Bismillah ar Rohman ar Rohim
Assalamualaikum wbt
- Makan menggunakan dulang @ talamMenjilat @ lebihan makanan pada jari
- Memakai serban
- Memakai celak
- Memakai miswak
- Poligami
Perkara di atas adalah perkara yang kebiasaannya di lakukan oleh para muslim Sebelum pergi lebih jauh lagi,sewajibnya kita memahami,apakah itu sunnah.SSunnah bererti “cara” atau “kebiasaan”, dan dengan itu, sunnah nabi bererti “cara nabi”, atau apa yang biasa dikenali sebagai kebiasaan Rasul.
Secara bahasa, As Sunnah adalah "ath-thoriqah" yang bererti perkaedahan, kebiasaan, perjalanan hidup, atau perilaku, baik yang terpuji mahupun yang tercela. "Kata sunnah berserta segala kelainannya disebutkan berulang-ulang dalam hadis, yang erti asalnya ialah 'perjalanan hidup' dan 'perilaku'."
Dalam istilah Sunah Waljamaah, menurut para ahli hadis, Sunnah adalah segala sesuatu yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW yang merupakan perkataan, perbuatan, ketetapan, peribadi, akhlak, mahupun perilaku, baik sebelum mahupun sesudah dilantik menjadi Rasul.* Dalam hal ini, pengertian Sunnah menurut mereka adalah sama dengan hadis (Mushtafa as-Sibai, "As Sunnah wa Makanatuha Fit-Tasyri'il Islami"). Sunnah ini disampaikan melalui persetujuan para sahabat Rasul. *
Kita sebagai umat selepas kewafatan Nabi saw seharusnya mengikuti yakni ittiba'segala sunnah yang Nabi tinggalkan untuk kita. Bermakna,melaksanakan sunnah-sunnah yang biasa di lakukan oleh Nabi saw kerana sunnah baginda ini ada banyak kebaikannya jika di amalkan. Juga ianya membezakan kita di antara muslim dan bukan muslim. Hendak di fahami,bukan semua sunnah Nabi ini sesuai untuk umatnya. Contohnya dalam berpoligami di mana umum kita mengetahui Nabi berpoligami melebihi 4 orang isteri. Ini adalah khususiat iaitu kelebihan bagi seorang Nabi. Jangan di persoalkan kenapa dan mengapa. Ada isu yang lebih penting hendak di bincangkan..
Sunnah yang di "jenamakan".
Pernah suatu ketika,saya belajar memakai celak menyedari ianya adalah sunnah. Kelebihan memakai celak ini di antaranya membersihkan mata. Yakin? Alhamdulillah,saya senang memakainya tanpa ada perasaan risau wujudnya jangkitan pada mata. Bahkan penglihatan saya semakin terang hari demi hari. Jika saya memandu dan memakai celak,dengan izin Allah swt hilang perasaan mengantuk. Itulah saya. Saya tidak tahu pengalaman pembaca yang lain jika kesannya berbeza. Begitu juga dengan memakai kayu sugi @ siwak. Kelebihannya memang saya rasakan 100% puas hati. Reseptor rasa yang kembali pulih. Rasa makanan yang lebih ketara,gigi yang lebih bersih.
Juga amalan menjilat jari iaitu membersihkan jari dari sisa lebihan rezeki,membuktikan islam sangat menitik beratkan amalan tidak membazir dan menghargai makanan,memakan makanan di dalam dulang @ talam secara beramai-ramai dapat menjimatkan makanan dan tidak memakan makanan secara berlebihan sesuai dengan saranan Nabi saw iaitu berhenti sebelum kenyang. Juga poligami,banyak kelebihan pada syariat Allah ini seperti meramaikan keturunan,menjaga nafsu,membela kaum hawa dari berbagai mehnah dan fitnah.
Sunnah,kebiasaan atau lumrah?
"Tuan,tuan jemaah tabligh kawasan mana?"..Tanya seorang lelaki kepada saya. Agaknya dia ternampak saya bersugi sebelum solat. " Saya bukan jemaah mana-mana tabligh,maaf".
"Tuan,selalu ke pergi ke rawang? Country Homes? "..Terperanjat,saya bertanya kembali."Ada apa di sana?". terkejut lelaki itu lalu dia mendiamkan diri. Berlalu.. ( ketika ini saya baru perasan,dia melirik mata saya. Oh! Saya memakai celak. Oh!! Pasti dia jemaah al-arqam. Baru saya teringat sunnah memakai celak ini amat sinonim dengan jemaah ini.
