'KABEL BOSA' di pejabat2 kerajaan. tak cayo ko? Try la nanti..Itu sebab nya kita bila belajar,kena berdaya saing dengan bangsa yang lain. baru ada cabaran. Apa ertinya hidup belajar tanpa cabaran..fikir-fikirlah wahai bangsa ku...
- -------------------------------------------------------------------------------------------
- Adzreel Redza
- Posted 08/20/2008 2:21 pm
- azhar..kau suarakan pendapat kau ni kat parlimen,dan bagi statement peratusan yang kau bagi nih
- -------------------------------------------------------------------------------------------
- azhar
- Posted 08/22/2008 12:59 am
- salam!! terima kasih saudara adzreel atas saranan itu. saya akan cuba bawa isu ini ke parlimen. tapi pendapat saya seperti ini lebih banyak di baca oleh blogger,peminat frenster atau my space serta pelayar alam maya berbanding ke parlimen. Yelah,zaman internet lah katakan.Apapun,saya sokong juga kalau Uitm itu khusus untuk bumiputera sahaja. Sebabnya saya fikir,kita boleh tengok sendiri kemampuan anak bangsa kita dalam pembelajaran. tapi sebagaimana yang saya sebutkan sebelum ini,kalaulah boleh biarlah ada persaingan bangsa yang lain dalam Uitm. Lagipun bukannya haram bangsa lain masuk uitm. Itupun kalau ada Cancelor dan naib canselor ada rasa tercabar dan mahu menyahut cabaran untuk bersaing dan mahu keluar dari kepompong "hak istimewa melayu" Buktikanlah..orang melayu Islam pantang di cabar dan mampu berdiri megah seiring dengan bangsa lain. Tapi lagi manis jika muslim melayu,muslim cina dan muslim india tersohor mengharumkan nama malaysia dalam bidang pelajaran.
- -------------------------------------------------------------------------------------------
- azhar
- Posted 08/22/2008 1:18 am
- Dalam jasad saya ada darah melayu,saya berterima kasih di lahirkan melayu tapi amat bersyukur di lahirkan sebagai islam. seperti rasul s.a.w sebagai arab,bukan kerana Rasul itu arab tapi Islamnya yang membuat kan bangsa arab itu gah walaupun ada juga bangsa arab yang peelnya tak bagus. Seperti juga Israel,israel adalah bangsa,yahudi agamanya,zionis ideologinya tapi yang kita tentang ialah ideologinya. Bukannya takda keturunan israel yang baik dan memeluk islam seperti Nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w(arab quraisy). Nah!! Di sini ada sudah ada logik betapa Islam yang membuatkan sesuatu bangsa itu maju dan bertamadun,bukannya bangsa. Kalau kita nak fikirkan dalam kaedah kebangsaan maka kita kalah dengan populasi bangsa cina muslim. Negara china menerima Islam sekian 1400 tahun dahulu berbanding kita yang berusia 600 tahun sahaja. kalau kita sendiri nak berbalah tentang bangsa dn mahu membuang Islam,maka kajilah balik siapa parameswara dahulu. Apakah bangsanya?
- -------------------------------------------------------------------------------------------
- azhar
- Posted 08/22/2008 1:19 am
- Dan apakah maksud melayu proto yaani bangsa terawal yang menduduki tanah semenanjung ini.
Itulah dia bangsa melayu yang terawal menduduki tanah melayu yang sekarang ini di kenali dengan nama masyarakat kaum asli..Anda malu mengakuinya? Sebab hidungnya kah atau rambutnya kah atau mereka tinggal di hutan? Akuilah hakikat bahawa gambar inilah hakikat sebenar wajah wajah melayu asli kita....Anda bebas ...sebebas menilainya..
Seorang wanita (ada riwayat mengatakan wanita Yahudi) jatuh hati kepada seorang lelaki warak. Ia menggoda lelaki tersebut dengan berbagai cara, tetapi tidak mendapat sebarang sambutan. Akhirnya, wanita itu membuat aduan kepada mahkamah dengan mengatakan lelaki tersebut telah melakukan zina dengannya.
