Nada dan Suara

...
12:58 PG

Ampunkan saya bang!! huhuhu - Malaysiakini






Nasib kaulah mat oii!!! huhuhu....

3:20 PTG

Jemputan ke MAJLIS " WELCOME HOME" ALUMNI SEMENDA

"semenda,semenda astana raja,semenda,semenda semangat jaya,memimpin kami membina bangsa,lambang kemajuan kita.." Salam….

Alumni SEMENDA akan diadakan pada

Tarikh: 26/06/2010 (Sabtu)
Tempat: REPLIKA MUZIUM RAJA MELEWAR, ASTANA RAJA, KOTA, NEGERI SEMBILAN.
Masa: 8.30am – 5pm
Aktiviti: TELEMATCH, SESSI BERGAMBAR BERSAMA, CABUTAN BERTUAH

Setiap alumni dikehendaki membayar YURAN PENYERTAAN seperti berikut:

i) RM 80 setiap keluarga ( 1 t-shirt, cenderahati, minum pg, mkn tghari dan minum ptg, telematch, anak2 percuma)

ii) EXTRA RM 30 untuk pasangan yg juga EX-SEMENDARIAN


iii) RM 50 untuk ahli alumni yang bujang

Setiap ahli alumni dikehendaki mendaftar nama pada wakil setiap batch yang telah dilantik seperti berikut:

SPM ‘91 ANIZAR MOHD NOR 0193668807
SHAM @BANDEL 019-6675537 begin_of_the_skype_highlighting019-6675537end_of_the_skype_highlighting

SPM ’92 AZLIZA AZIZ 017-3356657


SPM ’93 FIRUZ MAHATDIR 016-2204356 @ 016-3374356


SPM ’94 KASIH QISTINA (EIJA) 012-9741471
ASHIEKIN HAMDAN 019-3838119

SPM ’95 LEEZA MAMIA 012-3208723
AJOI JAWA (AJUL) 0132007971 @0194771978

SPM ’96 HERWAN SHAM (BOB) 019-2230612
LINDA 019-2311878

SPM ’97 MAISARA SAFEI (CALA) 017-6696850 @ 019-3562585
AHMAD TAJUDIN 012-3679900

SPM ’98 MAZALINA ISHAK 012-3377857
De’ HAVOC (IETA) 017-635 3468

Yuran penyertaan hendaklah dibayar sebelum 05/06/2010 pada wakil setiap batch bersrta kan saiz baju (free saiz, L, XL, XXL). Pada setiap batch yang tiada wakil boleh mendaftar disalah seorang wakil yang dilantik. Sebarang pertanyaan sila rujuk pada wakil batch atau ANIZAR MOHD NOR, SHAM @BANDEL, KASIH QISTINA, MAISARA, atau AHMAD TAJUDIN.
Semoga kehadiran anda semua meriahkan majlis ini.
Sekian. Terima kasih

11:34 PTG

Cerita dan gambar2 dari gaza

Email dari seorang sahabat dan minta dikongsi dengan semua pembaca... harap dapat sebarkan untuk dikongsi dan dihayati bersama...

Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yang pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke syarikat kami untuk berkongsi pengalamannya pergi ke Gaza baru-baru ini. Persatuan Islam Pekerja yang anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat-sekat sebab dia kata dia tak dapat lupakan pengalaman yang dia akan kenang sampai mati.

Ada beberapa perkara yang mahu saya kongsi bersama kerana ianya membuatkan tidur saya tidak lena...

Mesir

Razali kata, ini Firaun moden. Nama je Islam tapi dah terlalu sekular. Sanggup kencing di dinding-dinding masjid.

Mesir sekat sempadan sedangkan hanya itu sahaja jalan darat hendak ke Gaza . Makanan dan ubat-ubatan semuanya rosak di sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Mesir-Gaza berada dalam kawasan sepanjang 14 kilometer. Kalau lah tiada sekatan, rakyat Palestin takkan kebuluran...

"Mesir lebih rela bersempadan dengan Israel daripada bersempadan dengan Hamas, Apa punya manusia ni..!", kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali beritahu rakyat Palestin yang dia interview, di Malaysia, tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestin…

Berapa banyak checkpoint dia kena lalui di Mesir… tapi dengan pertolongan Allah SWT, semuanya berjaya dilepasi... tapi perit nya... yang mintak rasuah… charge naik bas sejauh 500 meter ialah RM70!!!

