Nada dan Suara

...
3:12 PTG

Norway mengharamkan iklan arak sama sekali,malaysia? - malaysiakini

Perhatian!! Entry di bawah ada sedikit edit untuk memudahkan pembacaan.

Norway adalah negara sekular. Di dalam perlembagaan Norway, tiada peruntukan "Islam Agama Persekutuan" seperti dalam Perlembagaan Persekutuan. Norway pula hampir tiada orang Islam kerana bilangan orang Islam amat sedikit. Namun, soalnya sekarang mengapa negara Norway boleh mengadakan undang-undang arak yang JAUH lebih KETAT berbanding Malaysia di bawah pentadbiran Kerajaan?

Dan saya sengaja membawa contoh Norway kerana Norway adalah tergolong dalam negara maju dan berdaya saing. Malahan, daya saing Norway JAUH lebih tinggi dari Malaysia. Dan, Norway adalah negara yang jauh lebih kaya dari Malaysia. Norway juga antara negara dalam dunia pengeluar barangan teknologi tinggi. Misalnya, Norway mengeluarkan jenama barangan komunikasi "NERA". Malaysia sendiri mengimpot semua barangan telekomunikasi dari luar negeri.

Jelas kepada kita, Kerajaan hanya menanam tebu di bibir. Mereka heboh dalam bab "kalimah Allah" tapi benda yang jelas haram seperti arak dan judi, Kerajaan boleh biarkan serta galakkan.

Walaupun Norway tidak mengharamkan arak sama sekali, namun segala bentuk iklan arak diharamkan di Norway. Sebagai contoh pada 2008, sebuah pasukan bolasepak dari England bernama Everton FC telah menentang sebuah pasukan bolasepak Norway bernama SK Brann. Everton FC mengiklankan jenama beer “Chang” di atas jersey bolasepak mereka.

Namun, sewaktu mereka bermain di Norway, mereka terpaksa bermain dengan jersey kosong kerana undang2 Norway mengharamkan iklan arak dalam apa-apa bentuk sekalipun. Sila rujuk gambar di bawah:



Padahal, di waktu biasa, pemain yang sama seperti diatas akan memakai jersey seperti ini:



IKLAN ARAK DI MALAYSIA TIDAK HARAM

Berlainan di Malaysia, arak masih boleh diiklan di akhbar-akhbar bukan Melayu, di panggung-panggung wayang dan di beberapa media yang lain. Malahan, pada satu masa dahulu, Carlsberg telah menjadi penyumbang kepada Sukan Komenwell dan ianya dilakukan secara terbuka.

Yang menghairankan adalah Norway adalah negara bukan Islam, tiada peruntukan “Islam sebagai Agama Rasmi” di dalam perlembagaan Norway, tiada slogan seperti Islam Hadhari dan hampir tiada orang Islam di Norway.

Tapi, undang-undang arak lebih ketat di Norway berbanding Malaysia. Norway berpendapat kalau diizinkan iklan arak hanya akan menggalakkan lagi rakyatnya minum arak. Hasilnya nanti masaalah ketagihan arak di Norway akan bertambah buruk dan tidak dapat dikawal.

Juga Norway adalah negara yang lebih maju dan lebih kaya dari Malaysia. Namun, mereka lebih ketat mengawal arak berbanding Malaysia.

MELAYU/ISLAM DUDUK DI LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT ARAK

Pada masa yang sama juga, Kerajaan mengizinkan orang Melayu Islam dilantik menduduki Lembaga Pengarah Carlsberg dan Guiness Anchor. Sila rujuk contoh di bawah yang diambil dari laman web Carlsberg:



Melayu Islam diizinkan Kementrian Kewangan (bawahKerajaan) untuk duduk dalam Lembaga Pengarah Calrsberg dan Guiness Anchor. Itu tandanya Kerajaan menyokong industri judi dan arak di Malaysia.

