Nada dan Suara

...
5:37 PTG

Antara peperangan Ideologi - Ahlul Sejarah pasti marah

Assalamualaikum wbt sahabat pembaca setia blog ini..


Melihat kepada isu kematian Chen Ping baru-baru ini ( baca - Chin Peng ),ada beberapa golongan yang pastinya marah dengan mendiang walaupun dia sudah menjadi abu.

"Mati juga akhirnya pengkhianat negara!"
"Jangan beri izin walau abu mayatnya masuk ke malaysia"
Dan bermacam-macam penghinaan..

Tahukah anda,kenapa dan mengapa mendiang mendapat anugerah  Order of the British Empire (OBE) dan dua pingat yang lain? Tidak bersebab lalu mendapat anugerah yang tinggi dari penjajah british?. Kita akan rungkaikan kemudiannya. Asas penceritaan,klimaks mesti di akhiran. Saya bukan penyanjung komunis,kapitalis,sosialis atau demokrasi. Tapi di dalam 4 ideologi utama sekularis ini pasti ada kebaikan walau bukan semua ide-ide di dalamnya boleh di guna-pakai. Jika di tanya pada saya apa yang terbaik,pasti saya mengangkat Al-Quran dan Hadis sebagai pegangan. Juga pada bukan islam yang pasti mengangkat norma-norma agama mereka sebagai terbaik. Tidak mengapa berbeza pendapat. Itu kan rahmat..

Isu utamanya,Chen Ping adalah pengkhianat. Juga terpalit nama Almarhum Mat Indera,seorang hafiz al quran,Almarhumah Syamsiah Fakeh, ( anak seorang Fakeh agamawan dari tanah minang ), Zaiton dan beberapa nama lagi,cukup yang ini dulu. Mereka terpalit pengkhianat bukan kerana komunisme tetapi kerana penceritaan sebelah pihak tentang kekejaman mereka. Kejam?? Kegilaan apakah mereka semua ini menganut komunis? Menganut? Menganut itu berkait Aqidah. Janganlah kita terlampau kejam menghukum mereka menganut komunis sedangkan Abdullah C.D semasa dalam buangan membuka pondok mengajar agama di selatan thailand. 




Chen Ping (lahir 21 Oktober 1924 sebagai Ong Boon Hwa) merupakan seorang ketua Parti Komunis Malaya.( PKM ). Beliau merupakan seorang Cina berketurunan Kantonis yang mendakwa dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal , di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar IpohPerak. Bagaimanapun, dalam perbicaraan memohon dibenarkan masuk Malaysia, dia gagal mengemukakan sijil kelahirannya. [2] Dia merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930. ( maklumat ini daripada wiki samaada benar atau tidak ).


Isunya,kerajaan malaysia di ketuai Dato Seri Najib di sokong kabinet tidak mahu mayatnya atau abu mayatnya memasuki dan di tanam di malaysia dengan alasan alasan yang tentunya seperti pada gambar di bawah..



Sila baca frasa "Pengkhianat ". Maknanya secara tidak langsung mendiang adalah yang di akui jasanya sebelum di "charge" sebagai pengkhianat. Jika pengganas sulu di namakan pengganas kerana menceroboh dan di dakwa atas akta "Mengishtiharkan peperangan kepada Yang Di Pertuan Agong " dan ini sangat berbeza dengan chen ping.Jika tidak,manakan dapat pingat dan anugerah ketika zaman itu. Fakta bukan? 



Sejarah..
Selagi mana ianya di tutup pasti ada yang cuba membongkarnya. Apa itu MPAJA? Bintang Tiga dan bermacam pergerakan yang menentang British sehinggalah BRITISH  mengharamkan semua pergerakan ini. Dan pergerakan apa pula yang menjadi "anak emas" british sehingga sekarang.? Kenapa bila wujud percanggahan undang-undang dalam demokrasi di malaysia,"mereka " akan kembali ke Britain bertanyakan dan mengadap Queen? Suspend? jangan tanya saya kerana saya bukannya pakar undang-undang,saya seorang budak kampung.

Tutup hal mendiang Chen Ping. Yang pergi tetap pergi. Wujudkan rasa hairan kenapa pejuang melayu islam dahulunya ( bukan semua ) sanggup menyertai komunis? YA!! Mereka mahu senjata. Untuk menentang kolonial. Bukan menganut fahaman. Dan mereka masih islam sehingga sekarang. Ini hanya masalah ideologi. Pertembungan Komunisme sebagai satu kuasa besar verses Demokrasi juga sebagai suatu kuasa besar dunia. Menjadi suatu kelemahan umat islam zaman dahulu tidak mempunyai senjata yang habis di angkut segala meriam dan belerang ke London suatu ketika dahulu. Tidak termasuk emas dan bijih timah. Tinggal keris,tombak dan doa sahaja. Pejuang islam zaman dahulu tidak pakai ketetapan. Mereka berusaha dalam apa segi sekalipun waima menyertai komunis asalkan tanah air di selamatkan dari penjajahan. Chen Ping hanya asbab,juga komunis.


