Nada dan Suara

...
4:05 PTG

Kejammmm...Sangat Kejam..!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera







Begitu lamanya saya tidak meng "update" di dalam blog ini. Begitu banyak yang bertanyakan mengapa tidak update,maka saya menyusun 10 jari kemaafan atas kesibukan diri saya yang sentiasa sibuk dengan tugasan harian. Alhamdulillah,hari ini nampaknya saya berkesempatan sedikit masa untuk menulis. Baru hari ini saya dapat melayari harakahdaily untuk mengetahui hal ehwal semasa dalam tanah air serta luar negara,dan hari ini sekali lagi saya menitiskan air mata. Saya menangis semahu-mahunya,bukan kerana ditinggalkan isteri atau kerana hal-hal diri tetapi terpaku mata saya pada satu tajuk 'Nazak dan meninggal dunia tanpa ayah di sisi, kejamnya ISA! '.
aina mardhiah,kanan sekali



Aina Mardiah Shahrial, 17, yang menghembus nafasnya tanpa kehadiran orang yang dirindui di sisi, melahirkan rasa marah dan kecewa beberapa pihak apabila pihak polis dilihat melengah-lengahkan pelepasan sementara ayahnya yang ditahan tanpa bicara di Kem Tahanan Kamunting, Perak.Anak sulung kepada salah seorang tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Shahrial Sirin ternyata dinafikan haknya sekalipun beliau dalam keadaan nazak, ayahnya langsung tidak dapat bersama-samanya di saat-saat akhir beliau dirawat di Hospital Kajang, Selangor pada petang Khamis, 3 Julai lalu. Biarpun pelbagai usaha dilakukan keluarga, rakan-rakan serta aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) untuk membawa keluar ayahnya dari Kem Kamunting, Taiping, Perak, tetapi usaha itu gagal kerana ayahnya sampai setelah hampir empat jam Aina meninggal dunia. "Tunggu punya tunggu sampailah anaknya pergi menghadap tuhan tanpa melihat ayahnya yang sudah tujuh tahun di penjara," katanya turut berada di hospital ketika Aina kembali ke Rahmatullah.
Katanya, apa yang dikesalkan ialah berita mengenai ketenatan Aina diberitahu kepada pihak berkuasa sejak malam dia dimasukkan ke hospital lagi.
"Ini satu penyeksaan dan bukan sifat kemanusiaan dan sepatutnya pihak berkuasa membenarkannya keluar lebih awal untuk memberi kesempatan kepada seorang ayah untuk menziarah anaknya yang kritikal," katanya.
Katanya, sesungguhnya rasa sedih beliau tidak mungkin sama dengan rasa yang dihadapi keluarga tersebut lebih-lebihnya ibunya, Siti Fatma Masrum yang begitu berharap suaminya tiba pada petang itu.
Beliau berkata sebagai manusia yang mempunyai sifat keinsanan pihak berkuasa sepatutnya merasai keluh kesah keluarga tahanan ISA.
Oleh kerana itu, tidak ada lain cara untuk atasi halangan tersebut melainkan kerajaan membebaskan segera tahanan ISA termasuk Shahrial bagi mengembalikan hak mereka ke pangkuan keluarga.
Malah katanya, peristiwa seperti itu sudah kerap diucapkan dan kerana itu katanya kerajaan harus bertanggungjawab penuh ke atas mereka.
"Ini satu perkara asas tetapi apabila ia dikaburi dengan alasan keselamatan negara yang dianggap lebih besar isu kemanusiaan mnejadi kecil dan remeh," katanya.
Sementara itu,Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor, Mohd Sani Hamzan menyifatkan kematian tersebut sebagai satu kemalangan kepada sistem demokrasi dalam negara ini.
Katanya, ini jelas apabila, ayah adik Aina dinafikan haknya untuk datang melawatnya sehingga pesakit meninggal dunia.
"Saya kira ini merupakan satu malapetaka dan gerak gempur kepada amalan demokrasi yang menampakkan kerajaan yang memerintah hilang sifat keperimanusiaan kepada perkara-perkara yang melibatkan kematian dan kehidupan rakyat Malaysia," katanya yang datang menziarah Aina di hospital pada Khamis lalu.
Dalam pada itu, Pengerusi Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuh ISA (GMI), Norlaila Osman berkata, peristiwa kematian Aina Madiah merupakan satu bukti terbaru mengenai kezaliman kerajaan yang berkuasa untuk percepatkan lawatan seorang tahanan ISA, Sahrial Sirin untuk melihat anaknya yang sedang tenat di hospital.
Katanya,walaupun beliau bersama-sama kaum keluara dan rakan-rakan menghubungi kem Kamunting sejak malam lagi sama ada melalui telefon dan faks untuk tahanan dibenarkan keluar dari kem tahanan.
Lebih menyayatkan hati katanya, Aina disahkan doktor yang memaklumkan bahawa beliau sedang bertarung nyawa dan bergantung kepada mesin jangka hayat.
Beliau yang turut menemani Aina di hospital mendakwa, pihak berwajib terutamanya anggota SB dilihat sewenang-wenangnya menggunakan kuasa mereka untuk mencabul hak tahanan walaupun hanya untuk melawat anak yang kritikal.
"Bagi saya tiada maaf di atas peristiwa seperti itu dan sebenarnya satu penegasan yang datang daripada mereka yang hatinya kering dan begitu sombong.
"Peristiwa ini juga menguatkan azam saya untuk terus berjuang memastikan ISA terkubur dari bumi Malaysia," tegas beliau.




bersabarlah wahai saudara..Allah Maha
Mengetahui segala Rahsia..




Nah!!..anda lihatlah sepuas-puasnya kekejaman dan kezaliman yang berlaku. Bagi saya ,yang pergi tetap tidak kembali tetapi berapa ramai lagi agaknya anak-anak tahanan i.s.a ini sekadar dapat melihat ayah mereka di sebalik kaca. Kepada mereka yang menyokong Barisan Nasional pada pilihanraya lepas,inilah 'saham' anda di akhirat kelak(baca hukum tentang perihal subahat). Saya sedar mungkin saya akan di soal siasat oleh s.b. atas artikel ini,tapi bagi saya Allah adalah segalanya. Dunia hanya sementara,dan bagi anda yang cintakan dunia tanpa kenangkan akhirat,teruskanlah menyokong si toghut dalam menjadi pemimpin.Buat apa bina blog kalau takut akan risikonya,asalkan anda di pihak yang BENAR!!
perjalanan terakhir seorang anak tanpa melihat,
memohon maaf dan meminta halal makan minum
dari seorang ayah..Wahai Allah..tempatkanlah roh
Allahyarhamah di tempat sepatutnya yang Kau
tentukan..

2 komen anda?:

Pengasas berkata...

Salam!
Insya ALLAH, air mata yang mengalir itu menyuburkan lagi iman dalam diri anda. Hanya peraturan ALLAH yang maha benar lagi maha adil. Sama-samalah kita beristiqamah.
Salam.

Hamba Miskin berkata...

Salam kembali!
Terima kasih ustaz atas segala nasihat tuan selama ini. Semoga tuan dilimpahi rahmat sekeluarga.!

Solla alan Nabi

Pengikut yang tidak taasub