Nada dan Suara

...
9:34 PTG

Aduhai SPR!! Tak Tahu kira-kira matematik ke?

Salam para bloggers serta para pembaca..

Malaysia bakal kecoh lagi.Kenapa? Anda kiralah sendiri pengiraan undi yang saya buat ini.

Pengundi berdaftar permatang pauh =58,449 orang. (Senarai pemilih 2007
dan suku tahunan pertama 2008)

Jumlah yang keluar mengundi =65.25% bermakna 58,449 di darab 65.25% bersamaan 38,137 orang pengundi. dari 38,137 pengundi, Maka anda tolakkan undi rosak sebanyak 447 (38,137-447=37,690), Dan tolakkan lagi 92 undi untuk AKIM (37,690-92=37,598). Dato Seri Anwar Ibrahim memenangi pilhanraya kecil p44 permatang pauh dengan undi 31,195 manakala Arif Shah dengan undi sebanyak 15,524 undi. Cuba anda tolakkan jumlah pengundi yang mengundi pada 26-8-2008 dengan bilangan undi DSAI seramai 38,137-31,195 maka akan di temui jawapannya sebanyak 6942 undi yang sepatutnya mewakili undi Arif Shah dan persoalan BESAR disini kenapa SPR menetapkan undi untuk calon BN sebanyak 15,524 undi? err.. baki cuma 6942.. mana datang lagi 8582 undi? Pihak berwajib khususnya SPR kena jawab persoalan ini. Anda tak percaya? KLIK sini. Anda kiralah sebebas-bebasnya!! sumber peratus keluar mengundi utusan malaysia online

36 komen anda?:

Unknown berkata...

Apa kata Rakyat Malaysia bersama-sama sign petition untuk saman SPR kerana kecuaian dalam pengiraan dan juga kecuaian dalam melakukan tugas semasa pilihanraya.

Unknown berkata...

UMNO lupa, ada kuasa yang lagi perkasa daripada kuasa Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu ada jangka hayatnya, tetapi kuasa yang Maha Perkasa tiada jangka hayatnya.

Islam akan sentiasa relevan seandaimana manusia mahukan pedoman daripada Tuhan yang satu.

Salak berkata...

Mana datang 62.25% ???

% keluar mengundi ialah 81% !!!

Utusan apa ini? Utusan Mat Jenin???

Menyampah!

Kita tuntut lesen cetak akhbar dibuka tiada had untuk kroni UMNO saja!!!

BUDI Melayu murni bukan macam ni lah!

Ini tabii Lanun!

Orang tak bertamaDDun!!!

Tanpa Nama berkata...

semasa spr umumkan aku dah sangsi,jumlah undi pkr+bn tk tally dgn jumlah yg mengundi...

Tanpa Nama berkata...

Salak, sarawak.... saya pun konfius dengan fakta dlm blog ni... adakah blogger ni yg tak tau macam mana tgk angka atau tak faham bahasa matematik? ke nak tulis angka dlm tulisan cina atau tamil baru tau membaca dan mentafsir ??? pastu ramai pula yang menyokong pengiraannya yang salah tu... wahai tuan punya blog ni , adakah anda tidak mengetahui macam mana bacaan peratus dalam matematik??? belajar sampai pandai baru boleh 'kondem' orang lain yer!!... SESAMA ISLAM PUN NAK BERTELINGKAH KE??? ISLAM TIDAK MENGAJAR UMATNYA MENGHINA ORANG LAIN WALAU PUN ORANG ISLAM YANG LAIN MEMBUAT SALAH , MALAHAN TEGURAN YANG PALING LEMBUT DAN MANIS YG DITUNTUT... DAN JANGANLAH MENYEBARKAN FITNAH KERANA HUKUMNYA LEBIH DASYAT DARI MEMBUNUH...apakah kepentingan bangsa dicatat dlm setiap borang permohonan agaknya yer??? KENAPA AGAKNYA DAHULU BUMI YG KITA DUDUK INI DINAMAKAN TANAH MELAYU YER??? fikir2 kan lah.....ALLAH memberi kitam (MANUSIA) otak dan akal fikiran, maka bila membuat keputusan buat lah dengan akal fikiran SERTA ilmu agama yg dituntut bukan kerana EMOSI semata...JANGAN IKUTKAN HASUTAN SYAITAN YG SENTIASA HARAPKAN UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W SENTIASA MELAKUKAN PERGADUHAN DAN PERTELINGKAHAN JUGA PENGHINAAN hmmmmmm

Hamba Miskin berkata...