Memang sekutu kuat Amerika and Israel (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar... lebih baik hantar ke negara Islam lain... UIA pun dah bagus!!!)

Gaza (Palestine)

Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah… Belah Fatah ada Kasino!

Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !

Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yang ni).

Razali kata rakyat Palestin sangat berpegang teguh kepada ajaran Islam dan mazhab Shafie. Orang Palestin sangat baik dan peramah jika dibandingkan dengan Pak Arab di Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama... tapi dia mention Hashim…).

Beautiful country, iklim Mediterranean. boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas

Memang kalangan yang rela mati sebab mati syahid. Rela mati bila-bila masa. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia orang ucap "Kalau anda datang lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi?"…macam mereka tahu yang mereka akan mati bila-bila masa sahaja.

Tulang-temulang manusia yang melekat di dinding bangunan-bangunan yang rosak akibat dibom Yahudi/Zionis, tak busuk walau dah berminggu!

Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel… punyalah jahat bangsa Yahudi/Zionis, kubur pun dibedil konon tempat simpan senjata.

Hamas ada 25,000 org... tak de senjata canggih tapi yang mati hanya 100 lebih je!!!

Hamas ni beroperasi di bawah tanah dan mereka berada dimana-mana saja. mereka beroperasi dalam kumpulan-kumpulan kecil.

Isteri-isteri kepada yang mati syahid, hanya ada satu misi, untuk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa semula suami masing-masing di syurga...

Bagi mereka, kanak-kanak yang mati berada di sisi Allah SWT.

Menurut seorang ibu yang anaknya mati syahid, hari ni sorang mati, esok pasti lahir seorang lagi bayi yang bakal menjadi pejuang Islam...

Israel

Memang pengecut sebab tak berani berperang secara berhadapan dengan Hamas. di darat hanya duduk dalam kereta kebal. lepastu serang dengan bom pintar atau bom fosforus dari jarak jauh.

Dia org tau Hamas ada penembak tepat! jadi mereka takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun untuk tumbuh balik. Biar rakyat Palestin kebulur dan tak de sumber pendapatan.

Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakan...

Rakyat Palestine

Sedih Razali tengok dia orang rebus rumput sebab dah tak de makanan.

Kanak-kanak tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!

Di hospital - pembedahan, jahit kulit ke apa ke… terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab - ubat dah tak de.

Razali kata dia tak tahan dia tengok budak-budak menjerit-menjerit kesakitan bila kepala di jahit!

Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yang telah dibedil dengan bom fosforus... sebelum serangan ada beberapa orang doktor sedang bedah pesakit… Razali kata tak de apa yang tinggal... semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit-sikit disana-sini… Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang… Nauzubillah.

Ada banyak lagi... tapi terlalu panjang untuk ditulis. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza... jadi, inilah yang diceritakan oleh beliau.

Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA ialah negara jiran kita yang paling dekat iaitu SINGAPURA! jadi Razali kata kalau kita shopping dekat sana macam kita sokong Israel.

Jadi kawan-kawan, kita terus berdoa dan berdoa untuk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

Wassalam

Gambar-gambar untuk dikongsi bersama - UNRWA School di Beit Lahia, Gaza, Palestin ketika di bom Yahudi/Zionis...















10:02 PTG

Rosulullah s.a.w sudah di bicarakan dalam kitab suci hindu - Malaysiakini

Seorang professor penyelidik pakar bahasa India dari Universiti Alahabad, dalam buku hangatnya, telah menerbitkan buku mengenai Kalki Avatar bererti Pembimbing Agung. Beliau mendakwa bahawa gambaran mengenai Kalki Avatar yang terdapat didalam kitab suci Hindu yang sebenarnya adalah Nabi Muhammad s.aw.

Di India adalah merupakan faktor benar bahawa sejurus selepas sesuatu buku dilancarkan akan menjadi suatu bahan bualan dan gossip seluruh negara. Jikalau sekiranya pengarang buku ini, seorang muslim, sewajarnya dia akan ditangkap dan atau beliau akan dibunuh dan semua buku bukunya akan ditarik balik dari berada dipasaran. Hingga ketahap dimana ianya akan tidak dibenarkan untuk diulang cetak.

