"Kita memang tidak mampu untuk mengikuti sepenuhnya daripada kehidupan Rosulullah saw dan kehidupan para sahabatnya. Kalau boleh sepersepuluhnya sudah cukup!"
Cuba bayangkan!! 3 bulan api tidak menyala di dapur isteri-isteri Rosulullah saw yang sembilan orang itu. Baginda yang tidak berdosa itu berzikir dan bersolat di waktu malam sampai bengkak kedua-dua kakinya,mulut baginda tidak pernah kering daripada menyebut nama Allah swt. dan hati baginda tidak pernah lalai dari mengingatiNya. Begitu pula para sahabatnya yang hidup mengelilinginya,mereka sangat setia kepadanya. Ada yang bersedia mendermakan seluruh harta bendanya. Ada yang rela meninggalkan tanahair,tempat tumpah darah dan meninggalkan segala harta kekayaan yang di milikinya serat meninggalkan sanak saudara yang di cintainya,lalu datang berhijrah ke negeri Madinah dengan membawa 10 jari dan memulakan kehidupan yang baru dengan serba tidak ada. Dan ramai pula di kalangan mereka yang sanggup gugur di medan perang sebagai syuhada' dan bermacam macam lagi jenis pengorbanan yang telah mereka lakukan sebagai amalan yang akan mereka terima balasannya di sisi Allah.
Pada hari kiamat nanti,maka di manakah kita?
Apa yang telah kita lakukan? Adakah kita telah membuat simpanan kebaikan yang dapat di tunjukkan kepada Allah swt pada hari kiamat nanti? Apabila persoalan seperti ini di kemukakan kepada kita,rasanya kelu lidah kita untuk menjawabnya....
Baiklah sahabat!! Kita masih belum terlambat. Pintu taubat masih terbuka. Rahmat Allah lebih luas daripada murkaNya. KeampunanNya lebih besar daripada dosa-dosa kita. Yang penting,kita bersedia untuk terus mengetuk pintuNya. Selalu datang merayu meminta belas kasihanNya dan hanya kepadaNya kita pasrahkan diri kitayang berlumuran dengan dosa ini,mohonlah dengan rasa hati yang patah,dengan sepenuh harapan dan keyakinan supaya kita di golongkan dalam kumpulan hamba-hambaNya yang di terima dan mendapat keampunan ke atas segala dosa dan kesalahan,di jauhkan dari segala seksa neraka dan bertuah untuk menjadi penghuni Syurga yang kekal abadi itu.
"Wahai Tuhanku,Sebenarnya hambaMu ini tidak layak menjadi penghuni Syurga Firdaus,Tetapi aku tidak tahan untuk menghadapi siksaanMu di dalam api neraka Jahim"
"Maka oleh kerana itu Ya Allah!,Terimalah taubatku dan ampunkanlah dosa-dosaku,Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang mengampuni dosa-dosa yang besar".
Dzul Haqq @ Dzikir Dhia
5 Dzul Qa'dah 1434 Hijrah
0 komen anda?:
Catat Ulasan