Salam semua!!

anonymous..nampaknya anda keliru..kalau salah..tolong betulkan..dan sila klik pada utusan online pada artikel itu untuk melihat peratus yang di kira oleh utusan..kalau kiraan anda betul,silakan beri peratus yang betul pada pilihanraya kecil itu.

Pasal persoalan yang kedua,apakah fitnahnya yang saya buat? dan saya cabar anda cari dalam al-quran kalau ada ayat yang menceritakan tentang bumi ini hanya milik sesetengah kaum sahaja. Tanah melayu tercipta kerana orang melayu sendiri yang beri nama,orang yang berfikiran kerana Allah akan kata bumi ini milik Allah,bukan milik melayu semata-mata,tolong ya,..tolong buang fahaman totok melayu anda. Dan berfikirlah kerana Islam,bukan kebangsaan semata-mata. Dan saya tak perlukan orang pengecut yang memakai anonymous untuk komen dalam blog saya.sekian.

Taasub Pada Allah
Solawat Pada Rasul

Hamba Miskin berkata...

Dan dalam al-quran ada menyebut "dan jika kamu tidak dapat mengikuti peraturan Allah,maka carilah bumi yang lain". qati'e ni. Jadi anda tidak dialu alukan disini kalau nak cerita bab kebangsaan.

Hamba Miskin berkata...

Bahawasanya syaitan sangat suka jika kita tidak ikhlas dalam daawah dan UMNO suka kalau orang cerdik tidak masuk politik..begitulah kiranya.Sekian.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...

saya begitu keliru dengan pengiraan yang dikira disini... tajuk menunjukkan seolah-olah nak membetulkan orang yang sudah membuat kesilapan...jadi sepatutnya pengiraan yang diperbetulkan adalah PENGIRAAN YANG BETUL...tapi masih SALAH... jadi sepatutnya kira DENGAN BETUL ,CHECK DAN DOUBLE CHECK sebelum perbetulkan kesalahan orang lain wahai HAMBA ALLAH... DAH PANDAI SANGAT MATEMATIK LA TU!!!! kelakar la (macam mana la bole dapat 6942 undi yang sepatutnya mewakili undi Arif Shah tu....mula2 dah molek dah tunjuk jalan pengiraan , tp bila sampai pengiraan yang akhir , dah salah ...anda pening dengan pengiraan yang anda sendiri cipta itu???) tak pe la wahai hamba ALLAH... anda masih lagi diberi nyawa untuk memperbetulkan kesilapan itu

Hamba Miskin berkata...

waalaikumsalam peaceful!!

Tolong tunjukkan kiraan anda yang betul..Atau saya takut anda yang tidak faham. Adakah anda 100% memahami artikel saya itu?

Tanpa Nama berkata...

betul..dan saya juga tidak mengatakan bumi ini utk melayu sahaja..tetapi bila berbicara pasal pilihanraya mesti berkenaan dengan negara yang saya duduk dan disitu wujudnya semangat kebangsaan...adoi!!! kalau lah tiada semangat kebangsaan jangan bercerita pasal pilihanraya la !kerana tuan punya blog boleh declare tukar warganegara.... boleh pergi US sana...kat sana tiada sape pon yang nak hairan ko nak pelekehkan bangsa dan negara ko sendiri...aparrrraaa...buat malu jadi rakyat malaysia.. dan kalo nak bercerita pasal agama ISLAM , tulun jangan gambarkan pada agama lain seolah2 agama ISLAM ini adalah agama yang suka merperlekehkan dan mengutuk orang lain.. kerana saya juga seorang ISLAM tapi tidak pula macam korang sume..pelikklah korang ni... pastu kalau lah korang perjuangkan ISLAM , takkan la memilih pemimpin yang dibelakangnya berdiri orang2 kafir??????? bila berbicara asyik dok mengata + mengutuk orang lain... ISLAM TIDAK MENYURUH UMATNYA BERBICARA PERKARA2 YANG MELALAIKAN...