Tunjuk perasaan dan keganasan akan tercetus terhadap insan muslim yang tidak berdosa dengan pertumpahan darah dimana mana. Yang menakjubkan bahawa pengarang buku ini adalah seorang yang berfikiran sederhana dan professor khusus yang secara kebetulan adalah seorang Hindu.

Nama beliau ialah Mr. Pandit Vedaprakash Upadhal, manamakan tajuk bukunya sebagai "Kalki Avatar. Pengarang adalah penyandang sami berugama hindu Brahmin berasal dari Bengali. Penyelidik sekular.

Menurut kepercayaan penganut hindu, ada digariskan gambaran dan panduan tentang pemimpin yang bernama Kalki Avatar , ia sangat bertepatan hanya dengan Nabi Muhammad s.a.w. Jadi penganut hindu diseluruh dunia tidaklah perlu menunggu lagi akan kedatangan Kalki Avatar (semangat/roh) yang dimaksudkan.

Sewajarnya mereka segera menerima kenabian nabi Muhammad s.a.w Bin Abdullah sebagai pesuruh Allah (Kalki Avatar) yang dimaksudkan oleh kitab suci hindu mereka itu. Fakta fakta dan penemuan mengenainya telah disahkan oleh lapan pandit sami kanan hindu yang lain yang mengatakan penganut hindu selama ini menghanyutkan diri mereka dalam penantian yang tidak berpenghujung, sedangkan pesuruh tersebut telah pun muncul dan telah pun wafat 14 abad yang lalu.

Pengarang mengemukakan bukti yang kukuh saperti dibawah yang digali dari kitab Vedas serta buku buku suci ugama hindu yang lain bagi membuktikan kebenaran hujah beliau:

1. Didalam ramalan Prophecy Hindus Purana (Buku suci hindu) telah dinukilkan bahawa Kalki Avatar adalah pesuruh tuhan yang terakhir dimuka bumi ini untuk pertunjuk bagi seluruh dunia dan seluruh manusia dialam ini. Alqur'an telah memberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi yang terakhir buat pertunjuk seisi alam termasuk Jin dan manusia.

2. Menuruk ramalan ugama hindu, kelahiran Kalki Avatar akan berlaku disuatu tempat menyerupai pulau (negeri dikelilingi padang pasir) dan mengikut ugama hindu ianya di kawasan bumi Arab.

3. Didalam buku hindu, nama bapa dan emak Kalki Avatar dikenali sebagai VISHNUBHAGAT dan SUMAANI. Jika kita lihat makna bagi kedua nama tersebut, akan kedapatan sesuatu yang menarik untuk direnungi. Lihat, VISHNUBHAGAT = Vishnu beerti tuhan + Bhagat beerti hamba, diterjemah dalam bahasa arab, tuhan itu ALLAH + hamba itu Abdul = Dicantumkan akan menjadi ABDULLAH (bapa kepada Nabi Muhammad s.a.w) Manakala SUMAANI beerti aman atau tenang yang didalam bahasa arab AMINAH (nama emak Nabi Muhammad s.a.w).

1. Dalam buku buku ugama hindu, dinukilkan bahawa bahan makanan asas Kalki Avatar ialah buah tamar dan zaitun. Beliau merupakan seorang yang amanah lagi jujur dan paling dipercayai seluruh masyarakatnya. Tak dapat disangsikan bahawa makanan asas Nabi ialah buah Korma dan zaitun. Nabi Muhammad s.a.w juga mempunyai akhlak sebegini tinggi dan dipercayai oleh setiap orang dan masyarakatnya.

2. Dinukilkan juga dalam Vedas, bahawa kelahiran Kalki Avatar akan berlaku ditengah tengah kalangan keturunan yang dihormati. Ini bertepatan dengan dimana Nabi Muhammad dilahir dari golongan Quraish yang terkenal sangat dihormati oleh masyarakat ketika itu.

3. Dalam buku tersebut juga dinukilkan bahawa Tuhan akan mengajar Kalki Avatar melalui malaikat didalam Gua. Bertepatan dimana Allah telah mengajar Nabi Muhammad s.a.w dengan memerintahkan Malaikat Jabrail untuk mengunjungi serta mengajar nabi berupa Wahyu didalam gua yang bernama Gua Al Hira.

