Nada dan Suara

...
Memaparkan catatan dengan label zina. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label zina. Papar semua catatan
8:50 PTG

Aku menyayangimu wahai saudaraku

Bismillah ar Rohman ar Rohim

Segala Puji bagi Allah,Tuhan seluas alam. Solawat dan salam ke atas Baginda Nabi Muhammad saw,serta ahli keluarganya dan para sahabat. 

Isu mengenai keruntuhan moral akibat salah guna pentas laman sesawang sering diperkatakan umum dengan meluas di media-media  sama ada versi cetakan atau maya. Betapa bukan saya sahaja,bahkan ramai pembaca dan para bloggers juga mengetahui akan permasalahan ini sering kunjung tiba tanpa ada penyelesaian secara menyeluruh seolah-olah ianya tidak boleh di benteras dengan satu hukuman yang cukup berkesan. Betapa pusat pemulihan yang banyak di bina untk golongan bermasalah ini seakan mengalukan kedatangan mereka. Tidakkah kita merasa sedih dengan golongan ini. Mereka mungkin saudara kita,kenalan,kenalan di atas kenalan yang lain. Mereka ( pesalah-pesalah ) seolah tidak memikirkan kesan yang akan di terima dengan perlakuan-perlakuan buas seperti gambar-gambar di bawah.



Kasihan ku melihat. Makin di nasihat,mereka makin bangga dengan kesilapan. Tidak ada rasa bersalah. Bangga dengan memuat naik gambar "gedik" untuk tatapan rakan FB. 






Kasihan lagi si ibu. Dulunya heboh dengan kisah "couple seminggu" . Sekarang ?



Buat apa dik?? Ulang kaji pelajaran?


Bebaloh jah kijo dio.


Tunggu 9 bulan 10 hari


Ini pengakhirannya?


Sesuatu harus di lakukan untuk menyelamatkan situasi. Jika perlu sekat,sekatlah dengan apa cara sekalipun untuk menyelamatkan benih-benih ini. 

Di mana malumu?

Adakah dengan melakukan aksi sedemikian,anda sudah cukup dewasa? Ketahuilah wahai adikku,wahai remajaku,kami sudah melalui zaman ini. Jika kami di beri izin untuk kembali ke zaman kanak-kanak,nescaya akan kami isi masa itu dengan hidup dengan tarbiyah islam. Jika kami boleh berkata-kata dengan fasih ketika waktu itu pasti kami "paksa" ibu bapa kami dengan mendidik kami dengan ilmu-ilmu islam. Masih belum terlambat untuk kamu berubah. Ruang untuk kembali membetulkan apa yang salah sentiasa wujud. Jika adik-adik,para remaja membaca coretan ini,berfikirlah. Lihatlah gambar-gambar yang ada di di sini. Kenanglah dan bertanggungjawab untuk menjadi manusia berguna untuk Agama dan keluarga juga negara.

Kepada ibu bapa

Lihat-lihatlah anakmu. Jangan di beri kebebasan melulu. Selidiki apa yang terkandung di dalam segala akaun laman sosial mereka. Pastikan anda tahu setiap kata laluan sama ada pada handphone,laptop dan setiap akaun sosial. "Dajjal" ini sentiasa menunggu dan menganggu pemikiran mereka. Jika sahabat mereka ada 2 benda ini maka mereka akan memaksa anda untuk membelinya juga. Jika sudah di beli,ianya bukan boleh di gunakan secara percuma. Kos akan meningkat. Segalanya meningkat. Si ayah terpaksa ke ladang awal pagi. Atau bekerja lebih masa. Mencari rezeki untuk keluarga semata-mata mencari duit lebih untuk top-up handset si anak. Wajar? Fikirlah sendiri. Jika malas berfikir maka terimalah "kewajaran" atas sikap sendiri.


Puas?

Sebarkanlah demi kebaikan bersama.

Dzikir Dhia

19 Dzul Hijjah 1434





12:30 PG

Apa ada pada malu

Tanpa segan silu seorang perempuan bawah umur dengan selambanya memuat naikkan gambar dia dengan kekasihnya yang baru sahaja selesai berzina dengan status kontroversi..

"YESS AKHIRNYA DAPAT TERUNA DIA. FUHH SELESA ^^)"

Apa nak jadi dengan remaja sekarang ini? Semakin hari semakin rosak. Pendedahan internet yang tidak terkawal mungkin mendorong mereka ke arah gejala maksiat. Belum lagi dengan ragam remaja yang suka memuat naik gambar pasangan masing-masing dengan tidak ada rasa bersalah. Mungkin mereka kekurangan didikan agama. Mungkin penjaga terlepas pandang. Segalanya mungkin.
Zina itu keindahan nafsu. Sekali terjebak takkan ada jalan kembali kecuali dengan taubat nasuha. Jangan sekali kali mendekati zina. Walau hanya mukadimah @ permulaan zina. Kerana syaitan bijak mencatur peluang untuk memastikan setiap anak adam tersesat. Berhati-hatilah dengan kemudahan internet. Jika anda sebagai ibu bapa,sila pasang peranti atau program yang boleh menghalang anak jagaan anda dari melayari laman laman lucah,separa lucah,laman artis atau apa saja yang boleh menjerumuskan anak anda kecuali jika anda penjaga yang tidak kisah apa yang berlaku pada keluarga dan tanggungjawab akhirat.

Kepada remaja yang membaca mesej ini,ambillah peluang ini dengan membuang segala gambar yang ada unsur syubhat atau gambar anda bersama pasangan anda. Tidak ada keuntungannya sama sekali anda berbuat demikian. Carilah jalan halal jika sudah tidak boleh menahan nafsu. Kerana di antara tanda tanda akil baligh mu ialah apabila kamu sudah merasakan syahwat. Dan permulaan memuat naik gambar pasangan masing masing di internet adalah permulaan maksiat. Jagalah maruah keluarga. Gapailah dahulu kejayaan di dalam pelajaran.

