Nada dan Suara

...
10:50 PTG

Tanah wakaf untuk di bina pusat pengajian Islam

Assalamualaikum warohmatullah..

Salam penuh kasih sayang bagi semua bloggers yang beragama islam. Di sini saya ingin mengambil kesempatan mewakili bagi pihak keluarga saya,bahawa keluarga kami telah bersepakat dalam baiah keluarga kami di antara Almarhum tuan pemilik tanah dengan anak murid sohibus samahah Tuan Guru Mufti Negeri Sembilan telah bersetuju dengan perjanjian tersebut bahawasanya tanah tersebut telah di persetujui untuk di wakafkan ke jalan Allah dan hendaklah di bina atau di makmurkan keadaan tanah tersebut bagi tujuan apa saja asalkan tidak bercanggah dengan Prinsip Islam serta Ahli Sunnah Wal Jamaah.Berikut adalah kondisi wakaf tersebut.

1. Terletak sangat berhampiran dengan jalan utama Tampin-Kuala Pilah
2. Keluasan lebih kurang 1/4 ekar
3. Boleh memuatkan 3 bangunan berukuran 100x40
4. sangat sesuai untuk di jadikan pusat pengajian pondok @ tahfiz.
5. Berdekatan dengan kemudahan awam seperti balai polis,klinik desa serta
Pekan untuk membeli barang-barang keperluan dll.
6. Tanah wakaf ini bersifat rata dan agak rendah,juga pernah di naiki air jika hujan
lebat dan perlu sedikit penambakan tanah.


Sebarang pertanyaan hubungi secara sms ke 013-6677787. Untuk mengelakkan sebarang kesulitan dengan penguasa undang-undang,seeloknya bakal tenaga pengajar atau mudir mestilah mempunyai tauliah dari mufti-mufti atau majlis-majlis ugama.sekian.

1 komen anda?:

mohad berkata...

salam...apa khabar sekarang..

Pengikut yang tidak taasub