Pado satu malam, ado pasangan yg agak berumur sodang makan malam dongan romantiknyo bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereko yg ko 50 tahun. Suami eh, seorang Tan Sri dan bokeh ahli politik mulo bercerito tontang nostalgia mereko suami isteri, sekian lamo hidup bersamo, suko duko, susah sonang. Si suami memang menyanjungi amek bini eh, bernamo Maria.
“Maria, selamo kita nikah ni, suko duko kito lalui, susah sonang kita tompuh, abang sayang amek- amek kek Maria, tapi ado satu pekaro yang asyik bermain-main dibonak abang ni dan abang solalu tetanyo-tanyo. Toruih toranglah ngan abang malam ni, ponah tak Maria curang dongan abang slamo ni?”
Tokodu maria di buek eh dan moronung panjang muka laki eh tu, lalu berkato dongan ponoh kokosalan, “Yo abang, Maria ngaku ponah curang ngan abang, tapi hanyo tigo kali yo solamo ni..”
Tigo kali yo.?” Tan Sri tu agak tokojut, tapi tak la molonting, dah tuo dah dan memang beniat nak maapkan bini eh,”Camno bulih terjadi tigo kali tu Maria?”
Secaro pelahan,maria bukak balik cito lamo, “Abang ingatkan maso kito mula-mula kawin, toruih boli rumah dan solang 4 tahun, kito susah sangat maso tu sampai rumah kita kito pun nak kono rampeh kek bank?"
“Yo, den ingat laie maso tu” jawab si suami. ( hati dah mulo bengkek)
Maria menyambung cerito, “Abang mesti ingat potang tu maria poie jumpo pegawai bank tu dan besok eh, bank tu tak jadi rampeh rumah kito, siap bagi pinjaman laie kek abg untuk mulo niago?"
“Emmmm.. susah boto kek abg nak trimo bondo ni, tapi abang maafkan maria sobab apo yg maria buek tu untuk maso dopan kito jugak”, kato si suami.
”Yang ke 2 pulak?”
“Abang ingat tak, abang hampir nak mati sobab kek penyakit barah kek otak abg tu?” si isteri menyambung cerito..
“Yo,den ingat” jawab si suami.
“Kalau cam tu, abang pasti ingat yang ese ado jumpo doktor pakar tu dan esok eh, dio setuju buek operation untuk abang dan tak yah bayar satu sen pun.”
“Ohhh... maria, porit hati den mendonga an sumo ni, tapi kek sayang eh maria kek abg ni dan domi maso dopan kito ni..kali ke 3 camno pulak? “, kata si Tan Sri.
Maria menundukkan muko dan menjawab lagi dongan ponoh lomah, “Abang, ingat tak maso abang bertanding nak ghobot kusi bagian dan kurang laie 248 undi ?….”
"APO!!.." ... Tan Sri toruih pengsan kek situ jugak…
Note: 248 undi tu.. isteri dia relax je, YB ni plak yg pengsan
ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM
What you give,forget it. What you get,never forget it. Ya Muntaqim..
Catatan Popular
-
Hari tu kecoh pasai Ngah Kor Ming baca ayat suci Al-Qur'an... semua pro Kerajaan melenting... dasat..! Pak Mufti pun marah, "orang...
-
Bismillah ar Rohman ar Rohim Pagi ini aku merafakkan rasa syukur kepada Allah swt. Kerana Dia masih memberikan aku peluang untuk terus men...
-
Salam Hormat.. Pada Pendapat dan pandangan saya,keputusan pilihanraya kecil yang berlangsung di tiga tempat akan memberikan satu impak besar...
-
Sedarkah anda?? Dalam pada anda mengutuk PR pembela babi,anda tidak sedar..bahawa orang melayu lah yang paling banyak membela babi. baca den...
-
Asalamualaikum. Agak lama saya tidak update sesuatu di sini. Dengan kesibukan kerja, mencari ketenangan, dengan kehadiran ahli keluarga bar...
-
Tunggulah azab Allah yang lebih besar dari bom kau ini!! ...
-
Bismillah ar Rohman ar Rohim Solawat dan salam ke atas Junjungan Besar Rosulullah saw serta ahli keluarga dan para sahabat. Semoga Allah s...
-
Nasib kaulah mat oii!!! huhuhu....
-
Assalamualaikum wbt sahabat pembaca setia blog ini.. Melihat kepada isu kematian Chen Ping baru-baru ini ( baca - Chin Peng ),ada bebera...
-
KEPUTUSAN TERKINI P. 059 PAS : 18559BN : 16010 BEBAS : 54 ROSAK : 296 MAJORITI : 2549 JUMLAH SALURAN MENANG : 51 JUMLAH UPU MENANG : 15 SENT...
Copy dan save di blog sendiri tanda anda seorang mujahideen!!
Pengunjung Terkini
Sesungguhnya mereka yang syahid itu tidak mati bahkan sentiasa di beri rezeki
Pautan Lain
- Alim Ulama Kito
- Anak Muda Zaman Sekarang,Lihatlah!!
- Assalamualaikum dato' harimau
- Bang Aji Taufik, Adun Paroi
- Belajarlah silat selagi ada nyawa
- Berita Politik Islam Malaysia
- Cina Islam
- Debat Politik
- Genta Rasa
- Ini Jalanku....
