
Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan izin Allah... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut kendur atau menggelebeh pulak..
Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu jugak….
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah,
Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami..
Offer lah pada suami,
Nabi bersabda lebih kurang maksudnya: bersama dgn isteri itu pahala..
jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih…
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya..
Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima (lebih banyak dari bayaran ex-gratia) diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.
Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.
"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu "
"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......
Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah mizan, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"
What you give,forget it. What you get,never forget it. Ya Muntaqim..
Catatan Popular
-
Bismillah ar Rohman ar Rohim SEORANG ahli hikmah berkata : Sifat orang yang mengenali Allah ada enam : 1). Jika ia ingat kepada Allah ...
-
Sekarang masanya untuk ketawa. Kah kah kah,keh keh keh, Guling-gulingan pun ngak apa apa. Membina bahagia atas kedukaan yang lain. Buatlah ...
-
Bismillah arRohman arRohim Ku ucapkan tahniah buat adikku juga kenalanku yang sejak lama menghilang sehingga hari ini baru dapat ku hubung...
-
Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna); Al...
-
Bismillah arRohman arRohim Solawat dan salam ke atas Rosul junjungan serta ahli keluarganya,para sahabat dan tabi'in. Aku ( buk...
-
Bismillah..arRohman..arRohim.. Solawat dan salam atas Rosul junjungan serta ahli keluarga baginda. Juga para sahabat dan tabi'in. ...
-
واهاي الله! اڠكاوله يڠ ممڤوڽاءي سڬالا ڤوجيان. اڠكاوله چهاي لاڠيت دان بومي دان بارڠ اڤ يڠ اد د دالمڽ. اڠكاوله يڠ ممڤوڽاءي ڤوجي-ڤوجيان. اڠكاول...
-
Asalamualaikum. Agak lama saya tidak update sesuatu di sini. Dengan kesibukan kerja, mencari ketenangan, dengan kehadiran ahli keluarga bar...
-
Hari tu kecoh pasai Ngah Kor Ming baca ayat suci Al-Qur'an... semua pro Kerajaan melenting... dasat..! Pak Mufti pun marah, "orang...
-
Assalamualaikum wbt sahabat pembaca setia blog ini.. Melihat kepada isu kematian Chen Ping baru-baru ini ( baca - Chin Peng ),ada bebera...
Copy dan save di blog sendiri tanda anda seorang mujahideen!!
Pengunjung Terkini
Sesungguhnya mereka yang syahid itu tidak mati bahkan sentiasa di beri rezeki
Pautan Lain
- Alim Ulama Kito
- Anak Muda Zaman Sekarang,Lihatlah!!
- Assalamualaikum dato' harimau
- Bang Aji Taufik, Adun Paroi
- Belajarlah silat selagi ada nyawa
- Berita Politik Islam Malaysia
- Cina Islam
- Debat Politik
- Genta Rasa
- Ini Jalanku....
- Lobai Kampung
- Mantan Mufti N9
- Mujahideen Chechnya
- Pas Dun Johol
- Rahsia Besar Sejarah Empayar Siam/Melayu Islam
- Sham sufi
- Siyasah Syariyah
- Syeh Sambal
- Tak tahan panas,jangan klik sini..
- The blog of Alexanderwathern
- Untuk Hari Esok
- Ustaz Zaharuddin
- Wartawan melayu mengupas sejarah
Blog Archive
Nada dan Suara
Pautan: bakal isteri, isteri, mukmin, mukminah, nasihat untuk isteri, soleh, solehah, suami, zauj, zaujah
Kadang-kadang rasa jemu dengar irama nasyid. Baru ini saya terdengar di corong radio sebuah lagu popular indonesia dari kumpulan UNGU kalau tak silap saya. Sungguh mengasyikkan liriknya. Ada diletakkan bait-bait doa taubat dan sebagainya. Anda boleh mendengarkan lagu ini di saluran youtube atau klik di sini--> ungu
Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku
Andai ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan kau ambil nyawaku
Aku takut akan semua dosa-dosa ku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Andai ku tahu
Malaikat-Mu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata taubat pada-Mu
Aku takut akan semua dosa-dosa ku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa-dosa ku
Ampuni aku menagisku bertaubat pada-Mu
Aku manusia yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas di surga
Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata taubat pada-Mu
Pautan: ajal dan maut, doa taubat, hiburan daawah, ungu

Keputusan penghibur terkenal dunia, Michael Jackson, 50 menganut agama Islam baru-baru ini membuktikan agama berkenaan benar dan bukan rekaan manusia.