Semasa perbicaraan, wanita itu mengemukakan bukti sehelai kain yang masih lembab kesan air mani lelaki yang dimaksudkan. Namun, lelaki itu tetap tidak mengaku. Ringkasnya, mahkamah telah mendapati sabit kesalahan dan mengenakan hukuman had ke atas lelaki yang didakwa itu. Tetapi, sebelum dilaksanakan hukuman, lelaki tersebut dibenarkan pulang ke rumah menemui keluarga.
Semasa pulang lelaki itu bertemu dengan Saidina 'Ali dan menceritakan apa yang menimpa dirinya. Lalu Saidina 'Ali mengajak lelaki itu berbalik ke mahkamah dan mohon ulang-bicara. Dalam perbicaraan kali ini, Saidina 'Ali telah meminta kain yang dijadikan barang bukti dan seperiuk air panas. Saidina 'Ali mencelupkan kain itu ke dalam air panas dan mengangkat semula. Didapati beberapa ketul benda puntih pada kain tersebut. Saidina 'Ali berkata: Yang berketul-ketul ini berasal dari putih telur dan bukan air mani. Jika air mani, apabila kena air panas, maka ia akan hilang.
Dipendekkan cerita, mahkamah meminda keputusan asal kepada hukuman tidak bersalah. Wanita tersebut dibicarakan dan didapati bersalah kerana membuat aduan palsu dan tuduhan zina (qazaf).
Dari peristiwa ini lahirlah kata-kata: لولا علي لهلك عمر Maksudnya: "Jika tiada 'Ali maka binasalah 'Umar". Kerana kes ini berlaku di zaman khalifah 'Umar b. al-Khattab.
Fikir-fikirkan lah!!!
Pautan: fitnah, penipuan, qazaf, saidina ali, saidina umar, tipudaya
2 gambar ini menunjukkan ahli pemuda dan puteri umno dalam beraksi lucah. Pemuda berbaju kuning menunjukkan aksi lucahnya sambil menunjukkan tanda bagus dan pemuda berbaju putih berada di belakang lelaki berbaju kuning beraksi sebagai peliwat. Manakala gambar pemuda berbaju hitam merah menampakkan punggung serta menunjukkan riak muka 'selamba' dan ahli puteri menunjukkan isyarat jari sebagai mewakili 'senjata sulit' peliwat. Anda nilailah sendiri dengan sebebas bebasnya. Jika beginilah perlakuan anak2 muda didalam pemuda dan puteri,maka patutlah ahli puteri semasa penamaan calon itu di raba. Na'uzubillah..
Pautan: aksi lucah, liwat, lucah, pemuda umno, puteri umno
Kebangkitan mahasiswa? Itulah yang diharapkan apabila melihat ribuan mahasiswa UiTM berada di jalanan melakukan bantahan berhubung cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim agar UiTM membuka kuota 10% kepada pelajar bukan bumiputera dan pelajar asing untuk memasuki universiti tersebut.
UiTM pada masa ini telah dianggap sebagai salah satu ikon bangsa Melayu dan ramai pelajar Melayu yang berbangga kerana wujudnya satu-satunya universiti yang dianggap menjadi pertahanan akhir kepada hak pendidikan anak-anak bangsa Melayu. Untuk memastikan bahawa semangat Melayu itu terus hidup dan relevan, maka UiTM telah menganjurkan pelbagai program dan seminar yang bersifat kemelayuan. Jadi, dengan itu, semangat Melayu dapat terus dipupuk dan sentiasa diberi ‘nafas baru’ kepada kalangan mahasiswa dan mahasiswi UiTM.
Wahai adik-adikku semua!
