Nada dan Suara

...
8:16 PTG

Jangan kau datang wahai cinta..


Malam itu..
Ba'da solat sunat yang jarang ditunai..
Wahai Allah Ilham Kau singgah..
Menyeru dengan kalimah..
Dengan menyebut sifat Ar-Rohman..
Ar-Roheem..
"Sabbihis marobbikal a'la"
Puas ku baca puas ku daki..
Jalan yang Kau tunjuki
Aku lalui..
Apakah rahsia Ilham ini..
Hingga akhir QalamMu
Aku Talaqqi..

Malam itu..
Ianya belum kesudahan..
"Illa masha Allahu,innahu
ya'lamul jahro wama yahfa
"
QalamMu memberi ingat..
Tersedu hati..
Menangis jiwa..
Allah..Allah..Allah..
Cukuplah rindu ini..
Agar tidak merindu nafsu..
"Wal Akhirotu Khoirun Wa Abqo"
Haza faqod..

Penghujung sepertiga laila..
Sedu hilang,Ruhani hampir..
Jiwa ketakutan..
Terfikir akan Ilham..
Masih adakah jalan pulang?

Wahai Allah..
Ku Panjangkan Qunut..
Air Mata deras melaju..
Merayu Ar-Rohman..
Menagih Ar-Rohim..
-hasil karya dzulhaqq

Pengikut yang tidak taasub