Agama Islam diterima oleh sesiapa sahaja termasuk superstar dunia setelah mendapat hidayah daripada Allah Taala.Islam sendiri tidak pernah memaksa sesiapa pun memeluk agama itu kerana ia merupakan agama yang benar.Penyanyi kontroversi Amerika itu menukar namanya kepada Mikaeel Jackson. Nama itu merupakan pilihannya sendiri. Mikaeel merupakan nama malaikat pemberi rezeki.
Jacko dibesar dalam lingkungan agama Kristian dikatakan mengambil keputusan menganut Islam semasa beliau menggunakan studio di rumah kawannya ketika merakamkan album baru.
Rakannya David Wharnsby seorang penulis lagu dan produser Philips Bubal menasihatkan beliau supaya memeluk agama Islam. Tindakan Jackson itu membuktikan beliau tidak berpuas hati dengan agama yang dianutinya sebelum ini. Walau pun Jackson merupakan seorang penyanyi tersohor dunia, sudah tentu dia banyak membaca untuk mendapat maklumat berhubung kebenaran Islam. Kita juga berharap penyanyi terbabit dapat mempromosikan Islam melalui tindak tanduk yang baik dan lirik-lirik lagu yang dapat memberi keinsafan kepada manusia serta mengakui kebesaran Allah. Selamat Datang mikaeel jackson kepada Agama Allah ini. Ahlan Wa sahlan Saudara se islam ku..Kami mendoakan anda!!
Pautan: michael jackson, mikaeel jackson, muallaf, muslim
Pautan: amrozi, bali bomber, mukhlas, muklas, penegbom bali
Salam Bahagia para blogger serta pembaca..
Kalau tak percaya..cuba dengar lagu yang dinyanyikan oleh Udit Narayanan dan di popularkan oleh shah rukh khan. Suratan atau kebetulan?? Lawak sungguh..klik link ini http://www.youtube.com/watch?v=BIaPv7_PTmE
Salam para bloggers serta pembaca yang di rahmati Allah..
Dahsyat sungguh fitnah masakini...bercakap negatif tentang ketuanan melayu pun kena bertaubat juga ke???
Baru-baru ini,pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menuntut Senator Datuk Zaid Ibrahim bertaubat kerana menyifatkan model ketuanan Melayu telah gagal dan mengakibatkan pembaziran sumber, tenaga dan masa.
"Zaid perlu bertaubat, jika tidak, Zaid perlu keluar dari rumpun bangsa Melayu," Bernama memetik kata dua Shahidan.
Shahidan berkata, jika bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu terus mempertikai konsep ketuanan Melayu, beliau tidak seharusnya menjadi Melayu lagi kerana sebagai bangsa Melayu Zaid seharusnya membela Melayu bukan memburukkannya.
"Beliau sepatutnya memiliki semangat Melayu dan tidak seharusnya mempertikai ketuanan Melayu secara terbuka," kata Ahli Majlis Tertinggi Umno itu.
Shahidan mahu Zaid memohon maaf kerana selama ini beliau dikenali dengan nama Melayu.
Baru-baru ini Zaid menyifatkan konsep ketuanan Melayu adalah satu kegagalan yang membawa keburukan kepada kaum itu malah konsep itu juga menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar negara.
Beliau berkata, ia juga telah dipesongkan daripada isu sebenar yang dihadapi negara.
Zaid turut mengkritik dasar yang berasaskan kaum walaupun beliau ahli Umno. sumber harakah Pendapat saya pula tentang artikel ini,bangsa melayu sebenarnya sudah berada di tahap sangat kritikal serta perlu revolusi untuk penambah baikkan. Begitu teruknya pemikiran Dato Seri Shahidan Kasim sehingga mengeluarkan kenyataan sebegini rupa? Menuntut seorang hamba Allah untuk keluar dari rumpun bangsa melayu dan bertaubat? Pemikiran apa ini? DSSK seakan menganggap Islam itu hanya milik orang melayu sahaja? Mana ada taarif taubat dalam bangsa melayu?? Yang ada hanya taubat didalam Islam sahaja.
Umum kena memahami akan sejarah. Sudah berkali-kali Rasul s.a.w ingatkan dalam hadis dan sabdanya serta Firman Allah s.w.t. Bangsa tidak akan kemana tanpa ada agama dalam sesuatu bangsa itu. Kerana agamalah (Islam),arab jadi kuat,melayu jadi hebat. Mulianya Islam disisi umat Muhammad s.a.w, maka bertudung wajib dan tutup auratlah perempuan-perempuan melayu di malaysia ini. Kerana hikmah Islamlah..kita semua lelaki dan perempuan bersunat (khatan). Adakah kita bersunat kerana kita melayu?? Kenapa bila seseorang yang non melayu bila mahu memeluk Islam,ianya dikatakan mahu masuk melayu (memeluk melayu?).
