Bismillah ar Rohman ar Rohim
Pagi ini aku merafakkan rasa syukur kepada Allah swt. Kerana Dia masih memberikan aku peluang untuk terus menghirup udara yang dipinjamkan sementara. Umurku tepat pada waktu ini 35 tahun 0 bulan tahun miladiyah. Tahun hijrahnya bertambah setahun lagi kurang atau lebih. Jika aku masih berada di fb maka bertaburanlah ucapan yang berbagai rasa. Semuanya mengucapkan selamat. Juga doa di dalam diam mungkin,aku amat menghargainya. Daripada pengendali telekomunikasi,ucapan kasih dari isteri selepas solat subuh,YAB Menteri Besar 9 tangkai padi,mesej daripada sahabat-sahabat lama yang peka.Terima kasih kalian..semoga Allah swt membalas dengan seribu kebaikan kembali padamu.
Wish?
Aku bermohon agar Allah mengurniakan taufik dan hidayah kepada diri serta seluruh keluargaku agar sentiasa istiqomah dalam islam dan segala urusan ku di permudahkan sehari-hari. Azam ku selepas ibrah masih tidak berganjak. Cuma aku teringat satu perkara yang masih belum selesai ku laksanakan. Di izinkan Allah swt,aku sangat teringin ketika aku sudah mampu untuk ke tanah suci Makkah al mukarramah dengan menaiki motorsikal. Sudah lama aku pendamkan niat ini. Peta perjalanan selamat sudah ku kaji dengan mengambil kira pengalaman bikers sebelumnya. Sejujurnya aku suka mengembara. Mengambil iktibar para sahabat Nabi saw yang mengembara kerana dakwah islamiyah. Dengan mengembara kita boleh mengenal sejarah dan tamadun manusia berbilang agama. Sungguh rasa tenang dengan mengembara menaiki motorsikal. Allah,perkenankan impianku.
Juga dengan projek skala besar yang aku akan laksanakan setelah tempoh 'bertenang' tamat. Pekerja asing,pertanian serta jentera berat. Mereka yang tidak faham akan perjalanan perniagaan ku ini pasti menarik diri dengan serta merta. Tidak mengapa,menarik diri itu juga hikmah untuk mu dan juga aku. Yang faham dan boleh berfikir tidak akan terasa hati jauh sekali memencil diri. Tahniah buat isteri serta rakan kongsi yang faham perjalanan usaha ini. Telah aku nyatakan pada mereka secara terperinci kenapa,mengapa,siapa dan apa. Dengan usaha dan semangat yang takkan padam,insya Allah ianya akan berjaya dan terus berjaya.
Jangan bercerita tentang untung. Jika sederhana yang kita cari,dengan doa dan tahap bergantung kepada Allah yang tinggi,apa yang kita mahu dalam hidup akan terlaksana. Jangan kejar dunia tetapi beramal lah sehingga dunia mengejar kita. Ketika itu,terima apa yang patut kita terima dan tolak apa yang patut kita tolak. Percaya? Terpulang.
Aku sentiasa percaya diri sendiri. I'm not an arrogant man. Rom tidak terbina dalam satu hari. Tapi menghancurkannya tidak perlu masa yang lama. Ianya telah tertulis dalam takdir. Bahawa jika Allah berkehendak,cukup Dia berfirman 'Jadi,Maka Jadilah'.
Tiada period masa. Tapi aku yakin kebahagiaan pasti tersirna. Insya Allah,sebelum september-oktober dengan izin Allah!!
Allahu Akbar! Allahu Maana!
What you give,forget it. What you get,never forget it. Ya Muntaqim..
Catatan Popular
-
Apa ?? Gambar di bawah ni dah basi ke? Tahun lepas punya isu ke? Hampir setiap bulan kes seperti ini berlaku. Syabas!! Majoriti melayu masih...
-
Salam sejahtera.. Kamu semua sanggup tengok video ini?? Saya lagilah tak sanggup.. Kepada bakal suami dan isteri!! Posting kali ini saya ti...
-
Ketika aku bukan dalam momentum berlari. Hidup ini biasa-biasa sahaja. Juga hari ini,aku seperti biasa. Tidak seperti dahulunya. Ak...
-
Bismillah arRohman arRohim Aku sebenarnya bukanlah seorang penulis lirik. Juga bukan pencipta lagu. Aku dan keluargaku sangat meminati se...
-
Asalamualaikum. Agak lama saya tidak update sesuatu di sini. Dengan kesibukan kerja, mencari ketenangan, dengan kehadiran ahli keluarga bar...
-
Mereka punya mulut,biarkan mereka berkata.. Situasi hari ini di premis ku. Sedang melayan pelanggan yang menjual hasil ladang. Pekerja ku ya...
-
Salam para bloggers serta pembaca yang di rahmati Allah.. Dahsyat sungguh fitnah masakini...bercakap negatif tentang ketuanan melay...
-
Email dari seorang sahabat dan minta dikongsi dengan semua pembaca... harap dapat sebarkan untuk dikongsi dan dihayati bersama... Semalam R...
-
Salam para bloggers serta para pembaca. Bil elektrik kurang dari RM 20.00 tak payah bayar. Siapa akan untung ? Tidak menguntungkan rakyat ma...
Pengunjung Terkini
Pautan Lain
- Alim Ulama Kito
- Anak Muda Zaman Sekarang,Lihatlah!!
- Assalamualaikum dato' harimau
- Bang Aji Taufik, Adun Paroi
- Belajarlah silat selagi ada nyawa
- Berita Politik Islam Malaysia
- Cina Islam
- Debat Politik
- Genta Rasa
- Ini Jalanku....
- Lobai Kampung
- Mantan Mufti N9
- Mujahideen Chechnya
- Pas Dun Johol
- Rahsia Besar Sejarah Empayar Siam/Melayu Islam
- Sham sufi
- Siyasah Syariyah
- Syeh Sambal
- Tak tahan panas,jangan klik sini..
- The blog of Alexanderwathern
- Untuk Hari Esok
- Ustaz Zaharuddin
- Wartawan melayu mengupas sejarah
Blog Archive
-
▼
2013
(58)
-
▼
Oktober
(19)
- Inilah lumrah kehidupan
- Aurat dan Gula
- 4 Tanda Taubat Anda Di Terima
- Aku menyayangimu wahai saudaraku
- saravanan yang tidak ku kenali
- "aku" suami,dia "isteriku",mereka anakku
- taufik dan hidayah
- Apa ada pada malu
- terima kasih pembaca budiman
- wahai pemudaku
- ibrah-azam-lonjakan
- Antara sunnah dan lumrah
- lirih jiwa
- menjejak 35
- menghilang bukan pupus
- alam maya - di belenggu kewarasan.
- kehidupan adalah guru
- Mari melupakan sesuatu
- semangat berintikan juang
-
▼
Oktober
(19)
Nada dan Suara
...
12:01 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 komen anda?:
Catat Ulasan