Nada dan Suara

...
4:13 PTG

Salam Aidilfitri..Maaf Zahir Bathin..Memang maaf sungguh!!

Assalamualaykum warohmatullahi wabarokatuh wamagfiruhu wa ridhwanuhu.


Pertamanya,memang saya nak minta maaappp bebanyak. Saya tak mampu nak update blog saya ini sebabnya :

1. Saya sibuk teramat sangat.
2. Saya dah membuka sebuah kedai makan siang malam. Penat oii!!
3. Saya nak uruskan para pekerja asing saya tak terurus.Pasport,vdr,visa,kedutaan dll.
4. Tukang update blog saya minta gaji rm 1000!! Mana den nak cokau duit tu bang oii!!

Insya Allah,saya akan cuba update secara langsung dari premis perniagaan saya apabila sudah di lengkapi Wi-Fi nanti.. Anda semua jika ada masa,meh datang makan kat kedai saya. Jamin sodap. Dimana? Hanya di DZULHAQQ Cafe!!

8:38 PG

Ha..ha..Tak tau..apa sudah jadi? - Malaysiakini

Ha..ha... tak tahu... Siapa yang mati? Siapa yang kena talqin? Pesal pakai bendera parti tutup si mati? Double meaning ke ni? Entah..aku pun tak tahu.. Klik sini untuk sumber berita.

9:56 PTG

Kau buat lah apa yang kau rasa bagus LAKNATULLAH!! - Malaysiakini

Saya sebenarnya dah naik boring dan mual dengan perangai segelintir orang bukan islam. Agaknya kalau perkara ni terjadi di malaysia dan di lakukan oleh orang islam atau bukan islam,confirm lunyai kepala otak dia kena kerjakan. Dah banyak kali perkara ini berlaku. Dan dah banyak kali kami bagitahu melalui surah Al- Kafiruun. Sedikit pun tak ganggu kamu,kenapa kamu mahu menganggu kami? ?

Saya membaca komen seorang anonymous di laman blog sahabat saya iaitu perunding. Saya dok baca dan nampak hamba ni dok promote T shirt. Saya pun dok copy address lamannya dan apa yang saya jumpa amat menghibakan... Nak tau apa yang di promotenya?? Klik sini ,sini ,sini dan sini .

Laman web ini mendakwa dia dari Sweden. Jadi...saya tak mahulah memaparkan di sini apakah yang ada di laman web tersebut. Saya dah siapkan alamat linknya dan keputusan di tangan ANDA!!

DZULHAQQ - lunyai - bermaksud hancur berkecai..
kami - bermaksud "orang islam"..
kamu - kemungkinan mereka ini terdiri daripada org kafir atau munafik.
Al- Kafiruun - bermaksud surah ke 109 di dalam al-quran
anonymous - bermaksud seorang blogger yang tidak mempunyai identiti diri dan bersifat pengecut dalam sesuatu penulisan. hahahah
ANDA - Korang yang mengaku islam,apalagi????

11:41 PG

Memang kau dasar Jahil dan haram jadah!! - Malaysiakini

Apa ?? Gambar di bawah ni dah basi ke? Tahun lepas punya isu ke? Hampir setiap bulan kes seperti ini berlaku. Syabas!! Majoriti melayu masih di hadapan dalam bab ni. Sah!! Memang pelaku kejahilan ini takde agama!! Siap tinggal nota lagi tuu!!! Dasar laknat!! Nak tahu apa ada dalam bungkusan ni?? Lebih memeranjatkan dari c4 tu!! Perhatian!! Pakar Bom tidak dipanggil ke lokasi kejadian....



Amacam...ada kenal janin ni? Janin ni tak sempat jadi bayi..kerana kejahilan pelaku zina ini. Tengok puas-puasssss... Puas kah hati anda bila melakukan zina?? Ala..puas sekejap je..seksaNya lagi lamaaaaa


Lepas bagi nota..buat lagi. Apa barang bagi nota? Bagila sms ke,mms ke biar senang pihak berwajib kesan kamu!! Oh ..aku lupa... muda mudi sekarang dah expert bab teknologi. Hari ni chating..esok jumpa..hari valentine bagi hadiah dara..cukup 9 bulan 10 hari.. campak je!!


Apa la nak jadi dengan Dasar pendidikan Negara?? Aku rasa kementerian kena ubah balik dasar pendidikan,asingkan pelajar lelaki dengan perempuan. Eh!! mana boleh..tak bebas u.. Eh!! Kolot la sekolah ni!!.. dan berbagai alasan lagi..semuanya di buat atas dasar mengejar kemajuan!! Ya!! Mengejar kemajuan Jahiliyyah!!!

DZULHAQQ - Puas kah hati anda bila melakukan zina?? Ala..puas sekejap je..seksaNya lagi lamaaaaa - merujuk kepada sebilangan manusia islam di malaysia yang menyokong kebebasan pergaulan.

9:16 PTG

Sinis!! Sungguh sinis TPM terhadap mat rempit - Malaysiakini

TANGANI GEJALA REMPIT - TPM

KUALA LUMPUR 12 Mei – Gejala mat rempit yang semakin membimbangkan perlu segera ditangani sebelum ia merebak menjadi ‘wabak’ yang mengundang pelbagai masalah lain dalam masyarakat, kata Muhyiddin Yassin. ( Utusan Malaysia)


SEKALI LAGI MAT REMPIT

Sesiapa yang tinggal dalam kota Kuala Lumpur sila pergi dan lihat wilayah Pantai Dalam. Lihat dan saksikan bom jangka yang sedang terpasang. Rumah rumah sempit. Keluarga besar. Hidup berhimpit-himpit. Padat dengan masalah sosial. Inilah ghetto dan inilah slum moden yang wujud di sekitar kota kita.

Persoalan timbul: Kenapa ketika rumah mereka didirikan tidak dibuat untuk keselesaan. Kenapa tidak dibuat tiga atau empat bilik, ada balcony dan ada taman rehat. Ada keselesaan untuk hidup. Kenapa orang miskin ini terus dimiskinkan. Kenapa ini lakukan ini terhadap orang miskin. Apakah nilai hidup mereka rendah sekali maka mereka dikandangkan seperti babi.

Perhatikan diwaktu malam kereta dan motosikal mereka beratur berlapis-lapis. Mereka tidak ada pilihan – wajib memiliki kereta atau motosikal untuk pergi menjual dan memburuh. Ini sengaja dirancang sebagai satu dasar untuk menggalakan pembelian kereta dan motosikal.

Sistem pengangkutan awam yang satu ketika dahulu agak tersusun telah dilupus. Kota Kuala Lumpur yang dahulunya cukup baik disambung oleh Seri Jaya tidak wujud lagi. Bas dua tingkat yang bergerak di Kuala Lumpur pada satu ketika dahulu kini hanya untuk pelancung. Sistem pengangkutan awam dianak tirikan untuk menyokong industri kereta.

Penduduk miskin kota ini tidak mungkin dapat memutuskan diri mereka dari jeratan lingkaran setan. Dari sinilah datangnya anak anak muda yang merempit ke hulu ke hilir. Dimana mereka hendak duduk. Rumah sempit. Hendak mengulang pelajaran tidak mungkin. Adik mahu menonton tv. Kakak telah mula mendewasa dan susunya telah membesar. Taman rekreasi tidak ada. Taman bola tidak ada. Dewan anak muda tidak ada. Nak bermain futsal – wajib membayar – semua milik towkay.

Bayangkan emak dan ayah nak mengentot pun susah sekali. Tidak mungkin kasih sayang akan muncul dari satu keluarga seperti ini. Tidak mungkin akan muncul Ibu Mitahli dari kawasan ini. Graduan- graduan dari kawasan-kawasan ini hanya akan berjaya melahirkan pencopet, tokan ganja, kaki pau – nasib-nasib baik akan muncul Mat Rempit dan peniaga warong.

Kurang kawasan untuk dijadikan tempat rehat dan taman permainan?

Di sebelah stesen bas Pudu Raya dahulunya ialah padang yang maha luas. Lake Garden dahulunya ialah taman indah dan dirosakkan dengan jalan-jalan untuk kereta. Hutan simpan Bukit Ceylon di musnahkan untuk bangunan. Penarahan kawasan ini masih belum selesai. Di hadapan Stadium Negara dan Stadium Merdeka dahulunya ialah taman dan padang yang indah – sekarang tempat kepala bana letak kereta.

Jangan lupa – di Kuala Lumpur ada berselirat padang golf. Di kawasan-kawasan mewah ada pula taman-taman bunga. Ada padang tempat rehat. Kenapa yang kaya tahu berehat dan yang miskin di kulibatakkan. Apakah mereka yang duduk di kampong Kerinchi tidak tahu berehat. Tidak memerlukan ketenangan.

Bila kita melihat anak muda yang sedang merempit cuba berfikir jauh. Jangan hanya hendak mengutuk. Cuba selidiki dan tanya dari mana mereka ini. Apakah ada keselesaan dalam rumah mereka. Apakah ada kesempurnaan dalam persekitaran hidup mereka.

Lihat dan sedarlah – kebanyakkan mereka ini memburuh – di kedai dan gedung-gedung yang dimiliki oleh pemodal antarabangsa. Mat Rempit inilah yang menjadi kuli batak di Tesco, Seven Eleven, di Giant, StarBuck, MacDogal. Merekalah yang memburuh dipelbagai retaurant dan café yang dimiliki oleh syarikat pemodal antarabangsa.

Apakah betul kerajaan ada keinginan untuk memperbaiki hidup mereka?

Jika jujur dan berniat baik maka : Susun dan tubuhkan kesatuan pekerja di semua pasar raya. Tubuhkan kesatuan sekerja untuk semua pekerja di Seven Eleven, di Giant, di Tesco , di MacDogal, di Burger King, di warong-warong Rehat Lebuh Raya Utara Selatan. Pastikan mereka yang memburuh ini bukan hanya menjadi kuli batak untuk pemodal antarabangsa. Pastikan anak anak muda yang merempit ini dibayar selumayan mungkin. Pastikan mereka tidak ditindas dengan gaji yang kecil. Wujudkan gaji minama untuk seluruh buruh pekerja.