Hamba Miskin berkata...

saya nak tanya anony ni,siapa yang tukar frasa malaya kepada malaysia? Faham maksud frasa tak ni? kaji dulu maksud malaysia sebelum nak hentam saya. Parti siapa yang juangkan bangsa? Adakah anda baca sirah nabi s.a.w? Kalau anda kata Malaysia itu melayu,maka anda lah kena declare tukar warganegara. Saya warganegara malaysia,dan bukannya warganegara melayu. Pergilah mana-mana tempat dalam dunia ini.Tolong tunjukkan pada saya negara mana yang menunjukkan dalam id dia seoarng yang ber'citizen'kan satu bangsa.
Dan saya mintak tulun sesangat lah pada anda,jangan tafsirkan islam ini hanya untuk melayu,kalau anda rasa islam ini untuk melayu..maka anda telah tersasar dari landasan.
Tulunlah sekali lagi,dalam parti yang saya sertai ( PAS ) ,kami tidak perjuangkan assobiyyah (kebangsaan).
anda baca ini--> ”Bukan dari kalangan kita yang menyeru kepada assobiyyah, berperang kerana assobiyyah dan mati kerana assobiyyah” [HR Abu Dawud]. Dan ini lagi--->Ingatlah akan ayat-ayat Allah, ketika mana kaum Muslimin dahulu dihasut syaithan dan sedikit tergelincir ke jurang assabiyyah, maka Allah swt terus menurunkan ayatNya,

“Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayatNya, supaya kamu berpetunjuk.” [TMQ Ali Imran (3):102-103]...tulun lah faham.sekian.

Tanpa Nama berkata...

lvkiixerrrrrrkkkk....alamakkk..aku rasa aku dah salah orang la...maybe ko ni dari bangsa lain...thats why ko ni lain sangat pemahamannya..ko bukan orang melayu yer....sorry la yer,tersilap ....
sesungguhnya hanya ALLAH sahaja yang tahu kebenaran itu...

Hamba Miskin berkata...

maaf la anony..anda tengok profile saya pun dah tahu saya berbangsa apa.Tak tahulah kalau anda baca huruf braille...Takpa la..saya beri anda peluang memenangi isu melayu yang anda banggakan,..teruskan usaha!! Saya dan sahabat2 didalam ISlAM yang berbilang bangsa TETAP dengan pendirian dan juga takkan berubah dengan prinsip Islam untuk semua. saya sedari anda sebenarnya hanya mahu mencuba menggugat kefahaman saya agar melayu itu islam,islam itu melayu. pigi daa!! Bawalah faham melayu anda itu dalam persiapan menghadapi munkar dan nankir nanti!!

Hamba Miskin berkata...

Yang sebenarnya puak puak seperti anda sudah kelam kabut dan meroyan selepas kekalahan teruk p44 baru baru ini.

Tanpa Nama berkata...

hehe..sounds like mcm marah bila org kata ko bukan melayu eh..hmm belajar sejarah tak masa sekulah menengah dulu? ke sebuk memonteng masa tu?? dalam subjek sejarah ada menceritakn apakah keistimewaan orang-orang melayu dan kenapa orang-orang melayu diberi keistimewaan di tanah melayu/malaya/malaysia..

Tanpa Nama berkata...

tapi nampaknye ko macam nak menyangkal sejarah tu? dalam ISLAM itu sendiri ada SEJARAH ISLAM...hmmm aku ni bukan la nak menyangkal apa sahaja pendapat org lain..cuma sama seperti bila ahli keluarga aku dihina oleh saudara mara aku...sama juga seperti bila bangsa aku dikutuk oleh bangsa aku sendiri..kalo bangsa lain , aku tak hairan... dimanakah silap nya..

Tanpa Nama berkata...

sama kan , kalau orang lain mengutuk negara MALAYSIA ini , ko sure akan marah... aku sokong ko 100 percent memperjuangkan ISLAM , tp ko membunuh bangsa ko sendiri...sama la juga warganegara ko itu tidak akan di soal oleh munkar dan nankir..tapi kenapa ko marah bile aku hanya sekadar menyarankan agar ko menukar warganegara ko itu???