Eh..sudah-sudahlah dengan pemahaman begini. Teruk kita kena nanti pada Hari Anugerah nanti..
Pautan: islam, islam hadhari, ketuanan melayu, melayu, murtad
Salam para bloggers serta para pembaca..
Tokoh terbilang ini nama penuhnya Omar al-Mokhtar Muhammad Farhat Abridan Muhammad Mukmin Buhadimeh Abdullah bin Manaf Bin Muhsen bin Hasan bin Ikrimah bin al-Wataj Bin Sufyan bin Khaled bin al-Joshafi bin Toher Bin al-Arqa' bin Sa'id bin Uwaidah bin al-Jareh bin Khofi bin Hisham Bin Manaf al-Kabir yang berketurunan sampai kepada bangsa Quraisy.
Omar dilahirkan di perkampungan Timur Jenzur di timur Libya bersempadan dengan Mesir pada 1858M. Beliau lahir dalam keadaan yatim piatu apabila kedua-dua ayah dan ibunya meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji.
Omar mendapat pendidikan awal di desanya sebelum melanjutkan di peringkat menengah di bandar al-Jaghbub kira-kira 500 kilometer dari ibu negara Libya, Tripoli.
Beliau menetap di situ selama lapan tahun untuk mendalami ilmu-ilmu agama di tangan para ulama tersohor seperti Imam Saiyid al-Mahdi as-sanusi tokoh ulama sufi tarekat as-Sanusiyyah. Beliau sempat belajar bahasa Arab, subjek-subjek yang berkaitan dengan Syariat Islamiah, ilmu-ilmu al-Quran dan menghafaznya dalam usia yang begitu muda.
Kepintaran beliau dapat dikesan oleh para gurunya dan mendapat perhatian serius dalam setiap subjek yang dipelajari. Begitu juga bakat kepimpinan yang ditampilkan beliau semasa belajar di situ. Beliau sering dipuji melangit oleh guru-gurunya kerana contoh teladan yang ditunjukkan di samping disiplin ketika belajar.
Beliau telah diminta oleh Syeikh al-Mahdi untuk mengiringinya ke Sudan dan Chad pada 1899 ketika beliau berusia 37 tahun memimpin pasukan mujahidin as-Sanusiyyah menentang penjajah Perancis, di mana beliau sudah mula terlibat dalam jihad menentang penjajah yang sering mendatangkan masalah kepada negara.
Menyertai jihad
Libya merupakan destinasi kedua Itali selepas Turki yang ditaklukinya pada 29 September 1911 untuk melenyapkan pemerintahan Islam Othmaniyyah yang akhirnya jatuh pada 1924 di tangan Inggeris. Ia menghadapi tentangan hebat daripada tentera Itali yang mahu menakluk Libya seluruhnya, ini bermakna selepas tahun 1911, suasana untuk belajar secara formal tidak lagi dianggap munasabah, kerana di mana-mana pelosok dibanjiri dengan peluru dan bom tentera Itali.
Omar al-Mokhtar telah biasa dengan suasana itu. Ketika umurnya 37 tahun beliau telah menyertai jihad menentang Perancis di sempadan Sudan dan Chad, iaitu satu usia yang dianggap muda khususnya dalam suasasan peperangan.
Libya menanti kehadiran pasukan tentera laut Itali yang menyeberangi Laut Mediterranean untuk menyusup masuk bandar Tripoli dan Benghazi pada 1912, iaitu dianggap tahun berlakunya peperangan besar antara tentera Itali dan Libya.
Mujahidin Libya yang diketuai oleh Omar al-Mokhtar berjaya membunuh belasan tentera laut Itali, mengusir 400 daripada mereka dan merampas persenjataan perang serta alat-alat kelengkapan perang yang menjadikan pergerakan mereka lebih mudah untuk mengusir dan bertahan.
Kejayaan Omar al-Mokhtar menghadapi tentera Itali boleh dibahagikan kepada tiga aspek penting:
1. Menghalang kemasukan tentera laut Itali dari Mesir dan memperkukuh barisan mujahidin di bandar Marmarika.
2. Pengawasan mujahidin di persempadan negara-negara jiran seperti di al-'Arqub, Salnatah dan al-Mukhili.
3. Persediaan mujahidin sepenuhnya di Miswas dan Ajdabiya yang merupakan pintu masuk penjajah.
Jeneral Itali yang bertugas pada waktu itu sudah dapat menghidu pergerakan Omar al-Mokhtar serta perancangannya, maka beliau mengarahkan supaya mencetuskan peperangan hanya menunggu di Umm Syakhnab, Syalizimah dan Zuwaitinah, ia berlaku pada 1914M hingga tercetusnya Perang Dunia Pertama.