Ini baru langkah tepat yang mendahulukan warga. Bukan mendahulukan keuntungan untuk pemodal.

Jangan hanya pandai menghina anak anak muda yang merempit sebagai wabak. Mereka bukan penyakit. Mereka adalah sebahagian dari kita. Mereka adalah anak semua bangsa. Jangan hanya pandai mengutuk dan menangkap. sumber artikel dari TT

11:46 PG

Ummi..Kasihmu sepanjang masa!! - Malaysiakini

Ada sahabat saya kata,semalam dari tarikh hari ini adalah hari ibu. Ada yang kata hari ini pula jatuh tarikh hari ibu. Saya pula kata pada kedua-dua sahabat ni,apa kata anda berdua rujuk pada ahli falak bilakah tarikh jatuh hari ibu sedunia. Tersengih mereka berdua... Bagi saya kasih ibu sepanjang masa,tiada hari hari tertentu. Anggaplah setiap hari adalah hari untuk kita sebagai anak merayakan hari ibu ini setiap masa. Janganlah ada hari tertentu..kecil hatinya nanti.. Ummi..kasihmu sepanjang hayat..tidak terbayar rasanya walaupun dengan nilaian ringgit atau US dollar..


Dengarkan lagu ummi nyanyian sami yusuf,penyanyi muda yang sedang meningkat naik berasal dari Azerbaijan dan sekarang menetap di london.

1:31 PG

Aduh!! Gambar ni lagi biru haru!! - Malaysiakini

gambar sumber al banjari



Hari itu saya ada letakkan gambar 2 orang sami sembahyang di sebuah masjid di salah sebuah negeri di perak. Kali ni pula saya dapat sekeping gambar dari sahabat saya tentang trend terkini anak muda apabila bersolat dengan memakai baju-baju atau pakaian yang bertulis. Trend ini mengikut musim. Jika musim bola alamat ramailah anak anak muda memakai baju liverpool yang ada sekali tertulis penajanya iaitu syarikat arak arak terkemuka dunia. Haah!! eloklah tu. Jaja lah arak tu!! Sila baca 10 golongan yang dilaknat dalam bab arak ni.

Tapi kita semua kena bersangka baik la pada mamat ni. Sangka baik bahawa solat dia sah,tapi cuba para pembaca semua baca apa yang tertulis di belakang baju anak muda ini!! Apa perasaan anda jika anda ber imamkan,ber makmumkan mamat ini atau bersolat di belakangnya? Sudah tiba masanya anda menambah 'power' spek mata anda jika masih juga tak nampak tulisan ini. Ataupun anda rela termasuk dalam golongan yang disebut oleh Allahyarham P.Ramlee..."siapa tak nampak,maknanya................" Haha..Jangan marah!!

DZULHAQQ - Tulisan di belakang baju mamat itu berbunyi "BORN TO ROCK, DRINK AND FUCK

12:34 PG

Buat tak senonoh lagi!! Kan dah kena belasah!! - Malaysiakini




Assalamualaikum dan Salam sejahtera!!

Video yang saya paparkan kali ini agak ganas sedikit. Mengenai segelintir perangai pendatang asing di malaysia. Datang sini,kerjalah rajin-rajin. Dapat duit buatlah rumah batu,jangan dapat duit untuk tempah keranda kayu!! Rakaman ini saya copy dari youtube. Dari penceritaan para security guard yang membelasah lelaki ini,juga dari tajuk video tersebut memberitahu bahawa pesalah ini di tangkap kerana MERABA BINI ORANG!!. Awas aa...bini orang jangan kacau!! Nasihat ini bukan hanya kepada warga asing,tetapi buat warga malaysia juga. Tegur menegur,ingat mengingat itu kan penting... Saya tabik pada brother yang keluarkan jurus ke-8 tumbukan monyet lapar tu. Ajar la saya cara tumbukkan macam tu. Handal tu!! Juga pada brother pak guard yang buat sparring ala-ala bruce lee,lain kali bila nak buat sparring,tarik nafas...sebut waaachaaa!!!

DZULHAQQ - Pak gad yang memukul tahanan tanpa bicara ala-ala I.S.A tu,saya nak bagitau,salah cara tu. Gunakanlah saluran undang-undang malaysia. Jangan try nak jadi polis. Cuba dengar mereka yang berada di dalam post guard tu. Siap mengaku polis lagi tu!! Setahu saya,polis takkan biarkan pukul memukul di khalayak ramai.

- Untuk Warga myanmar tu dan sekelian sahabatnya,buatlah lagi perangai macam tu..Kan!! Dah kena cepuk!!.. ( bak kata p.ramlee )

11:52 PTG

Cubaan bunuh adun PR?? - Malaysiakini

Salam sejahtera..

Baru ini saya mendapat update berita dari perak ekspress mengenai cubaan bunuh terhadap adun PR iaitu YB ADUN Kuala Kurau, Yunus Jamsari. klik sini.
Sekumpulan penyerang dalam tiga buah kereta telah menyerang kereta YB Yunus dan dilaporkan Pembantu Khas YB Yunus yang dikenali sebagai Pak Nan telah cedera parah.
Menurut YB Yunus, serangan berlaku kira-kira jam 8.40 malam tadi dimana sekumpulan hampir 20 orang lelaki Melayu telah menyerang Pak Nan yang pada waktu itu sedang minum disebuah warung berdekatan pejabat Pusat Khidmat DUN Kuala Kurau.

Sementara itu, seorang pemimpin PKR Perak memaklumkan bahawa semua ADUN telah diminta untuk menjaga keselamatan masing-masing berikutan ancaman dan ugutan ganas yang akan dilakukan terhadap mereka menjelang 7hb Mei ini.


DZULHAQQ - Selalunya yang banyak mati kena bunuh ialah pihak pembangkang. Belum ada dalam sejarah malaysia selepas merdeka,pihak penyokong umno mati di bunuh. Apa nak jadi??

11:00 PG

Awas!! Serunding Babi Di Pasaran - Malaysiakini

Perhatian buat peminat serunding!!


Pengunjung muslim yang berhasrat untuk mengunjungi negara Indonesia dinasihatkan berhati hati berikutan penemuan beberapa jenis ‘abon’ atau serunding yang mengandungi babi. Penemuan tersebut sendiri telah disahkan oleh pihak pihak berwajib di Indonesia.

Lebih mengejutkan, kesemua jenama serunding tersebut menampal logo halal yang direka secara palsu dan digunakan tanpa pengesahan daripada Majlis Ulama Indonesia (MUI).

Kepastian terhadap kewujudan perisa babi tersebut telah dilakukan menerusi ujian DNA, yang benar benar mengesahkan kebenaran dakwaan tersebut. Selain daripada itu, peralatan canggih, termasuk polikamera berangkai, turut digunakan untuk mengkaji struktur serunding tersebut.

Sementara itu, Halal Industry Corporation (HDC) Corporation Sdn Bhd memberi jaminan bahawa serunding yang berada di pasaran Malaysia tidak mengandungi babi dan adalah halal, manakala serunding yang diimport dari Indonesia melalui kawalan ketat untuk mengelakkan sebarang penipuan dan aktiviti aktiviti yang meragukan. Selepas pemeriksaan menyeluruh, HDC akan memperakukan dengan memberi logo halal.


DZULHAQQ - Serunding dari kelantan di jamin HALAL

1:54 PTG

Alhamdulillah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera!!


Diharap para pelawat berpuas hati dengan penampilan baru blog ini yang saya kira lebih santai dan mudah di akses. Kepuasan anda,tanggungjawab saya...

12:32 PTG

Jahannam!! Makin Jahannam!! - Malaysiakini

Apa nak jadi?? Apa dah jadi?? Ha? Woi? Pekak ke? Bisu ke? Malas aku nak cakap. Baca dan lihat sendiri apa yang iklan dari keratan tu cakap..

gambar sumber dari topeng perak

Padan muka kau!! Bagi lesen lagi!! Dapat la saham kau akhirat nanti!! Undi lagi!!! UNDIIIII!!!!!

DZULHAQQ - "Dapat la saham kau akhirat nanti!!" - ambil iktibar dari firman ALLAH yang bermaksud 'janganlah kamu cenderung kepada kezaliman nescaya kamu di sambar api neraka'.

- "Padan muka kau!! Bagi lesen lagi!!" - berdasarkan kepada negara ini siapa yang memerintah maka dia berkuasa penuh untuk menutup semua premis di seluruh negara,bukan tertakluk kepada kuasa kerajaan negeri.

- Undi lagi!!! UNDIIIII!!!!! - yang ini tafsiran bebas dari anda sendiri

Taasub Pada Allah
Solawat Atas Rosul

9:25 PG

Alhamdulillah!!! Semua gadis melayu islam dah tersingkir!! - Malaysiakini

Alhamdulillah....Syukur aku ucapkan kepada Allah S.W.T.

Allah telah menggerakkan hati hati manusia melayu islam di malaysia untuk menadah tangan dan berdoa. Amat benar,Allah memang suka kepada hambanNya yang berusaha. Doa juga adalah salah satu cabang usaha. Bila kita sudah berusaha dengan DOA,insya Allah,DIA tidak akan kecewakan kita. Terpulang kepadaNya mustajab atau makbul sesuatu doa. Terima kasih ustaz kerana mengajarkan saya tentang perihal doa.

Kali ini saya melihat dan berpendapat,doa sekelian muslimin yang peka terhadap isu ini makbul. Apa beza makbul dan mustajab? Insya Allah,nanti saya akan bagitahu bezanya. Kenapa MAKBUL? Apa kena mengena dengan MAKBUL dengan topik di atas? Rujuk dan klik link ini . TAHNIAH kepada yang berdoa. Anak gadis kita di laman web malaysian dreams girl sudah terkeluar semuanya. Hanya tinggal mereka yang bukan beragama islam saja untuk terus ke peringkat akhir. Bukan islam saya tak mahu komen. Yang kita mahu komen hanyalah anak gadis yang berbangsa melayu beragama islam saja.