4. Juga dinukilkan bahawa tuhan akan memberi kenderaan yang pantas buat Kalki Avatar untuk mengembara keseluruh alam maya serta naik kelangit hingga kelangit ke 7. Ini bertepatan dengan apa yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.aw dalam peristiwa Isyra' dari masjidi haram di Mekah ke masjidil al aqsa di Palestin Dan Mi'raj nabi kelangit ke 7 dengan menunggang seekor Burak dalam satu malam.

5. Dinukilkan juga dalam buku tersebut bahawa Kalki Avatar akan diberikan pertolongan yang luar biasa oleh tuhan, ini terbukti jelas bahawa Allah telah memberi bantuan luar biasa kepada Nabi Muhammad s.a.w didalam peperangan Uhud dan yang lain lain.

6. Yang menakjubkan dinukilkan juga bahawa Kalki Avatar akan dilahirkan pada 12 haribulan. Ini bertepatan sekali bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan pada 12hb Rabiulawal (kelendar Islam).

7. Dinukilkan juga dalam Vedas bahawa Kalki Avatar adalah merupakan seorang penunggang kuda yang baik dan ahli main pedang yang cekap, ini bertepatan dengan Nabi Muhammad s.a.w yang terkenal dalam bidang berkenaan. Lagipun pengarang mengajak penganut ugama hindu berfikir bahawa zaman kuda dan pedang telah berlalu dan kini manusia menggunakan senapang dan roket. Adalah sesuatu yang dangkal mengharapkan datangnya Kalki Avatar yang ditunggu tanpa penghujung, walhal ia telah pun muncul 1400 tahun yang lalu.

Dalam al qur'an telah diceritakan tentang ciri ciri dan tanda tanda mengenai Nabi Muhammad s.a.w dengan jelas dan bertepatan apa yang dinantikan oleh penganut hindu terhadap Kalki Avatar. Pengarang telah memberi hujah hujah yang mengatakan Kalki Avatar yang dimaksudkan itu adalah Nabi Muhammad s.a.w dan kepada yang masih lagi menunggu akan kedatangan Kalki Avatar? Sewajarnya penganut hindu wajib berfikir semula dan renungilah akan kebenarannya.

3:12 PTG

Norway mengharamkan iklan arak sama sekali,malaysia? - malaysiakini

Perhatian!! Entry di bawah ada sedikit edit untuk memudahkan pembacaan.

Norway adalah negara sekular. Di dalam perlembagaan Norway, tiada peruntukan "Islam Agama Persekutuan" seperti dalam Perlembagaan Persekutuan. Norway pula hampir tiada orang Islam kerana bilangan orang Islam amat sedikit. Namun, soalnya sekarang mengapa negara Norway boleh mengadakan undang-undang arak yang JAUH lebih KETAT berbanding Malaysia di bawah pentadbiran Kerajaan?

Dan saya sengaja membawa contoh Norway kerana Norway adalah tergolong dalam negara maju dan berdaya saing. Malahan, daya saing Norway JAUH lebih tinggi dari Malaysia. Dan, Norway adalah negara yang jauh lebih kaya dari Malaysia. Norway juga antara negara dalam dunia pengeluar barangan teknologi tinggi. Misalnya, Norway mengeluarkan jenama barangan komunikasi "NERA". Malaysia sendiri mengimpot semua barangan telekomunikasi dari luar negeri.

Jelas kepada kita, Kerajaan hanya menanam tebu di bibir. Mereka heboh dalam bab "kalimah Allah" tapi benda yang jelas haram seperti arak dan judi, Kerajaan boleh biarkan serta galakkan.

Walaupun Norway tidak mengharamkan arak sama sekali, namun segala bentuk iklan arak diharamkan di Norway. Sebagai contoh pada 2008, sebuah pasukan bolasepak dari England bernama Everton FC telah menentang sebuah pasukan bolasepak Norway bernama SK Brann. Everton FC mengiklankan jenama beer “Chang” di atas jersey bolasepak mereka.

Namun, sewaktu mereka bermain di Norway, mereka terpaksa bermain dengan jersey kosong kerana undang2 Norway mengharamkan iklan arak dalam apa-apa bentuk sekalipun. Sila rujuk gambar di bawah:



Padahal, di waktu biasa, pemain yang sama seperti diatas akan memakai jersey seperti ini:



IKLAN ARAK DI MALAYSIA TIDAK HARAM

Berlainan di Malaysia, arak masih boleh diiklan di akhbar-akhbar bukan Melayu, di panggung-panggung wayang dan di beberapa media yang lain. Malahan, pada satu masa dahulu, Carlsberg telah menjadi penyumbang kepada Sukan Komenwell dan ianya dilakukan secara terbuka.

