Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);
Allah..
Jangan di tanya apa yang Dia boleh beri. Mohon,Dia Akan rezki..
=================================================================
Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan). Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya. Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya).Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak.Kemudian Ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering - (berubah warnanya) kehitam-hitaman.Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu - dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa.Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi.Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) Agama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna).Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu.Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya.Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya).Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh).Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia.Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu.Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.
=================================================================
Terima kasih ayah atas kebaikkan mu yang memberikan aku kesedaran atas qalam ini. Mak..halalkan segala makan minum anakmu. Ampunkan segala dosa. Mohon sangat mak!. Adik2 ku..Sesungguhnya abang mu ini menegur di atas kebenaran. Tidak sedetik dalam hatinya bersangka buruk. Semoga Allah swt sentiasa merahmati mu dan menganugerahkan pada anak anak mak dan ayah agar menjadi anak anak yang soleh solehah.
Kamu..
Terima kasih datang bertamu.Ini yang ku mampu. Kau mengajarku erti berazam dan tabah. Dengan kalimah ini aku menyedari diri bahawa cinta yang benar teguh adalah dengan mencintai Dia. Allah..Husnul Khotimah kan daku,keluargaku dan juga kamu. Itu doaku sehari hari. Tidak perlu memohon ridhoku atas qalam suci Al-Aqla. Suatu masa,kita akan mengerti betapa permainan perasaan adalah suatu gejolak jiwa yang maha dasyat dan boleh membunuh jiwa. Mungkin ada kepuasaan peribadi di situ. Sirnanya takkan kembali. Berhijrahlah kerana Allah. Akan sentiasa mendoakannya. Terpulang pada Dia apa yang terbaik untuk kita. Sama-sama kita nantikan episodnya :)
Ilham..
Jangan kau lari. Allah..Aku bermohon padaMU menyempurnakan ilham yang Kau Rezkikan agar ianya jadi kenyataan.Ahlan wa sahlan 11 bintang.. Ibroh,Azzam..
...فَاصْبِرْ صَبْرًا جَمِيلًا
Nafsu
Pergi main jauh jauh.. kau tidak diperlukan. Menyusahkan benakku.
Romadhon..
Datanglah segera..aku merindu..jika masih berkesempatan.
Untuk anak dan isteriku..inilah wasiatku.
Janganlah kalian mencintai dunia melampaui kadar. Bercukupanlah apa yang ada. Belum puas ku mengajari kalian dengan ilmu yang sekadar milik hanya Dia yang punya. Ketahuilah,aku amat menyayangi kalian. Jangan kau hampakan aku dengan tiada sebarang kiriman doa dan amal yang baik yang telah aku ajari setelah aku tiada. Sentiasalah beramal soleh. Jangan takut menegakkan kebenaran. Sentiasa membantu orang lain ketika diri sendiri juga dalam kesusahan.Tiada apa yang dapat aku berikan dari hartaku kerana miskinnya sang abi. Jika aku mendahului kamu,kuburan ku jangan kamu jadikan taman,memadailah dengan saranan Baginda saw yang kita cintai. Kita tidak akan tersesat selamanya selagi mengikuti 2 perkara tersebut; Al-Quran dan Hadis.
Wa solallahu 'ala Sayyidina Muhammad nabiyil ummiy wa 'ala alihi wa sohbihi wasallim tasliman kasiro..
2 komen anda?:
Ibrah bermakna bila ada islah.
Sabar itu cantik
senyum itu indah
Insya Allah..
Bertaqwa seadanya dan sentiasa bersemangat. Doakan..
Istajib d'ua ana ya Robb!
Catat Ulasan