j j Salam para bloggers dan pembaca semua.
Update terkini. Sahabat saya mengatakan hari ini dia dapat satu panggilan dari negeri Perak mengatakan mungkin semua DUN di Perak akan di bubarkan dalam masa terdekat. Entah dari mana beliau dapat berita ini. Saya secara peribadi tidaklah begitu percaya akan khabar begini. Walau bagaimanapun jika berlaku juga Pilihanraya Negeri,maka terpulanglah pada rakyat perak untuk memilih siapa yang akan memerintah untuk 4 tahun akan datang.
Yang pentingnya,hak rakyat untuk mengundi semula dan memilih kepimpinan kesukaan mereka. Juga akan berlaku dalam sejarah malaysia Menteri Besar pertama yang memerintah tidak sampai 1 bulan. Kalau BN menang,jawatan menteri besar bolehlah terus di sambung. Kalau kalah,terimalah sahaja kenyataan. Itupun kalau DUN negeri Perak di bubar. Jika tidak..tunggu sajalah pilihanraya 2 bukit itu..
Juga untuk pak Berahim Ali,anda di pilih oleh pengundi di atas tiket PAS untuk membawa isu rakyat. Ikhlas saya perhatikan,walaupun anda seorang BEBAS,tapi tindak tanduk anda ti dak menampakkan kebebasan. Bahkan anda juga tidak berapa di sukai oleh UMNO sendiri. Saya juga sokong kenyataan TG Nik Aziz agar Brahim Ali tunjuk "jantan" untuk melepaskan jawatan dan diadakan pilihanraya kecil parlimen pasir mas. Bukannya apa...tak elok mainkan perasaan pengundi....
5 komen anda?:
SALAM BRO..
AKAN IBRAHIM ALI TU KAWAN RASA PENYOKONG PAS YANG ADA SEKARANG INI TIDAK BERMARUAH.
IBRAHIM ALI BERTANDING ATAS TIKET PAS. TUAN GURU YANG IZINKAN.
SEKARANG TUAN GURU JUGA KATA BIARKAN IBRAHIM ALI.
'SO KENAPA PENYOKONGNYA BERSUNGGUH-SUNGGUH NAK KAN IBRAHIM ALI LETAK JAWATAN???
IBRAHIM ALI NI JUJUR.
YANG SALAH DIA HENTAM
YANG BETUL DIA SOKONG.
NI DI NAMAKAN PEMIMPIN YANG JUJUR.
Kalau Pas dah izin Ibrahim Ali bertanding atas tiket Bebas... kenapa nak ungkit. Ibrahim Ali ana nampak ok jgk... Dua2 dia hentam. Umno dia hemtam semacam, Pas pun dia hentam semazam.. Jadi dia betul2 calon bebas..Dia tokoh politik tulen.
Terima kasih atas 2 penyoal yang bertanyakan soalan yang sama. Jadi saya akan jawab jawapan yang sama.
Bagi pendapat peribadi saya,Ibrahim Ali bukanlah ahli politik tulen. Mungkin dia tulen dari segi mata pandangan anda berdua tapi hakikatnya tidak.Kenapa?
Kita buka soal I.S.A. Umum mengetahui isa ini satu undang-undang yang kerajaan BN tubuhkan. Bukan pembangkang. Jadi kalau nak ikutkan sebagai AP Bebas,ibrahim Ali tidak boleh menyokong atau mengiakan undang2 tersebut. Dia kena bebas. Barulah lojik beliau di panggil Ahli Parlimen Bebas. Kalau dia condong kepadanya (ISA) maka apa bezanya Ibrahim Ali dengan BN yang menghalalkan undang2 zalim ini? Sekurang-kurangnya dia berpendapat ISA ini di hapuskan dan di ganti dengan undang-undang hasutan,barulah BEBAS.
Dia sendiri yang merayu nak memakai lambang PAS semasa pilihanraya dahulu. TGNA tak kisah asalkan dia jujur tapi yang berlaku sebaliknya. Kami para penyokong ramai tak setuju tapi pimpinan atasan setuju. Tapi kami tak macam umno bila tak setuju,pakat jatuhkan sesama sendiri bahkan kami sentiasa mengambil iktibar PERJANJIAN HUDAYBIAH. Dimana perjanjian ini ada juga para sahabat r.a yang tdak bersetuju tapi atas nama islam,sahabat tidak menjatuhkan Nabi s.a.w .
Yang menjatuhkan Islam bermula zaman nabi dan selepasnya ialah orang munafik. Yang menjatuhkan UMNO sekarang adalah pengikutnya dan 'tangan-tangan ghaib' di dalamnya. Apa bezanya? Anda jawaplah sendiri..
SALAM ILYA....BUKANKAH IBRAHIM ALI JUGA MERUPAKAN SEORANG BEKAS TAHANAN ISA???
JADI BELIAU TAHU MAN BAIK DAN BURUKNYA ISA ITU.
IBRAHIM ALI JUJUR....
ISA PERLU NAMUN IANYA PERLU DIKAJI DAN SISESUAIKAN DENGAN KEADAAN SEMASA.
PI RUJUK BETUL ATAU TIDAK IBRAHIM ALI MERUPAKAN BEKAS TAHANAN ISA!!!
Kalaulah dia bekas tahanan ISA jadi kenapa? Saya tak suka sebut peribadi orang tapi kalaulah PR dapat memerintah esok dan masukkan IBrahim Ali semula ke dalam ISA,adakah Ibrahim Ali akan kata ISA itu baik buatnya walaupun PR yang menyumbatkan dia kedalam penjara ISA?
Catat Ulasan