Ketokohan Omar terserlah
Perang Dunia I berlarutan antara 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918 dan ia bermula di rantau Balkan dan ketika itu juga kebanyakan negara-negara Barat atau lebih dikenali sebagai negara-negara yang menyimpan dendam kesumat terhadap Islam akibat kekalahan dalam perang Salib satu ketika dahulu. Mereka menyimpan hasrat untuk membalas dendam terhadap negara-negara umat Islam di seluruh dunia. Negara-negara yang jelas menunjukkan kebencian terhadap Islam adalah seperti Belanda, Perancis, Jerman, Itali, Britain, Sepanyol dan lain-lain.
Apabila tentera Itali mula memasuki Libya peringkat demi peringkat serta mencetuskan kekacauan pada 1922, Omar al-Mokhtar menyusun strategi untuk menghadapi kemaraan tentera-tentera Itali yang tidak diundang.
Selain sibuk dengan kelas-kelas pengajian al-Quran dengan anak-anak orang kampungnya, beliau tetap mempersiapkan generasi muda untuk bangkit berjihad ketika beliau mencecah usia hampir 50 tahun. Tetapi semangat untuk berjihad tetap membara seperti ketika beliau menemani gurunya satu ketika dahulu di sempadan Sudan dan Chad menghadapi kerakusan bala tentera Perancis.
Omar al-Mokhtar dan anak-anak buahnya yang berjihad walaupun pada peringkat awal berjaya melepasi serangan demi serangan daripada pihak Itali yang merasakan bahawa kepimpinan dan pengalamannya dalam peperangan sukar untuk ditembusi, kepimpinannya dikagumi pihak musuh, namun kehadiran tentera Itali di bumi Libya adalah untuk menaklukinya.
Justeru, mereka juga mempunyai pelbagai perancangan dan kemudahan peralatan berbanding Omar dan rakan-rakannya yang berbekalkan senjata lapuk. Namun keimanan yang cukup tingi kepada Allah SWT merupakan senjata ampuh yang sukar dikalahkan dan mereka tetap menjadi sasaran musuh untuk dikalahkan. Bagi mereka (musuh Itali) jika Omar dapat dikalahkan bermakna mudahlah Libya di bawah penguasaan mereka.
Dihukum gantung sampai mati
Akhirnya Omar berjaya ditahan. Beliau dan beberapa orang kanannya didakwa dan dibicarakan, keputusan menyebut bahawa Omar al-Mokhtar didapati bersalah kerana melawan kerajaan Itali dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Sebelum beliau digantung pada pagi 16 September 1931 di hadapan pembesar Angkatan Tentera Itali, beliau meminta izin untuk berpesan kepada seluruh rakyat Libya yang hadir untuk menyaksikan hukuman berkenaan dan jasadnya yang terakhir sebelum terkulai layu sebagai syahid.
Beliau mengingatkan kepada mereka: "Kita tidak akan menyerah dengan mudah kepada pihak musuh, kerana sama ada kita menang ataupun kita mati, ini bukanlah penghujung perjuangan kita. Bahkan kamu semua juga akan menghadapi peperangan demi peperangan, jika kamu gugur, ia akan diteruskan oleh generasi selepas kamu, adapun umur aku sendiri hanya setakat ini, tetapi ia terus hidup menjadi kenang-kenangan sampai bila-bila (sekurang-kurangnya aku telah menunjukkan jalan yang baik) untuk mempertahan agama Allah yang benar di muka bumi ini."...Al Fatihah
Salam para bloggers serta pembaca..
Selama hidup kita di dunia ini dan sebelum ajal datang menjemput,saya tanyakan soalan ini khusus pada anda dan juga diri saya sendiri...
1. Selama hidup kita,dengan cara hidup sehari-hari termasuk berpakaian,makan,solat,pergaulan dan lain-lain,adakah patut kita kata dan rasa, "aku mahu islam mengikut acuan @ cara aku sendiri" atau
2. Aku redho dengan apa yang Allah turunkan serta Rosul hadiskan?
Kita tidak menentang reformasi,revolusi tetapi jangan Islam itu di reformasi dan di revolusi kerana Agama Islam sudah tersangat moden atau hadhari (bukan islam hadhari).
Pautan: hadhorah islamiyyah, islam, islam hadhari
Salam para para bloggers serta pembaca yang di rahmati Allah...
Bukan tujuan saya hendak mengeruhkan keadaan. Tapi inilah hakikatnya bila selalu mengunakan akal tanpa tapisan Al-quran serta Hadis. Saya selalu berperang siber didalam siasahdaily. Di dalam blog ini,dimana kami sendiri pun tidak mengenali antara satu sama lain. Entah betul atau tidak,orang tua atau budak,saya sendiri pun tak tahu. Tapi cara menaip komen di siasah daily,ketara kematangannya. Saya katakan cara menaip.