Yang menghairankan adalah Norway adalah negara bukan Islam, tiada peruntukan “Islam sebagai Agama Rasmi” di dalam perlembagaan Norway, tiada slogan seperti Islam Hadhari dan hampir tiada orang Islam di Norway.

Tapi, undang-undang arak lebih ketat di Norway berbanding Malaysia. Norway berpendapat kalau diizinkan iklan arak hanya akan menggalakkan lagi rakyatnya minum arak. Hasilnya nanti masaalah ketagihan arak di Norway akan bertambah buruk dan tidak dapat dikawal.

Juga Norway adalah negara yang lebih maju dan lebih kaya dari Malaysia. Namun, mereka lebih ketat mengawal arak berbanding Malaysia.

MELAYU/ISLAM DUDUK DI LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT ARAK

Pada masa yang sama juga, Kerajaan mengizinkan orang Melayu Islam dilantik menduduki Lembaga Pengarah Carlsberg dan Guiness Anchor. Sila rujuk contoh di bawah yang diambil dari laman web Carlsberg:



Melayu Islam diizinkan Kementrian Kewangan (bawahKerajaan) untuk duduk dalam Lembaga Pengarah Calrsberg dan Guiness Anchor. Itu tandanya Kerajaan menyokong industri judi dan arak di Malaysia.

Kesimpulannya, Kerajaan bersikap munafik dalam isu arak. Di hadapan rakyat umum, mereka bersandiwara kononnya berjuang Islam. Tapi, hakikat sebenarnya mereka adalah penaja dan pengempen arak nombor satu. Negara Norway yang lebih maju.

Syukurnya saya tidak menjadi penyokong Kerajaan. Sekurang-kurangya akidah dan agama saya terselamat dengan tidak menyokong Kerajaan. Sokongan Kerajaan pada industri arak dan judi ini akan menyebabkan akidah dan agama saya hancur.

Dzulhaqq - Kerajaan tu siapa? Korang letaklah sendiri..

2:45 PTG

Perhatian semua!! Saya sokong lesen judi bola sepak sempena world cup - malaysiakini

Saya mengucapkan syabas di atas keberanian kerajaan 1Malaysia dengan cadangan ideal mengeluarkan lesen pertaruhan halal sempena kehadiran World Cup dan juga Piala Thomas nanti.

Kita sebagai rakyat tidak harus hanya memandang serong terhadap tindak-tanduk kerajaan. Janganlah kita hanya tahu mengkritik tanpa mengambil kira pandangan dan faktor dari pelbagai sudut.

Memang benar bagai dikata, sekiranya kerajaan tidak mengeluarkan lesen yang halal untuk perjudian Piala Dunia, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan yang akhirnya menyebabkan kecacatan dalam pemerintahan negara.

Seperti sebelum ini, saya juga menyokong pemberian kondom percuma kepada remaja-remaja yang mahu mempraktikkan cara-cara menghasilkan zuriat, sebagai sumber pembelajaran dan sumber rujukan supaya gejala pembuangan bayi dapat dielakkan. Ini kerana sekiranya kondom tidak disediakan, perlakuan seks secara bebas pasti tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan jabatan agama.

Oleh demikian, dicadangkan juga dengan pemberian kondom tersebut, pakej seterusnya ialah menawarkan bilik hotel dengan kadar separuh bayaran, supaya gejala ini tidak berlaku di taman-taman bunga yang akhirnya akan mencacatkan pemandangan. Jika bilik hotel ini tidak disediakan, pasti taman bunga, rumah terbengkalai, panggung wayang, tangga-tangga apartment menjadi sarang melepaskan maksiat.

Justeru itu saya juga ingin mencadangkan agar lesen pelacuran juga diperkenalkan kerana aktiviti sosial seumpama ini tidak lagi dapat dibendung oleh pihak berkuasa. Contohnya yang berlaku di lorong Haji Taib, pusat-pusat karaoke dan rumah-rumah urut. Daripada membiarkan gejala ini berlaku secara haram, adalah lebih baik kerajaan menawarkan lesen pelacuran dengan cukai yang tinggi, lantas langkah anjakkan paradigma ini memberi pulangan terhadap kantung kewangan negara.