Tanpa Nama berkata...

MELAYU ITU TIDAK MENYESATKAN ORANG ISLAM... ttp diri kita sendiri yg membentuk tahap keimanan ..jangan salahkan orang lain, namun lihat la kesalahan dlm diri sendiri jika kita terlalai..oleh kerana aku tersesat dlm blog ko ni, sempena ramadhan yg akan tiba , aku minta maaf la terhadap semua silap dan salah aku yg menimbulkan kepanasan hati ko tu..

Tanpa Nama berkata...

ISLAM MMG UTK SEMUA BANGSA DAN NEGARA TP TIDAK PERLU MENGHINA KELUARGA DAN KETURUNAN DIRI SENDIRI

Hamba Miskin berkata...

waasalam anony,

Saya terima maaf anda.Maaf ya,saya tiada sekelumit pun dalam jiwa saya kesal atau marah bila bangsa saya di perlekehkan. Tulunlah..buka mata anda sikit. Berapa banyak kerosakan yang bangsa kita dah buat? Anda search sendiri dalam internet ini,taip perkataan melayu saja. Berderet kerosakan seperti maksiat dan mungkar di hidangkan kepada anda. Melayu bogel,melayu lucah, melayu buang anak,anda tak perasan kah? Niat saya ikhlas memperbetulkan keadaan. Niat anda memperkasakan melayu tapi tidak memperkasakan Islam. Jikalah anda faham realiti melayu sekarang di bandingkan zaman terdahulu,mesti anda menangis. Saya tetap seorang Islam yang berbangsakan melayu dan berwarganegara kan malaysia,buat apa saya nak declare tukar warganegara. Anda sendiri yang tidak memahami perkataan 'majmuk'. Jika anda tidak suka adanya bangsa lain didalam malaysia ini,maka jangan persalahkan saya yang mengutuk setiap hari bangsa sendiri kerana saya adalah seorang petugas amal maaruf dan selalu membuat tangkapan maksiat dan mungkar dan semestinya anak melayu kitalah yang mewarnai setiap tangkapan yang di lakukan. Bila kau anggap melayu itu adalah islam,maka secara automatiknya Agama Islam itu sendiri sudah tercalar oleh kerana perangai melayu-melayu ini. kau baca posting aku,adakah aku mengutuk Islam? Tidak sekali-kali...yang aku kutuk ialah melayu yang memalukan islam. Anda sudah anggap melayu itu seolah-olah sebagai satu kewajipan dalam beragama. Apa? Perfect sangatkah melayu di mata engkau? Pejuang Islam terdahulu tidak meletakkan bangsa di dalam perjuangan mereka. Anda bacalah sejarah Islam dengan lebih teliti lagi.
Anda kena terima hakikat yang malaysia ini negara majmuk dari segi bangsa dan agama dan Islam adalah agama rasmi malaysia.Tiada siapa yang pertikaikan ini. Kalaulah saya di beri pilihan,saya lebih rela Islam ditempatkan sebagai perkara pertama dalam pemerintahan,tak kiralah apa bangsa sekalipun. Itu mulianya islam,meletakkan manusia sama taraf tanpa perkauman.Mulianya islam sehingga bila berhaji dan umrah,mereka berpakaian ihram yang sama warna. Tidak ada beza kulit..semuanya putih. Tidak kira mereka itu sultan atau melayu kelas atasan sekalipun,bersai bersama,tawaf bersama dan sembahyang bersama. Jika anda meletakkan melayu di kelas tertinggi seolah-olah melayu boleh pegang dunia,maka anda silap.saya tidak berminat dengan idea kebangsaan anda dan kalau anda rasa melayu itu sudah cukup mulia sehingga boleh beri syafaat pada bangsa melayu yang lain,silakan dengan kefahaman anda.Saya dah letak hadis dan ayat Quran untuk hujah saya,jika anda tidak faham lagi,maka terpulanglah pada anda.

