Bismillah ar Rohman ar Rohim
"Kegagalan seseorang dalam menyedari matlamat hidupnya yang sebenar hanya merosakkan jiwa,fikiran dan tindakannya.Fikiran yang sempit dan neraca pertimbangannya hanya untuk memuaskan hawa nafsu dan meraih kesenangan dunia yang sementara ini.Ia mencari kerehatan di tempat yang telah ditentukan oleh Allah swt sebagai tempat berusaha. ia mencari buah di kebun yang baru sahaja di tanam,maka pasti tidak akan menemuinya"
Sejauh mana usaha kita. Satu persoalan yang baik untuk di jawab. Anda sedang berusaha tetapi belum berjaya? Keluh kesah yang berpanjangan. Meronta-ronta mahu kejayaan segera seumpama mee segera 2 minit. Pembaca yang di kasihi,jika Allah berkehendak HidayahNya untuk mengislamkan seluruh penduduk dunia pasti Dia Mampu. Itu sifatNya. Begitu penciptaan Syurga dan Neraka. Ianya perlu di isi dengan sesuatu dan ianya tidak boleh kosong. Kita sebenarnya terlampau bergantung kepada dunia. Kita tidak berusaha supaya "dunia mengejar kita". Membina diri sendiri supaya belajar apa erti yakin dan bergantung adalah satu usaha maha tinggi. Dikala kita hidup dengan pakaian islam tanpa iman,mampukah? Ohh.. Bukan sesuatu yang mudah. Ianya perlu di paksa. Hidup untuk mempercayai Tuhan bukan sekadar "percaya" tetapi perlu "di paksa" untuk percaya Tuhan itu wujud. Terkadang sempat menjengah FB milik sahabat di sebelahku ( maaf,aku tidak punya Fb ). Melihat makhluk "Fbians" memuat naik status berbunyi gembira,sedih,menangis. Sungguh..aku dulu sepertinya. Begitu aku menasihatkan kamu. Lihatlah kembali apa yang kita lakukan sebelumnya. 10 tahun akan datang jika di izinkan Allah swt umur kita masih panjang,lihat dan lihatlah. Jika ianya baik maka hasilnya akan jadi wajar. Kerana setiap saat,umur kita meningkat maka perasaan dan pemikiran tidak semestinya di takuk lama. Itu yang aku hadapi.
"Mereka tersangat gelisah jika melihat anak-anak mereka tidak berjaya dalam peperiksaan sains,geografi dan seumpamanya,tetapi mereka tidak gelisah jika kalau anak-anak belum pandai membaca al-quran atau melaksanakan solat dengan baik yang mana kita ketahui ianya tiang agama yang menentukan tegak atau runtuhnya agama seseorang"
Mendidik anak bukan suatu perkara yang mudah. Ianya di jana seawal kita sebelum berkahwin dan mengenali pasangan. yang bakal kita nikahi. Jika kita pada awalnya sudah terjebak dengan kemungkaran dan maksiat maka kita akan dapat "benih" yang kita semai di awal perkenalan dan mendidik benih itu perlukan pengorbanan yang amat tinggi. Lihatlah anak-anak sekarang. Buka matamu seluasnya. Tidakkah kita melihat bermacam karenah anak-anak yang tidak mahu mendengar kata ibu-bapanya. Menjadikan ibu bapa sebagai hamba. Masya Allah sayangi kami,lindungi kami dari perangai anak-anak sebegini.
Cuba kita tanya beberapa persoalan kepada anak-anak yang meningkat dewasa. Tanyalah siapa artis kesayangan mereka. Tanya fesyen kegemaran. Tanya rancangan televisyen kesukaan.Ianya akan di jawab dengan bertalu-talu per saat. Bandingkan persoalan ini dengan bertanya berapa bilangan Rosul dan Nabi mu,pakaian sunnah mereka,berapa bilangan anak mereka. Bilakah tarikh kelahiran Nabi saw. Aku yakin ianya boleh di jawab oleh pelajar beraliran agama kerana ini wajib bagi mereka. Bagi mereka yang beraliran biasa, 7/10 pelajar pasti gagal menjawab.
Ini berlaku kerana kegagalan sistem pembelajaran negara yang mengasingkan semua subjek dari agama. Sains tidak di kaitkan dengan islam,sejarah juga begitu.Matematik juga begitu. Jeritan batin para guru yang sedar masalah ini pasti terbungkam di jiwa usang mereka. Untuk belajar sains di sekolah biasa perlu mengetahui formula tanpa mengetahui siapa pengasas formula islam ini. Belajar sejarah tanpa mengenali Ibnu Khaldun. Belajar geografi tanpa mengenali Ibnu Battutah. Anda harus lulus sejarah negara dari lulus sejarah islam. Mahu yang islam,pergilah ke institusi pengajian islam. Oh malaysiaku..Tahniah!
pengorbanan
Apa yang wajib di lakukan sekarang berkenaan kerosakan yang berlaku. Didiklah anak-anak semampunya. Bila sudah terlaksana tanggungjawab maka berserahlah kepada Allah sebaik-baik tempat bergantung. Memberikan ilmu kepada anak-anak kepalang ajar. Bersama-samalah dengan pasangan hidup untuk untuk menjadi "pemarah" juga "pemujuk" dalam keluarga. Ini perlu.Ianya akan jadi pasif jika dalam sebuah keluarga hanya terdapat 2 sifat "pemujuk" sama. Pasif juga jika terdapat 2 sifat "pemarah". Jaga pemakanan anak-anak terutamanya punca datangnya rezeki ke rumah. Jangan sesekali tergamak menyuap ke mulut anak-anak rezeki bersumber haram atau was-was maka setiap sel-sel yang hidup atas rezeki itu terbina dari punca yang tidak berkat.
Juga aku ingin menasihati pembaca berkenaan peri pentingnya memilih pasangan hidup. Jagalah batas-batas syarie bila berhubung.Pastikan wujud mahram bukan "haram" di setiap perjumpaan. Kita tidak tahu dan pasti kerana di setiap perjumpaan dan ruang akan sentiasa wujud fitnah. Itulah tugas syaitan. jarumnya sangat halus. Dia tidak akan berputus asa selagi kita tidak mengaku "bertuhankan" dia. Kenang-kenanglah kisah Barsisa. Semoga ada kebaikannya coretan ini. Wallahu a'lam.
Hamba Miskin
16 Dzul Hijjah 1434
0 komen anda?:
Catat Ulasan