Nada dan Suara

...
11:01 PTG

syarat menghapus dosa - 2


Sentiasa memperbaharukan taubat. (sebelumnya sila rujuk sini )

Rosulullah saw bersabda yang bermaksud :

"Wahai sekelian manusia,bertaubat dan memohon ampunlah kamu kepada Allah. Kerana sesungguhnya aku sendiri bertaubat setiap hari sebanyak 100 kali". ( Riwayat Muslim ).

"Sesungguhnya Allah swt sentiasa membuka kekuasaanNya pada malam hari supaya orang yang melakukan kesalahan pada siang hari mahu bertaubat dan juga membuka kekuasaanNya pada siang hari supaya orang yang melakukan kesalahan pada malam hari mahu bertaubat. Hal yang demikian ini terus berlangsung hingga matahari terbit dari barat ( kiamat ). ( Riwayat Muslim ).

"Setiap turunan Adam pasti mempunyai kesalahan dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah orang yang mahu bertaubat". ( Riwayat Ahmad dan Tirmidzi ).



"Wahai sekelian hambaKu! Sungguh Aku telah mengharamkan menganiaya diriKu sendiri dan hal itu juga haram bagi dirimu,maka janganlah kamu berbuat aniaya antara yang satu dengan yang lain.Wahai sekelian hambaKu,kamu semuanya adalah sesat,kecuali orang yang telah Aku beri petunjuk,maka mintalah petunjukKu,Necaya Aku akan memberikan petunjuk kepadamu! Wahai sekelian hambaKu,kamu semuanya adalah lapar,kecuali orang yang telah Aku beri makan,maka mintalah makan kepadaKu,nescaya Aku akan memberikan makan kepadamu! Wahai sekelian hambaKu,kamu semuanya selalu melakukan kesalahan pada waktu siang dan malam hari dan Akulah yang akan mengampuni segala dosa-dosamu itu,mohon ampunlah kepadaKu,nescaya Aku akan mengampuni kamu. Wahai sekelian hambaKu,sesunguhnya kamu semuanya tidak mungkin dapat mendatangkan bahaya kepadaKu dan tidak mungkin akan dapat memberikan kemanfaatan kepadaKu. Wahai sekelian hambaKu,walaupun umpamanya kamu semuanya baik dari golongan Jin dan Manusia bertakwa kepadaKu,maka ketahuilah olehmu,bahawa semuanya itu tidak ada nilainya bagi KerajaanKu. Wahai sekelian hambaKu,walaupun umpamanya kamu semua baik dari golongan Jin dan Manusia derhaka kepadaKu,maka ketahuilah olehmu,bahawasa semuanya itu tidak akan mengurangi sedikit pun terhadap KerajaanKu. Wahai sekelian hambaKu,walaupun umpanya kamu semuanya baik dari golongan Jin dan Manusia berdiri di atas sebuah bukit,lalu semuanya memohon kepadaKu,kemudian aku kabulkan permohonan masing-masing kamu itu,nescaya semuanya tidak akan mengurangi kekayaanKu,kecuali hanya di ibaratkan kurangnya air laut yang di masuki di dalamnya sebatang jarum. Wahai sekelian hambaKu,itu semua adalah amal perbuatanmu dan Akulah yang akan menghitungnya untuk kamu sendiri,kemudian Aku juga yang akan memberikan balasannya. Justeru itu,bagi siapa yang mendapatkan amalnya itu baik,maka hendaklah ia memuji Allah akan tetapi jika ia menemukan sebaliknya,maka janganlah ia mencaci maki,kecuali hanya dirinya sendiri. ( Riwayat Muslim )

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Dzul Haqq @ Dzikir Dhia
10 Dzul Qa'dah 1434 Hijrah

0 komen anda?:

Pengikut yang tidak taasub