Taasub pada Allah
Solawat pada Nabi

Tanpa Nama berkata...

ko tidak mengutuk ISLAM tapi mengutuk orang lain , dan ISLAM itu tidak mengajar kita untuk mengutuk...ISLAM ITU SANGAT INDAH BAHASANYA..TERMASUK BAGAIMANA CARA KITA MENEGUR KESILAPAN ORG LAIN..BUKAN DGN MENGHINA DN mengutuk!!! JANGAN GUNAKAN PERKATAAN MEMPERJUANGKAN ISLAM TP SECARA TAK LANSUNG KO TELAH MENCALARKAN AGAMA YANG SANGAT MULIA INI..itu sebenarnya point aku.. DALAM DAKWAH RASULALLAH sekalipun, TIDAK SESEKALI BAGINDA MENGGUNAKAN KEKASARAN DAN MENYAKITI HATI ORANG LAIN..APATAH LAGI KITA MANUsia BIASA INI??? DI AKHIRAT NNT KITA MMG TIDAK DISOAL APAKAH BANGSA KITA, TAPI SEMUA ANGGOTA BADAN KITA INI YANG AKAN DISOAL. KESILAPAN PADA ALLAH, BOLEH KITA MEMINTA KEMAAFAN DGN BERTAUBAT (ITU PUN KALAU TERSEDAR SBLM AJAL) TAPI KESILAPAN PADA MANUSIA HANYA MANUSIA ITU SAHAJA YANG BOLEH MEMBERI KEMAAFAN ITU... dimanakah keistemawaan ISLAM yang tidak ternilai itu sendiri jika ko sentiasa memaki hamun dan mengutuk orang lain? apakah bezanya agama ISLAM itu sendiri berbanding agama lain??

Tanpa Nama berkata...

Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah memberi wahyu kepadaku, supaya kamu bersifat tawaduk, sehingga tidak ada seseorang sanggup menganiaya orang lain dan menunjukkan sikap berbangga diri (sombong) kepada orang lain.” (Hadis riwayat Muslim)

Hikmah di sebalik suruhan Rasulullah SAW tadi, sifat tawaduk akan pasti melahirkan akhlak terpuji iaitu tidak akan menganiaya orang lain bahkan tersemai perasaan menyayangi SAUDARANYA.

Tawaduk juga akan melenyapkan sikap berbangga diri, sombong dan mementingkan diri sendiri. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah kau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur, lagi membangga diri.” (Surah Luqman, ayat 18)

Sesungguhnya orang yang sombong akan dihumbankan ke neraka Jahanam seperti keterangan firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang bersifat sombong dan tidak patuh kepada-Ku akan diazabkan di dalam neraka Jahanam dan menderita kehinaan di dalamnya.” (Surah al-Mukmin, ayat 60)

Tanpa Nama berkata...

apakah tindak ko itu betul, setelah ko membuat penangkapan kepada ahli-ahli maksiat orang melayu itu, lalu ko mengutuk seluruh orang melayu?? hmmm.. sepatutnya ko memikirkan dan mengambil langkah untuk mengatasinya dan jika ko sendiri MEMBENCI PERKATAAN MELAYU itu sendiri , sepatutnya ko muhasabah diri atas kesilapan org lain itu tetapi bukan dengan cara menghina!

Tanpa Nama berkata...

Nasihat itu perlulah disampaikan dengan lemah lembut tanpa menyembunyikan sesuatu di sebaliknya. Namun ada manusia mempunyai agenda tersendiri untuk ambil peluang dari hubungan persahabatannya dengan orang lain, sehingga nasihat diberi hanya memberi keuntungan pada dirinya sendiri sahaja dan merugikan orang menerima atau mendengar nasihat itu.

DAN ada pula yang sengaja menyembunyikan kelemahan saudaranya dan suka memuji saja. Apabila saudaranya itu terjerumus ke dalam lubang kehancuran lalu si pengampu segera menyelamatkan dirinya sendiri. Ini kerana tiada keikhlasan dalam persahabatan mereka itu.

Hamba Miskin berkata...

