Saya mengucapkan syabas di atas keberanian kerajaan 1Malaysia dengan cadangan ideal mengeluarkan lesen pertaruhan halal sempena kehadiran World Cup dan juga Piala Thomas nanti.
Kita sebagai rakyat tidak harus hanya memandang serong terhadap tindak-tanduk kerajaan. Janganlah kita hanya tahu mengkritik tanpa mengambil kira pandangan dan faktor dari pelbagai sudut.
Memang benar bagai dikata, sekiranya kerajaan tidak mengeluarkan lesen yang halal untuk perjudian Piala Dunia, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan yang akhirnya menyebabkan kecacatan dalam pemerintahan negara.
Seperti sebelum ini, saya juga menyokong pemberian kondom percuma kepada remaja-remaja yang mahu mempraktikkan cara-cara menghasilkan zuriat, sebagai sumber pembelajaran dan sumber rujukan supaya gejala pembuangan bayi dapat dielakkan. Ini kerana sekiranya kondom tidak disediakan, perlakuan seks secara bebas pasti tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan jabatan agama.
Oleh demikian, dicadangkan juga dengan pemberian kondom tersebut, pakej seterusnya ialah menawarkan bilik hotel dengan kadar separuh bayaran, supaya gejala ini tidak berlaku di taman-taman bunga yang akhirnya akan mencacatkan pemandangan. Jika bilik hotel ini tidak disediakan, pasti taman bunga, rumah terbengkalai, panggung wayang, tangga-tangga apartment menjadi sarang melepaskan maksiat.
Justeru itu saya juga ingin mencadangkan agar lesen pelacuran juga diperkenalkan kerana aktiviti sosial seumpama ini tidak lagi dapat dibendung oleh pihak berkuasa. Contohnya yang berlaku di lorong Haji Taib, pusat-pusat karaoke dan rumah-rumah urut. Daripada membiarkan gejala ini berlaku secara haram, adalah lebih baik kerajaan menawarkan lesen pelacuran dengan cukai yang tinggi, lantas langkah anjakkan paradigma ini memberi pulangan terhadap kantung kewangan negara.
Pengeluaran lesen pelacuran halal ini juga akan membuka ruang kepada pelancung dari negara china untuk berkerjaya dengan lebih profesional kerana selama ini mereka kerap mengambil kesempatan di atas kapasiti pas lawatan sementara. Dengan kebenaran ini, ia memberi ruang kepada warga tempatan yang melalui kesempitan hidup agar mencuba nasib sebagai pelacur berlesen. Tidak kurang juga kekosongan jawatan sebagai bapak ayam berlesen.
Pihak kerajaan 1Malaysia memang prihatin keperluan semasa kerana Islam 1Malaysia itu adalah Islam yang mengikuti peredaran zaman. Kita sebagai rakyat yang bijak tidak harus hanya tahu memberi kritikan lantang semata-mata.
Tanpa kerajaan 1Malaysia, sudah pasti negara ini kucar-kacir dan berada di dalam kegelapan zaman. Kita akan ketinggalan arus sekiranya tidak menyokong kerajaan 1Malaysia kerana tanpa 1Malaysia, maka tiadalah jalan raya, tiadalah hospital, tiadalah sekolah, tiadalah empangan, tiadalah kapal selam yang tidak boleh menyelam, tiadalah pili air, tiadalah menara berkembar, tiadalah pusat judi 4 nombor ekor, tiadalah proton saga, tiadalah litar F1, tiadalah masjid kristal berupa vincent tan, tiadalah macam-macam lagi dan mungkin juga, tiadalah agama...
Revolusi ini menuntut setiap nafas yang dihirup itu dibayar dengan keazaman menegakkan keadilan !! sumber edyes
What you give,forget it. What you get,never forget it. Ya Muntaqim..
Catatan Popular
-
Mungkin tajuk kali ini agak pelik.Namun bagi saya tajuk kali ini agak relevan malah dituntut oleh Islam.Mungkin antara kita hanya pernah...
-
Ha..ha... tak tahu... Siapa yang mati? Siapa yang kena talqin? Pesal pakai bendera parti tutup si mati? Double meaning ke ni? Entah..aku pu...
-
Wahai Allah...aku kegelisahan....menjalani hidup ini sendirian sementara..tanpa hilaian tawa anak serta isteri.Wahai Allah ..hanya Kau sahaj...
-
Alhamdulillah....Syabas saya ucapkan kepada RFC SDN. BHD. ,sebuah anak syarikat daripada HPA Industries ,sebuah syarikat bumiputera musli...
-
Bismillah ar Rohman ar Rohim Solawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Rosulullah saw serta ahli keluarganya serta para sahabat. ...
-
Serangan mujahideen chechen ke atas tentera russia laknatullah adalah satu serangan yang amat berani dan mulia. Para mujahid tidak kenal ert...
-
assalamualaikum... ..Dah lama saya tidak menjenguk blog ini. Hari ini saya ada kesempatan untuk menulis sebentar. Baru baru ni saya baru pul...
-
Salam... Cuba tenung dalam-dalam wajah kanak-kanak ini,khusus bagi yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak kecil ,anda akan terasa s...
-
Assalamu alaikum Wr. Wb Bismillah…itulah rasanya kata yang tepat untuk memulai langkah dalam menulis ini. Kerana tidak ada yang pantas dij...
-
Salam para bloggers serta pembaca yang di rahmati Allah.. Dahsyat sungguh fitnah masakini...bercakap negatif tentang ketuanan melay...
Copy dan save di blog sendiri tanda anda seorang mujahideen!!
Pengunjung Terkini
Sesungguhnya mereka yang syahid itu tidak mati bahkan sentiasa di beri rezeki
Pautan Lain
- Alim Ulama Kito
- Anak Muda Zaman Sekarang,Lihatlah!!
- Assalamualaikum dato' harimau
- Bang Aji Taufik, Adun Paroi
- Belajarlah silat selagi ada nyawa
- Berita Politik Islam Malaysia
- Cina Islam
- Debat Politik
- Genta Rasa
- Ini Jalanku....
- Lobai Kampung
- Mantan Mufti N9
- Mujahideen Chechnya
- Pas Dun Johol
- Rahsia Besar Sejarah Empayar Siam/Melayu Islam
- Sham sufi
- Siyasah Syariyah
- Syeh Sambal
- Tak tahan panas,jangan klik sini..
- The blog of Alexanderwathern
- Untuk Hari Esok
- Ustaz Zaharuddin
- Wartawan melayu mengupas sejarah
Nada dan Suara
...
2:45 PTG
Perhatian semua!! Saya sokong lesen judi bola sepak sempena world cup - malaysiakini
di pos oleh Hamba Miskin
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


3 komen anda?:
Assalamualaikum Tuan.
Ini adalah langkah kerajaan untuk menjadi Negara Islam yang total...kot?
Waalaikumsalam sahabat...
Benar..ini adalah langkah kerajaan ke arah islam yang suci ...kot..!
Assalamualaikum,
"Amat penting bagi kita untuk melihat isu ini daripada perspektif ekonomi, daripada melihat daripada kaca mata politik," katanya lagi.-Presiden persatuan (CASSA) Datuk Dr Jacob George,Malaysiakini.
Thailand tak bergantung kepada judi,tapi pelacuran!,jadi, lesen kan juga pelacuran kerana pendapatan nya jauh lebih baik dari judi...kurang kurang kita boleh lah kenal siapa tokey yang mintak lesen nie...
Catat Ulasan