Nada dan Suara

...
1:31 PG

Aduh!! Gambar ni lagi biru haru!! - Malaysiakini

gambar sumber al banjari



Hari itu saya ada letakkan gambar 2 orang sami sembahyang di sebuah masjid di salah sebuah negeri di perak. Kali ni pula saya dapat sekeping gambar dari sahabat saya tentang trend terkini anak muda apabila bersolat dengan memakai baju-baju atau pakaian yang bertulis. Trend ini mengikut musim. Jika musim bola alamat ramailah anak anak muda memakai baju liverpool yang ada sekali tertulis penajanya iaitu syarikat arak arak terkemuka dunia. Haah!! eloklah tu. Jaja lah arak tu!! Sila baca 10 golongan yang dilaknat dalam bab arak ni.

Tapi kita semua kena bersangka baik la pada mamat ni. Sangka baik bahawa solat dia sah,tapi cuba para pembaca semua baca apa yang tertulis di belakang baju anak muda ini!! Apa perasaan anda jika anda ber imamkan,ber makmumkan mamat ini atau bersolat di belakangnya? Sudah tiba masanya anda menambah 'power' spek mata anda jika masih juga tak nampak tulisan ini. Ataupun anda rela termasuk dalam golongan yang disebut oleh Allahyarham P.Ramlee..."siapa tak nampak,maknanya................" Haha..Jangan marah!!

DZULHAQQ - Tulisan di belakang baju mamat itu berbunyi "BORN TO ROCK, DRINK AND FUCK

10 komen anda?:

ZulFiZa berkata...

Manusia akhir zaman ...banyak yang Jahil...kalau saya disana sudah tentu saya mendekati dia dan menegur cara yg baik...

Hamba Miskin berkata...

Terima kasih atas komen tuan..

Tuan Benar!!

amar husaini ismail berkata...

johol,johol...:(

mujahidah islam berkata...

Nauzubillah.. perkara sebegini seolah-olah mempersendakan agama! Mungkin masyarakat pada hari ini begitu cetek pengetahuan agamanya sehinggakan perkara berat sebegini dipandang ringan sahaja oleh mereka!

pendidik murobbi berkata...

slm ..alangkah teruknya zaman muda mudi sekarang ...sudah tidak menghiraukan agama dan melakukan apa yang hendak berlandaskan nafsu semata-mata...

ASYIQ berkata...

Salam ihya,

Saya juga pernah melalui pengalaman yang sama. Pernah berjumpa dgn seorang perempuan mengandung yang hanya memakai skirt pendek tetapi memakai tudung.

Saya pergi mendapatkannya...(mgkin terlalu teruja...) dan menegurnya dgn cara yang lembut. Saya minta dia hormat perintah Allah bukan dgn melakukan sesuatu yang boleh mengelirukan orang lain...terutama kepada yang jahil agama dan kepada orang bukan islam. Saya terangkan cara menutup aurat yang sepatutnya.

Dia minta maaf dan ucapkan terima kasih atas teguran saya.

Kalau saya ternmpak orang mcm di atas pun mgkn sy akan tegur...mgkin di tak tau BI kot...

Sy juga pernah menegur seorang lelaki yang bangga memakai baju bola berjenama callsberg...rupanya ramai yang tak kisah isu2 mcm ni.Hati tak sensitif...

Betapa bodohnya umat Islam ditipu sedemikian rupa.....ini antara perang saraf orang bukan islam!!!!

hakimi mahmud berkata...

sekurangnya dia solat(bersangka baiklah dengan beliau)..orang yang memakai jersi bola e.g. barcelona, ac milan etc..lg teruk, karena ada lambang SALIB!!

Hamba Miskin berkata...

Ya...

Kenalah sangka baik..

shah_apiz berkata...

memang salah.. tapi orang ini di hatinya ada satu sikap..

"TREND XMENGUBAH AKU UNTUK MENGERJAKAN SOLAT"

ia cuma perlu ditegur dengan baik.. insyaAllah sahabt ini akan paham..

Muhammad berkata...

Assalamu Ala Man ittaba' al-huda

Setiap sesuatu ada hikmahnya

silalah ke laman blog saya:

http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com/

http://surah-al-kahfi.blogspot.com/

Pengikut yang tidak taasub