Apapun,perjalanan masih panjang. Kita jangan setakat doa di sini sahaja. Teruskan doa dan usaha. Kepada mereka khususnya muslimat yang berkemampuan,dekati anak anak gadis ini. Ajar mereka tentang dosa pahala,syurga neraka,tentang aurat yang harus ditutup. Beritahu mereka bahawa menjadi model sebegini adalah perbuatan jahiliyyah. Hanya di zaman jahiliyyah saja perbuatan memperagakan wanita di hadapan "dif dif kehormat jahiliyyah" berlaku. Janganlah kembali ke zaman jahiliyyah. Ingat ya dik!!..

1:55 PG

Suspek "sms ugut bunuh" blog ganulening kena tangkap - Malaysiakini

Kerani syarikat swasta yang ditahan untuk membantu siasatan ‘SMS ugutan bunuh’ kepada tiga ADUN BN dipercayai adalah blogger yang mengendalikan laman ‘GanuLening’.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Terengganu, ACP Fauzi Abduri berkata, lelaki berusia 31 tahun itu diberkas di sebuah rumah di Bandar Baru Bangi, Selangor pada 9.30 pagi tiga hari lepas. berasal dari Seri Kembangan, Selangor."Kita telah menubuhkan sebuah pasukan khas untuk menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan dan insya-Allah ia akan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat," katanya.

Laman GanuLening.net, yang menggunakan IP
202.71.107.4, sebuah laman yang mengulas isu-isu semasa Terengganu, kini tidak boleh diakses

IP tersebut dikesan berpusat di Cyberjaya, berhampiran dengan Seri Kembangan, dimana lelaki yang disyakki tinggal disana.

Laman tersebut yang menggunakan motto 'membongkar dosa-dosa parti ajaran sesat' mempunyai kaitan dengan UMNO dengan carian internet menunjukkan ia mempunyai rujukan kepada laman-laman kendalian UMNO seperti UMNO TV, ahliumno.com, ganukita dan lain-lain.

gambar dan berita dari sumber

DZULHAQQ - kalau menurut berita ini bermakna inilah blogger dari umno yang pertama kena tangkap.

1:03 PG

Ayoyo!! Apa sudah jadi sama ini orang?? - Malaysiakini

Aku malas nak cakap banyak. Dah cukup meluat dah. kalau beginilah caranya......

gambar sumber

10:34 PG

Toyota Camry Exco Pakatan Rakyat di lelong!! - Malaysiakini

Kerajaan negeri Perak akan melelong 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi exco Pakatan Rakyat ketika menerajui pentadbiran kerajaan negeri.Kereta itu adalah yang menggunakan nombor pendaftaran AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606 yang kesemuanya didaftarkan pada 9 Jan tahun ini.Bagaimanapun, difahamkan kereta rasmi yang bernombor pendaftaran AGS10 yang digunakan oleh YAB Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak akan dilelong kerana beliau dikatakan telah membuat tempahan membeli kereta tersebut.

Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat mulai 4 Mei hingga 18 Mei ini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bahagian Pengurusan, Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan dengan harga RM20 senaskah.

Juga saya mengambil kesempatan ini untuk mengiklankan lagi sebuah kereta milik rakan saya yang ingin menjual kereta jenis MPV Citra. Di beli pada tahun 2008 bulan Jun. Kenderaan ini tidak sampai 1 tahun penggunaannya. Pemilik perempuan. Kondisi amat baik. Sesuai untuk mereka yang berkeluarga. Harga yang ingin di jual ialah RM 51,500. Sebarang pertanyaan sila hubungi zul 013-6677787. Tempoh ini terhad dalam masa 2 minggu bermula hari ini!! Lekas selagi stok masih ada...

9:42 PG

Salah siapa ini berlaku?? - Malaysiakini


Baru lagi rasanya saya masukkan video kekejaman seorang bibik @ pembantu rumah dalam blog ini. Gambar ini rasanya boleh hurai sedikit sebanyak kenapa seorang pelajar masih boleh menandakan jawapan pada gambar di atas yang bermaksud kasih sayang berdasarkan gambar seorang perempuan dengan seorang anak kecil di tafsirkan oleh pelajar ini sebagai kasih sayang seorang pembantu rumah?? aduhhh..

2:33 PTG

Gobind serah bantuan kewangan pada sekolah tahfiz - Malaysiakini



Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo telah menyerah sedikit sumbangan dalam satu Majlis Kesyukuran sempena penubuhan sekolah tahfiz yang dikenali sebagai Akademi Tahfiz Al-Hira dekat sini pada 19 April lalu.

Gobind ketika ditemui berkata, beliau berasa bangga dan berterima kasih kepada pihak yang terlibat kerana diberi peluang untuk bersama-sama memeriahkan lagi majlis kesyukuran sempena penubuhan Akademi Tahfiz Al Hira.

"Saya diberitahu dalam beberapa minggu lalu agar boleh mendapatkan sedikit sumbangan kewangan bagi menjayakan projek memberi pendidikan agama dan tahfiz kepada penduduk di sekitar Puchong.

"Di sini saya mahu tegaskan dua perkara iaitu, sebagaimana kita maklum bahawa saya sebagai Ahli Parlimen Puchong, peruntukkan yang kita dapat ini tidak selaras dengan peruntukkan yang diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)," katanya. Oleh itu, menurut beliau yang berjanji dengan pengetua sekolah ini untuk sedaya upaya untuk mendapatkan sedikit sebanyak sumbangan dari Kerajaan Negeri bagi menjayakan projek ini yang dilaksanakan oleh akademi ini.

Beliau menegaskan bahawa, akademi tahfiz seperti ini cukup penting kepada penduduk di dalam Parlimen Puchong.

"Saya hadir pada hari ini kerana hendak melihat sendiri sejauh mana perjalanan projek yang dilaksanakan dan projek ini memang berjaya. Saya harap, akademi ini akan terus berkembang agar seluruh Puchong bahkan seluruh negara tahu mengenai akademi tahfiz ini," sambung beliau.

Sementara itu, menurut pengetua, Ustaz Mohamad Izan Abdullah Halim al hafiz atau lebih mesra dikenali Adam, akademi ini telah ditubuhkan pada 5 Februari lalu dan telah mendapat sambutan yang sangat mengalakkan. Berita penuh di sini

Sebarang sumbangan ikhlas hendaklah dihulurkan kepada Akaun CIMB, Akademi Tahfiz Al-Hira, 12320000060108 atau boleh layari laman di www.akademitahfiz.com

dzulhaqq - orang melayu yang berfahaman melayu marah sungguh kalau baca berita ni..

11:30 PTG

Astagfirullah!! Melampau sungguh Bibik ini!! - Malaysiakini

Salam sejahtera..

Kamu semua sanggup tengok video ini?? Saya lagilah tak sanggup..

Kepada bakal suami dan isteri!!

Posting kali ini saya tidak menyeru kepada permusuhan atau berseteru. Tetapi sebagai manusia yang Allah s.w.t kurniakan akal yang sihat,perlukah anak anak ini di perlakukan sebegini rupa?? Anda fikirlah sedalam-dalamnya jika anda nanti mempunyai anak dan hendak mengambil bibik @ pembantu rumah @ maid. Seelok-elok jagaan,elok lagi tangan ibu sejati yang membela anak. Tangan ibu yang mengoncang buaian kelak nanti mengoncang dunia. Tangan bibik @ maid @ pembantu rumah yang menjaga rumah tangga mungkin nanti menggegar mahkamah kerana di dera!! Fikirlah ...Dan Lihat video ini.


9:31 PTG

Tok Sami Buddha terima hidayah Allah - Malaysiakini




Hari tu kecoh pasai Ngah Kor Ming baca ayat suci Al-Qur'an... semua pro Kerajaan melenting... dasat..! Pak Mufti pun marah, "orang bukan Islam tak leh baca Al-Qur'an... berdosa..!" (aku tak paham tang mana yang berdosa tu sebab setahu aku, yang bukan Islam tak tertakluk pada dosa pahala, mati esok jadik kayu api dekat neraka.

Hidayah Allah bila sampai tidak dapat ditahan-tahan. Gambar ini bukan di edit,di photoshop atau di super impose. Ori tu beb!!

Sesiapa ada kelapangan,tanyalah pak mufti. Apa kata Pak Mufti..?

Perkara ni berlaku di Perak... diulang Perak... bukan di Putrajaya atau di Terengganu atau mana-mana negeri lain.

Komen Pak Mufti jangan tak komen..!



Pope Benedict ketika menyertai solat di turki


sumber
gambar dari topeng perak.

1:10 PTG

Kecoh!! 10 ahli dewan undangan negeri trengganu tidak menghadiri sidang dun - Malaysiakini

Suasana Dewan Undangan Negeri Trengganu ketika boikot

KUALA TERENGGANU, 14 April: Politik Terengganu semakin panas hari ini, apabila hanya dua Adun BN yang menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri hari ini manakala 11 lagi tidak menyertainya.


11 Adun BN yang diketuai Rosol Wahid (Ajil) itu mengadakan sidang akhbar di Hotel Felda dan tidak menyertai sidang Dun yang berjalan pagi tadi.

Mereka mengadakan sidang akhbar itu jam 9.30 pagi selepas tiga dari mereka menerima ancaman bunuh melalui SMS.

Ketiga-tiga mereka adalah Datuk Rosol Wahid (Ajil), Zakaria Ariffin (Paka) dan Halim Jusoh (Pemaisuri).

Yang tinggal dalam Dun adalah Exco kerajaan negeri serta MB, Datuk Ahmad Said, dua Adun BN iaitu Hulu Besut (Nawi Mohamad) dan Kemasik (Rosli Othman) di samping Adun dari PAS.
Hanya seorang sahaja Adun BN dari 11 orang itu yang masuk ke Dun selepas selesai sidang media itu iaitu Wan Hakim Wan Mokhtar.

