Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”
Baginda bersabda: Hendaklah dia menyebutkan apa yang dihajatkannya. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1162.
Solawat dan salam ke atas Junjungan Rosulullah saw serta ahli keluarganya..
Istiharoh..
Kenapa ? Mengapa ?
Ianya adalah anjuran Baginda saw untuk ummatnya dalam mencapai keputusan. Pilihan para ulama,tabien serta mursalin dalam membuat pilihan. Ibadat ini bukan khusus untuk mencari jodoh tetapi juga untuk hal dan masalahat umum. Pilihlah jalan ini untuk memudahkan segala urusan. Semoga Allah swt memberikan petunjuk.
Petunjuk??
Ianya bukan semata petunjuk di alam mimpi. Mimpi para Rosul dan Nabi itu benar. Mimpi para pendosa hanyalah mainan tidur. Ianya mungkin di datangkan dengan gerak hati,di mudahkan segala hal yang di hajati. Selepas solat istiharoh,tidurlah dalam keadaan berwudhu',pakaian yang bersih...
Laksanakan ia selama 3,5 atau 7 hari berturut-turut atau mengikut kesesuaian hal. Insya Allah,Dia akan menunjukkan jalan dengan memberikan kecenderungan atau di gerakkan hati membuat sesuatu keputusan yang benar.
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).
Bacaan pada sujud terakhirnya sebanyak 40 kali
Sebelum bangkit dari sujud,mohonlah di dalam hati agar Allah swt mempertunjukkan jalan dan di mudahkan segala urusan.
Dan ini doa selepas solat istiharoh. Agar mudah memahami maksud,saya tuliskan dalam bahasa melayu yang bermaksud :
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.
Aamin.
0 komen anda?:
Catat Ulasan