- Kenapa pihak polis atau FRU tidak kelihatan atau sememangnya mereka tidak berada di tempat perhimpunan. Sungguh menghairankan jika mereka tidak berada di tempat kejadian! Apakah SB-SB yang ada sudah ‘tidur’ semuanya sehingga tidak tahu satu perhimpunan sebesar itu akan diadakan.
- Kenapa pihak kerajaan ataupun pihak polis tidak memberi komen dari segi sama ada perhimpunan ini mendapat permit atau tidak? Selama ini, kalau ada demonstrasi aman sekalipun, pihak polis dan pihak kerajaan mesti sibuk menyatakan perhimpunan tidak ada permit. Sebaliknya, kenyataan Pak Lah yang menyatakan MB Selangor tidak ada kuasa menentukan kuota, nampaknya bersifat menyokong demonstrasi oleh pelajar UiTM tersebut.
- Atau apakah pelajar ini telah mendapat permit? Jika ya, alangkah efisiennya pihak polis Malaysia, di mana MB Selangor baru mengeluarkan cadangan pada hari Ahad, pada hari Selasa perhimpunan besar-besaran telah di adakan. Ini bermakna pihak polis hanya mengambil masa sehari sahaja (Isnin) untuk mengeluarkan permit. Tahniah untuk PDRM yang begitu efisien.
- Apakah salahnya MB Selangor yang hanya ‘mencadangkan’ agar kuota sebanyak 10% dibuka kepada bukan bumiputera, bukan MB ada kuasa pun untuk ubah kuota tersebut, dia hanya mencadangkan, itu pun untuk meningkatkan status UiTM juga. Ringkasnya, apakah sebuah ‘cadangan’ yang tak salah dan tak membawa kesan pun, perlu dijawab dengan demonstrasi besar-besaran.
- Media memetik kata-kata beberapa orang pelajar yang menggambarkan seolah-olah hak keistimewaan orang Melayu akan terhakis dan musnah dengan ‘cadangan’ pembukaan kuota 10% itu. Waraskah hujah ini?
- Apakah dalam negara demokrasi kufur ini yang mendewa-dewakan kebebasan berpendapat, kini, dengan hanya menyuarakan pandangan sekecil itu pun sudah dianggap salah dan mesti ‘diperangi’ habis-habisan?
Taasub Pada Allah
Solawat Atas Nabi
Pautan: demo pelajar, demo uitm, demostrasi, kebangsaan, melayu, ruh islam, semangat melayu, uitm
Salam Hormat buat insan bloggers serta pengunjung.
Sejak slogan "Malaysia Boleh" diperkenalkan oleh kerajaan satu ketika dulu, banyak benda yang diberikan pengiktirafan oleh kerajaan sendiri tentang kebolehan rakyat Malaysia melakukan sesuatu yang tidak terfikir boleh dilakukan sebelumnya dan juga sepatutnya tidak perlu untuk dilakukan.
Kita tak perlu bersusah payah mendaki Gunung Everest atau menumpangkan seorang yang kita sendiri iktiraf sebagai angkasawan untuk ke angkasa lepas hanya untuk membuktikan slogan "Malaysia Boleh".
Tentu lebih bermakna sekiranya kalau kalau rakyat Singapura boleh menikmati pendapatan lebih dari USD30,000 per kapita, maka kerajaan Malaysia bertungkus lumus untuk membuktikan rakyat Malaysia juga boleh.
Tetapi nampaknyanya semangat "Malaysia Boleh", lebih lazim dari tidak, kerap dipergunakan untuk perkara remeh dan tidak mendatangkan faedah yang tangible untuk rakyat.
Mungkin juga semangat Malaysia Boleh ini diambil oleh Noor Azura Mohd Yusoff, atau nama timangannya "Princess".
Princess adalah seorang remaja perempuan Melayu, beragama Islam dan berusia 22 tahun serta pekerja sebagai pelacur di London.
