Salam sejahtera para bloggers..
Seorang pelajar yang dalam bahasa arabnya dipanggil talib (baca-tolib) dan bahasa farsi dan afghan dipanggil taliban,telah di jatuhi hukuman oleh mahkamah kota bharu penjara dua hari atau denda kerana tidak memakai topi keledar menunggang motosikal.
Pelajar pondok tersebut memilih berserban ketika menunggang motosikal. Bila di jatuhkan hukuman,dia enggan membayar denda sebaliknya bersedia di penjara. Ia adalah mahkamah pertama membicarakan kes berserban menaiki motosikal.
Memang hakim tidak jumpa dalam undang-undang menunggang motosikal penunggang boleh tidak bertopi keledar.. Parlimen yang membuat undang2 itu dalam tahun 60 an dulu mewajibkan penunggang memakai topi keledar. Tun Sardon Jubir yang ketika itu menteri pengangkutan membentangkan rang undang-undang wajib bertopi keledar di parlimen.
Bila rang undang2 itu diluluskan,pemimpin masyarakat sikh menyatakan kepada media bahawa undang2 itu akan menyebabkan lelaki sikh terpaksa menanggalkan serban sedang berserban wajib bagi dari segi agamanya. Mereka merayu supaya laki-laki sikh dikecualikan dari memakai topi keledar tetapi mereka mesti menunggang dengan berserban. Bagi laki-laki sikh yang sudah lama membuang serban,biarlah mereka memakai topi keledar. Tun Sardon bersetuju dengan rayuan ini.
Bila lelaki sikh dibenarkan berserban saja,maka para pak-pak haji dan pak lebai yang berserban pun merayu pula,kalau laki2 sikh boleh dikecualikan,maka orang islam pun patut diberi pilihan untuk berserban. Tun Sardon adalah seorang menteri yang mudah berkira,dia juga bersetuju supaya haji dan lebai boleh memilih untuk berserban.
Silapnya dia tidak membawa undang2 itu ke parlimen untuk dipinda. Memadai setakat undang2 yang diluluskan saja,polis tidak menahan dan tidaklah juga mendakwa penunggang islam yang berserban. Pihak polis pun sama. Setakat memadai mendengar kenyataan akhbar menteri,lalu tidak menguatkuasakan laki2 sikh dan laki2 islam mesti berserban ketika menunggang. Polis hanya menahan dan mendakwa orang yang tidak bertopi keledar dan tak berserban sahaja.
Bagi perempuan sikh pula tidak di wajibkan untuk berserban.. Ada di antara mereka yang memilih berserban seperti lelaki mereka dan ada yang memilih untuk bertopi keledar. Tapi bagi muslimat haram pula berserban kerana ia pakaian orang lelaki. Perempuan islam tidak boleh menyerupai lelaki dan orang lelaki tidak boleh menyerupai perempuan.
Cuma polis kelantan yang seorang itu yang amat peka kepada undang2,lalu dia menangkap pelajar pondok yang berserban. Tidak ada pula kita terdengar ada lain-lain orang yang berserban sambil menunggang ditahan dan di dakwa. Kalau polis itu bersungguh menguatkuasakan peraturan,maka pada hari itu saja ramai lagi yang menunggang berserban.
Tidak diketahui pula apakah polis itu gatal bertindak atau dia memang jenis seorang polis yang sangat peka terhadap undang2. Hebatlah polis itu. Dia seorang saja yang bertegas.
Masalahnya sekarang ialah penunggang berserban tidak menyedari berserban tidak termasuk dalam undang2 itu. Dan dia pula berpakaian begitu kerana Nabi s.a.w berpakaian begitu. Sekelian Nabi-Nabi berserban. dan Jibril a.s ketika menjelma sebagai manusia menemui Nabi s.a.w di masjid bertanyakan baginda tentang Islam dan iman,ia berpakaian serba putih termasuk berserban.
Tidaklah termasuk serban itu sebahagian dari rukun islam dan rukun iman,tetapi orang yang tinggi imannya serta taqwa akan menjadikan Nabi sebagai teladan,baik percakapan,perbuatan dan apa saja. Apabila Nabi berserban,maka orang yang bertaqwa juga berserban. Ramai juga ulama di mesir,indonesia,iraq dan lain2 tidak berserban. Tetapi apabila ada yang memilih serban,wajarlah orang islam menghormatinya. Kalau kita tidak benci ulama yang tak berserban,mengapa pula kita halang mereka yang ingin berserban? Kalau Jibril berserban ketika menemui Nabi s.a.w,maka wajarlah umat islam menhormati mereka yang berserban.
Pada zaman dahulu,orang tidak kisah sangat tentang pakaian. Penyokong PAS sendiri masa itu ramai yang berseluar pendek. Seniwati dulu bukan sekadar tidak bertudung,tetapi pakaian dedah belakang dan mini skirt adalah benda biasa. Tetapi sekarang 95% wanita umno bertudung,Sarimah pun tidak lekang dengan tudung. Noor kumalasari apatah lagi,maka orang sangat peka dengan isu berpakaian. Orang yang menolak HUDUD pun rata-rata menutup aurat.
Solat bersongkok mengikut Tunku dan Sukarno. Solat berserban mengikut Nabi dan Jibril. Mengikut cara Tunku tidaklah dilarang,mengikut Nabi lagilah elok. Kalau beratus ribu Polis tidak gatal untuk menahan penunggang berserban,maka apa ajaibnya seorang polis memburu seorang pelajar berserban menunggang dan membonceng motosikal?
Yang jadi susah ialah Tuan Hakim kalau penghakimannya tanpa disedari mensabitkan kesalahan orang yang hendak berpakaian seperti Nabi dan Jibril. Tetapi Hakim juga seperti tuan mufti tidak dapat berbuat apa-apa kalau undang2 yang didepannya tidak memberikan peruntukan yang lain dari di sediakan. Kes ini membayangkan kelemahan para ulama ketika rang undang2 itu dibentangkan zaman 60an dulu,tidak peka apa yang berlaku. Apatah lagi kalau masyarakat khususnya umarak sendiri tidak berhajat untuk mendaulatkan ulama. Kesimpulan,pakailah serban bukan kerana nak tunjuk angkuh atau nak melindungi diri kerana tiada lesen. Dan kita kena bersama mentaarifkan mereka yang menunggang motosikal dengan berserban dengan panggilan lebai yang di akui kelebaiannya atau kita bakal lihat nanti satu satu sunnah Nabi di persendakan dan dipenjarakan. Pesanan ikhlas- jangan suruh mat rempit memakai serban ketika berlumba,huru hara polis nak mengejarnya......
maksud berserban dalam kamus dewan ialah pakaian yang dipakai oleh orang sikh. Juga dipakai oleh orang yang telah menunaikan haji dan lebai. Taarif lebai ialah seorang lelaki yang mulutnya terkumat kamit membaca ayat2 suci dan zikir.
2 komen anda?:
alop. asalamualaikum. im a mualaff from selangor.
ijust want to know bout da meaning of
"Wa la Takrobul zina"
wsalam..
Terima kasih kerana sudi beri komen walau ianya bukan komen.
" wa la takrobul zina" means..
Don't be near to adulterate, unchastely, adultery, fornication.
Sorry miss,broken english..
Catat Ulasan