Nada dan Suara

...
12:23 PG

As Syahid Omar Mukhtar...Lion of the desert.

Salam para bloggers serta para pembaca..

Tokoh terbilang ini nama penuhnya Omar al-Mokhtar Muhammad Farhat Abridan Muhammad Mukmin Buhadimeh Abdullah bin Manaf Bin Muhsen bin Hasan bin Ikrimah bin al-Wataj Bin Sufyan bin Khaled bin al-Joshafi bin Toher Bin al-Arqa' bin Sa'id bin Uwaidah bin al-Jareh bin Khofi bin Hisham Bin Manaf al-Kabir yang berketurunan sampai kepada bangsa Quraisy.
Omar dilahirkan di perkampungan Timur Jenzur di timur Libya bersempadan dengan Mesir pada 1858M. Beliau lahir dalam keadaan yatim piatu apabila kedua-dua ayah dan ibunya meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji.

Omar mendapat pendidikan awal di desanya sebelum melanjutkan di peringkat menengah di bandar al-Jaghbub kira-kira 500 kilometer dari ibu negara Libya, Tripoli.

Beliau menetap di situ selama lapan tahun untuk mendalami ilmu-ilmu agama di tangan para ulama tersohor seperti Imam Saiyid al-Mahdi as-sanusi tokoh ulama sufi tarekat as-Sanusiyyah. Beliau sempat belajar bahasa Arab, subjek-subjek yang berkaitan dengan Syariat Islamiah, ilmu-ilmu al-Quran dan menghafaznya dalam usia yang begitu muda.

Kepintaran beliau dapat dikesan oleh para gurunya dan mendapat perhatian serius dalam setiap subjek yang dipelajari. Begitu juga bakat kepimpinan yang ditampilkan beliau semasa belajar di situ. Beliau sering dipuji melangit oleh guru-gurunya kerana contoh teladan yang ditunjukkan di samping disiplin ketika belajar.

Beliau telah diminta oleh Syeikh al-Mahdi untuk mengiringinya ke Sudan dan Chad pada 1899 ketika beliau berusia 37 tahun memimpin pasukan mujahidin as-Sanusiyyah menentang penjajah Perancis, di mana beliau sudah mula terlibat dalam jihad menentang penjajah yang sering mendatangkan masalah kepada negara.

Menyertai jihad

Libya merupakan destinasi kedua Itali selepas Turki yang ditaklukinya pada 29 September 1911 untuk melenyapkan pemerintahan Islam Othmaniyyah yang akhirnya jatuh pada 1924 di tangan Inggeris. Ia menghadapi tentangan hebat daripada tentera Itali yang mahu menakluk Libya seluruhnya, ini bermakna selepas tahun 1911, suasana untuk belajar secara formal tidak lagi dianggap munasabah, kerana di mana-mana pelosok dibanjiri dengan peluru dan bom tentera Itali.

Omar al-Mokhtar telah biasa dengan suasana itu. Ketika umurnya 37 tahun beliau telah menyertai jihad menentang Perancis di sempadan Sudan dan Chad, iaitu satu usia yang dianggap muda khususnya dalam suasasan peperangan.

Libya menanti kehadiran pasukan tentera laut Itali yang menyeberangi Laut Mediterranean untuk menyusup masuk bandar Tripoli dan Benghazi pada 1912, iaitu dianggap tahun berlakunya peperangan besar antara tentera Itali dan Libya.

Mujahidin Libya yang diketuai oleh Omar al-Mokhtar berjaya membunuh belasan tentera laut Itali, mengusir 400 daripada mereka dan merampas persenjataan perang serta alat-alat kelengkapan perang yang menjadikan pergerakan mereka lebih mudah untuk mengusir dan bertahan.

Kejayaan Omar al-Mokhtar menghadapi tentera Itali boleh dibahagikan kepada tiga aspek penting:

1. Menghalang kemasukan tentera laut Itali dari Mesir dan memperkukuh barisan mujahidin di bandar Marmarika.

2. Pengawasan mujahidin di persempadan negara-negara jiran seperti di al-'Arqub, Salnatah dan al-Mukhili.

3. Persediaan mujahidin sepenuhnya di Miswas dan Ajdabiya yang merupakan pintu masuk penjajah.

Jeneral Itali yang bertugas pada waktu itu sudah dapat menghidu pergerakan Omar al-Mokhtar serta perancangannya, maka beliau mengarahkan supaya mencetuskan peperangan hanya menunggu di Umm Syakhnab, Syalizimah dan Zuwaitinah, ia berlaku pada 1914M hingga tercetusnya Perang Dunia Pertama.

Ketokohan Omar terserlah

Perang Dunia I berlarutan antara 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918 dan ia bermula di rantau Balkan dan ketika itu juga kebanyakan negara-negara Barat atau lebih dikenali sebagai negara-negara yang menyimpan dendam kesumat terhadap Islam akibat kekalahan dalam perang Salib satu ketika dahulu. Mereka menyimpan hasrat untuk membalas dendam terhadap negara-negara umat Islam di seluruh dunia. Negara-negara yang jelas menunjukkan kebencian terhadap Islam adalah seperti Belanda, Perancis, Jerman, Itali, Britain, Sepanyol dan lain-lain.

Apabila tentera Itali mula memasuki Libya peringkat demi peringkat serta mencetuskan kekacauan pada 1922, Omar al-Mokhtar menyusun strategi untuk menghadapi kemaraan tentera-tentera Itali yang tidak diundang.

Selain sibuk dengan kelas-kelas pengajian al-Quran dengan anak-anak orang kampungnya, beliau tetap mempersiapkan generasi muda untuk bangkit berjihad ketika beliau mencecah usia hampir 50 tahun. Tetapi semangat untuk berjihad tetap membara seperti ketika beliau menemani gurunya satu ketika dahulu di sempadan Sudan dan Chad menghadapi kerakusan bala tentera Perancis.

Omar al-Mokhtar dan anak-anak buahnya yang berjihad walaupun pada peringkat awal berjaya melepasi serangan demi serangan daripada pihak Itali yang merasakan bahawa kepimpinan dan pengalamannya dalam peperangan sukar untuk ditembusi, kepimpinannya dikagumi pihak musuh, namun kehadiran tentera Itali di bumi Libya adalah untuk menaklukinya.

Justeru, mereka juga mempunyai pelbagai perancangan dan kemudahan peralatan berbanding Omar dan rakan-rakannya yang berbekalkan senjata lapuk. Namun keimanan yang cukup tingi kepada Allah SWT merupakan senjata ampuh yang sukar dikalahkan dan mereka tetap menjadi sasaran musuh untuk dikalahkan. Bagi mereka (musuh Itali) jika Omar dapat dikalahkan bermakna mudahlah Libya di bawah penguasaan mereka.

Dihukum gantung sampai mati

Akhirnya Omar berjaya ditahan. Beliau dan beberapa orang kanannya didakwa dan dibicarakan, keputusan menyebut bahawa Omar al-Mokhtar didapati bersalah kerana melawan kerajaan Itali dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Sebelum beliau digantung pada pagi 16 September 1931 di hadapan pembesar Angkatan Tentera Itali, beliau meminta izin untuk berpesan kepada seluruh rakyat Libya yang hadir untuk menyaksikan hukuman berkenaan dan jasadnya yang terakhir sebelum terkulai layu sebagai syahid.

Beliau mengingatkan kepada mereka: "Kita tidak akan menyerah dengan mudah kepada pihak musuh, kerana sama ada kita menang ataupun kita mati, ini bukanlah penghujung perjuangan kita. Bahkan kamu semua juga akan menghadapi peperangan demi peperangan, jika kamu gugur, ia akan diteruskan oleh generasi selepas kamu, adapun umur aku sendiri hanya setakat ini, tetapi ia terus hidup menjadi kenang-kenangan sampai bila-bila (sekurang-kurangnya aku telah menunjukkan jalan yang baik) untuk mempertahan agama Allah yang benar di muka bumi ini."...Al Fatihah

12:02 PG

Apa yang anda mahukan? Susah sangat kah?

Salam para bloggers serta pembaca..

Selama hidup kita di dunia ini dan sebelum ajal datang menjemput,saya tanyakan soalan ini khusus pada anda dan juga diri saya sendiri...

1. Selama hidup kita,dengan cara hidup sehari-hari termasuk berpakaian,makan,solat,pergaulan dan lain-lain,adakah patut kita kata dan rasa, "aku mahu islam mengikut acuan @ cara aku sendiri" atau

2. Aku redho dengan apa yang Allah turunkan serta Rosul hadiskan?

Kita tidak menentang reformasi,revolusi tetapi jangan Islam itu di reformasi dan di revolusi kerana Agama Islam sudah tersangat moden atau hadhari (bukan islam hadhari).

1:14 PG

Rosul s.a.w pun susah nak dakwah,inikan kita?

Salam para para bloggers serta pembaca yang di rahmati Allah...

Bukan tujuan saya hendak mengeruhkan keadaan. Tapi inilah hakikatnya bila selalu mengunakan akal tanpa tapisan Al-quran serta Hadis. Saya selalu berperang siber didalam siasahdaily. Di dalam blog ini,dimana kami sendiri pun tidak mengenali antara satu sama lain. Entah betul atau tidak,orang tua atau budak,saya sendiri pun tak tahu. Tapi cara menaip komen di siasah daily,ketara kematangannya. Saya katakan cara menaip.
Wallahu a'lam..tapi jenis insan yang kita bertemu di dalam itu,kita tidak tahu sama ada tua,muda,sb yang menyamar atau apa saja boleh berlaku. Hinggakan posting tentang tanah runtuh Akademi Pengajian Islam UM,pun nampaknya lebih tersasar dari tajuk sebenar. Apapun terjadinya sebegitu kerana adanya provokasi blogger tertentu. Ada juga yang memakai bermacam ID blogger tapi orangnya satu. Macam-macam ado! Kalau para pembaca semua ada masa,jenguklah ke siasah.Saya akui,komen yang bernas akan membuka minda.Apapun begitu, Ahlan wa sahlan..

Sedikit catatan komen dari siasah daily.


Salam wahai para pejuang kebenaran,..

Pendapat saya,teruskan perjuangan anda semua di dalam siasah ini. Betulkan mana yang tidak betul. Selama pandangan saya didalam blog ini,sedikit sebanyak anda didalam PR telah berjaya mengikis minda pengikut bn dan umno. Anda tidak percaya? Buang masa sedikit dan lihatlah semula apa komen2 yang di taip oleh mereka sebelum ini dan yang terkini. Selama ini mereka paling kuat membangkang setiap perbuatan PR,tapi dengan Kuasa Allah swt,minda mereka dapat kita ubah,walaupun sedikit. Jangan pentingkan kuantiti,tapi biarlah kualiti.
Saya percaya..biarlah pejuang di alam nyata dengan tugas mereka maka kita di sini di alam siber dengan tugas kita,insya Allah kita akan berjaya. Nasihat saya ikhlas,saya harap sahabat kita yang di dalam umno dan bn akan terus membangkang dalam blog ini. Selagi mana anda membangkang selagi itulah kebenaran akan di serlahkan melalui pertolongan Allah swt,insya Allah sahabat kita bn@umno,zali,azizah dan sekutu mereka akan bersama-sama kita dalam perjuangan. Hulurkanlah pertolongan kepada mereka,sebagaimana Nabi Nuh a.s ketika bah besar melanda dunia, menyeru anak isterinya; naiklah ke atas bahtera. Maka kisah ini wajib dijadikan iktibar kepada UMNO dan BN yang kini hampir lemas dan wajib bagi kita menghulurkan bantuan berupa nasihat,tunjuk ajar dan dorongan untuk mereka balik ke pangkal jalan.

Sebagaimana kisah Junjungan besar Rasulullah s.a.w (solla alaik),Nabi s.a.w di lempar batu ketika daawahnya,meleleh darah di dahi nabi,maka Nabi s.a.w boleh bersabar. Maka bersabarlah sebagaimana sabarnya Nabi s.a.w kita kerana apa yang kita alami selama ini sebenarnya hampir menyerupai daawah Nabi s.a.w .PAS tidak pernah membunuh ahli UMNO tetapi di bawah pemerintahan UMNO dan BN,saudara-saudara kita mati di bunuh di Memali,Kedah,di Lubuk Merbau,Perak dan lain lain tempat.Maka bersabarlah dalam perjuangan..lebihkan istiqomah. Ribuan tahun 25 orang Rosul yang dikasihiNya berjuang. Tidak kurang Rosul-Rosul juga terkorban dan para sohabat2 yang dikasihi Nabi.Maka apakah bagi kita pejuang di dalam PR hendak lemah semangat di sebabkan serangan beberapa kerat kuantiti insan di dalam blog siasah ini??

Allahu Akbar!!
Allahu Maana!!

1:23 PG

Bila paderi kristian terbuka Rahsia...

Assalamualaikum dan salam sejahtera para bloggers serta pembaca..

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

Hayati kandungannya

Bismillahirrahmanir rahim.

Artikel ni agak panjang, tapi banyak pengetahuan dan manfaat untuk kita,
insya Allah...

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di
Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah
berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar,
dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan
dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan
semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di
Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut.
Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia
keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi
permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku
dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan
lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat
kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku
harap dia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya.
Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap
tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku
minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda
ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu
bahawa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat
di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan
kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk
memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim
itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda
harus menjawabnya dengan tepat. " Si pemuda tersenyum dan berkata,
"Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang
tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang
tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya,
delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang
tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang
tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang
dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta
namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia
tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah
dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan
siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu,
siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah
yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun
mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada
Allah.

Setelah membaca "Bismillah.. ." dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan
Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."
(Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika
Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika
menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan
makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t.
berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu
sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang
tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah
s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit.
Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas
(kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi
Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik,
katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t.
berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali
lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat
dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya,
lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu memancarlah
daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf
ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh.
Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai
menyingsing. " (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi
Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami,
sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat
barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap,
Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah
mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku.
Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.
Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara
keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,
Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah
Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t.
berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan
batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul
Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya
Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita
itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,
setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran
matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah
Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam
hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim
tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya
dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini
disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti
keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan
kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu
terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba
mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya
dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak
mampu menjawabnya! "

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut
kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, Wa
Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama
Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka
dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa

10:25 PTG




dipetik dari Malaysiakini.com
Oct 20, 08 1:28pm
Shamsiah Fakeh, seorang tokoh pejuang wanita terkenal yang aktif bersama Parti Komunis Malaya, menghembuskan nafas terakhir jam 9 pagi ini di kediaman anak lelakinya.

Jenazah allahyarham, 84, yang mengalami sakit tua dan dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia minggu lepas, akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Besi, Kuala Lumpur selepas Asar.

Shamsiah antara pejuang kemerdekaan aliran kiri Melayu yang gigih hingga sanggup meredah belantara Malaya.

Beliau adalah ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang berganding bahu dengan Angkatan Pemuda Insaf (API) bersama Ahmad Boestamam, ketua API dan juga pengasas Parti Rakyat Malaysia (PRM) telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah.

Shamsiah menyertai Rejimen ke-10 iaitu sayap Melayu PKM.

Beliau bersama suaminya Ibrahim, bertugas di China, Indonesia dan Vietnam dalam rangka meniup semangat nasionalisme kepada penduduk Asia Tenggara yang masih di bawah penjajahan.

Selepas terpisah daripada PKM, beliau terus berada di China menyambung hidupnya dengan bekerja di kilang besi.

Beliau sekeluarga akhirnya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termetrainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada 1989.

Setelah pulang ke tanah air, beliau menghabiskan sisa kehidupannya atas stigma sebagai seorang bekas komunis. Al-Fatihah kepada beliau.

12:02 PG

Hindraf dan Replika

1- Cerita olok - olok tanpa ubah suai:

Suatu hari di pagi raya di rumah terbuka MB Kelantan..

“Tok guru, HINDRAF datang ramai sekali bising - bising di luar.” royat seorang jong kako.

“Oo, biarkan mereka masuk. Raya pun buat demo juga ko?” Tanya tok guru.

“Mereka laungkan ‘Bebaskan Nik Adli dari ISA’. Mereka buat replika besar Tok Guru dan Nik Adli sekali.” Sampuk budak Unit Amal di sebelah.

“Oh, terima kasih atas sokongan mereka. Ini baru betul, bising - bising di pagi raya. Mereka nak bertakbir pun boleh saja.” jawab Tok Guru ceria sekali sambil bergerak nak menyambut HINDRAF.

“Ayah, replika tu?” Aku tersengih - sengih tanya pandangan. Tak dak pulak replika aku.. blogger..

“Mereka Hindu. Budaya mereka begitu. Tak tengok ke masa belajar kat India dulu?” Jawab ayah, selamba rock je.

“Replika ayah tu? Besar tu!” aku memuncung mulut ala ‘carburator dung’..

“Duh bagi tahu mereka dekat balik nanti, replika tu tak payah dipacak - pacak kat mana - mana. Islam tak suka cara tu. Kalau mereka tanya kenapa, jawab, orang Melayu Islam tak boleh berlebih - lebih buat semacam patung. Kalau mereka tanya lagi kenapa, jawab, balik tanya Gobalalah. Gobala tahu jawaban tu. Dia tahu banyak pasal Islam sebab dia dah lama kenal PAS.” Ayah bersyarah. Suruh aku pulak..

“Jangan bagi mereka terasa hati. Banyak duit mereka habis tu nak tunjuk simpati pada kita, AlhamduliLlah” Tambah ayahku mengajar berhikmah. Nasib baik, aku nak rembat je.. Aku sokong 3M. 2M pun sokong.. apatah 2TG!

( jawaban ayah aku tu sebenarnya jawaban aku la. Nama lagi cerita olok - olok. )

2) Cerita benar dengan ubah suai:

Suatu hari di pagi raya di rumah terbuka PM Malaysia:

“Datuk Seri, HINDRAF datang ramai sekali menjerit - jerit bising - bising di luar. Bangang betul!” Kata seorang tukang kipas.

“Haa, HINDRAF? Tak pa laa. Pak Lah bagi masuk. Aduh, nak apa lagi? Samy Velu dah aku pecat dah..? Mata Pak Lah tercelik luas - luas tanda sedar, tak tidur.

“Mereka laungkan ‘Bebaskan HINDRAF dari ISA’. Mereka junjung replika besar Anwar dan Azizah.” Sampuk mek puteri UMNO di sebelah tukang kipas.

“Mengapa sungguh tak beradab sekali HINDRAF ini. Pembangkang memang tak jaga sopan santun budaya rakyat Malaysia!”

“Guna ISA tu yang lagi tak beradab!” Tiba - tiba tersembur peluru nyaring dari belakang. ”Opss, Zaid Ibrahim kata, bukan saya.” Muhyidin Yasin menutup mulut, tersasul pulak. Pecah dahh..

“Tengok tu, dengan Najib pun mereka tak bersalam. Huh, Anwar dah jadi patung dipuja - puja pula. Ini bukan budaya kita! Dah lah gitu, membazirkan wang saja” sampuk Ali Rustam sambil menyinsing lengan melihat jam tangan baru. Rosmah bagi.. Harga taklah sampai sejuta pun..

“Aa aaa, ini haram li zaatihi nih! Yang sembah tugu negara tu haram li ghoirihi saja. Niat baik tak apa laa.” Seorang ahli Majlis Ulama UMNO mengeluarkan fatwa pertama selepas dilantik semalam!

Moral cerita: Buat baik dibalas baik, buruk dibalas buruk. Demontrasi adalah isi demokrasi. ISA adalah jenayah rimba. Hapuskan ISA. Jangan jadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul. Hormati budaya sesama kita. UMNO mabuk lautan lupa daratan. Ulama UMNO adalah terompah kayu. Elak perpecahan sesama sendiri. Bersatu teguh bercerai roboh. Islam adalah penyelesaian. Sentiasa mencari jalan hikmah. Replika besar manusia hendaklah dijauhi demi menutup jalan syirik. Sokong komen Dato Presiden. Sokong nasihat Dr Asri. Tahniah Unit Amal!

( Malam ni free sikit. Asah bakat berkarat. Skrip ni lulus tak untuk IKIM.FM? ) sumber

Pengikut yang tidak taasub