10 yang lain tidak menyertai sidang itu sehingga Dun berehat pada jam 12.30 tengahari tadi.

Semalam, Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi dari PAS mencadangkan agar Dun dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya semula diadakan. sumber dari siasah daily

10:06 PG

Tanda-tanda akil baligh bagi wanita - Malaysiakini

Salam sejahtera.. Posting kali ini bukan nak cerita bab hukum hakam terperinci berkenaan akil baligh. Tapi nak beri beza di antara akil baligh dan belum akil baligh. Kita di ajar,khususnya kaum perempuan tanda tanda akil baligh ialah dengan datangnya haid atau bahasa kampungnya 'datang bulan. Bermakna selepas datangnya haid,anak anak kita sewajibnya di gesa menutup aurat selaras firman Allah di dalam al quran yang bermaksud :
("Dan katakanlah kepada perempuan–perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami ataupun bapa, ataupun bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak-anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi anak saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan (di kaki) mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya") sikit punya steady polis wanita iran,dengan bertudung boleh buat style komando



Berdasarkan kepada ayat di atas, apabila anak anak anda telah mula mengalami haid,maka sewajibnya anak anda memakai tudung. Juga saya pernah melihat sendiri ada anak-anak kecil yang tidak di ajar oleh ibu bapa untuk mempraktiskan pemakaian tudung ini samaada ibunya memang tidak bertudung atau pemakaian tudung ini tidak di amalkan dalam kehidupan berkeluarga mereka.
Jadi apabila ini berlaku,agak sukar menyuruh anak anak memakai tudung. Untuk mengelakkan perkara ini terjadi,semasa anak anak perempuan anda berada di lingkungan umur memasuki pra persekolahan,maka saya anjurkan anak anak perempuan anda di masukkan ke pusat asuhan yang bercirikan islam seperti PASTI,TASKI dan berbagai lagi mengikut selera anda sendiri. Ini kerana kemasukan ke sekolah sekolah sebegini memang mewajibkan mereka ini memakai hijab atau tudung sebagai ciri pemakaian sekolah.


Insya Allah,apabila anak anda telah mengalami Haid,mereka tidak akan kekok untuk bertudung. Apa niat utama posting saya kali ini?? Point saya ialah jika anak anak kecil yang sudah akil baligh sudah pandai memakai tudung kerana bertudung itu kewajipan beragama bagi anak anak gadis islam,maka MEREKA iaitu perempuan islam yang sudah melepasi umur belasan tahun dan tidak memakai tudung dan menganggap tudung atau hijab sebagai suatu pakaian tradisi maka selayaknya mereka ini di gelar belum akil baligh ataupun bahasa kasarnya... "pergi menyusu semula kat emak,jadi budak budak semula"..

11:57 PG

Alhamdulillah!! Anak gadis Islam ini semakin tersingkir!! - Malaysiakini

Alhamdulillah...

 Gadis gadis melayu di dalam program malaysian dream girl ini hanya tinggal seorang sahaja yang masih belum tersingkir..

  Berdoalah agar Natasha ini tersingkir..

 Berdoalah agar tangan tangan muslim tidak gatal meng 'sms' untuk kemenangan gadis ini menobatkan diri sebagai dream girl malaysia...

  Kepada adik-adik ku di dalam islam yang memasuki program ini..  Ingatlah bahawasanya Allah s.w.t menyayangi diri kamu dan memberi kamu masa untuk berubah... Kami blogger muslim sentiasa mendoakan kebaikkan untuk diri kamu dan keluarga kamu.


  TERUSKAN BERDOA!!

9:54 PG

Aduh!! Jahanam anak perempuan melayu kita ini!! - Malaysiakini

  Astagfirullah!!! Astagfirullah!! Astagfirullah!!

  Apa nak jadi anak melayu islam sekarang?? Mak Bapak korang tak ajar erti aurat ke?  Maka inilah jawapan perempuan perempuan ini.. 

   Suka hati kitorang lah..

   Wei lebai,nak dakwah pi masjid!!

  Kubur lain lainlah...

  Mak Bapak kitorang tak marah,yang kau nak menyibuk pehal?

  F*** u la. Jaga keluarga sendiri dulu,baru nak jaga i..

  Ala....esok-esok kami taubat la...

 Takutlah akan neraka wahai adik-adikku. Neraka itu perlu di isi. Elakkanlah dari menjadi ahlinya. Aku sayang korang sebab kamu itu islam. Tingkatkan islam itu dengan menambahkan iman. Maka kamu akan jadi orang yang beriman. Kepada adik-adikku didalam islam yang menyertai Program perosak akhlak, Malaysian Dream Girl ini seperti Nurliana,Ummi Farah Nasuha,Nor Hafshah,Mayang seri,Natasha dan juga Shaheeda...

  Janganlah tambah lagi koleksi anak malaysia yang rosak akhlak. Malulah dengan ALLAH!!!   Malulah kerana ALLAH telah menetapkan bagi kamu kaum hawa untuk berpakaian dengan sempurna.  Malulah dengan Nabi mu Muhammad s.a.w kerana bagaimana Baginda hendak memberi syafaat di akhirat dalam keadaan kamu bertelanjang di dunia? 

   Aku menangis lagi.......

http://www.malaysiandreamgirl.tv/top12.html

10:31 PG

VIDEO KEPUTUSAN TERKINI PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN BUKIT GANTANG - Malaysiakini

10:29 PG

VIDEO KEPUTUSAN TERKINI PILIHANRAYA KECIL DUN BUKIT SELAMBAU - Malaysiakini

10:34 PTG

KEPUTUSAN TERKINI SELEPAS PILIHANRAYA BUKIT GANTANG - Malaysiakini


  Alhamdulillah. Sujud dan syukur ku terhadap Allah. Itu saja. Malas nak cerita lagi. Esok nak kerja. Gambar ini sebagai tanda saya memang berharap kemenangan PAS.

9:46 PTG

KEPUTUSAN TERKINI PILIHANRAYA KECIL BUKIT SELAMBAU - Malaysiakini

PKR JUGA MENANG DI BUKIT SELAMBAU

PKR : 11157
BN : 9390
BEBAS : 1762
MAJORITI : 1186

TAHNIAH KEPADA SEMUA PETUGAS DAN PENYOKONG PAKATAN RAKYAT

9:12 PTG

KEPUTUSAN TERKINI PILIHANRAYA KECIL BUKIT GANTANG - Malaysiakini

PAS ; 21860
BN : 19086
BEBAS : 62
MAJORITI : 2774

TAHNIAH YB HJ NIZAR DAN SELURUH PENYOKONG DAN PENDOKONG PAKATAN RAKYAT MALAYSIA.

9:08 PTG

KEPUTUSAN TERKINI PILIHANRAYA KECIL BUKIT GANTANG - Malaysiakini

MAKLUMAT TIDAK RASMI KEPUTUSAN PRK P.059 BUKIT GANTANG

CALON PAS, DATO' SERI HJ NIZAR JAMALUDDIN MEMENANGI KERUSI PARLIMEN BUKIT GANTANG DENGAN MAJORITI 3283. HANYA LIMA SALURAN SAHAJA BELUM DITERIMA KEPUTUSAN.

 ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR

 SENTIASA IKUTI MAKLUMAT TERKINI DENGAN REFRESH BLOG INI ATAU TEKAN KEKUNCI F5 DI KEYBOARD ANDA!!

9:02 PTG

KEPUTUSAN TERKINI PILHANRAYA BUKIT SELAMBAU - Malaysiakini

     KEPUTUSAN TERKINI YANG BELUM DI UMUMKAN SECARA RASMI, PARTI KEADILAN RAKYAT ( PKR ) BERJAYA MEMPERTAHANKAN KERUSI. IKUTI SECARA LANGSUNG KENYATAAN AKHBAR DI TV ANDA!! KALAU ADA LAAA....

8:45 PTG

KEPUTUSAN TERKINI PILIHANRAYA KECIL BUKIT GANTANG - Malaysiakini

KEPUTUSAN TERKINI P. 059


PAS : 20929
BN : 17646
BEBAS : 60
ROSAK : 345
MAJORITI : 3283
JUMLAH SALURAN MENANG : 57
JUMLAH UPU MENANG : 16


SENTIASA IKUTI MAKLUMAT TERKINI DENGAN REFRESH BLOG INI ATAU TEKAN KEKUNCI F5 DI KEYBOARD ANDA!!

7:21 PTG

KEPUTUSAN TERKINI PILIHANRAYA KECIL BUKIT GANTANG - Malaysiakini

KEPUTUSAN TERKINI P. 059
PAS : 18559BN : 16010
BEBAS : 54
ROSAK : 296
MAJORITI : 2549
JUMLAH SALURAN MENANG : 51
JUMLAH UPU MENANG : 15






SENTIASA IKUTI MAKLUMAT TERKINI DENGAN REFRESH BLOG INI ATAU TEKAN KEKUNCI F5 DI KEYBOARD ANDA!!

7:15 PTG

KEPUTUSAN TERKINI PILIHANRAYA KECIL BUKIT GANTANG,BUKIT SELAMBAU DAN BATANG AI - Malaysiakini

INFO TERKINI YANG TIDAK RASMI MENGATAKAN BAHAWA PR TELAH MEMENANGI PARLIMEN BUKIT GANTANG DENGAN MAJORITI 5000 RIBU LEBIH MANAKALA BUKIT SELAMBAU 500 LEBIH DAN BATANG AI DI MENANGI BN DENGAN MAJORITI 1000 LEBIH.

SENTIASA UPDATE DENGAN MENEKAN REFRESH ATAU TEKAN KEKUNCI F5 UNTUK BERITA DAN INFO TERKINI..HANYA DARI DZULHAQQ.BLOGSPOT.COM.