Wallahu a'lam..tapi jenis insan yang kita bertemu di dalam itu,kita tidak tahu sama ada tua,muda,sb yang menyamar atau apa saja boleh berlaku. Hinggakan posting tentang tanah runtuh Akademi Pengajian Islam UM,pun nampaknya lebih tersasar dari tajuk sebenar. Apapun terjadinya sebegitu kerana adanya provokasi blogger tertentu. Ada juga yang memakai bermacam ID blogger tapi orangnya satu. Macam-macam ado! Kalau para pembaca semua ada masa,jenguklah ke siasah.Saya akui,komen yang bernas akan membuka minda.Apapun begitu, Ahlan wa sahlan..
Sedikit catatan komen dari siasah daily.
Salam wahai para pejuang kebenaran,..
Pendapat saya,teruskan perjuangan anda semua di dalam siasah ini. Betulkan mana yang tidak betul. Selama pandangan saya didalam blog ini,sedikit sebanyak anda didalam PR telah berjaya mengikis minda pengikut bn dan umno. Anda tidak percaya? Buang masa sedikit dan lihatlah semula apa komen2 yang di taip oleh mereka sebelum ini dan yang terkini. Selama ini mereka paling kuat membangkang setiap perbuatan PR,tapi dengan Kuasa Allah swt,minda mereka dapat kita ubah,walaupun sedikit. Jangan pentingkan kuantiti,tapi biarlah kualiti.
Saya percaya..biarlah pejuang di alam nyata dengan tugas mereka maka kita di sini di alam siber dengan tugas kita,insya Allah kita akan berjaya. Nasihat saya ikhlas,saya harap sahabat kita yang di dalam umno dan bn akan terus membangkang dalam blog ini. Selagi mana anda membangkang selagi itulah kebenaran akan di serlahkan melalui pertolongan Allah swt,insya Allah sahabat kita bn@umno,zali,azizah dan sekutu mereka akan bersama-sama kita dalam perjuangan. Hulurkanlah pertolongan kepada mereka,sebagaimana Nabi Nuh a.s ketika bah besar melanda dunia, menyeru anak isterinya; naiklah ke atas bahtera. Maka kisah ini wajib dijadikan iktibar kepada UMNO dan BN yang kini hampir lemas dan wajib bagi kita menghulurkan bantuan berupa nasihat,tunjuk ajar dan dorongan untuk mereka balik ke pangkal jalan.
Sebagaimana kisah Junjungan besar Rasulullah s.a.w (solla alaik),Nabi s.a.w di lempar batu ketika daawahnya,meleleh darah di dahi nabi,maka Nabi s.a.w boleh bersabar. Maka bersabarlah sebagaimana sabarnya Nabi s.a.w kita kerana apa yang kita alami selama ini sebenarnya hampir menyerupai daawah Nabi s.a.w .PAS tidak pernah membunuh ahli UMNO tetapi di bawah pemerintahan UMNO dan BN,saudara-saudara kita mati di bunuh di Memali,Kedah,di Lubuk Merbau,Perak dan lain lain tempat.Maka bersabarlah dalam perjuangan..lebihkan istiqomah. Ribuan tahun 25 orang Rosul yang dikasihiNya berjuang. Tidak kurang Rosul-Rosul juga terkorban dan para sohabat2 yang dikasihi Nabi.Maka apakah bagi kita pejuang di dalam PR hendak lemah semangat di sebabkan serangan beberapa kerat kuantiti insan di dalam blog siasah ini??
Allahu Akbar!!
Allahu Maana!!
Pautan: bn, komen, pakatanrakyat, pas, pemuda umno, siasahdaily
Assalamualaikum dan salam sejahtera para bloggers serta pembaca..
"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"
Hayati kandungannya
Bismillahirrahmanir rahim.
Artikel ni agak panjang, tapi banyak pengetahuan dan manfaat untuk kita,
insya Allah...
Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di
Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah
berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar,
dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan
dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan
semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.
Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di
Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut.
Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia
keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi
permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku
dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.
Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan
lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat
kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku
harap dia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya.
Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap
tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku
minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda
ini beranjak keluar.
Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu
bahawa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat
di wajahmu."
Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan
kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk
memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim
itupun menerima tentangan debat tersebut.
Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda
harus menjawabnya dengan tepat. " Si pemuda tersenyum dan berkata,
"Silakan!"
Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang
tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang
tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya,
delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang
tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang
tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."
"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang
dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta
namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia
tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah
dan ibu!"
"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan
siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu,
siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"
"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah
yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun
mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"
Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada
Allah.
