Nada dan Suara

...
Memaparkan catatan dengan label dap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dap. Papar semua catatan
8:31 PTG

"Kebodohan kumpulan tertentu" kata Yang Dipertua Dewan Negara ~ ref MalaysiaKini

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh menyifatkan Pemuda Umno yang melakukan serangan ala-gangster ke atas Ahli Parlimen berkerusi roda dan berusia 69 tahun, Karpal Singh di dalam bangunan Parlimen semalam sebagai orang yang tidak bertamadun kerana menghalang anggota Parlimen daripada menjalankan tugas mereka, lapor mStar Online.

  Beliau mengingatkan, Parlimen sepatutnya menjadi tempat yang bebas untuk membahaskan sebarang isu tanpa dihalang oleh mana-mana pihak. Beliau menyifatkan kejadian itu berpunca dari "kebodohan kumpulan tertentu". Beliau juga menyifatkan kumpulan tersebut sebagai manusia yang tidak memahami penguatkuasaan undang-undang dalam sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.Katanya, insiden semalam bukan hanya memalukan Parlimen malah seluruh rakyat Malaysia.

  "Apa yang berlaku semalam adalah sesuatu yang tragis dan tidak patut berlaku di Parlimen tetapi disebabkan kebodohan kumpulan tertentu, sekatan terpaksa dikenakan terhadap sesiapa yang ingin memasuki kawasan Parlimen," katanya selepas menerima kunjungan hormat delegasi anggota Parlimen Eropah di Parlimen di sini, hari ini.

     Petang semalam, suasana di bangunan Parlimen kecoh apabila sekumpulan Pemuda Umno berindak ala-gangster mafia mengepung ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh sambil meminta Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mengakui ada menyebut perkataan "Pemuda Umno celaka" dan meminta maaf kepada mereka. Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 2.30 petang tadi ketika Karpal masuk melalui pintu utama bangunan tersebut. Kira-kira 20 hingga 30 ahli Pemuda Umno terbabit dan mereka dipercayai dari Selangor.


9:30 PTG

Nama 4 orang senarai pendek calon BN Pilihanraya kecil Permatang Pauh!!

Salam para bloggers. Semoga dirahmati Allah. Rabu ini,SPR akan mengumumkan tarikh pilihanraya kecil parlimen permatang pauh. Pilihanraya kecil ini nampaknya sedikit sebanyak akan mengukur sokongan rakyat permatang pauh samaada ingin terus bersama pakatan rakyat atau mereka turning over menyokong Barisan Nasional. Tengahari tadi saya dan pekerja singgah sebentar makan tengahari di sebuah restoran terkemuka di Tampin,selepas medical check up pekerja asing. Semasa menikmati juadah,ternampak seorang sahabat (pro kerajaan) bersama isterinya.Langsung saya menegur...

" Bang,tak pi pematang pauh ka nanti?". Seraya mendengarkan teguran saya dia berkata, "Jap,nanti dulu.Sekojap lagi den bagitahu ekau." Memandangkan situasi sahabat yang nampak tak mengizinkan,saya biarkan dia menghabiskan rezekinya.

Tanpa disedari,lepas saja habis makan,tetiba dia menegur, "Bahaso kasar eh,malaikat kok poie betanding kek situ pun bulih kalah!!". Huh! Terkejut saya,sah ..memang kasar bahasa sahabat saya itu. Saya tak menyalahkan dia.Dia pun dengar "bahasa kasar" itu dari pimpinan dia sendiri. Nak buek camno? Saya pakat dengar saja ngomelan dia. Sesambil itu dia menyarankan agar ada ada satu lagi calon yang bertanding untuk parti BEBAS,sebagai 'back up' anwar ibrahim. Manalah tahu..kalau tiba-tiba saudara anwar dibatalkan pencalonannya. Saya dengar lagi, "poie hantar nyawo dan duit yo kok melawan nuar tu!" Confirm nuar bulih monang punyo,tak cayo? moh bertaruh!" saya hanya tersenyum. Kalaulah itu cakap-cakap ahli bawahan,tak tahulah apa keputusannya pilihanraya kecil itu nanti. Sama-samalah kita nantikan keputusannya.

SENARAI PENDEK BAKAL CALON BN

1) ezam mohd nor anuar shaari (bekas ketua PKR permatang pauh / penduduk tempatan)

2) asy syeikhul islam al ustaz Firdaus (bekas imam masjid negara / bekas calon BN permatang pauh)

3) umi hafilda (bekas saksi kes anwar 1998. "saya pernah ditiduri anwar! sumpah!"rujuk kes ‘98)

4) SAIFUL BUKHARI (bekas anwar KAH KAH KAH KAH!)

*setiap undian SMS akan dicaj RM0.50 . keputusan pengadil adalah muktamad. kalau tak puas hati, boleh belah. Jangan marah!! Jangan saman saya!! hehe

Pengikut yang tidak taasub