Kesimpulannya, Kerajaan bersikap munafik dalam isu arak. Di hadapan rakyat umum, mereka bersandiwara kononnya berjuang Islam. Tapi, hakikat sebenarnya mereka adalah penaja dan pengempen arak nombor satu. Negara Norway yang lebih maju.

Syukurnya saya tidak menjadi penyokong Kerajaan. Sekurang-kurangya akidah dan agama saya terselamat dengan tidak menyokong Kerajaan. Sokongan Kerajaan pada industri arak dan judi ini akan menyebabkan akidah dan agama saya hancur.

Dzulhaqq - Kerajaan tu siapa? Korang letaklah sendiri..

2:45 PTG

Perhatian semua!! Saya sokong lesen judi bola sepak sempena world cup - malaysiakini

Saya mengucapkan syabas di atas keberanian kerajaan 1Malaysia dengan cadangan ideal mengeluarkan lesen pertaruhan halal sempena kehadiran World Cup dan juga Piala Thomas nanti.

Kita sebagai rakyat tidak harus hanya memandang serong terhadap tindak-tanduk kerajaan. Janganlah kita hanya tahu mengkritik tanpa mengambil kira pandangan dan faktor dari pelbagai sudut.

Memang benar bagai dikata, sekiranya kerajaan tidak mengeluarkan lesen yang halal untuk perjudian Piala Dunia, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan yang akhirnya menyebabkan kecacatan dalam pemerintahan negara.

Seperti sebelum ini, saya juga menyokong pemberian kondom percuma kepada remaja-remaja yang mahu mempraktikkan cara-cara menghasilkan zuriat, sebagai sumber pembelajaran dan sumber rujukan supaya gejala pembuangan bayi dapat dielakkan. Ini kerana sekiranya kondom tidak disediakan, perlakuan seks secara bebas pasti tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan jabatan agama.

Oleh demikian, dicadangkan juga dengan pemberian kondom tersebut, pakej seterusnya ialah menawarkan bilik hotel dengan kadar separuh bayaran, supaya gejala ini tidak berlaku di taman-taman bunga yang akhirnya akan mencacatkan pemandangan. Jika bilik hotel ini tidak disediakan, pasti taman bunga, rumah terbengkalai, panggung wayang, tangga-tangga apartment menjadi sarang melepaskan maksiat.

Justeru itu saya juga ingin mencadangkan agar lesen pelacuran juga diperkenalkan kerana aktiviti sosial seumpama ini tidak lagi dapat dibendung oleh pihak berkuasa. Contohnya yang berlaku di lorong Haji Taib, pusat-pusat karaoke dan rumah-rumah urut. Daripada membiarkan gejala ini berlaku secara haram, adalah lebih baik kerajaan menawarkan lesen pelacuran dengan cukai yang tinggi, lantas langkah anjakkan paradigma ini memberi pulangan terhadap kantung kewangan negara.

Pengeluaran lesen pelacuran halal ini juga akan membuka ruang kepada pelancung dari negara china untuk berkerjaya dengan lebih profesional kerana selama ini mereka kerap mengambil kesempatan di atas kapasiti pas lawatan sementara. Dengan kebenaran ini, ia memberi ruang kepada warga tempatan yang melalui kesempitan hidup agar mencuba nasib sebagai pelacur berlesen. Tidak kurang juga kekosongan jawatan sebagai bapak ayam berlesen.

Pihak kerajaan 1Malaysia memang prihatin keperluan semasa kerana Islam 1Malaysia itu adalah Islam yang mengikuti peredaran zaman. Kita sebagai rakyat yang bijak tidak harus hanya tahu memberi kritikan lantang semata-mata.

Tanpa kerajaan 1Malaysia, sudah pasti negara ini kucar-kacir dan berada di dalam kegelapan zaman. Kita akan ketinggalan arus sekiranya tidak menyokong kerajaan 1Malaysia kerana tanpa 1Malaysia, maka tiadalah jalan raya, tiadalah hospital, tiadalah sekolah, tiadalah empangan, tiadalah kapal selam yang tidak boleh menyelam, tiadalah pili air, tiadalah menara berkembar, tiadalah pusat judi 4 nombor ekor, tiadalah proton saga, tiadalah litar F1, tiadalah masjid kristal berupa vincent tan, tiadalah macam-macam lagi dan mungkin juga, tiadalah agama...