Setelah membaca "Bismillah.. ." dia berkata,
-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan
Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."
(Al-Isra': 12).
-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika
Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika
menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan
makhluk.
-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t.
berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu
sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang
tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).
-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah
s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit.
Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas
(kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).
-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi
Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik,
katak, darah, kutu dan belalang.*
-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t.
berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali
lipat." (Al-An'am: 160).
-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat
dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya,
lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu memancarlah
daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).
-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf
ditambah dengan ayah dan ibunya.
-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh.
Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai
menyingsing. " (At-Takwir: 18).
-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi
Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami,
sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat
barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap,
Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah
mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku.
Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)
-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.
Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara
keldai." (Luqman: 19).
-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,
Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah
Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t.
berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).
-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan
batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul
Kahfi (penghuni gua).
-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya
Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita
itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).
-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,
setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran
matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah
Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam
hari dan Dua di siang hari.
Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim
tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya
dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini
disetujui oleh paderi.
Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"
Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti
keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan
kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu
terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba
mengelak.
Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya
dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak
mampu menjawabnya! "
Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut
kalian marah."
Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "
Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, Wa
Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama
Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka
dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa
Pautan: father, gereja, kalimah syahadah, kunci syurga, paderi

dipetik dari Malaysiakini.com
Oct 20, 08 1:28pm
Shamsiah Fakeh, seorang tokoh pejuang wanita terkenal yang aktif bersama Parti Komunis Malaya, menghembuskan nafas terakhir jam 9 pagi ini di kediaman anak lelakinya.
Jenazah allahyarham, 84, yang mengalami sakit tua dan dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia minggu lepas, akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Besi, Kuala Lumpur selepas Asar.
Shamsiah antara pejuang kemerdekaan aliran kiri Melayu yang gigih hingga sanggup meredah belantara Malaya.
Beliau adalah ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang berganding bahu dengan Angkatan Pemuda Insaf (API) bersama Ahmad Boestamam, ketua API dan juga pengasas Parti Rakyat Malaysia (PRM) telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah.
Shamsiah menyertai Rejimen ke-10 iaitu sayap Melayu PKM.
Beliau bersama suaminya Ibrahim, bertugas di China, Indonesia dan Vietnam dalam rangka meniup semangat nasionalisme kepada penduduk Asia Tenggara yang masih di bawah penjajahan.
Selepas terpisah daripada PKM, beliau terus berada di China menyambung hidupnya dengan bekerja di kilang besi.
Beliau sekeluarga akhirnya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termetrainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada 1989.
Setelah pulang ke tanah air, beliau menghabiskan sisa kehidupannya atas stigma sebagai seorang bekas komunis. Al-Fatihah kepada beliau.
1- Cerita olok - olok tanpa ubah suai:
Suatu hari di pagi raya di rumah terbuka MB Kelantan..
“Tok guru, HINDRAF datang ramai sekali bising - bising di luar.” royat seorang jong kako.
“Oo, biarkan mereka masuk. Raya pun buat demo juga ko?” Tanya tok guru.
“Mereka laungkan ‘Bebaskan Nik Adli dari ISA’. Mereka buat replika besar Tok Guru dan Nik Adli sekali.” Sampuk budak Unit Amal di sebelah.
“Oh, terima kasih atas sokongan mereka. Ini baru betul, bising - bising di pagi raya. Mereka nak bertakbir pun boleh saja.” jawab Tok Guru ceria sekali sambil bergerak nak menyambut HINDRAF.
“Ayah, replika tu?” Aku tersengih - sengih tanya pandangan. Tak dak pulak replika aku.. blogger..
“Mereka Hindu. Budaya mereka begitu. Tak tengok ke masa belajar kat India dulu?” Jawab ayah, selamba rock je.
“Replika ayah tu? Besar tu!” aku memuncung mulut ala ‘carburator dung’..
“Duh bagi tahu mereka dekat balik nanti, replika tu tak payah dipacak - pacak kat mana - mana. Islam tak suka cara tu. Kalau mereka tanya kenapa, jawab, orang Melayu Islam tak boleh berlebih - lebih buat semacam patung. Kalau mereka tanya lagi kenapa, jawab, balik tanya Gobalalah. Gobala tahu jawaban tu. Dia tahu banyak pasal Islam sebab dia dah lama kenal PAS.” Ayah bersyarah. Suruh aku pulak..
“Jangan bagi mereka terasa hati. Banyak duit mereka habis tu nak tunjuk simpati pada kita, AlhamduliLlah” Tambah ayahku mengajar berhikmah. Nasib baik, aku nak rembat je.. Aku sokong 3M. 2M pun sokong.. apatah 2TG!