Teruna dan Dara

Pernah dahulunya saya membaca mengenai satu artikel di akhbar utama mengenai kajian sebuah  badan NGO mengenai permasalahan sosial di sekolah. Hasil kajian amat mengejutkan dengan hasil kaji selidik mereka mendapati dari 10 pelajar yang di soal siasat,6 daripada mereka mengakui telah dan pernah mengadakan hubungan seks di luar nikah! Tidak percaya? Oleh kerana saya anti dengan segala maklumat di akhbar berkenaan kerana prejudisnya wartawan mereka dengan pihak lain maka saya memang tidak percaya. Saya katakan dalam hati bahawa remaja sekarang lebih pandai menjaga diri. Ternyata saya silap!
Saya membuat satu perancangan teliti dan amat rahsia. Satu sekolah di dalam senarai untuk saya jalankan 'ujikaji'. Bagaimanakah caranya? Begini.. Saya cuba untuk berbaik baik dengan satu pelajar yang boleh di katakan bersifat romeo. Saya cuba untuk 'menjelmakan' diri bahawa saya juga sepertinya. Seorang lelaki yang 'kaki perempuan'. Hasilnya, saya dapat beberapa maklumat yang cukup memeranjatkan! Masya Allah. Terkedu,sedih dan perasaan bercampur baur. Sangat sangat mendukacitakan. Nanti! Saya masih mengatakan remaja sekolah masih pandai menjaga diri.

'Menjaga diri' dari hamil!! Terperanjat? Tidak..belum terperanjat lagi. Kerana maklumat ini keluar dari mulut seorang romeo!.

"Nasib abanglah kalau tak caye!"..

Huh! Tercabar sungguh dengan ayat romeo ini. Lalu saya katakan jika benar kata kata mu,berilah nombor telefon 'si dia'. Sembang kencang tiada guna.

"Nah..kalau tak caye,kol 012-**###*#"..

Saya salin nombor itu. Malamnya saya cuba buat panggilan. Gagal. Engaged. Mungkin 'si dia' menutup handphone. Tidak sampai 10 saat,saya terima satu misscall dan sms.

"Sapew niew?" ( bahasa hebrew sudah bermula )

Maka bermulalah dialog. Dan yang paling memeningkan kepala hampir sebulan 'si dia' misscall tanpa peduli waktu saya mahu tidur. Jalan terbaik,saya letakkan nombornya ke dalam senarai blaclisted. Selesai. Tiada gangguan lagi.

Isi kandungan

Sungguh mudah 'memancing' remaja perempuan di alam persekolahan. Mereka seolah lupa bahawa mereka adalah harapan ibu bapa. Mereka sanggup mengajak kita keluar untuk 'mengisi kekosongan' hati. Meminta dari saya top up . Inilah bahana apabila di dedahkan dengan kemajuan maklumat tanpa 'sempadan'. Jangan tanya saya status 'dara' nya. Saya tidak sanggup menceritakan. Cukuplah.
Wahai ibu bapa yang beragama islam! Jagalah dan berikanlah didikan yang sempurna kepada anakmu. Pantaulah segala kegiatan mereka di rumah atau di sekolah. Sentiasa berhubung dan 'ganggu' para guru untuk bertanya khabar anak anak. Jangan biarkan nasi menjadi bubur. Kerana jika ianya berlaku maka tiada kemaafan lagi. Melainkan anda suka makan 'bubur' maka cukuplah nasihat untuk kali ini.

"Dan apabila matinya seseorang anak Adam itu, maka terhapuslah segala amalannya di dunia, melainkan tiga perkara iaitu sedekahnya yang berterusan, ilmu yang memberi faedah, dan anak-anak soleh yang mendoakannya kelak"

Dzikir Dhia
15 Dzul Hijjah 1434 Hijrah

10:55 PTG

Liku-liku suami

Wahai Allah...aku kegelisahan....menjalani hidup ini sendirian sementara..tanpa hilaian tawa anak serta isteri.Wahai Allah ..hanya Kau sahaja yang mengetahui gejolak perasaanku..Batinku..Bukannya aku tidak mengidami contoh kasihnya siti khadijah,aishah serta para isteri dalam melayarkan bahtera kehidupan bersama Rasul s.a.w...hanya semata tuntutan halus yang bernama perasaan..aku tenggelam wahai Allah...Oleh perasaan ku yang hampir memakan imanku padaMu.Ampunkan dosaku wahai Allah..ku tahu ayatMu itu Nas yang qoti'e..ku tahu Sunnah rasulMu itu haq..ingin sekali aku mahu kelak di himpunkan di dalam kalangan insan yang mengamalkan Haq qoti'e Mu serta Sunnah RasulMu di padang masyar kelak..aku bangga sebagai suami kalau isteriku di naungi payung emasMu tatkala ribuan kalangan wanita yang di seret malaikat kerana memperlekehkan hukumMu.... ...Tapi aku tidak berdaya wahai Allah..aku tidak berdaya..aku takut akan dosa zina..tapi aku tidak mampu berpuasa..sedangkan ku tahu itu saranan NabiMu..walaupun dia menangisinya di hadapanMu kerna tak dapat mengadilkan hatinya dalam mengagih kesamaan kasih sayang.....Aku lemah Ya Allah..kerna aku lelaki..Ya Allah..ku mohon petunjukmu serta berikanlah hidayah mustakim...agar aku..bisa menongkah arus kerana ku tahu jalan kejayaanMu akan berliku..-hasil karya dzulhaqq. Taasub Pada Allah Solawat Atas Rosul