Nada dan Suara

...
10:47 PTG

"Polis Saman Pelajar Pondok"

Anggota polis akui pakai serban merupakan ciri-ciri lebai


Ahmad Nasir memegang surat saman diiringi lebih kurang
100 rakan dari Sekolah Pondok di Pasir Tumboh untuk mengikuti
perbicaraan di Mahkamah Majistret Kota Bharu, semalam.



Seorang anggota polis mengakui seseorang yang memakai serban ketika menunggang motosikal termasuk dalam ciri-ciri lebai seperti ditafsirkan dalam Kamus Dewan.Lans Kopral Che Sidek Omar Mat Hassan ketika menjawab soalan peguam tertuduh bersetuju memakai serban merupakan ciri-ciri lebai seperti yang disebut dalam kamus tersebut.Beliau memberi keterangan tersebut dalam perbicaraan seorang pelajar Pondok Pasir Tumbuh, Ahmad Nasir Darus, 27 yang disaman ketika menunggang motosikal dengan memakai serban tanpa menggunakan topi keledar.Pada perbicaraan sebelum ini tertuduh mengaku tidak bersalah. Perbicaraan itu diadakan di hadapan Majistret Tengku Amalin Aisyah Puteri Sultan Ismail Petra di Mahkamah Majistret di sini semalam.Tertuduh dibela peguam Ahmad Rizal Effende Zainol, manakala pendakwaan pula dikendalikan pegawai pendakwa, Cif Inspektor Mohd Yusri Mamat.Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 20 September tahun lalu di Jalan Pasir Tumboh, dekat sini kira-kira jam 6.30 petang.Che Sidek berkata, saman dikeluarkan terhadap pelajar terbabit atas arahan pegawainya kerana pada masa kejadian tertuduh didapati menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar sebaliknya memakai serban.Peguam bela sebelum itu mengemukakan kepada mahkamah dokumen Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan Motosikal (topi keledar) 1973 yang merujuk kepada pihak yang dibenarkan untuk tidak memakai topi keledar.Ahmad Rizal membaca dokumen pengecualian tersebut di mana kata beliau kefahamannya istilah haji, hajah, lebai dan Sikh tergolong dalam pengecualian itu.Che Sidek sebagai seorang pengendali undang-undang seharusnya memahami undang-undang terlebih dahulu sebelum bertindak kepada orang lain, katanya.Saksi terbabit bagaimanapun tidak bersetuju dengan dakwaan itu dan tetap menyatakan hanya haji, hajah, lebai dan Sikh sahaja yang dikecualikan tidak memakai topi keledar.Ekoran itu pihak peguam mengemukakan maksud lebai seperti yang terkandung dalam Kamus Dewan dan Kamus Pelajar dan meminta saksi membacanya.Saksi kemudian membacanya seperti terkandung dalam kamus itu di mana katanya, lebai bermaksud orang yang tahu tentang agama, bibirnya bergerak-gerak bagai membilang tasbih dan orang yang mengerjakan sesuatu yang bersangkutan dengan agama Islam.Pada peringkat awal prosiding peguam meminta saksi mengucap dua kalimah syahadah serta menjelaskan maksudnya sebagai membuktikan statusnya beragama Islam.Tertuduh disaman di bawah Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dibaca bersama Seksyen 128(1) akta yang sama.Jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan.Kes tersebut akan disambung bicara pada 21 Julai depan, manakala 4 dan 18 Ogos pula hujah balas. Keputusannya akan dibuat pada 15 September depan.Sementara itu, lebih 200 pelajar pondok mengiringi Ahmad Nasir sebagai sokongan moral terhadap perjuangannya menuntut hak dan kebenaran. (berita sumber dari harakah dan utusan )

4 komen anda?:

Pengasas berkata...

Salam Dzul!
Terima kasih kerana berkunjung ke Catatan Peribadi saya.
Kenapa "tidak mempunyai makna"?. Bukankah nama sdra itu "Mempunyai cahaya nama". Allah mencabar para malaikat menyebut banyak nama, tetapi mereka gagal. Dan nama Dzul Haqq itu baik juga. Sempena perkataan dalam Qur^an.
Cucu kembar saya juga mengambil sempena perkataan dlm Qur^an. "Nasrul Farhan & Fathul Farhan" bin Faridul Farhan.
Tahniah kerana kita mempunyai nama-nama yang baik dan ada kaitan direct atau indirect dengan Qur^an.
Salam.

Hamba Miskin berkata...

Wsalam ustaz..syukran lillah atas maksud tersebut dn say akan lebih berusaha untuk menjadi seperti makna nama tersebut. Doakan..

solla alan nabi

Pengasas berkata...

W'salam!
Syukur kerana kita dari keturunan yang mempunyai nama yang baik-baik, seperti yang disuruh oleh Islam. Nama ayah sdr. yg. mengambil sempena nama seorang Rasul dan nama ummi yg mengambil sempena cahaya keagungan (asal: Nor'izzah)patut dipelihara dan diperkembangkan. Saya berpendapat cadangan untuk menamakan Dzul pada pangkal setiap anak adalah baik dan semoga berkat dan menjadi soleh.
Sdr. ni macam anak saya Faridul Farhan yang ingin melanjutkan "Farhan" pada nama semua anak-anaknya, insya ALLAH.
Semoga kita mendapat keturunan yang soleh.
Salam.

mohad berkata...

salam... saya telah link blog ni..

Pengikut yang tidak taasub