7:11 PTG

KEPUTUSAN TERKINI PILIHANRAYA KECIL BUKIT GANTANG - Malaysiakini

KEPUTUSAN TERKINI P. 059
07.04 pm

PAS : 10361
BN : 8117
BEBAS : 27
ROSAK : 119
MAJORITI : 2244
JUMLAH SALURAN MENANG : 32
JUMLAH UPU MENANG : 11


SENTIASA IKUTI MAKLUMAT TERKINI DENGAN REFRESH BLOG INI ATAU TEKAN KEKUNCI F5 DI KEYBOARD ANDA!!

7:10 PTG

KEPUTUSAN TERKINI PILIHANRAYA KECIL BUKIT SELAMBAU - Malaysiakini

Tidak resmi: Bukit Selambau

PKR = 8556
BN = 7786
13 Bebas = 714 (Berkongsi)

6:46 PTG

KEPUTUSAN TERKINI PILIHANRAYA KECIL BUKIT GANTANG - Malaysiakini

Keputusan terkini p. 05907.04 pm

PAS : 8932
BN :6584 
BEBAS : 24
ROSAK : 92
MAJORITI : 2348
JUMLAH SALURAN MENANG : 27
JUMLAH UPU MENANG : 10

SENTIASA IKUTI MAKLUMAT TERKINI DENGAN REFRESH BLOG INI ATAU TEKAN KEKUNCI F5 DI KEYBOARD ANDA!!

6:42 PTG

KEPUTUSAN TERKINI PILIHANRAYA KECIL BUKIT GANTANG - Malaysiakini

 MAKLUMAT DARI SB

 PAS INSYA ALLAH MENANG DI BUKIT GANTANG. APAPUN,SENTIASA REFRESH MAKLUMAT TERKINI..HANYA UNTUK ANDA DARI DZULHAQQ.BLOGSPOT.COM.

6:27 PTG

KEPUTUSAN TERKINI PILIHANRAYA KECIL BUKIT GANTANG - Malaysiakini

Keputusan terkini
6.37 pm


PAS : 4373
BN : 2852
BEBAS : 09
ROSAK : 36
MAJORITI : 1521

PAS MENDAHULUI

SENTIASA IKUTI MAKLUMAT TERKINI DENGAN REFRESH BLOG INI ATAU TEKAN KEKUNCI F5 DI KEYBOARD ANDA!!


6:16 PTG

KEPUTUSAN TERKINI PILIHANRAYA KECIL BUKIT GANTANG - Malaysiakini

UPU Sg. Rotan
PAS : 102
BN : 76
BEBAS : 0
PAS meningkat 15
BN meningkat 1

Keputusan : PAS Menang

SENTIASA IKUTI MAKLUMAT TERKINI DENGAN REFRESH BLOG INI ATAU TEKAN KEKUNCI F5 DI KEYBOARD ANDA!!

6:11 PTG

KEPUTUSAN TERKINI PILIHANRAYA KECIL BUKIT GANTANG - Malaysiakini

Keputusan pertama diterima secara tidak rasmi, UPU Kg Jaha - BN 150 undi, PAS 98 Undi, BEBAS O undi, Rosak 2 Undi. Undi PAS meningkat 28 undi, BN meningkat 10 Undi.

 SENTIASA IKUTI MAKLUMAT TERKINI DENGAN REFRESH BLOG INI ATAU TEKAN KEKUNCI F5 DI KEYBOARD ANDA!!

5:26 PTG

Keputusan Terkini Pilhanraya Bukit Gantang,Bukit Selambau dan Batang Ai - Malaysiakini

Salam Hormat..

Pada Pendapat dan pandangan saya,keputusan pilihanraya kecil yang berlangsung di tiga tempat akan memberikan satu impak besar. Sama-samalah kita nantikan.

  Hati saya dapat merasakan kemenangan besar bagi pihak Pakatan Rakyat di Bukit Gantang dan majoriti selesa bagi pihak Pakatan Rakyat di Bukit Selambau.  Manakala di Batang Ai,sarawak di jangka BN akan menang selesa. Itu hanya ramalan saya. Kalau PR menang di tiga tempat,sesuatu harus dilakukan oleh BN selepas ini. Kalau PR kalah di kesemua tempat,para pemimpin PR dan ahli serta penyokong seharusnya bekerja lebih keras lagi.

  Apapun,diharapkan kemenangan yang bakal menjelma akan membawa natijah yang baik di malaysia ini.

11:35 PG

LIVE @ Bukit Gantang - HOT..calon P.59 telah selamat diumumkan - malaysiakini

Tepat pada jam 11.20am, pengumuman calon yg akan bertanding di kerusi Parlimen P.59 ialah

Calon BN
Ismail Sapian - BN

Calon Bebas
Kamarul Amizu bin Idris - lambang payung

Calon PAS
Dato' Seri Ir. Nizar bin Jamaluddin - PAS

2:39 PG

Anda Beriman Kepada ALLAH? Lihat hukuman Pancung ke-2 ini - malaysiakini

Amacam? Berani buat jahat? Rogol? Bunuh orang? Murtad? Inilah hukuman mandatori kepada mujrim @ penjenayah. Hukum Allah tidak zalim tetapi manusialah yang menzalimi diri sendiri. Semoga Allah mengampunkan dosa penjenayah ini. Ameen. Al -Fatihah...

8:59 PG

Prinsip demokrasi ada dalam Al-Quran? - malaysiakini

Subhanallah,Masya Allah,Allahu Akbar!!

 Terpegun saya,menitis air mata. Betapa manusia sememangnya perlukan perancangan untuk hari yang mereka tidak ketahui perjalanannya.  Maha suci bagi Mu Ya Allah yang mengaturkan sebaik-baik perancangan.  Semalam dan hari ini merupakan 2 hari yang berbeza. Saya tak mahu ulas lebih lanjut. Anda baca,fahami sendiri...

  لَقَدْ رَضِيَ اللَّهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَنزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحاً قَرِيباً

Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya;

surah al fath: ayat 18

 Noktah..

3:01 PTG

Ulama tak boleh masuk politik?? - malaysiakini

Salam para bloggers dan para pembaca..

Saja saja saya menulis atas fikiran sendiri kerana 2-3 hari ini saya asyik memaparkan kisah pergelutan dan konflik politik di negeri perak. Bagi saya mudah. Manusia merancang,Allah merancang maka perancangan Allah yang lebih baik.

Hari ini saya berkesempatan sedikit berlegar-legar mencari maklmumat politik di negeri perak. Saya terjumpa satu artikel yang saya rasa amat menarik juga untuk kita bincangkan bersama.

Dengan bermodalkan tajuk ulama politik, saya dapati penulis ini tidak faham apa yang sebenarnya di tulisnya. Dengan bermodalkan gambar-gambar Nik Abdul Aziz ,penulis nampaknya menghentam kromo Nik Aziz tanpa mengetahui peribadi sebenar Tuan Guru ini. 

     Saya secara peribadi tidak kenapa dan mengapa dia mengatakan ulama dan politik tidak boleh bercampur. Mungkin dia ( saudara atau saudari-saya tak tahu jantinanya,sekadar dia meletakkan gambar seorang anak kecil di profilenya ) saya katakan mungkin mempunyai masalah dalam menilai yang mana satu ulama politik yang menghancurkan agama dan ulama politik yang menjaga agamaNya.

  Entahlah..sedari dia seorang perempuan,saya akur yang dia tidak lari dari mebuat kesilapan. Saya juga sendiri sering berlaku silap. Tapi dalam hal agama jangan kita membuat silap. Nasihat saya bila tuan puan membaca blognya,tak usahlah di komen,kerana komen saya sendiri yang mahu kepastian darinya tidak di lepaskan penerbitannya. Tidak mengapa,saya tidak berkecil hati.

    Bagi saya mudah,jika apa yang di dakwanya terhadap Nik Abdul Aziz tidak benar,maka dia sendiri yang menanggung akibat.

        Sudah saya ceritakan melalui komen-komen saya di blog siasah tentang siapa Nik Abdul Aziz. Saya bukan pemujanya.  Jauh sekali taasub denganya. Cuma kadar taasubnya saya kerana dia benar-benar ingin melaksanakan HUKUM ALLAH yaani HUDUD. Carilah dalam Al- Quran dan hadis tentang penegasannya.  Banyak dan sangat qoti'e. Juga hal Allah mencarut. Sudah saya terangkan di dalam komen di siasah daily.  Ada beberapa lagi isu sensasi yang di keluarkan oleh Tuan Guru yang saya masih lagi mengkajinya berdasar Al-Quran dan Hadis.

   Pembaca yang saya muliakan..

  Bukan niat saya nak menyakiti hati sesiapa.  Tapi dalam arena blog ini juga ada adab. Masuk ke dalam sesuatu blog yang berasaskan ilmu agama,hendaklah memulakan salam. Saya respect dengan sahabat saya yang memang pro melayu. Kenapa saya kata pro melayu? Memang apa saja yang dia huraikan,melayunya takkan hilang. Bukan itu saja. Di bengapnya saya dan mengatakan saya banyak makan semut!  Huhu.. Saudara saya ini selalu menyerang saya dengan komen tanpa memberi salam. Tapi alhamdulillah... Sekarang dia saya hormati kerana dia sudah memulakan salamnya dan tidak lagi dengan cara mencerca.. tahniah gomo

   Semua yang berlaku ada hikmah. Allah mengatur semuanya begitu cantik. Semua tatacara dan adab susila para blogger bukanlah kerana dia melayu tetapi ianya semua datang dari Islam yang suci. Kerana islamlah,melayu jadi baik tuturnya. Kerana islamlah,melayu menjadi sopan dan malu. Kerana islamlah,melayu menutup aurat. Tapi atas dasar global,melayu cuba jadi jaguh. Kerana global,melayu sudah mula buka aurat. Sila rujuk evolusi pakaian melayu di blog saudara gomo.Cuba tunjukkan saya kitab melayu yang menunjukkan semua ini bermula dari melayu?? Ada? 

