Nada dan Suara

...
4:37 PTG

solat sunat tasbih - antara cara menghapuskan dosa

Pengertian solat sunat tasbih

Solat sunat tasbih adalah solat sunat yang di lakukan sebanyak empar rakaat,baik pada waktu siang atau malam hari. Ia dinamakan solat tasbih kerana dalam solat ini di baca sebanyak 300 tasbih.yakni 75 kali setiap satu rakaat.

Solat sunat tasbih dianjurkan kalau boleh setiap hari,sekiranya tidak dapat melakukan pada setiap hari,kerjakanlah seminggu sekali. Andaikata tidak sanggup seminggu sekali usahakanlah sebulan sekali,cukup dengan setahun sekali jika setahun sekali pun tidak sanggup maka kerjakanlah dalam seumur hidup sekali. