Nada dan Suara

...
12:02 PG

Hindraf dan Replika

1- Cerita olok - olok tanpa ubah suai:

Suatu hari di pagi raya di rumah terbuka MB Kelantan..

“Tok guru, HINDRAF datang ramai sekali bising - bising di luar.” royat seorang jong kako.

“Oo, biarkan mereka masuk. Raya pun buat demo juga ko?” Tanya tok guru.

“Mereka laungkan ‘Bebaskan Nik Adli dari ISA’. Mereka buat replika besar Tok Guru dan Nik Adli sekali.” Sampuk budak Unit Amal di sebelah.

“Oh, terima kasih atas sokongan mereka. Ini baru betul, bising - bising di pagi raya. Mereka nak bertakbir pun boleh saja.” jawab Tok Guru ceria sekali sambil bergerak nak menyambut HINDRAF.

“Ayah, replika tu?” Aku tersengih - sengih tanya pandangan. Tak dak pulak replika aku.. blogger..

“Mereka Hindu. Budaya mereka begitu. Tak tengok ke masa belajar kat India dulu?” Jawab ayah, selamba rock je.

“Replika ayah tu? Besar tu!” aku memuncung mulut ala ‘carburator dung’..

“Duh bagi tahu mereka dekat balik nanti, replika tu tak payah dipacak - pacak kat mana - mana. Islam tak suka cara tu. Kalau mereka tanya kenapa, jawab, orang Melayu Islam tak boleh berlebih - lebih buat semacam patung. Kalau mereka tanya lagi kenapa, jawab, balik tanya Gobalalah. Gobala tahu jawaban tu. Dia tahu banyak pasal Islam sebab dia dah lama kenal PAS.” Ayah bersyarah. Suruh aku pulak..

“Jangan bagi mereka terasa hati. Banyak duit mereka habis tu nak tunjuk simpati pada kita, AlhamduliLlah” Tambah ayahku mengajar berhikmah. Nasib baik, aku nak rembat je.. Aku sokong 3M. 2M pun sokong.. apatah 2TG!

( jawaban ayah aku tu sebenarnya jawaban aku la. Nama lagi cerita olok - olok. )

2) Cerita benar dengan ubah suai:

Suatu hari di pagi raya di rumah terbuka PM Malaysia:

“Datuk Seri, HINDRAF datang ramai sekali menjerit - jerit bising - bising di luar. Bangang betul!” Kata seorang tukang kipas.

“Haa, HINDRAF? Tak pa laa. Pak Lah bagi masuk. Aduh, nak apa lagi? Samy Velu dah aku pecat dah..? Mata Pak Lah tercelik luas - luas tanda sedar, tak tidur.

“Mereka laungkan ‘Bebaskan HINDRAF dari ISA’. Mereka junjung replika besar Anwar dan Azizah.” Sampuk mek puteri UMNO di sebelah tukang kipas.

“Mengapa sungguh tak beradab sekali HINDRAF ini. Pembangkang memang tak jaga sopan santun budaya rakyat Malaysia!”

“Guna ISA tu yang lagi tak beradab!” Tiba - tiba tersembur peluru nyaring dari belakang. ”Opss, Zaid Ibrahim kata, bukan saya.” Muhyidin Yasin menutup mulut, tersasul pulak. Pecah dahh..

“Tengok tu, dengan Najib pun mereka tak bersalam. Huh, Anwar dah jadi patung dipuja - puja pula. Ini bukan budaya kita! Dah lah gitu, membazirkan wang saja” sampuk Ali Rustam sambil menyinsing lengan melihat jam tangan baru. Rosmah bagi.. Harga taklah sampai sejuta pun..

“Aa aaa, ini haram li zaatihi nih! Yang sembah tugu negara tu haram li ghoirihi saja. Niat baik tak apa laa.” Seorang ahli Majlis Ulama UMNO mengeluarkan fatwa pertama selepas dilantik semalam!

Moral cerita: Buat baik dibalas baik, buruk dibalas buruk. Demontrasi adalah isi demokrasi. ISA adalah jenayah rimba. Hapuskan ISA. Jangan jadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul. Hormati budaya sesama kita. UMNO mabuk lautan lupa daratan. Ulama UMNO adalah terompah kayu. Elak perpecahan sesama sendiri. Bersatu teguh bercerai roboh. Islam adalah penyelesaian. Sentiasa mencari jalan hikmah. Replika besar manusia hendaklah dijauhi demi menutup jalan syirik. Sokong komen Dato Presiden. Sokong nasihat Dr Asri. Tahniah Unit Amal!

( Malam ni free sikit. Asah bakat berkarat. Skrip ni lulus tak untuk IKIM.FM? ) sumber

1 komen anda?:

Sheikh Sambal berkata...

Luluih..luluih luluih..untuk Suaro Bulan Purnamo... karya yang baik..elok asah lagi bakat tu...lagi banyak macam Faisal Tehrani lagi bagus...banyaklah novel Islami di pasaran...

Pengikut yang tidak taasub