- Lobai Kampung
- Mantan Mufti N9
- Mujahideen Chechnya
- Pas Dun Johol
- Rahsia Besar Sejarah Empayar Siam/Melayu Islam
- Sham sufi
- Siyasah Syariyah
- Syeh Sambal
- Tak tahan panas,jangan klik sini..
- The blog of Alexanderwathern
- Untuk Hari Esok
- Ustaz Zaharuddin
- Wartawan melayu mengupas sejarah
Blog Archive
Nada dan Suara
Pautan: bini yb, curang, jangan hampiri zina
Salam Sejahtera para bloggers dan pembaca...
Antara 2 orang tokoh ini,nampaknya mempunyai persamaan. Persamaan dari segi musuh yang sama iaitu hasad dengki. Cuma bezanya,Chua Soi Lek mempunyai nafsu untuk beristeri lagi tetapi tidak mahu mengambil jalan mudah untuk beristeri lagi kerana mungkin dalam agama buddha melarang penganutnya bernikah lebih dari satu (maaf,saya kurang arif ttg agama buddha).
Maka Chua Soi Lek yang dahulunya Menteri Kesihatan Malaysia,yang motto jabatannya menegah pemuda pemudi dari melakukan zina,jauhi alkohol dan menyeru rakyat malaysia supaya mengamalkan seks selamat dengan menggunakan amalan kondom,akhirnya rebah disisi amoi sebangsa di sebuah hotel. Bertambah malangnya Soi Lek,aksi panasnya di rakam oleh pihak tidak bertanggungjawab. Maka di edarkan salinan rakaman itu dalam bentuk DVD di seluruh tempat kelahirannya dan di kawasan jagaannya. Maka bila tersebar berita itu, Soi Lek langsung mengadakan sidang tergempar di media untuk menghuraikan kekusutan itu. Tahniah Soi Lek!!
Kisah Elizabeth Wong pula lain versinya. Dakwa Eli,gambar itu di ambil ketika dia sedang tidur dalam keadaan intim dan separuh bogel. Eli bukanlah seorang yang terkenal atau berjawatan Menteri,tetapi kes ini telah menjatuhkan maruah peribadinya,sama seperti Soi Lek tadi. Lalu Eli membuat laporan polis. Tahniah Eli !!
Beza di antara bezanya amat mudah. Soi Lek terang terang melakukan zina. Eli sedang tidur tetapi di aniaya dengan jurukamera yang entah dari mana katanya mengambil gambarnya dalam keadaan begitu. Soi Lek atas kapasiti Menteri Kesihatan menyeru orang melakukan kebaikan tetapi "kebaikannya" di rakam oleh kamera tersembunyi . Eli pula hanya sebagai exco dan tertidur. Tidurnya pula di ambil kesempatan oleh kamera gatal. Maknanya, yang seorang itu redho dan seorang lagi tidak redho.
Laporan polis sudah di buat Eli untuk menjaga namanya. Soi Lek tidak buat begitu,tapi letak terus jawatan. Bezanya antara 2 makhluk Allah ini, seorang lelaki dan seorang perempuan!! Dan sebelum terlupa,kau orang jangan harap aku nak letak gambar tak senonoh dalam blog ini.
p/s Mari kita lihat,blogger mana yang berani nak meletakkan gambar Elizabeth wong. Dan adakah blogger tersebut berani di tahan reman? Sama-sama kita nantikan!!
Wahai Allah...aku kegelisahan....menjalani hidup ini sendirian sementara..tanpa hilaian tawa anak serta isteri.Wahai Allah ..hanya Kau sahaja yang mengetahui gejolak perasaanku..Batinku..Bukannya aku tidak mengidami contoh kasihnya siti khadijah,aishah serta para isteri dalam melayarkan bahtera kehidupan bersama Rasul s.a.w...hanya semata tuntutan halus yang bernama perasaan..aku tenggelam wahai Allah...Oleh perasaan ku yang hampir memakan imanku padaMu.Ampunkan dosaku wahai Allah..ku tahu ayatMu itu Nas yang qoti'e..ku tahu Sunnah rasulMu itu haq..ingin sekali aku mahu kelak di himpunkan di dalam kalangan insan yang mengamalkan Haq qoti'e Mu serta Sunnah RasulMu di padang masyar kelak..aku bangga sebagai suami kalau isteriku di naungi payung emasMu tatkala ribuan kalangan wanita yang di seret malaikat kerana memperlekehkan hukumMu.... ...Tapi aku tidak berdaya wahai Allah..aku tidak berdaya..aku takut akan dosa zina..tapi aku tidak mampu berpuasa..sedangkan ku tahu itu saranan NabiMu..walaupun dia menangisinya di hadapanMu kerna tak dapat mengadilkan hatinya dalam mengagih kesamaan kasih sayang.....Aku lemah Ya Allah..kerna aku lelaki..Ya Allah..ku mohon petunjukmu serta berikanlah hidayah mustakim...agar aku..bisa menongkah arus kerana ku tahu jalan kejayaanMu akan berliku..-hasil karya dzulhaqq. Taasub Pada Allah Solawat Atas Rosul