Pengeluaran lesen pelacuran halal ini juga akan membuka ruang kepada pelancung dari negara china untuk berkerjaya dengan lebih profesional kerana selama ini mereka kerap mengambil kesempatan di atas kapasiti pas lawatan sementara. Dengan kebenaran ini, ia memberi ruang kepada warga tempatan yang melalui kesempitan hidup agar mencuba nasib sebagai pelacur berlesen. Tidak kurang juga kekosongan jawatan sebagai bapak ayam berlesen.

Pihak kerajaan 1Malaysia memang prihatin keperluan semasa kerana Islam 1Malaysia itu adalah Islam yang mengikuti peredaran zaman. Kita sebagai rakyat yang bijak tidak harus hanya tahu memberi kritikan lantang semata-mata.

Tanpa kerajaan 1Malaysia, sudah pasti negara ini kucar-kacir dan berada di dalam kegelapan zaman. Kita akan ketinggalan arus sekiranya tidak menyokong kerajaan 1Malaysia kerana tanpa 1Malaysia, maka tiadalah jalan raya, tiadalah hospital, tiadalah sekolah, tiadalah empangan, tiadalah kapal selam yang tidak boleh menyelam, tiadalah pili air, tiadalah menara berkembar, tiadalah pusat judi 4 nombor ekor, tiadalah proton saga, tiadalah litar F1, tiadalah masjid kristal berupa vincent tan, tiadalah macam-macam lagi dan mungkin juga, tiadalah agama...

Revolusi ini menuntut setiap nafas yang dihirup itu dibayar dengan keazaman menegakkan keadilan !! sumber edyes

11:38 PTG

Ciri-ciri blogger berwibawa!! - Malaysiakini

Di antara ciri-ciri untuk menjadi blogger yang berwibawa di antaranya adalah:-

1. PASTIKAN KESAHIHAN SESUATU CERITA YANG HENDAK DI POST DI DALAM BLOG . GAGAL BERBUAT DEMIKIAN MEMUNGKINKAN ANDA DI DAKWA UNDANG UNDANG!!

2. BILA ANDA TELAH MENCIPTA BLOG SAMAADA PERIBADI ATAU UNTUK UMUM,TERUTAMANYA UNTUK BACAAN UMUM,PASTIKAN ANDA MEMBIARKAN SEGALA KOMEN DARI PENGUNJUNG TIDAK PERLU DI SAHKAN KERANA INI AKAN MENUNJUKKAN BAHAWA ANDA BUKAN SEORANG BLOGGER YANG AGAK MEMILIH-MILIH SESUATU KOMEN KHUSUSNYA KOMEN YANG MENYOKONG ANDA. JIKA ANDA TAKUT KOMEN ITU BERBAUR HASUTAN,REPOT SAJA PADA POLIS KERANA POLIS LEBIH PAKAR DALAM BIDANG MENGESAN I.P ADDRESS TERMASUKLAH KOMEN DARI anonymous.

3. APA YANG PENTING,SETIAP BLOGGER ITU BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA PENULISANNYA,SAMAADA 'DI DUNIA 'JUGA 'DI AKHIRAT'.

4. MAKSUD FRASA 'DI DUNIA' ITU BEERTI JIKA POSTING ANDA BERBAU UGUTAN,MAKA ANDA DI TUNTUT UNDANG UNDANG NEGARA. ADA SESUATU KES BERLAKU BLOGGER MENULIS TENTANG SUATU KEBENARAN TETAPI IANYA TIDAK BENAR DARI SEGI UNDANG UNDANG NEGARA,MAKA BLOGGER TERSEBUT HANYA DI DAKWA DI DUNIA IBARAT KATA IMAM SYAFIE 'DUNIA ITU PENJARA BAGI ORANG MUSLIM'.