  Semua kesopanan,kecantikkan dan peradaban itu datang dari ISLAM yng dibawa junjungan besar kita Muhammad S.A.W.  Argghhh...Pening kepala aku kalau kamu semua bawa perihal kebangsaan dalam hidup kita.  Bukankah Nabi sudah berpesan  tentang bezanya orang arab dan orang ajam? 

        “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuailah! Tiada kelebihan orang arab ke atas a’jam (yang bukan arab), atau a’jam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).

   NOKTAH!!!

12:02 PTG

Keputusan SMS NTV7: 97 peratus undi sokong sidang DUN ~ ref malaysiakini

Keputusan Undian SMS yang dikendalikan oleh NTV7 melalui berita '7 Edition' baru-baru ini bertajuk "Apakah Sidang Tergempar SAH?" mendapat respon yang begitu mengejutkan.

Dalam undian terbabit hasilnya secara keseluruhan, 97 peratus rakyat Malaysia menyatakan bahawa sidang tergempar DUN itu sah diadakan esok sungguhpun Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak menyanggah keputusan Speaker DUN Speaker DUN Perak, V.Sivakumar.Kata Najib ianya tidak boleh memanggil sidang tergempar kerana mahkamah belum membuat keputusan berhubung status kerajaan negeri itu sedangkan sebelum ini tanpa menunggu keputusan mahkamah, beliau menyokong dan bersetuju melantik Dato' Dr Zambry sebagai menteri besar yang baru.Difahamkan terdapat tiga faktor untuk Speaker memanggil Sidang DUN tergempar ini tanpa memerlukan perkenan Sultan.

Pertama, beliau telah mendapat dua notis usul daripada dua ADUN Perak untuk dibincangkan segera iaitu Usul pertama oleh Khalil Idham Lim Abdullah (ADUN Titi Serong) yang mahu ahli dewan memberikan sokongan kepada Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin.Manakala usul kedua oleh Chang Lih Kang (ADUN Teja) yang mahu DUN dibubarkan bagi memberikan laluan kepada rakyat memilih melalui pilihanraya.

Kedua, sidang DUN yang lepas hanya ditangguhkan dan boleh disambung semula tanpa perlu lagi perkenan sultan maka speaker berhak untuk memanggil sidang tergempar sebagaimana Sidang Parlimen berhubung isu Palestin yang diadakan baru-baru ini tidak pun perlu mendapat perkenan Agong terlebih dahulu.

Ketiga, sidang DUN tergempar ini tidak perlu diberikan notis 14 hari seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan Tetap 27 (3) Peraturan Peraturan Tetap DUN Perak kerana notis itu hanya untuk persidangan biasa bukan tergempar.

Dzulhaqq- sikit hari NTV 7 akan di gam atau diberi amaran keras kerana menyiar atau membuat poll sms sedemikian.

1:51 PG

Anda Beriman kepada ALLAH? Lihat video hukuman pancung ini - malaysiakini

Hukuman qisos ke atas penjenayah kerana kesalahan bunuh. Semoga mengambil iktibar...

  Amacam?  Berani buat jahat? Rogol? Bunuh orang? Murtad?   Inilah hukuman mandatori kepada mujrim @ penjenayah.  Hukum Allah tidak zalim tetapi manusialah yang menzalimi diri sendiri. Semoga Allah mengampunkan dosa penjenayah ini. Ameen. Al -Fatihah...

8:31 PTG

"Kebodohan kumpulan tertentu" kata Yang Dipertua Dewan Negara ~ ref MalaysiaKini

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh menyifatkan Pemuda Umno yang melakukan serangan ala-gangster ke atas Ahli Parlimen berkerusi roda dan berusia 69 tahun, Karpal Singh di dalam bangunan Parlimen semalam sebagai orang yang tidak bertamadun kerana menghalang anggota Parlimen daripada menjalankan tugas mereka, lapor mStar Online.

  Beliau mengingatkan, Parlimen sepatutnya menjadi tempat yang bebas untuk membahaskan sebarang isu tanpa dihalang oleh mana-mana pihak. Beliau menyifatkan kejadian itu berpunca dari "kebodohan kumpulan tertentu". Beliau juga menyifatkan kumpulan tersebut sebagai manusia yang tidak memahami penguatkuasaan undang-undang dalam sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.Katanya, insiden semalam bukan hanya memalukan Parlimen malah seluruh rakyat Malaysia.

  "Apa yang berlaku semalam adalah sesuatu yang tragis dan tidak patut berlaku di Parlimen tetapi disebabkan kebodohan kumpulan tertentu, sekatan terpaksa dikenakan terhadap sesiapa yang ingin memasuki kawasan Parlimen," katanya selepas menerima kunjungan hormat delegasi anggota Parlimen Eropah di Parlimen di sini, hari ini.

     Petang semalam, suasana di bangunan Parlimen kecoh apabila sekumpulan Pemuda Umno berindak ala-gangster mafia mengepung ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh sambil meminta Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mengakui ada menyebut perkataan "Pemuda Umno celaka" dan meminta maaf kepada mereka. Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 2.30 petang tadi ketika Karpal masuk melalui pintu utama bangunan tersebut. Kira-kira 20 hingga 30 ahli Pemuda Umno terbabit dan mereka dipercayai dari Selangor.


9:35 PTG

Gempar!! Umno dan Pas bergabung!! - Harakah




Hahahaha

9:03 PG

Apa!! ? 257,411 anak zina?? Tahniah!! - MalaysiaKini

    257,411 (baca- dua ratus lima puluh ribu emat ratus sebelas) anak zina. Bagus!!  Tahniah!! Teruskan mendaulat undang-undang sekular LORD RIED CELAKA ini di malaysia tanah airku.Statistik di atas menunjukkan dengan jelas bahawa inilah `hadiah' 
dari sebuah kebebasan (freedom) yang diperjuangkan, didakyahkan dan 
diterapkan di Malaysia oleh pemerintah sekular. Kebebasan yang 
berasal dari Barat memandang setiap individu perlu diberikan 
kebebasan untuk melakukan apa jua tindakan termasuklah perzinaan. 

Amalan zina tidak lagi menjadi satu perkara besar dalam masyarakat
sekular di Malaysia. Kita telah mendengar ada pemimpin terpaksa 
meletak jawatan kerana aktiviti zinanya dirakam oleh musuh 
politiknya. Kita juga pernah mendengar ada pihak yang menggunakan 
perzinaan untuk menangkap perasuah (semoga laknat Allah terkena 
kepada mereka) yang menjadi musuh politik mereka. Bahkan kita pernah 
mendengar ada ahli politik mengatakan pemberian perempuan untuk 
dizinainya sebagai sedekah. Beginilah parahnya kes yang terjadi dan 
cara berfikir mereka.Dengan angka zina mencecah ratusan ribu, ironinya pemimpin-pemimpin 
sekular pada hari ini hanya melihat statistik ini dengan sebelah 
mata, dan mungkin ada yang langsung tidak melihatnya. Daripada 
melihat angka zina, mereka lebih berminat melihat kepada pertumbuhan 
ekonomi, iaitu KNK negara. Mereka lebih berminat untuk membincangkan 
kenaikan dan kejatuhan indeks di BSKL. Mereka langsung tidak 
berminat untuk campurtangan dan menyelesaikan masalah selain dari 
masalah perut mereka. Inilah pemikiran Kapitalis sejati.

"Apabila zina dizahirkan dalam sebuah negeri, sesungguhnya mereka 
telah menghalalkan bagi diri mereka (penduduk negeri itu) dengan 
azab Allah." [HR at-Tabrani].

Kita melihat bagaimana pemerintah yang tamakkan kuasa berusaha 
mengekalkan kuasa masing-masing. Jika tidak berjaya melalui pilihan 
raya demokrasi, mereka akan menggunakan institusi raja-raja, 
pokoknya mereka tetap mahu berkuasa. Mereka langsung tidak mahu 
berfikir masalah sosial anak luar nikah yang begitu parah ini. Dalam 
cara hidup Kapitalis yang mereka amalkan, amalan zina, arak, judi, 
rasuah dan sebagainya bukanlah masalah besar negara.Malah mereka sendiri tidak pernah menghalang isteri mereka bersosial 
mengikut kehendak kebebasan isteri mereka. Jadilah isteri-isteri 
mereka orang-orang yang rambutnya menggerbang macam puntianak pun 
tidak mengapa bagi mereka, malah mungkin mereka menganggap dan 
menjadikan isteri mereka sebagai orang yang memperagakan 'fesyen 
Islam'. Jadi, tidak hairanlah kalau di kalangan pemimpin negara 
sekular hari ini yang kononnya memperjuangkan Islam, tetapi isteri 
mereka bisa sahaja berpeluk-pelukan dengan aktor Bollywood. Juga, 
tidak hairan kalau pemimpin Negara Islam Hadhari bisa sahaja 
memegang bahu seorang aktres Hong Kong kelahiran negeri Perak.

Dari aspek perundangan, kita juga sudah jijik melihat hakim Syarie 
yang kononnya bekerja untuk Islam, berhukum dengan hukum Kufur, 
undang-undang Hudud telah ditukar dengan undang-undang bikinan 
manusia, iaitu 365 (bilangan hari setahun) iaitu maksima 3 tahun 
penjara, 6 sebatan maksima dan RM5000 denda.
Inilah hukuman maksimum 
yang boleh dikenakan ke atas pelaku maksiat di dalam negara Islam 
Hadhari! 

dzulhaqq-Saya mengundi mereka yang bercita-cita untuk tegakkan hukum Allah. Jadi saya yakin ada 'saham' untuk saya di akhirat kelak.Kepada yang tidak,tunggulah 'saham' anda dan bertanggungjawablah terhadap anak-anak zina ini. Menunggu bilakah masanya untuk merejam dengan batu kepala pelaku penzina yang sudah berkahwin dan menyaksikan sebatan 100 kali terhadap pelaku zina yang belum berkahwin...