Apa agaknya tanggapan masyarakat jika saya mengamalkan poligami?. Saya berpendapat,cukup-cukuplah menjenamakan sunnah-sunnah sebegini dengan jemaah-jemaah tertentu. Saya faham,kewujudan jemaah ini sebenarnya banyak menghidupkan sunnah. Menghidupkan Rumah Allah. Ketahuilah,bila masyarakat kita hanya memasuki jemaah tertentu dan hanya mengamalkan sunnah tertentu maka kesannya agak berlainan daripada biasa. Sunnah-sunnah ini seharusnya di guna pakai oleh semua muslim tanpa mengira ideologi jemaah. Kerana memakai sunnah hikmahnya membezakan kita antara muslim dan bukan muslim. Manakan mungkin bukan islam mahu menggunakan kayu sugi,makan dalam talam,memakai celak pada lelakinya atau berpoligami?
Saya ambil contoh poligami. Jika bukan islam berpoligami sekalipun,ianya bukan tuntutan agama mereka. Sila lihat pada agama kristian sendiri. Saya tiada niat hendak menyamakan sesiapa yang tidak berpoligami itu serupa dengan penganut kristian ( saya pernah di kecam di dalam FB gara-gara mempertahankan syariat Allah ini ) kerana berpoligami tidak semestinya hidup perlu mewah. Poligami di amalkan jika manusia yang faham agama ianya mempunyai banyak kebaikan. Kebaikan? Masya Allah.. dunia akan aman jika manusia faham prinsip sunnah. Poligami sering di pandang serong kerana pengamalnya berniat serong. Manusia khususnya kaum hawa ( tidak terkecuali ilmuwan islam muslimah ) sering menjadikan poligami syariat yang perlu di hentam.
Maaf,bukan semua muslimah mengeji. Masih wujud yang memahami hatta yang bukan berpakaian muslimah. Bukankah taufik dan hidayah itu milik Allah swt ?. Bahkan wujud juga kaum lelaki yang mengeji poligami. Mereka ini lebih "perempuan dari perempuan". Saya terlupa. Allah jadikan Syurga dan Neraka perlu di isi. Kita tidak bersalah jika kita menghentam sesuatu berkenaan agama jika kita jahil tetapi membiarkan diri terus menerus dalam kepompong kejahilan sangatlah tidak patut berlaku. Sedangkan seekor lembu yang hidupnya sentiasa mengunyah rumput tahu mencari kawasan yang lebih banyak rumput untuk menambah "bekalan" di dalam perutnya,inikan kita manusia yang di kurniakan akal,tidak terfikir untuk menambah ilmu dan menghapuskan kejahilan ?
Eh,penulis ni bercerita bab poligami,mahu ke?
Eh!!..Of Course lah!. Jika sudah tiba masanya dan mencukupi keadaan,insya Allah. Selagi ianya tidak bersalahan dengan tuntutan beragama, ( berlaku adil,mampu ) maka apa ada masalah dengan poligami? Fahami juga takrif mampu. Jangan berfikir perlu menjadi kaya raya,ada kereta mewah baru ianya boleh dilaksanakan.
Huraiannya,sunnah adalah "pakaian" terbaik penuh hikmah. Hentikan kejian kepada sunnah. Seperti yang di sebutkan sebelumnya,mengeji kerana kita jahil,semoga Allah ampunkan dosa-dosa kejian. Akan tetapi jika mengeji dalam keadaan kita tahu mengejinya akan menyebabkan kita tergelincir akidah,maka perbaharuilah syahadah.
Untuk lelaki yang bakal berkahwin. Sedikit tips perkahwinan untuk anda. Pastikan bakal isteri anda memahami kehendak islam dalam perkahwinan. Juga hak anda untuk berpoligami. Berterus terang pada mereka bahawa anda akan melaksanakan sunnah berpoligami jika sudah mampu. Jangan fikir kerana sekarang anda asyik bercinta sekarang maka hal poligami di lupakan. Jika anda tidak mampu,maka anda boleh lupakan. Akan tetapi jika Allah swt takdirkan anda mampu dan ketika itu anda berkehendak kepada poligami,bagaimana?. Sesungguhnya Allah swt tahu apa kehendak lelaki maka kerana itulah di benarkan berkahwin sehingga 4 orang isteri. Di zaman kehancuran sekarang maka adalah lebih baik wahai kaum lelaki muslimin untuk menapis bakal-bakal isteri kalian. Kerana mereka yang anda nikahi adalah "fotokopi" kepada anak-anakmu juga keturunan. Ketahuilah hak kamu wahai kaum lelaki sebagai ketua dan pemimpin. Jauhilah dari sifat dayus. Untuk kaum hawa juga,berlapang dadalah. Persyariatan Allah swt sudah semestinya wujud hikmah dan bukan karenah. Cetusan atau getusan yang wujud di dalam hati adalah mainan syaitan semata-mata untuk mengelakkan anda dari memahami hakikat kehidupan bahawa dunia adalah pinjaman baik harta,anak-anak,suami dan sebagainya.Kekalkanlah solat fardhu dan solat sunnah yang lain. Maka insya Allah,kejayaan buat kamu.
Pilih - Syurga atau Neraka.
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Dzikir Dhia
13 Dzul Hijjah 1434
0 komen anda?:
Catat Ulasan