5.MAKSUD FRASA 'DI AKHIRAT' ITU BEERTI SETIAP PENULISAN KHUSUSNYA DALAM BIDANG AGAMA ISLAM. JIKA PENULISAN ITU LARI DAN BERSALAHAN DENGAN AL QURAN DAN HADIS,MAKA JUMLAH PEMBACA BLOGNYA ITU RAMAI DAN BERSETUJU DENGAN PENULISAN JAHIL TERSEBUT (pembaca blog pun jahil agama), MAKA PENULIS BLOG BERTANGGUNGJAWAB ATAS DOSA PENULISAN TERSEBUT DAN DOSA PEMBACANYA YANG JAHIL. BEGITU JUGA SEBALIKNYA JIKA ANDA MENULIS UNTUK MENYERU MANUSIA KE ARAH KEBAIKKAN DAN DI BACA OLEH PEMBACA YANG JAHIL,PAHALA PENULISAN ITU AKAN ANDA DAPAT DAN SEKELIAN JUMLAH PAHALA DARI PEMBACA YANG JAHIL.

Nak bagi mudah faham,buatlah blog yang baik dan blog itu menjadi saksi anda di akhirat kelak bahawa anda telah menyampaikan apa yang Allah s.w.t dan para rosul firman dan hadiskan..banyak saham tu lebai.....

1:41 PTG

Abg Polis!! Gaji dah naik..berhemah sikit!! - Malaysiakini

Assalamualaikum..salam sejahtera..

Bertemu kita kembali setelah sekian lama saya menyepi. Menyepi tapi berisi. Badan saya yang berisi. Konfem kena pergi balik ke gym untuk membuang lemak degil dan bertukar menjadi arnold schwar..adoi..susah nak eja la!!

Polis tembak remaja?? Polis tembak wanita 5 das?? Betul ke? Betul la..Utusan dah keluar,berita harian pun keluar. Sok khabar pembangkang belum keluar sebab permit dia terhad saja. Camna nak cerita ni?? Camni lah..

Saya tahu..dan saya dapat agak..agaknya polis yang menembak ni mungkin tahap "rookie cop" atau kita panggil di sini polis yang baru jadi polis. Ala..susah la.. Kira tahap-tahap baru abis latihan . Atau mungkin kah polis ini dah lama bertugas jadi polis tapi "tertembak" akibat lupa nak tekan picu keselamatan? Semuanya mungkin para pembaca...

Apapun,tak kira siapa anda,polis,rela atau agensi keselamatan..ingatlah cakap tok Najib tu..Rakyat di utamakan.. Nak menembak pun "aim" betul-betul . "Aim" lah kat tayar,jangan pada body..sian budak remaja tu. Tak kisah lah budak tu melayu atau india atau cina,dia rakyat malaysia. Tangani sesuatu kes yang di "syaki" dengan berhemah. Saya tak cari gaduh dengan polis. Arwah atok saya dahulu pun keje polis. Polis S.C dan berhenti pada tahap sarjan. Pak long saya polis,pak lang den polis..abg ipar saya polis..biras saya pun polis. Tapi..jangan lah bagi rakyat naik benci dengan polis,gaji dah naik..keje betul-betul.

Jom kita merayau ke england. Di sana kita dapati polis mereka susah nak tembak rakyat. Negara mereka sekalipun ada kekacauan mereka hanya guna belantan untuk menyuraikan keadaan. Tapi kat negara kita ni,saya lihat bermacam jenis polis mereka hasilkan.Entahlah..

10:40 PTG

Memperingati 13 pejuang yang syahid di memali - Malaysiakini













"Allahumma,harumkan janazah mereka,rahmati mereka,tempatkan mereka bersama roh para syuhada. Wahai syuhada memali,kirimkan salam kami buat baginda Rosulullah s.a.w..."

10:17 PTG

Polis tahan gadis pakai seluar ketat - Malaysiakini

Seorang wanita yang di tahan kerana memakai seluar ketat

BANDA ACEH - Seorang gadis yang hanya dikenali sebagai Yuli berjanji akan memakai pakaian bercirikan keislaman selepas dia ditahan oleh polis pencegah maksiat di sini baru-baru ini.

"Saya berjanji akan membeli pakaian yang lebih bercirikan keislaman," katanya yang ditahan ketika sedang menunggang motosikal.

Dia menunjukkan reaksi kesal semasa ditahan oleh seorang anggota polis lelaki.

Semasa ditahan, dia memakai seluar jean ketat dan blaus yang dianggap tidak mencerminkan pakaian Muslim.


Pasukan polis itu mempunyai 1,500 anggota termasuk 60 wanita.