Revolusi ini menuntut setiap nafas yang dihirup itu dibayar dengan keazaman menegakkan keadilan !! sumber edyes

11:38 PTG

Ciri-ciri blogger berwibawa!! - Malaysiakini

Di antara ciri-ciri untuk menjadi blogger yang berwibawa di antaranya adalah:-

1. PASTIKAN KESAHIHAN SESUATU CERITA YANG HENDAK DI POST DI DALAM BLOG . GAGAL BERBUAT DEMIKIAN MEMUNGKINKAN ANDA DI DAKWA UNDANG UNDANG!!

2. BILA ANDA TELAH MENCIPTA BLOG SAMAADA PERIBADI ATAU UNTUK UMUM,TERUTAMANYA UNTUK BACAAN UMUM,PASTIKAN ANDA MEMBIARKAN SEGALA KOMEN DARI PENGUNJUNG TIDAK PERLU DI SAHKAN KERANA INI AKAN MENUNJUKKAN BAHAWA ANDA BUKAN SEORANG BLOGGER YANG AGAK MEMILIH-MILIH SESUATU KOMEN KHUSUSNYA KOMEN YANG MENYOKONG ANDA. JIKA ANDA TAKUT KOMEN ITU BERBAUR HASUTAN,REPOT SAJA PADA POLIS KERANA POLIS LEBIH PAKAR DALAM BIDANG MENGESAN I.P ADDRESS TERMASUKLAH KOMEN DARI anonymous.

3. APA YANG PENTING,SETIAP BLOGGER ITU BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA PENULISANNYA,SAMAADA 'DI DUNIA 'JUGA 'DI AKHIRAT'.

4. MAKSUD FRASA 'DI DUNIA' ITU BEERTI JIKA POSTING ANDA BERBAU UGUTAN,MAKA ANDA DI TUNTUT UNDANG UNDANG NEGARA. ADA SESUATU KES BERLAKU BLOGGER MENULIS TENTANG SUATU KEBENARAN TETAPI IANYA TIDAK BENAR DARI SEGI UNDANG UNDANG NEGARA,MAKA BLOGGER TERSEBUT HANYA DI DAKWA DI DUNIA IBARAT KATA IMAM SYAFIE 'DUNIA ITU PENJARA BAGI ORANG MUSLIM'.

5.MAKSUD FRASA 'DI AKHIRAT' ITU BEERTI SETIAP PENULISAN KHUSUSNYA DALAM BIDANG AGAMA ISLAM. JIKA PENULISAN ITU LARI DAN BERSALAHAN DENGAN AL QURAN DAN HADIS,MAKA JUMLAH PEMBACA BLOGNYA ITU RAMAI DAN BERSETUJU DENGAN PENULISAN JAHIL TERSEBUT (pembaca blog pun jahil agama), MAKA PENULIS BLOG BERTANGGUNGJAWAB ATAS DOSA PENULISAN TERSEBUT DAN DOSA PEMBACANYA YANG JAHIL. BEGITU JUGA SEBALIKNYA JIKA ANDA MENULIS UNTUK MENYERU MANUSIA KE ARAH KEBAIKKAN DAN DI BACA OLEH PEMBACA YANG JAHIL,PAHALA PENULISAN ITU AKAN ANDA DAPAT DAN SEKELIAN JUMLAH PAHALA DARI PEMBACA YANG JAHIL.

Nak bagi mudah faham,buatlah blog yang baik dan blog itu menjadi saksi anda di akhirat kelak bahawa anda telah menyampaikan apa yang Allah s.w.t dan para rosul firman dan hadiskan..banyak saham tu lebai.....

Pengikut yang tidak taasub