Nada dan Suara

...
Memaparkan catatan dengan label hak istimewa kaum melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hak istimewa kaum melayu. Papar semua catatan
1:37 PTG

Tahun Hijrah..Tahun Al Masih.. - MalaysiaKini

Assalamualaykum dan salam hormat..

Malam tadi,selepas jam 12.00 tengah malam atau yang betulnya selepas jam 12.00.01 saat maka tahun baru al masih menjelma dan bertukar menjadi 2009. Tiada apa yang istimewanya tahun baru ini. Apa yang pasti setiap kali tahun baru menjelma,dunia akan di sajikan oleh pertunjukkan bunga api yang berwarna-warni,persembahan kebudayaan dan tak kurang juga persembahan rempit dari mat-mat dan minah melayu kita yang berlumba hingga ke pagi. Ketika saya menulis ini,kedengaran mat rempit memuntahkan bunyi nyaring dari lubang ekzos motor mereka. Agaknya mereka tahu saya menulis tentang mereka lalu meraikan penulisan saya dengan bunyi itu..aha. Lawak tahun baru.

Tahun Hijrah 1430 menjelma pula selepas maghrib kelmarin. Tiada apa yang istimewa untuk di rai. Hanya doa awal tahun selepas doa akhir di baca sebelum maghrib 1429 hijriah. Umurku bertambah lagi pada tahun hijrah. Ianya menjadi 3+ something. Ahh!..Pedulikkan soal umur. Umur ni kalau difikirkan sangat,nak beribadat pun jadi takut. Maka berbahagialah pada mereka yang berumur sejak muda telah mula belajar beribadat. Tahun Hijriah juga telah membuka lembaran Awal tahun yang amat sedih. Hujanan BOM telah melanda saudara kita di palestine,lebih tepat lagi di bawah pemerintahan HAMAS. Allah!! Allah!! Allah!!...Kasihanilah saudaraku di palestine ini.
Wahai yahudi..andai kau datang ke tanah malayuwiyyah ini,kau takkan selamat wahai yahudi!! Percayalah..kau takkan selamat!!. Huh!.. emosi betul aku kali ini. Namapun perasaan. Daripada perasaan syahwat di lontar pada ratu cantik yang berderet di melaka,lebih baik di lontar nafsu sedih ini pada Allah. Mengadulah padaNya.Menangislah padaNya. Dia akan Dengar.Percayalah!! Lambat atau cepat saja.

Juga kesempatan ini saya tujukan dengan ikhlas kepada sesiapa yang mengenali diri ini,maafkan kesalahan saya ketika 1429 hijriah dahulu. Manalah tahu jika ada yang menyimpan dendam atau marah pada saya dalam hati..maka maafkanlah. Juga pada mereka yang berkahwin pada tahun baru ini; hijriah dan al masih maka semoga mendapat zuriat yang bagus akhlaknya. Bukan apa..malam tadi,penangan tahun baru al masih,remaja kita banyak yang membuktikan cinta sehingga ke rumah sewa,hotel 12345 bintang dan yang beribu bintang beratapkan semak samun.

Tak percaya?? Hari ini 1 januari,cukup 9 bulan 10 hari maka akan keluar di dada akhbar. "BAYI BARU DILAHIRKAN DITINGGALKAN DI TANGGA MASJID" atau "BAYI DI TEMUI MATI DI DALAM LONGKANG"...Tunggulah dan lihatlah..

p/s TABIK SPRING SAYA BUAT URUSETIA LANDAS!! SEMOGA ALLAH MEMBANTU KAMU DALAM AMAL MAARUF NAHI MUNKAR!!

10:25 PTG




dipetik dari Malaysiakini.com
Oct 20, 08 1:28pm
Shamsiah Fakeh, seorang tokoh pejuang wanita terkenal yang aktif bersama Parti Komunis Malaya, menghembuskan nafas terakhir jam 9 pagi ini di kediaman anak lelakinya.

Jenazah allahyarham, 84, yang mengalami sakit tua dan dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia minggu lepas, akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Besi, Kuala Lumpur selepas Asar.

Shamsiah antara pejuang kemerdekaan aliran kiri Melayu yang gigih hingga sanggup meredah belantara Malaya.

Beliau adalah ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang berganding bahu dengan Angkatan Pemuda Insaf (API) bersama Ahmad Boestamam, ketua API dan juga pengasas Parti Rakyat Malaysia (PRM) telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah.

Shamsiah menyertai Rejimen ke-10 iaitu sayap Melayu PKM.

Beliau bersama suaminya Ibrahim, bertugas di China, Indonesia dan Vietnam dalam rangka meniup semangat nasionalisme kepada penduduk Asia Tenggara yang masih di bawah penjajahan.

Selepas terpisah daripada PKM, beliau terus berada di China menyambung hidupnya dengan bekerja di kilang besi.

Beliau sekeluarga akhirnya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termetrainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada 1989.

Setelah pulang ke tanah air, beliau menghabiskan sisa kehidupannya atas stigma sebagai seorang bekas komunis. Al-Fatihah kepada beliau.