Dalam operasi yang dilakukan polis itu, sebanyak 18 wanita ditahan kerana memakai pakaian terlalu ketat dan baju yang menunjukkan bentuk tubuh badan mereka.

Seramai tiga lelaki ditahan kerana memakai seluar pendek.

"Kita perlu menghormati undang-undang syariah yang telah diguna pakai oleh pemerintah wilayah dengan menetapkan wanita cuma boleh menunjukkan wajah dan tangan mereka," kata ketua polis maksiat itu, Hali Marzuki.
Anggota polis pencegah maksiat memberi nasihat kepada beberapa
wanita yang ditahan
. sumber berita dari cina muslim.


11:12 PTG

Baiti barokah..





Jika tiada aral melintang..raya tahun ni saya dan keluarga beraya di rumah baru..insya Allah..meh la datang raya..saya belanja tomyam ..hehe

11:05 PTG

Masya Allah!!! Zaid Ibrahim minum arak dan peminum tegar?? - malaysiakini


2 GAMBAR YANG BERBEZA. GAMBAR ATAS DENGAN PANDANGAN YANG CUKUP KABUR (ada yang claim mengatakan gambar di atas di ambil melalui video edit).
MANAKALA GAMBAR YANG BAWAH ADALAH SANGAT JELAS..MINTA PANDANGAN PEMBACA YANG BERMATA SANGAT TAJAM UNTUK MENILAI.


Untuk renungan pembaca,
Kisah Saidina Umar dan Saidina Hamzah meminum arak adalah legenda. Sebelum mereka masuk Islam, mereka terkenal sebagai peminum arak yang berat. Malahan, Saidina Hamzah kekal meminum arak sehingga beliau syahid di Uhud. Ini kerana pengharaman arak secara total berlaku selepas Perang Uhud. Dan Saidina Hamzah masih dikira sebagai syahid kerana pada waktu itu arak tidak diharamkan lagi.

Anda boleh berfikir bukan?? Berbahagialah wahai mereka yang memfitnah...

10:10 PTG

Kenyataan As Syeikh Yusuf Al Qaradhawi - MalaysiaKini


Berikut adalah kenyataan Syeikh yusuf qaradhawi mengenai situasi di malaysia. Maaf agak lambat mengikut isu...

"Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 .

Dzulhaqq - Faham kan??

12:15 PTG

Selamat hari lahir wahai moyangku yang mulia...

Ya Nabi Allah...

Kami merinduimu...
Kami dahagakan kasih sayangmu..


Ya Nabi Allah..
Kami semakin jauh dari mu..
Tak terkira sudah ribuan tahun hijriyah...
Tak terkira sudah ratusan perang...
Tak terkira sudah umatmu di sembelih...

Ya Nabi Allah
Dengarlah rayuan kami...
Kau tidak mati,bahkan sentiasa di beri rezekiNya...

Umatmu terpecah teruk...hadirkanlah seorang khalifah..

Yang memegang kekuasaan di palestin.
Kerana kepala perjuangan islam itu di al-aqsa...

Ekornya di nusantara!!

amin...istajib du'a ana ya allah...

4:12 PG

Kembalinya aku ke arena blogin...

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Dzulhaqq cafè baru saja di tutup. Letih oo...tapi nak buat camna. Perut isteri dan anak2 wajib di isi. Aku sebenarnya malas nak meniaga kedai makan ni. Tapi di sebabkan mata aku tak boleh lelap malam hari,jadi aku ambik keputusan meniaga...dapat untung sikit2 alhamdulilah...di samping dapat jumpa kawan2,kira orait la tu.

Kira-kiranya dah lama aku tak buat artikel. Dah banyak isu yg aku dah tertinggal..tunggulah 1 masa nanti. Walaupun aku meniaga dan banyak juga kengkawan kata meniaga tak leh campur politik,tapi yg hak tetap hak. Takkan benda tak betul,kita boleh kata betul. Tapi aku tak mahu la jadi kengkawan aku yg kena tahan reman gara-gara tak sayang jari...kahkah...baik dari penyokong pas atau umno.

Takpe...1 hari besok aku akan panaskan internet ni...tapi mesti berbukti dan sahih..walaupun aku blogin dari handphone saja..

ihya- sapa nak datang nak pekena tomyam free,datanglah kat kedai hamba dan sebut 'jalan dakwah jalan berliku' kat aku..

Pengikut yang tidak taasub