Hari ini nampaknya, orang Melayu sudah boleh menjadi pelabur di sebuah kota metropolitan seperti London. Dan rupa-rupanya cerita Sufiah, gadis genius Matematik yang juga melakukan pekerjaan yang sama di London bukanlah sebenarnya kes terpencil.
Cerita Noor Azura menjadi sensasi di London apabila beberapa hari lalu Mahkamah Old Bailey, London menjatuh hukuman 15 tahun penjara terhadap beliau kerana disabitkan bersubahat membunuh dan memenggal kepala seorang lagi remaja wanita Xie Xing Xing (bukan rakyat Malaysia) sebelum mencampakkan mayatnya ke dalam Sungai Thames.
Tentu sekali ia satu pembunuhan kejam. Apa yang menarik ia dilakukan oleh seorang remaja perempuan Malaysia di luar negara.
Tidak diketahui sekiranya Princess pernah mengikuti kursus khidmat negara namun apapun ia merupakan satu lagi kes "Malaysia Boleh"? Aduhai Melayu...Bebas! Anda Nilailah dengan bebas...
Pautan: malaysia boleh, princess, sufiah, sungai thames
Salam para bloggers. Semoga dirahmati Allah. Rabu ini,SPR akan mengumumkan tarikh pilihanraya kecil parlimen permatang pauh. Pilihanraya kecil ini nampaknya sedikit sebanyak akan mengukur sokongan rakyat permatang pauh samaada ingin terus bersama pakatan rakyat atau mereka turning over menyokong Barisan Nasional. Tengahari tadi saya dan pekerja singgah sebentar makan tengahari di sebuah restoran terkemuka di Tampin,selepas medical check up pekerja asing. Semasa menikmati juadah,ternampak seorang sahabat (pro kerajaan) bersama isterinya.Langsung saya menegur...
" Bang,tak pi pematang pauh ka nanti?". Seraya mendengarkan teguran saya dia berkata, "Jap,nanti dulu.Sekojap lagi den bagitahu ekau." Memandangkan situasi sahabat yang nampak tak mengizinkan,saya biarkan dia menghabiskan rezekinya.
Tanpa disedari,lepas saja habis makan,tetiba dia menegur, "Bahaso kasar eh,malaikat kok poie betanding kek situ pun bulih kalah!!". Huh! Terkejut saya,sah ..memang kasar bahasa sahabat saya itu. Saya tak menyalahkan dia.Dia pun dengar "bahasa kasar" itu dari pimpinan dia sendiri. Nak buek camno? Saya pakat dengar saja ngomelan dia. Sesambil itu dia menyarankan agar ada ada satu lagi calon yang bertanding untuk parti BEBAS,sebagai 'back up' anwar ibrahim. Manalah tahu..kalau tiba-tiba saudara anwar dibatalkan pencalonannya. Saya dengar lagi, "poie hantar nyawo dan duit yo kok melawan nuar tu!" Confirm nuar bulih monang punyo,tak cayo? moh bertaruh!" saya hanya tersenyum. Kalaulah itu cakap-cakap ahli bawahan,tak tahulah apa keputusannya pilihanraya kecil itu nanti. Sama-samalah kita nantikan keputusannya.
SENARAI PENDEK BAKAL CALON BN
1) ezam mohd nor anuar shaari (bekas ketua PKR permatang pauh / penduduk tempatan)
2) asy syeikhul islam al ustaz Firdaus (bekas imam masjid negara / bekas calon BN permatang pauh)
3) umi hafilda (bekas saksi kes anwar 1998. "saya pernah ditiduri anwar! sumpah!"rujuk kes ‘98)
4) SAIFUL BUKHARI (bekas anwar KAH KAH KAH KAH!)
*setiap undian SMS akan dicaj RM0.50 . keputusan pengadil adalah muktamad. kalau tak puas hati, boleh belah. Jangan marah!! Jangan saman saya!! hehe
Pautan: anwar ibrahim, dap, dsai, mca, nurul izzah, pas, permatang pauh, pilihanraya, pkr, umno, wan azizah