( jawaban ayah aku tu sebenarnya jawaban aku la. Nama lagi cerita olok - olok. )
2) Cerita benar dengan ubah suai:
Suatu hari di pagi raya di rumah terbuka PM Malaysia:
“Datuk Seri, HINDRAF datang ramai sekali menjerit - jerit bising - bising di luar. Bangang betul!” Kata seorang tukang kipas.
“Haa, HINDRAF? Tak pa laa. Pak Lah bagi masuk. Aduh, nak apa lagi? Samy Velu dah aku pecat dah..? Mata Pak Lah tercelik luas - luas tanda sedar, tak tidur.
“Mereka laungkan ‘Bebaskan HINDRAF dari ISA’. Mereka junjung replika besar Anwar dan Azizah.” Sampuk mek puteri UMNO di sebelah tukang kipas.
“Mengapa sungguh tak beradab sekali HINDRAF ini. Pembangkang memang tak jaga sopan santun budaya rakyat Malaysia!”
“Guna ISA tu yang lagi tak beradab!” Tiba - tiba tersembur peluru nyaring dari belakang. ”Opss, Zaid Ibrahim kata, bukan saya.” Muhyidin Yasin menutup mulut, tersasul pulak. Pecah dahh..
“Tengok tu, dengan Najib pun mereka tak bersalam. Huh, Anwar dah jadi patung dipuja - puja pula. Ini bukan budaya kita! Dah lah gitu, membazirkan wang saja” sampuk Ali Rustam sambil menyinsing lengan melihat jam tangan baru. Rosmah bagi.. Harga taklah sampai sejuta pun..
“Aa aaa, ini haram li zaatihi nih! Yang sembah tugu negara tu haram li ghoirihi saja. Niat baik tak apa laa.” Seorang ahli Majlis Ulama UMNO mengeluarkan fatwa pertama selepas dilantik semalam!
Moral cerita: Buat baik dibalas baik, buruk dibalas buruk. Demontrasi adalah isi demokrasi. ISA adalah jenayah rimba. Hapuskan ISA. Jangan jadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul. Hormati budaya sesama kita. UMNO mabuk lautan lupa daratan. Ulama UMNO adalah terompah kayu. Elak perpecahan sesama sendiri. Bersatu teguh bercerai roboh. Islam adalah penyelesaian. Sentiasa mencari jalan hikmah. Replika besar manusia hendaklah dijauhi demi menutup jalan syirik. Sokong komen Dato Presiden. Sokong nasihat Dr Asri. Tahniah Unit Amal!
( Malam ni free sikit. Asah bakat berkarat. Skrip ni lulus tak untuk IKIM.FM? ) sumber
salam para bloggers serta para pembaca,
Ramadhon ini sebenarnya banyak mengungkit kenangan manis yang tak dapat saya lupakan. dari kecil hinggalah dewasa,ramadhon banyak mengajar erti kesusahan pada diri saya. Kesusahan orang yang tidak dapat makan di waktu kita kenyang dengan pelbagai makanan. Ramadhon juga adalah satu bulan dimana penganut bukan beragama islam sangat suka membeli berbagai juadah yang tidak dapat di hari hari biasa. Ramadhon jugalah ketika saya kecil,saya rasakan air satu kolam di bilik mandi seumpama air sirap.(haha) Teringat masa kecil dahulu,peritnya waktu belajar puasa,saya sering mandi. Perbuatan itu selalu di tegur ummi. Sehinggakan pada satu masa,saya tidak dapat menahan dahaga,saya minum air kolam di bilik air. Ummi menegur "dzul,jangan mandi lama sangat,nanti batal puasa!!" seraya saya menjawab "iyolah mak,den nak keluar lah ni,uhuk,uhuk," sambil terbatuk akibat mendengar ummi memberi amaran. " Ha!! Ekau tak poso ko? Tu batuk tu? Minum air kolam yo?" Aduhh...malunya saya mengenangkan peristiwa hitam itu. Nak buat macam mana? saya budak masa itu. Tak tahu apa erti puasa.