Almarhumah Syamsiah Fakeh. Bukan sebarangan wanita pada zamannya. Fakeh adalah gelaran yang tinggi bagi almarhum ayahanda Arwah Syamsiah kerana fakih dalam bidang agama. Berasal dari tanah minang. Almarhumah Syamsiah menuntut di madrasah Diniah padang,sumatera barat bersama sama dengan Dato Aishah Ghani,wanita besi UMNO. Arwah tok karim ketika bertandang ke premis ku sering berkata " Setiap kali bertempur dengan pasukannya,setiap kali hujan gerimis" - wallahu a'lam.

Zaiton -( tiada gambar ) Nama sebenarnya tidak saya ketahui tapi itulah panggilan kepada wanita pejuang yang berasal dari Jelebu,negeri Sembilan. Kehebatan beliau menjadi bualan di zaman itu. Ketika dia menyerah diri di Rumah Pasung Kuala Pilah, OCPD ketika itu berbangsa Inggeris telah bersetuju untuk menempatkan beliau sementara di rumahnya sambil di beri kerja menguruskan keluarga dan anak-anak OCPD tersebut. Pernah banyak kali gegak gempita penghuni berek rumah pasung kerana sering "kehilangan @ ghaib" jasadnya Zaiton. Ilmu apa yang di amalkan,saya tidak mahu ambil pusing. Pernah menghadiri majlis "Kerjan"  ( Majlis Tabal Dato Undang Yang baru ) ketika zaman pemerintahan Dato Undang Abdul Manaf,Undang Luak Johol. Ini semua kelebihan yang Allah kurniakan pada hambaNya yang terpilih dan beramal soleh. Wallahu a'lam. ( seperti di ceritakan oleh nendaku Hajjah Milah bt Maarof )

Juga di riwayatkan oleh moyangku Almarhumah Hajjah Sawiyah bt Abdullah kepada Hajjah Milah bt Maarof ketika zaman rumit di zaman jepun,ada beberapa keluarga kaum cina dari melaka berbangsa baba dan nyonya memohon simpati kerana di kejar soldadu jepun yang ganas. Simpati sesama manusia melebihi ketakutan ketika itu,lalu keluarga kami menyembunyikan mereka di celah-celah pokok rumbia di tepi sungai kampung tangkoh simat yang masih wujud  sehingga sekarang. Jika bukan kerana simpati kerana Allah, kemungkinan besar keturunan Ah Seng kedai runcit tidak ada benihnya di kampung ku,Kampung air mawang yang tercinta. Lebihan keluarga yang lain di arahkan untuk bersembunyi di kampung malok ( kg tumang ). Rezeki mereka untuk hidup lama tidak kesampaian. Persembunyian dapat di hidu jepun maka berakhirlah riwayat mereka di situ. Juga ada 3 keluarga yang mati di hujung benet tentera merah,mati di belakang rumah almarhumah moyangku. Yang hidup dan melihat kejadian itu ( keluarga cina tersebut ) akhirnya menjadi komunis dan menuntut bela.Dia hilang entah ke mana. Ceritanya berhenti di situ.

Apa sebenarnya yang saya hendak ceritakan,peperangan tidak mengira ideologi demokrasi atau komunis. Tidak ada peperangan yang berkasih sayang. Kaum melayu yang bekerja dengan british ketika itu sering menjadi mangsa serangan hendap komunis atas alasan mereka bekerja dengan penjajah. Kaum melayu yang menjadi komunis ketika itu di jejak tidak cukup tanah bukan kerana mereka itu melayu tetapi kerana mereka membunuh sanak saudara keluarga polis dan tentera melayu yang berkhidmat dengan british. Satu pihak ingin mempertahankan negara dan mengusir penjajah dan satu pihak lagi mempertahankan negara dan mempertahankan penjajah. Sejarah tidak mungkin menipu. Kerana Arwah atuk ku  ( Almarhum Haji Bujal @ Abdullah Sani seorang S.C @ A.C ( special constabel ) di zaman british. Berhenti awal dari perkhidmatan ,jawatan terakhir Ketua Polis Rumah Pasung Simpang Dangi dan tidak sanggup menumpahkan darah atas perselisihan ideologi. Pernah di tawarkan Bonus oleh kerajaan British melalui kerajaan Malaysia sebanyak 2 kali tapi punya maruah dan tidak mengambilnya. Juga Arwah Tok Karim tidak mengambilnya dan beberapa sahabatnya. Semoga Allah SWT merahmati ruh mereka. aamin.


Bukan pakar sejarah
Cuma menceritakan hal yang benar
dari sumber yang ku akui benar

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Dzul Haqq @ Dzikir Dhia
11 Dzul Qa'Dah 1434 Hijrah


2 komen anda?:

Tanpa Nama berkata...

Lawak bangang!!!

Hamba Miskin berkata...

Senyum itu lebih baik saudara..

:)

Pengikut yang tidak taasub