Nada dan Suara

...
11:14 PTG

Banjir sebagai Hikmah dan bala dari Allah

Salam para bloggers semua yang di kasihi.


Pada 30 jun tempohari,jam 10 40 malam,daerah johol khususnya di kampung betong,kampung tanggai dan sekitar kampung air mawang telah mengalami hujan yang lebat pada sebelah petangnya membawa ke malam hari. Rupa-rupanya hujan lebat yang sebentar itu telah mengakibatkan sebanyak 13 buah rumah ditenggelami air sedalam sehingga 1 hingga ke 7 kaki.Kerugian

berjumlah Rm100,ooo. Kawasan yang paling teruk di landa banjir adalah di kawasan pendalaman berhampiran tempat rekreasi iaitu Hutan Rekreasi Batu Maloi. Saya bersama anggota Unit Amal kawasan Johol bergegas ke tempat kejadian apabila mendapat maklumat mengenai banjir kilat ini. Kami membantu sekadar termampu seperti membersihkan surau dan rumah kediaman yang lain. Sungguh saya menangisi akan Bala Allah ini.

Bagi kami yang membuat pemeriksaan di sekitar tempat kejadian,kami mendapati punca yang rasanya penyebab utama banjir ini berlaku ialah kerana pembalakan yang tidak terancang. Kami dapati terlampau banyak sampah sampah dari hutan yang di tebang serta lebihan kayu yang tersangkut dan inilah penyebab utama terjadinya banjir kilat ini.Sepatutnya pihak berwajib kena

lebih prihatin dan

mestilah membuat undang undang yang tegas tentang penebangan balak di kawasan hutan.Walaubagaimanapun,apabila Allah berkehendak akan sesuatu,pastinya akan terjadi. Begitulah pemerhatian saya dan anggota Unit Amal yang lain. Sesungguhnya kejadian ini meninggalkan kesan yang amat mendalam pada jiwa kami. Semoga Allah memberi kekuatan pada setiap ahli keluarga yang mengalami banjir kilat ini. Ameen.


surau Idrisiyyah tempat kami mengalun zikir.--->

0 komen anda?:

Pengikut yang tidak taasub