Peristiwa ini pula berlaku 3 tahun lepas,yang ini lagi saspen. Biasanya bulan ramadhon,ummi berniaga air soya. Ntah macam mana,petang itu adik saya pula yang menggantikan ummi menjual air soya dan ruz bil laban(sejenis manisan arab). Untuk pengetahuan umum,bulan puasa ini biasanya suhu kesabaran seseorang mudah tercalar. nak jadi cerita ada seorang lelaki bermata sepet bukan islam datang ke gerai. Sambil melihat juadah,sambil itulah dia makan di depan adik saya ini. Adik saya ini bukannya hendak menyalahkan lelaki ini,tetapi biasalah,mudah terliur apabila nampak orang makan.Pulak petang itu tersangat panas,ditambah kepanasan hati adik saya ini lalu menegur lelaki sepet itu dengan cara baik, "tauke,lu jangan makan sini.kita semua puasa,tadak elok ini macam" memikirkan balik kata-kata adik saya ini macam mengekang kebebasan seseorang mengamalkan cara hidup,tapi sebenarnya kalau dikaji balik kehidupan kami dikampung sebenarnya kami saling hormat menghormati antara satu sama lain. Mengikut cerita adik saya,lelaki itu memang sengaja nak menyakitkan hati adik saya dengan memakan dengan cara lahap seolah-olah mengejek kami yang berpuasa. Mulanya lelaki itu tak mengendahkan cakap adik saya. Lalu adik saya mengulangi sekali lagi perkataannya. Maka tetiba lelaki itu menempik " lu jangan macam-macam sama gua oo" adik saya yang dah panas hati dengan cara lelaki itu bercakap hanya mendiamkan diri.Maklum saja kita sebagai peniaga,malas nak banyak cerita.
Dalam masa 10 minit selepas itu,lelaki itu membawa seorang lagi lelaki sepet lalu berlaku lah pertikaman lidah. Tak di sangka lelaki yang kedua menumbuk adik saya itu dan lelaki pertama pun bersama-sama membelasah adik saya. Adik saya apa lagi,buka langkah hendak mempertahankan diri. Mana adil!! 2 lawan satu!!. Yang saya amat kesal,ramai pemerhati hanya melihat dari meleraikan!!. dalam 5 minit barulah mereka selesai bergelumang. Baju adik saya koyak rabak,lantas balik ke rumah untuk mengantikan baju yang baru. ketika balik itulah ummi saya melihat lalu menegur dan ingin mengetahui apa yang terjadi. Adik saya menceritakan dengan jujur. Ummi terus menghubungi saya dan menceritakan apa yang terjadi. Setelah di amati akan rupa dan nama orang yang menyerang,saya terus selongkar almari,cari keris pusaka.Haha..ingatkan rasanya nak jadi panglima tapi saya batalkan niat itu. Terus saya keluar ke pekan dan cari lelaki tersebut berseorangan. Akhirnya saya jumpa dia tengah minum di sebuah kedai melayu. Lantas terus saya menerpa ke arahnya. Lelaki sepet itu tidak tentu arah melihat saya datang lantas berselindung di belakang seorang pegawai polis yang saya kenal. Merayu rayu lelaki itu dan terus mengaku yang dia mabuk masa memukul adik saya tadi. Sekejap saja pekan itu sudah menjadi 'panas'. Orang sudah ramai mengerumuni saya dan memberikan kata semangat supaya terus pukul saja lelaki sepet itu. Memang..kalau di ikutkan hati,memang saya nak patah riukkan saja dia. tapi saya sedar,perbuatan saya akan menimbulkan kerumitan apabila berdepan dengan undang-undang. Dah lah saya datang menyerang,tak pasal pasal pulak kedalam. Pegawai polis yang ada disitu terus menyabarkan saya agar tidak menimbulkan provokasi. Saya naik angin lalu menempik polis itu supaya jangan masuk campur.
Akhirnya seorang pegawai polis dari balai berdekatan datang lalu memujuk saya supaya tidak meneruskan niat saya untuk memukul lelaki itu. Saya akhirnya tersedar dari amarah,kerana pegawai itu saya hormati dan merupakan sahabat baik saya lalu pegawai polis itu membawa saya ke balai untuk membuat laporan polis. Di balai polis,saya dan adik serta 2 orang lelaki sepet itu memberikan keterangan. Alhamdulillah,kemenangan memihak kepada saya kerana lelaki sepet itu memukul adik dalam keadaan mabuk. Agaknya lelaki itu telah sedar dari 'peningnya' lalu dia memeluk saya serta adik dan merayu-rayu meminta maaf. Di depan pegawai polis itu saya memberikan amaran kepadanya,agar tidak melakukan perbuatan ini dan jika berlaku juga maka lelaki sepet itu akan menerima akibatnya. Lelaki itu bersetuju dan berjanji...
Sebenarnya untuk pengetahuan semua,lelaki ini sebenarnya telah banyak kali melakukan perkara sebegini cuma nasib,kesnya tidak pernah sampai ke balai polis. Kejadian pada hari itu sampai hari ini saya ingati dan saya belajar banyak perkara berikutan kejadian itu. yang pentingnya SABAR. Juga kita perlu mempelajari seni mempertahankan diri,tak semestinya ancaman itu datang dari lelaki sepet tapi mungkin dari kaum kita sendiri. Dan peristiwa itu mengajar banyak erti kehidupan ke atas saya...