3:59 PTG

Dun Negeri Perak Bubar,mungkinkah berlaku dalam masa terdekat ini? - ~ ref MalaysiaKini

j j Salam para bloggers dan pembaca semua.

   Update terkini. Sahabat saya mengatakan hari ini dia dapat satu panggilan dari negeri Perak mengatakan mungkin semua DUN di Perak akan di bubarkan dalam masa terdekat. Entah dari mana beliau dapat berita ini. Saya secara peribadi tidaklah begitu percaya akan khabar begini. Walau bagaimanapun jika berlaku juga Pilihanraya Negeri,maka terpulanglah pada rakyat perak untuk memilih siapa yang akan memerintah untuk 4 tahun akan datang. 

     Yang pentingnya,hak rakyat untuk mengundi semula dan memilih kepimpinan kesukaan mereka. Juga akan berlaku dalam sejarah malaysia Menteri Besar pertama yang memerintah tidak sampai 1 bulan. Kalau BN menang,jawatan menteri besar bolehlah terus di sambung. Kalau kalah,terimalah sahaja kenyataan. Itupun kalau DUN negeri Perak di bubar. Jika tidak..tunggu sajalah pilihanraya 2 bukit itu..

   Juga untuk pak Berahim Ali,anda di pilih oleh pengundi di atas tiket PAS untuk membawa isu rakyat. Ikhlas saya perhatikan,walaupun anda seorang BEBAS,tapi tindak tanduk anda ti dak menampakkan kebebasan. Bahkan anda juga tidak berapa di sukai oleh UMNO sendiri. Saya juga sokong kenyataan TG Nik Aziz  agar Brahim Ali tunjuk "jantan" untuk melepaskan jawatan dan diadakan pilihanraya kecil parlimen pasir mas. Bukannya apa...tak elok mainkan perasaan pengundi....

3:27 PTG

Politik Malaysia,Hudud adalah penyelesaiannya ~ MalaysiaKini

Salam para blogers dan para pembaca.

Saya tahu,banyak ahli politik sekarang agak pening dan mudah meluat melihat situasi politik yang ntah sampai bila akan selesai. Saya juga selalu melihat laman-laman blog yang secara terkejutnya ada yang menyatakan ingin melihat bersatunya dua parti terbesar iaitu umno dan pas. Dan ada juga secara ekstrim telah meletakkan lambang umno ke dalam lambang bulan pas. Tapi itu semua hanya mimpi di siang hari. Baru 2 hari gamaknya meletakkan lambang baru itu,esoknya dah mula bergaduh!! Penyatuan apa ini?

Cara yang paling mudah ialah tegakkan hukum HUDUD jika umno mahukan kuasa memerintah yang lebh stabil. Boleh ke? Berani kah UMNO menegakkan hukum Allah ini yang dah berlapok di telan perlembagaan Lord Reid?? Hanya HUDUD jalan penyelesaiannya. Inilah yang dipinta oleh PAS semenjak dahulu lagi. Soalnya,mahukah UMNO ikhlas menegakkannya?

HUDUD ataupu HAD bermaksud hukuman yang sudah termaktub dalam al-quran dan menjadi hukuman mandatori terhadap pesalah jenayah syari'e. Nak bagi lojik akal untuk berfikir,Allah sudah tetapkan semua yang berada dalam kekuasaanNya supaya tidak melampaui batas atau melampaui had yang telah di tetapkan.

Contohnya seekor ikan kembung yang berada di dalam laut. Allah s.w.t sudah menetapkan yang HAD si ikan kembong ini tidak boleh berada di kawasan air tawar. Jika si ikan ini degil juga,maka dia secara automatik menjadi 'arwah' atas kedegilannya. Juga ikan sembilang yang berada di air tawar,tak boleh akan dia nak mengada-ngada berada di laut masin. Cuba buat ujikaji ini. Tangkap seekor ikan sembilang. Masukkan di dalam baldi dengan kuantiti air yang sedikit. Masukkan garam kasar. Apa akan jadi? (kanak-kanak dilarang menjalani ujikaji ini tanpa pengawasan ibu bapa). Kecuali ikan belacak (spesies ikan yang berada di muara air tawar dan air masin,mempunyai kaki kecil dan terkenal kepantasannya berlari serta berenang,mempunyai mata tersembul). Ikan belacak pun tidak mampu berada di darat untuk tempoh masa yang lama kerana Allah sudah tetapkan HADnya. Boleh fikir ke ni?

Juga kepada orang yang selalu memainkan sentimen derhaka pada raja. Sampai ada yang kata,kalau tak mahu pada Raja,pindahlah ke singapura. Bagi saya mudah saja dan dengar baik baik kata-kata saya ini..tidak mengira anda Raja,Pemerintah,Presiden UMNO atau PAS maupun DAP dan PKR,JKKK atau JPP ,JKR,penjaga tandas awam dan rakyat semua..

"JIKA ANDA TIDAK MAHU BERHUKUM KEPADA HUKUM ALLAH,MAKA CARILAH BUMI YANG LAIN"

8:11 PTG

Gempar!! Video yang tak ingin anda lihat ~ ref MalaysiaKini

Ouch!!..Ouch!! Charlie bit my finger!!... Bersih bahasa budak kecil bercakap lahjah britain. Sesekali santai lihat video karenah anak-anak kecil menyegarkan minda. Tengok video lucah nanti otak jadi biol. Layan.....jangan tak layan!!! Zaaaassssss!!  huhuhu



11:26 PG

Derhaka!! Derhaka!! Derhaka!! ~ ref MalaysiaKini



      

   Keratan Akhbar ini Tahun Bila Agaknya??  Kena Pakai Teropong Nak Lihat Lebih Jelas. Siapa yang mula-mula derhaka ini? Ahhh...Pening kepala aku. Tuan-tuan pembaca fikirlah sendiri.

sumber klik sini

12:29 PG

RFC- RADIX FRIED CHICKEN-Pukulan Maut untuk syarikat Pro Yahudi ~ MalaysiaKini





  Alhamdulillah....Syabas saya ucapkan kepada RFC SDN. BHD. ,sebuah anak syarikat daripada HPA Industries,sebuah syarikat bumiputera muslim yang menerokai bidang perubatan berasaskan herba di atas tertubuhnya Radix Fried Chicken ( RFC ). Diharap dapat melebarkan lagi perniagaan ayam goreng ini di seluruh malaysia bahkan di seluruh dunia Insya Allah. Rasa ayam RFC lebih sedap 100 kali dari apa yang ada di pasaran malaysia. Tak percaya ke? Cubalah!!

11:58 PTG

Antara gambar Elizabeth Wong dan video Chua Soi Lek ~ref MalaysiaKini

 Salam Sejahtera para bloggers dan pembaca...

   Antara 2 orang tokoh ini,nampaknya mempunyai persamaan. Persamaan dari segi musuh yang sama iaitu hasad dengki. Cuma bezanya,Chua Soi Lek mempunyai nafsu untuk beristeri lagi tetapi tidak mahu mengambil jalan mudah untuk beristeri lagi kerana mungkin dalam agama buddha melarang penganutnya bernikah lebih dari satu (maaf,saya kurang arif ttg agama buddha). 

 Maka Chua Soi Lek yang dahulunya Menteri Kesihatan Malaysia,yang motto jabatannya menegah pemuda pemudi dari melakukan zina,jauhi alkohol dan menyeru rakyat malaysia supaya mengamalkan seks selamat dengan menggunakan amalan kondom,akhirnya rebah disisi amoi sebangsa di sebuah hotel. Bertambah malangnya Soi Lek,aksi panasnya di rakam oleh pihak tidak bertanggungjawab.  Maka di edarkan salinan rakaman itu dalam bentuk DVD di seluruh tempat kelahirannya dan di kawasan jagaannya. Maka bila tersebar berita itu, Soi Lek langsung mengadakan sidang tergempar di media untuk menghuraikan kekusutan itu. Tahniah Soi Lek!!

   Kisah Elizabeth Wong pula lain versinya. Dakwa Eli,gambar itu di ambil ketika dia sedang tidur dalam keadaan intim dan separuh bogel. Eli bukanlah seorang yang terkenal atau berjawatan Menteri,tetapi kes ini telah menjatuhkan maruah peribadinya,sama seperti Soi Lek tadi.  Lalu Eli membuat laporan polis. Tahniah Eli !!

  Beza di antara bezanya amat mudah. Soi Lek terang terang melakukan zina. Eli sedang tidur tetapi di aniaya dengan jurukamera yang entah dari mana katanya mengambil gambarnya dalam keadaan begitu.  Soi Lek atas kapasiti Menteri Kesihatan menyeru orang melakukan kebaikan tetapi "kebaikannya" di rakam oleh kamera tersembunyi . Eli pula hanya sebagai exco  dan tertidur. Tidurnya pula di ambil kesempatan oleh kamera gatal. Maknanya, yang seorang itu redho dan seorang lagi tidak redho.

 

  Laporan polis sudah di buat Eli untuk menjaga namanya. Soi Lek tidak buat begitu,tapi letak terus jawatan. Bezanya antara 2 makhluk Allah ini, seorang lelaki dan seorang perempuan!! Dan sebelum terlupa,kau orang jangan harap aku nak letak gambar tak senonoh dalam blog ini.

p/s Mari kita lihat,blogger mana yang berani nak meletakkan gambar Elizabeth wong. Dan adakah blogger tersebut berani di tahan reman? Sama-sama kita nantikan!!

10:49 PTG

Antara imam 5 minit dan imam 5 tahun - MalaysiaKini

 Assalamualaykum dan salam sejahtera para pembaca..

   Umar Abdul Aziz (daripada Dinasti Umaiyah) yang kerap dianggap Khalifah Al-Rasyidin ke-5 (selepas Khalifah Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali), memerintah dua tahun enam bulan saja (99-101 Hijrah). 
  
