Nada dan Suara

...
8:52 PG

Antara "Malaysia Boleh" dan pelacur melayu di London

Salam Hormat buat insan bloggers serta pengunjung.

Sejak slogan "Malaysia Boleh" diperkenalkan oleh kerajaan satu ketika dulu, banyak benda yang diberikan pengiktirafan oleh kerajaan sendiri tentang kebolehan rakyat Malaysia melakukan sesuatu yang tidak terfikir boleh dilakukan sebelumnya dan juga sepatutnya tidak perlu untuk dilakukan.

Kita tak perlu bersusah payah mendaki Gunung Everest atau menumpangkan seorang yang kita sendiri iktiraf sebagai angkasawan untuk ke angkasa lepas hanya untuk membuktikan slogan "Malaysia Boleh".

Tentu lebih bermakna sekiranya kalau kalau rakyat Singapura boleh menikmati pendapatan lebih dari USD30,000 per kapita, maka kerajaan Malaysia bertungkus lumus untuk membuktikan rakyat Malaysia juga boleh.

Tetapi nampaknyanya semangat "Malaysia Boleh", lebih lazim dari tidak, kerap dipergunakan untuk perkara remeh dan tidak mendatangkan faedah yang tangible untuk rakyat.

Mungkin juga semangat Malaysia Boleh ini diambil oleh Noor Azura Mohd Yusoff, atau nama timangannya "Princess".

Princess adalah seorang remaja perempuan Melayu, beragama Islam dan berusia 22 tahun serta pekerja sebagai pelacur di London.

Hari ini nampaknya, orang Melayu sudah boleh menjadi pelabur di sebuah kota metropolitan seperti London. Dan rupa-rupanya cerita Sufiah, gadis genius Matematik yang juga melakukan pekerjaan yang sama di London bukanlah sebenarnya kes terpencil.

Cerita Noor Azura menjadi sensasi di London apabila beberapa hari lalu Mahkamah Old Bailey, London menjatuh hukuman 15 tahun penjara terhadap beliau kerana disabitkan bersubahat membunuh dan memenggal kepala seorang lagi remaja wanita Xie Xing Xing (bukan rakyat Malaysia) sebelum mencampakkan mayatnya ke dalam Sungai Thames.

Tentu sekali ia satu pembunuhan kejam. Apa yang menarik ia dilakukan oleh seorang remaja perempuan Malaysia di luar negara.

Tidak diketahui sekiranya Princess pernah mengikuti kursus khidmat negara namun apapun ia merupakan satu lagi kes "Malaysia Boleh"? Aduhai Melayu...

Bebas! Anda Nilailah dengan bebas...

0 komen anda?:

Pengikut yang tidak taasub