Nada dan Suara

...
11:30 PTG

Celaka kau wahai manusia!! - MalaysiaKini



Assalamualaykum dan salam sejahtera para blogger semua..

 Celaka!!..Memang kasar bunyi ayat ini. Tapi jangan salah faham..ayat saya tidak kena mengena dengan pergelutan politik sekarang. Cuma update saya yang terbaru ini hanya untuk ingatan semua. Juga peringatan untuk saya.Bukan nak sebelah sesiapa. Siapa makan tom yam,rasalah nikmatnya.

  "Dan diceritakan tentang hal mahluk Allah yang bernama "hajar" atau pun "hagar" dalam lahjah ammi iaitu bermaksud "batu" dalam bahasa melayu. Seorang mahluk Allah bernama manusia,belajar agama di mesir atau di negara -negara yang menyediakan ilmu-ilmu Allah untuk dihafal,dihadam atau talaqqi,maka bersungguh akan dia mendalami ilmu-ilmu itu dengan satu prinsip apabila balikakan dia ke tanah malayu ini,akan berkhidmatlah dia akan janjinya sebelum mula menghafal,menghadam dan men talaqqi tadi untuk bekerja sebagai hamba Robbul Jalil,meluahkan segala yang dihadamnya itu untuk mashalat umum dan raayat amnya. Maka berniat jitulah dia untuk menyampaikan hasrat hatinya untuk bekerja di Jabatan Agama Negeri yang 14 jumlahnya."

   "Ketika hampir dengan pejabat temuduga,niatnya telah tertukar. Aku mungkin glamour jika ilmu-ilmu yang telah aku hadamkan,hafalkan dan talaqqikan,aku ubah sedikit akan ia untuk mudah halalkan yang haram,haramkan yang halal,atau lebih mudah ianya HALAM."

  "Akan bila sampai kakinya memijak tangga pejabat yang diperbuat dari batu-batuan itu,bertempiklah si batu,hamba Allah yang bersumpah untuk selalu bertasbih kepadaNya."

      " Celakalah kau wahai manusia,aku sebagai batu-batuan di tangga ini tidak pernah lalai bertasbih kepada Nya,walaupun selalu dipijak. Celakalah kau wahai manusia,naik ke pejabat ini semata-mata hendak mencari ridho manusia,mengenyangkan perut,menyedapkan tekak semata-mata niat kau yang bertukar dari menjadi hamba Allah dan bertukar menjadi hamba manusia"...

4 komen anda?:

zali berkata...

batu tu betul-betul handal...sebab dia boleh baca tujuan orang tu naik ke pejabat tu ya...

teringat saya lagu batu :

batu sayang kau tak boleh berkata
semuanya kau lihat walau kau tak bermata
dari mula dunia engkau dicipta
hingga hujung dunia engkau kekal jua.

Hamba Miskin berkata...

Saya dah agak,kamu lah org pertama akan komen...

Logik akal..batu tak boleh mendengar apatah lagi berakal.

Logik didalam Islam,biawak @ dhob pun ucapkan solawat ke atas Nabi s.a.w,bahkan pokok tamar dan segala hidupan bersolawat ke atasnya.

Pengasas berkata...

Salam Ihya,
Benar.
Yang buat masalah ialah manusia, jin dan syaitan sahaja.

Hamba Miskin berkata...

Syukran laka ya ustazi..

Ustaz dah sihat? Saya doakan ustaz sihat seperti orang muda gara-gara "madu tualang yang di campur herba dan di goncang 100-200 kali".

Saya sentiasa melihat artikel kesihatan dan mujarobat ustaz. Semoga berjaya..

Pengikut yang tidak taasub