Salam..
Nampaknya anda telah jauh tersasar dari perbincangan awal. saya cabar anda ,tolong tunjukkan di mana posting saya di sini,saya membenci seluruh umat melayu? Telah saya deretkan banyak komen saya disini dan anda ingin memancing saya supaya jadi marah dan hilang pertimbangan untuk menjawab segala komen kebangsaan anda? Maaf lah..anda silap orang. Meh sini saya bagitahu kalau anda tidak tahu..
Anda baca balik dan fana pada setiap komen saya,siapa yang saya kutuk? tidak ada saya menyebut seluruh ummat melayu!! Yang saya sebut adalah dikalangan mereka yang bermaksiat dan melawan hukum Allah seperti tidak mahu menegakkan hukum Allah padahal ianya wajib walaupun di kalangan masyarakat majmuk.Dan bila dikaji balik setiap kata-kata anda,saya tahu apa pegangan anda. Berani saya katakan anda menumpang komen di sini apabila saya menyalahkan spr tentang salahnya peratusan yang mereka beri kepada umum dan bersumber dari utusan online.Ok. Tutup kisah itu
Anda suka berlembut dalam penguatkuasaan Maksiat? Haha..spesies maknyah kah anda? Mana ada dalam sejarah penguatkuasaan undang2,sesorang itu berlembut dalam menguatkuasakan undang2? Anda duduk negara mana? saya bagi contoh kepada anda. Anda sebagai penguatkuasa anti dadah dan hari ini di tugaskan menangkap suami isteri atau sekumpulan lelaki yang mengedar dadah. Cara apakah yang anda mahu pakai? Rasional daawah apakah yang anda mahu nasihatkan pada mereka? Hah? Oh!! Tak tahulah saya kalau anda memeluk pengedar dadah itu dengan pelukan kasih sayang anda lantas berkata "takpe bro,lain kali jangan buat lagi,dadah ni perosak masyarakat,lagipun kita sesama melayu..kita boleh setel" ataupun "abang,kakak,sanggupkah kamu mencari rezeki dengan menjual dadah?" Bolehkah begitu cara penegasan undang2. Ataupun anda menangkap orang yang berbuat maksiat,anda nasihat kan saja jangan berbuat maksiat lagi dan di tambah dengan denda rm 5000 jika sabit berzina. Undang2 apa yang anda pakai? Penegasan berhikmah dan lemah lembut macammana yang anda mahu terapkan? owh..saya terlupa..undang2 melayulah yang menyelamatkan mereka ini. Iyalah..saya terlupa bahawa melayu juga mempunyai adat dan lemah lembut dalam pergaulan. Jawabnya..makin hancurlah bangsa kita dek undang2 lembut ini.

Hamba Miskin berkata...

Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah memberi wahyu kepadaku, supaya kamu bersifat tawaduk, sehingga tidak ada seseorang sanggup menganiaya orang lain dan menunjukkan sikap berbangga diri (sombong) kepada orang lain.” (Hadis riwayat Muslim)<----anda yang beri hadis ini dan saya fana padanya. Apa?anda ingat hadis yang menegaskan tentang pentingnya tawaduk ini seolah olah rasul s.a.w sayang kepada maksiat?..Meh sini..saya bagi satu hadis yang cukup kuat tentang pencegahan maksiat.
"Man ro'a minkum munkaran falyughoyruhu bi yadihi,fa in lam yas tati'fa bi lisanih,fa in lam yas tati'fa bi qolbih wa haza ad'afull iman". saya mahu anda huraikan hadis sohih ini dulu..dan barulah saya wajib melayan anda untuk komen seterusnya.

Tanpa Nama berkata...

salam ihya,
tak usah layan puak2 yang berjuang untuk melayu ni. Mereka terlupa baca kisah perang antara kaum (perang jamal dan shiffin.)

Tanpa Nama berkata...

ya..malam ini malam merdeka. Mari kita hitung berapa ramai anak dara melayu malam ini hilang dara. Saudara ihya rehat saja malam ni. Tak usah buat tangkapan. Pedulikan saja. Biar kena batang idung dia nanti..baru mengelabah.:))

Tanpa Nama berkata...

salam dan maaf kerana mencelah..
saya tak nampak ihya mengutuk,mencemuh keseluruhan kaum melayu. Yg sy nampak ihya hanya mengutuk pelaku maksiat dan mereka yang melanggar hukum Allah oleh segelintir melayu yang lari dari ajaran islam.

