Asalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca..
Agak lama saya tidak menulis..pembaca setia blog ini dah mula merungut. Ada yg berjumpa terus dgn saya. "apa ni bro..dah pencen ko?" dan macam macam lagi yang sy dengar dari sahabat semua.
Maafkan saya..itu saja yg dapat saya katakan. Bukannya apa..saya seorang yang sibuk. Harap para pembaca boleh memahami diri saya.
Apa nak cerita malam ni?..Saya bukan nak bercerita macam pertandingan cerita tu. Tapi malam ni saya nak kongsi dengan pembaca semua. Berkongsi pendapat jika ada. Dan juga berhujjah secara komen mengomen di bawah artikel ini nanti.
Perkara yang saya nak bawa malam ini mungkin akan mengguris perasaan..lebib lebih lagi kaum hawa @ perempuan. Anda tahu bukan maksud saya dan apakah corak perbincangan dan benda yang saya akan bawa malam ni?
… maka kawinilah wanita-wanita yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang sahaja,…” an nisa:3POLIGAMI!!
"Jangan sekali-kali abg bercerita hal bermadu".. "Ceraikan saya bang!!"... "Awak rampas kebahagian rumahtangga orang lain"
"Carilah teruna atau duda,jangan cari laki orang!!".. ataupun @#@#$^^^%$##@...(yang ni kena banned,tak lepas tapisan saya). Inilah perkataan yg sering kita dengar,lebih-lebih lagi dari mulut seorang wanita hatta berhijab sekalipun!!
Bercerita bab poligami..kaum lelaki akan pro..kurang yang kontra. Yang pro akan kata.."inilah sunnah yang harus di ikuti".Yang kontra akan berkata,saya sayang bini saya yang satu tu..tak sampai hati rasanya"..dan bermacam lagi.
Tak sanggup rasanya nak saya katakan dalam blog ni. Tapi itu dari kacamata lelaki..
Yang perempuan,anda sendiri lebih faham. Bayangkan sendiri apakah kata-kata mereka bab poligami ni. Poligami dari kacamata politik pula,huh..lagi tak boleh harap.Lebih lebih lagi dari sebelah pihak sana nun!! Siap sokong monogami lagi..kah kah kah..nasib kau la..
Siapa yang tidak mahu berpoligami jika di beri peluang? Lebih lebih lagi bagi mereka yang memandang poligami ini dari sudut agama,sesuatu yang di haruskan untuk menutup ruang fitnah. Membela andartu @ andalusia tapi tidak menidakkan anak dara. Prinsip poligami sendiri dalam islam adalah menuntut agar pengamal poligami dapat melahirkan umat Muhammad s.a.w kerana baginda berbangga di kemudian hari
akan umatnya yang ramai,menguruskan nafsu,dakwah. Tanya diri saya sendiri,tak mahukah saya berpoligami,jawapan saya..setiap benda yang baik dan beroleh pahala,mestilah saya mahu!!
Tolonglah!! Jangan di hina lagi sunnah nabi ini. Kalau anda kaum wanita tidak mahu bermadu,tidak payah berkata itu dan ini sehingga merendah-rendahkan sunnah suci ini. Ini bukan panggilan untuk berzina,tapi seruan kebaikan dari Allah swt dan Baginda Rosul. Hormatilah ia kerana jika anda terang-terang mengatakan bahawa poligami ini songsang
tidak bertamadun,merampas kebahagiaan rumah tangga orang lain...ingatlah bahawa:
1. Anda telah memfitnah Allah swt.
2. Memfitnah Rosul saw seolah olah poligami ini hanya untuk rosul dan para sahabat,tidak pada umatnya.
3. Memfitnah isteri-isteri Nabi saw seolah-olah para isteri Nabi telah merampas kebahagiaan isteri nabi yang sebelumnya.
4. Boleh mendatangkan syirik (na'uzubillah)
Ingatlah wahai-wahai isteri yang beriman..ridho pada suami dengan poligami menuntut suatu perasaan yang halus untuk berkorban bahawasanya suami bukanlah milik mutlak kita. Ini juga tidak bermakna tanpa poligami kaum wanita berkurang imannya.Hanya ALLAH SWT YANG MAMPU MEMBERIKAN KEBAHAGIAAN KEPADA KITA..wallahu a'lam.
Selagi tidak percaya kewujudan syurga dan neraka,selagi itulah poligami akan dibahas sehingga akhirat. Tidak cukupkah dalil dalil bagi meredakan amarahmu?
ADAKAH ANDA BERANI BERPOLIGAMI??
4 komen anda?:
soalnyer, wanita zaman sekarang memang pandai berkata2 bagi menidakkan sunah nabi ini. pokoknya, kita kena tanya lelaki ini sendiri, adakah beliau mampu. sekiranya mampu, teruskan. pedulikan apa kata wanita. soal perundangan mahkamah bagaimana pula?????
Kalau ikutkan pada prinsip komen disini..tanpa nama lsaya tak nak jawab..
Tapi takpela..pejam mata untuk isu ni.Lain kali taruk nama ye saudara..
tengok jenis mahkamah. Mahkamah syariah perlis benarkan. Susah sangat,nikah di luar negara,habis cerita. Sang lelaki selamat tak berzina,sang isteri tak menanggung seksa neraka akibat menghalang suami menambah satu bini lagi..
Setiap sunnah baginda itu pasti mempunyai kejayaan...
Ya baitil 'atiqa..insya Allah..
Catat Ulasan