"Janganlah memperbanyakkan percakapan selain untuk berzikir kepada Allah swt.,maka sesungguhnya banyak bercakap selain dari berzikir kepada Allah swt itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. dan sesungguhnya sejauh jauh manusia daripada Allah swt ialah mereka yang berhati keras" - Riwayat Tirmizi
Lembutkan hatimu..
Ketandusan jiwa dewasa ini adalah suatu penyakit yang sangat ketara sekali di tengah tengah masyarakat. Banyak orang yang bersusah hati,gelisah dan tidak merasakan ketenangan fikiran dalam kehidupan walaupun ia telah memiliki segala kemudahan yang di hasilkan oleh teknologi moden pada hari ini.,bahkan JUTAAN wang telah di milikinya,namun kepuasan hidup masih belum lagi dapat di rasainya.
Punca
Ini terhasil dari hati yang keras,jiwa yang tandus dan mata yang tidak pernah menangis kerana takut kepada Allah swt. Kemudian kekerasan hati ini pula adalah berpunca dari banyak bercakap mengenai perkara sia-sia ect hal dunia yang tiada kesudahan dan tidak menguntungkan agama,tiada hubung-kait dengan mengingati Allah swt. Oleh itu wajib bagi orang-orang yang beriman menggunakan lisannya untuk berzikir kepada Allah swt dengan berbicara perkara yang menguntungkan agamaNya dari segi maslahat serba serbi yang dapat meningkatkan ketakwaan ataupun paling kurang;bercakap perkara dunia yang boleh dijadikan wasilah ataupun alatan yang dapat membantunya untuk menambah ketaatan yang akan di catitkan dalam suratan amal kebaikan pada hari qiamat nanti,paling lemah hatinya maka berdiam diri sahaja.
Ini adalah kenyataan
Yang selalu terlihat di hadapan mata ialah wujudnya banyak insan yang membuang masa bercakap perkara-perkara yang tiada faedahnya bahkan dengan berani bercakap akan hal yang bercanggah dengan hukum syara' dan berani merendahkan ajaran-ajaran agama yang boleh menyebabkan kefasiqan hingga terkadang jatuh kufur,Na'uzubillah.
Hati batu-keras kaku
Hati bukan kristal
Bila sudah keras dan tidak mudah menerima nasihat dari orang lain. Jika ditegur selalu melenting dan menunjukkan rasa besar dirinya,pantang ditegur dan tidak mahu menerima kebenaran yang di bawa oleh orang lain. Hati yang keras sentiasa mendorong untuk berbuat maksiat dan kejahatan dan merasa berat untuk berfikir atau membaca Al Quran dan sangat MALAS untuk melaksanakan segala jenis ibadat yang di wajibkan Allah swt,apatah lagi yang sunat. Jika masuk waktu solat,ia merasa terbeban dengan ibadat,bukannya merasa bertuah kerana berpeluang untuk sekali lagi berhadapan dan bercinta denganNya. dan jika sudah solat maka jasadnya sahaja yang solat,sedangkan hatinya pergi merayau ke sana ke mari. Akan tetapi melihat sesuatu yang melalaikan daripada mengingati Allah swt,hatinya gembira dan terpanggil ke sana. Sanggup bersusah payah,jasad merasa ringan walaupun terpaksa mengorbankan apa jua yang diperlukan asal maksud hati tercapai!!
Dzul Haqq @ Dzikir Dhia
4 Dzul qa'dah 1434 Hijrah
0 komen anda?:
Catat Ulasan