  Menurut buku Sejarah, ketika pemerintahannya tiada orang layak menerima zakat. Ini menunjukkan negara penuh barakah. Demikian begitu berkesan dan adilnya beliau mentadbir negara.Tetapi selepas kematiannya, ada ulama besar bermimpi bertemu Umar Abdul Aziz dalam kepayahan yang amat sangat. Berpeluh-peluh dirinya. Lencun pakaiannya. 

Dalam mimpinya itu, ulama berkenaan bertanya mengapa Umar berkenaan begitu. Umar menjawab dia sedang dihisab mengenai pemerintahannya. Katanya, tempoh dia memerintah singkat saja (dua tahun enam bulan) tetapi sudah dihisab 12 tahun lamanya. Itulah yang menyebabkan dia bermandi keringat. 

Demikian kisah ini dibawakan oleh Tuan Guru dalam kuliah mingguannya di sebuah masjid di selatan tanah air baru-baru ini. Saya yang mendengar kuliah itu membuka telinga besar-besar apabila Tuan Guru menyatakan kehairanan mengapa ramai orang berebut-rebut menjadi pemimpin sedangkan pemimpinlah yang paling berat disoal di akhirat kelak. 

Katanya, Khalifah Al-Rasyidin sungguh takut memegang jawatan itu. Tetapi disebabkan amanah daripada umat Islam, mereka menerimanya. Kata Tuan Guru, Umar Al-Khattab menjadi gementar dan takut jika ada keldai mati tidak terurus di tebing Sungai Furat di Iraq kerana sebagai pemerintah, perkara sekecil itu pun akan diletakkan di pundaknya. Sekali pun keldai itu di Iraq yang ribuan kilometer dari Madinah, Umar menjadi begitu bimbang.
Pemimpin beramanah menangis ketakutan apabila dipikulkan jawatan ke pundaknya. Pemimpin hari ini pula ketawa berdekah-dekah dan mengadakan jamuan dan pesta sempena kemenangannya menjadi wakil rakyat, ahli Parlimen dan menteri. Terbayanglah impian menjadi kenyataan untuk memiliki kuasa besar, pangkat besar, gelaran besar, rumah besar (mahligai) dan kereta besar tetapi isteri tetap mahu yang comel! 

Tuan Guru berkata, semua golongan daif seperti anak yatim, ibu tunggal, orang miskin dan orang berhutang menjadi kewajipan pemimpin dan kerajaan untuk menanganinya. Berat, sungguh berat, kata Tuan Guru. Di akhirat kekal, golongan ini akan memegang pemimpin. Tiada peluang pemimpin hendak melarikan diri. 

Pemimpin dan kerajaan bertanggungjawab ke atas rakyatnya. Pemerintah bukan boleh buat sesuka hati ke atas dana rakyat. Itu wang rakyat, bukan mereka punya harta. Setiap apa yang dikutip daripada rakyat (misalnya zakat) perlu diagihkan kepada golongan yang berhak menerimanya. Jika mereka tidak menerimanya, mereka akan tuntut di akhirat kelak. Masa itu hendak dibayar dengan apa, sebab dinar, dolar dan ringgit tidak ada lagi! 

Dua tahun enam bulan saja Umar Abdul Aziz jadi pemerintah, begitu teruk dia melalui pemeriksaan. Berdasarkan ini, wahai pemimpin, Muslimin dan Muslimat (termasuk diri saya sendiri), bayangkanlah kepayahan yang akan kita hadapi nanti. Bagaimana kita mahu menjawab dakwaan orang-orang teraniaya.
Bagaimana pemimpin mahu menjawab dakwaan Nurin, Nurulhuda dan ramai lagi bahawa pembunuh berlegar-legar kerana hukum Islam tidak terlaksana? 

Bagaimanapun, pemimpin tidak berada di puncak kuasa tanpa campur tangan rakyat. Ini zaman moden, bukan zaman feudal di mana seseorang menjadi pemimpin dengan kekuatan pedangnya. Pada zaman ini orang mengundi untuk memilih pemimpin.Jika imam masjid saja dipilih di kalangan ‘orang baik-baik’ sedangkan di luar sana penyamun dan perasuah dijadikan pemimpin, maka akan lahirkan umat yang baik semasa di masjid (atau ketika solat saja), tapi apabila keluar daripada lingkungan itu, mereka tidak lagi kenal batas dosa atau pahala. 

Dikhuatiri itulah masyarakat yang kita lahirkan hari ini, buktinya anak-anak semakin kurang ajar, rasuah dan maksiat bermaharajalela manakala kebajikan tidak dipandang sebelah mata.



1:21 PG

Dato mengamuk kerana tanah - MalaysiaKini

 
Kisah ini berlaku di sebuah daerah di negeri Perak sebelum Pilihanraya Umum ke- 12 tahun lepas. Cuba dengar,nama siapa yang dato tu sebut dan maki sampai hot sangat orang tua tu.

 sumber: youtube

11:02 PTG

Hanya Firaun dan Namrud larang salahkan kerajaan - MalaysiaKini

Assalamualaikum dan salam sejahtera para bloggers dan pembaca.

         Saya beriman dengan ajaran bahawa kerajaan yang diistilahkan sebagai ulil amri hendaklah dipatuhi. 


Tetapi kepatuhan kepada ulil amri itu tidak mutlak. Kepatuhan yang mutlak ialah kepada Allah dan Rasul-Nya. Kepatuhan kepada ulil amri sepanjang ia patuh kepada Allah dan Rasul-Nya. 

Saya bukan menganjurkan kerajaan yang tidak patuh kepada Allah dan Rasul hendaklah diperangi. Tetapi saya hendak mengatakan kerajaan boleh ditegur dan boleh disalahkan jika diyakini dasar dan tindakannya tidak betul. 

Saidina Abu Bakar Siddiq ketika menerima perlantikan sebagai khalifah menuntut kepatuhan umat selagi dirinya berada pada jalan Allah dan Rasul. Tetapi jika beliau tidak mengikut jalan itu, maka beliau minta dibetulkan. 

Khalifah Umar al-Khatab membuat permintaan yang dari umat ketika menerima perlantikannya. Lalu bangun seorang pemuda menghunus pedang sambil mengingatkan Amirul Mukminin, pedangnya akan singgah ke lehernya jika beliau menyeleweng. Saidina Umar bersyukur kerana ada umat Islam yang sedia menegurnya. 

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, setiap orang adalah penggembala atau pemimpin. Dia akan ditanya tentang penggembalaannya atau pimpinannya. 

Allah akan bertanya pemimpin apa yang dibuatnya tentang pimpinannya. Bukan Allah saja yang akan bertanya kepadanya, tetapi setiap orang yang terasa dirinya dizalimi dan tidak mendapat layanan adil dari pemimpinnya berhak bertanya. 

Rasulullah s.a.w. adalah pemimpin contoh. Tiada yang bersalahan dalam pimpinannya, tetapi bermacam-macam karenah Badawi ditujukan kepadanya. Semua yang dihadapinya itu dilayan mengikut kesesuaian. 

Sepanjang sejarah manusia, para nabi minta umatnya taat kepada Allah dan setia arahannya. Tetapi tidak pula nabi-nabi itu melarang umatnya bertanya dan memberikan pandangan. Apabila ada yang tidak patut dan pandangan kaum musyrikin yang tidak betul, maka nabi-nabi itu pergi kepada mereka membuat penjelasan. 

Yang tidak mahu ditegur dan melarang rakyat membuat komen tentang perjalanan raja dan pemerintahan ialah Namrud, Firaun dan orang-orang yang zalim sepertinya.
Dalam dunia memang ada yang membangkang melulu, menentang kerajaan melulu, mengecam orang itu dan orang ini dengan melulu. Tetapi semua kelemahan itu tidak menjadi hujah untuk menafikan keperluan bangkangan, kritisme, kebebasan menyatakan pandangan, membantah dan menegur. 

Tidak ada yang manusia dapat harapkan raja bermata di hati dan pemerintah yang zalim dan diktator. Tetapi orang bergelar profesor dan bertaraf mufti bukan dari jenis seperti itu. 

Profesor yang menyokong kerajaan boleh membela kerajaan dan programnya yang dikatakan baik dengan hujah akademik yang kuat. Memang dari dulu ada kerajaan yang baik dan adil. Maka kerja profesorlah untuk membetulkan apa yang dirasakan salah oleh setengah orang. 

Tetapi profesor kerana bersetuju akan ada pula profesor yang lain menghujah yang dikataannya betul itu. Macam mana pun profesor yang setuju dengan kerajaan itu tidaklah wajar melarang teguran kepada kerajaan. Bukan begitu cara profesor. 

Profesor mesti mengelak menjadi seorang ahli propaganda. Bukanlah sifat profesor menjadi propagandis. 

Demikian juga mufti. Mufti mesti berkata betul. Islam tidak melarang menegur dan menyatakan zalim kepada yang zalim. Dalam Islam dalam keadaan sudah seratus peratus betul, masih diperlukan teguran. Imam-imam muktabar tidak menggalakkan ulama bekerja dengan kerajaan. 

Justeru itu ada ulama sedia dipenjara dari menerima tawaran bekerja dengan raja atau khalifah. Akan sukar bagi ulama untuk menyatakan yang benar itu benar. 

Yang menaikkan harga minyak ialah kerajaan. Yang menaikkan harga barang ialah peniaga dan disetujui oleh kerajaan. Yang mengadakan tol dan menaikkan tol adalah kerajaan. Yang memberi lesen kepada tv boleh menyiarkan itu dan ini adalah kerajaan. 

Bagaimana rakyat boleh menyalahkan dirinya atas kepincangan itu? Maka apakah kejadian itu dibiarkan saja? Apakah tidak boleh kerajaan disalahkan dalam perkara seperti itu sebagai contoh? 

Luncai yang dikatakan lucu itu pun tetap mengatakan kepala raja yang botak itu botak. Masakan profesor dan mufti tidak setuju botak kepala raja itu botak.

Pengikut yang tidak taasub