1:23 PG

Perbincangan di frenster tentang masalah kuota melayu!!

Salam para bloggers dan pembaca blog.Di salin semula dari laman Frienster http://profiles.friendster.com/43340400
ada banyak penggunaan short form pada penulisan mohd shafig ini,maka maafkanlah dia. Azhar dalam perbincangan ini ialah saya sendiri yang di minta membantu saudara amar di laman frenster.

  • mohd shafig
  • Posted 08/17/2008 3:19 am
  • salam amar...ak nk mntk maaf psl comment slama ni yg ak bg kat ko...myb ak tllu ikutkn emosi sgt..tp dlm kes ni,ak rse kiter ader sdkit slah fhm...ak bkn nk isukn perkauman amar..tp hak keistimewaan org melayu....ap akn jd klu org cina yg mmernth ngara islam ni nnt..mmg la bnyi cam mustahil,tp mb sel sndri da pertikaikn hak ni..UiTM la bnteng terakhir ntuk org mlayu amar..mlayu smkin kurg msuk U..mmg aku akui,ktorg,myb kureng skit dr U lain yg masyhur,tp ni la satu-satunya tmpt org mlayu nk timba ilmu..kasihn lah pada kami amar...isu perkauman x tmbul lgsung..ini brkenaan hak keistimewaan org mlayu,kiter bg ekonomi kat depa,so..ap yg tggl kat kiter..ak mntk maaf skali lg n ak harap ko phm..lg 1,ttg ap yg ko comment kat ak tu smuer nyer btl,ak x blh jwb sbb yg ko bg tu bkn soalan yg ak carik...jgn prdebatkn isi al-quran sbb tiada lgsg cacat cela nya..tp hadith mgkn,itu pn brdsrkn pada perawi hadith trsebut...ak mntak maaf bnyk2 kat ko..ni adlh slh faham....
  • -------------------------------------------------------------------------------------------
  • azhar
  • Posted 08/17/2008 3:05 pm
  • orang yang menghulurkan maaf itu sangat baik dan yang memaafkan itu lagilah sangat baik. Apapun,adik ni kena faham dulu apa masalah sebenar malaysia ni. Saya rasa,kalau kita nak main isu melayu,kerajaan sepatutnya daripada dulu tak payah bagi masuk cina dan india ini.Dah 50 tahun lebih merdeka,apa yang kita dapat? Itu isunya. Soal cina pandai ekonomi sebab kaum mereka bijak berniaga dan mereka tak suka bergaduh,mereka lebih pentingkan kestabilan ekonomi dan cari makan. Kita tidak boleh tidak nak pertikaikan mereka sebagai insan milik Allah juga. Walaupun kaum cina dan india majoritinya beragama pagan,tapi jangan kita tidakkan mereka dalam bidang ekonomi. Tengok apa jadi indonesia? Namanya bambang tapi dia seorang cina. Indonesia terlampau taasub dengan semangat kebangsaannya telah menyebabkan ekonomi mereka merudum dan terus jatuh.Kenapa? Sebab mereka tak mahu bawa ISLam sebagai cara hidup. Kita tengok contoh yang dokek ni ha..Kelantan. Mereka miskin ke? Dak aih..
  • -------------------------------------------------------------------------------------------
  • azhar
  • Posted 08/17/2008 3:15 pm
  • Kelantan lebih maju ttg bab ekonomi bumiputera sampaikan banyak sangat pusat perniagaan melayu islam di buka di sana sini. Ada tak orang cina di kelantan? India? Jawapannya ada...Mereka boleh buka gedung perniagaan mereka sendiri sehinggakan majoriti bangsa non melayu di kelantan fasih berbahasa kelantan. Kita? Kuala pilah? Melaka? Kita balik yang terikut cakap mereka. Sebab apa? Sebab ekonomi mereka pegang. Perkataan 'lu' 'gua' 'maa' jadi bahasa rojak kita sehari hari. Itulah sebab kelantan boleh maju dari negeri yang lain walaupun di anaktirikan oleh kerajaan pusat. Kelantan memerintah dengan Islam lah puncanya ekonomi melayu islam kelantan bertambah mantap.Cubalah ziarah kelantan..lihat sendiri..ataupun ada kesempatan,baliklah sekojap ke pilah ni. Tengoklah majoriti peniaga di pokan pilah tu..
  • -------------------------------------------------------------------------------------------
  • azhar
  • Posted 08/17/2008 3:24 pm
  • adik juga kena ingat..kalau kita asyik di lenakan dengan hak istimewa orang melayu maka kita akan jadi melayu islam yang selalu mahukan ke istimewaan. rata rata bebudak melayu sekrang kalau kerja nak jadi bos tapi mereka tak mahu bekerja keras untuk jadi bos. tahu nak istimewa je.saya sendiri ada 22 orang pekerja indonesia yang rata-rata bergaji rm 2000 sebulan dengan bekerja sebagai penoreh getah. Tapi kaum yang sebangsa saya tak mahu rebut peluang ini. saya dah iklankan pekerjaan ini di jabatan tenaga buruh,sorang pun budak melayu tak mahu. Yelah ..menoreh getah ni kerja kotor,busuk tapi ianya bukannya haram. Itu sebagai contoh. Saya nak tanya adik ni,berapa peratus kuota bukan melayu yang di beri kerajaan pada non bumi di universiti selain Uitm? Oklah. Saya andaikan 20 %. Syarat kemasukan non bumi ni semestinya ketat. Mesti gred exam tinggi. Sekurang-kurangnya 8A. Non bumi yg mewakili 20%kuota ini bila di IPTA,saya yakin bila grad,mesti cemerlang. Apa jd pada 80% kuota pd bumiputra?