Tanpa Nama berkata...

tak salah kalau nak kutuk kalau nak dikutkan kutukan Allah s.w.t lebihlah keras. teruskan memberi kesedaran pada kaum melayu kita selagi ada kesempatan. Untuk anony,pndapat pribadi aku ialah kalu mesia ini melayu nya majoriti,maka yg majoriti pembuat kesalahan undang 2 konfem kaum kita,kalau di negara arab,majoritinya mestilah org arab. lagi satu,dalam al-quran dan al hadis,jangan ko hanya bace tentang tawdhuk,kasih sayang saja sampai ko lupa dalam quran dn hadis sendiri ada sebut tentang azab yg pedih di neraka kepada pelaku maksiat. Allah sediakan Syurga dan neraka untuk di isi. Mudah mudahan kita semua terselamat dari azab neraka dan tidak mati memperjuangkan bangsa.harap ngerti ya pak!!

Tanpa Nama berkata...

Berperang di jalan Allah adalah satu daawah dan juga bentuk kekasaran yang di benarkan syara'. Seperti memukul anak yg tak mahu bersolat tp tidak menyakitkan pukulan itu.Tapi ianya tetap di kira perbuatan kasar. Cuma ianya di benarkan syara'. juga membunuh nyawa manusia,ianya tidak di benarkan kecuali pada JalanNya seperti hudud yang menghalalkan merejam penzina lelaki dan perempuan yang sudah berkahwin. Hudud juga daawah tapi brsifat kasar terhadap manusia bezanya ianya (hudud) penuh hikmah dlm tuntutannya.kalau semua nak berlembut,hancurlah dunia ni.Hidup melayu!

Tanpa Nama berkata...

Tiada kelebihan di antara orang Arab dengan bukan orang Arab dan tidak ada kelebihan di antara kulit putih dan kulit hitam, begitu juga sebaliknya. Semulia-mulia kamu ialah orang yang BERTAQWA.

( maksud hadis).

Hamba Miskin berkata...

Salam Ramadhon!!

Bulan suci ini tidak menghadkan kita berehat dari segala amal maaruf dan nahi munkar. Terima kasih kepada sahabat sahabiah yang memberikan komen. Anda jujur!!

Tanpa Nama berkata...

Pedulikan mereka yg kebangsaan itu...tk ke mana nya.

bobby berkata...

salam ya akhi....terpanggil untuk memberi komen...bila melihat perbincangan yang berlaku antara akhi dan orang yang tidak berani menyatakan siapa dia itu sendiri...satu nasihat ikhlas saya...bila tak diketahu dengan siapa kita berbicara...elok la tidak di layan secara ilmiah dan tidak mengganggap orang itu serius...kerana adab dalam berdebat atau berbincang pun...kita kena memperkenalkan diri...ini setelah beberapa post komen...dia masih tidak perkenalkan diri....cukup la setakat seadanya ... kalau seseorang itu bersungguh...maka suruh dia perkenalkan diri...kalau tidak...delete sahaja...ruangan ini seperti "rumah" ...masakan kita nak melayan orang yang tidak memperkenalkan diri..layan seadanya sahaja....dan minta maaf bagi orang UMNO...aku hidup di kalangan orang UMNO...aku tau cara mereka berbincang dan berdebat...tidak sekali2 pun mereka itu akan menerima hujah kita...melainkan mereka akan melompat dari satu topik ke satu topik...dalam masa yang sama mereka akan menyerang pada satu topik sahaja (contoh kata akhi mengutuk orang melayu walhal akhi tak kutuk pun...) mungkin dia terdorong dengan orang yang beri komen kat sini yang mengutuk...tetapi dia menggangap akhi yang mengutuk dan orang yang tak sokong UMNO sama jugak mengutuk dia...ape ape pun...mari kita sama sama sertakan doa bila kita berhadapan dengan situasi macam ni...agar kita terpelihara...maaf pada akhi tuan punye blog...pada anony...saya tak mau mintak maaf...pasal saya tak tau siapa anda...kalau kat padang masyar nanti pun...saya sanggup berdepan dengan Allah...kerana saya akan cakap "macam mana aku nak pohon maaf ya Allah...sedang kan orang yang berkata2 itu pun aku tak tau siapa dia" ...wallahu'alam

Pengikut yang tidak taasub