  • -------------------------------------------------------------------------------------------
  • azhar
  • Posted 08/17/2008 3:31 pm
  • Saya yakin,dari 80% itu,25% saja yang cemerlang. Apa jadi pada 55% lagi? Golongan 55% pratus ni mungkin berjaya tapi tak meggalakkan tapi besar kemungkinan golongan 55% ini senang dapat kerja sebab mak bapak mereka ada 'KaBEL BOSA' di kementerian itu dan ini. bagaimana pula golongan grad 25% yg cemerlang itu? Sah..kalau shafig ini golongan 25% yang cemerlang,yakinlah..peluang shafig nak kerja yang sepadan dengan kelulusan shafig telah 'dirogol' oleh puak BUMIPUTERA 55% yang tak cemerlang ini,yang mempunyai 'KABEL BOSA' di pejabat2 kerajaan. tak cayo ko? Try la nanti..Itu sebab nya kita bila belajar,kena berdaya saing dengan bangsa yang lain. baru ada cabaran. Apa ertinya hidup belajar tanpa cabaran..fikir-fikirlah wahai bangsa ku...
  • -------------------------------------------------------------------------------------------
  • Adzreel Redza
  • Posted 08/20/2008 2:21 pm
  • azhar..kau suarakan pendapat kau ni kat parlimen,dan bagi statement peratusan yang kau bagi nih
  • -------------------------------------------------------------------------------------------
  • azhar
  • Posted 08/22/2008 12:59 am
  • salam!! terima kasih saudara adzreel atas saranan itu. saya akan cuba bawa isu ini ke parlimen. tapi pendapat saya seperti ini lebih banyak di baca oleh blogger,peminat frenster atau my space serta pelayar alam maya berbanding ke parlimen. Yelah,zaman internet lah katakan.Apapun,saya sokong juga kalau Uitm itu khusus untuk bumiputera sahaja. Sebabnya saya fikir,kita boleh tengok sendiri kemampuan anak bangsa kita dalam pembelajaran. tapi sebagaimana yang saya sebutkan sebelum ini,kalaulah boleh biarlah ada persaingan bangsa yang lain dalam Uitm. Lagipun bukannya haram bangsa lain masuk uitm. Itupun kalau ada Cancelor dan naib canselor ada rasa tercabar dan mahu menyahut cabaran untuk bersaing dan mahu keluar dari kepompong "hak istimewa melayu" Buktikanlah..orang melayu Islam pantang di cabar dan mampu berdiri megah seiring dengan bangsa lain. Tapi lagi manis jika muslim melayu,muslim cina dan muslim india tersohor mengharumkan nama malaysia dalam bidang pelajaran.
  • -------------------------------------------------------------------------------------------
  • azhar
  • Posted 08/22/2008 1:18 am
  • Dalam jasad saya ada darah melayu,saya berterima kasih di lahirkan melayu tapi amat bersyukur di lahirkan sebagai islam. seperti rasul s.a.w sebagai arab,bukan kerana Rasul itu arab tapi Islamnya yang membuat kan bangsa arab itu gah walaupun ada juga bangsa arab yang peelnya tak bagus. Seperti juga Israel,israel adalah bangsa,yahudi agamanya,zionis ideologinya tapi yang kita tentang ialah ideologinya. Bukannya takda keturunan israel yang baik dan memeluk islam seperti Nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w(arab quraisy). Nah!! Di sini ada sudah ada logik betapa Islam yang membuatkan sesuatu bangsa itu maju dan bertamadun,bukannya bangsa. Kalau kita nak fikirkan dalam kaedah kebangsaan maka kita kalah dengan populasi bangsa cina muslim. Negara china menerima Islam sekian 1400 tahun dahulu berbanding kita yang berusia 600 tahun sahaja. kalau kita sendiri nak berbalah tentang bangsa dn mahu membuang Islam,maka kajilah balik siapa parameswara dahulu. Apakah bangsanya?
  • -------------------------------------------------------------------------------------------
  • azhar
  • Posted 08/22/2008 1:19 am
  • Dan apakah maksud melayu proto yaani bangsa terawal yang menduduki tanah semenanjung ini. Itulah dia bangsa melayu yang terawal menduduki tanah melayu yang sekarang ini di kenali dengan nama masyarakat kaum asli..Anda malu mengakuinya? Sebab hidungnya kah atau rambutnya kah atau mereka tinggal di hutan? Akuilah hakikat bahawa gambar inilah hakikat sebenar wajah wajah melayu asli kita....Anda bebas ...sebebas menilainya..

Pengikut yang tidak taasub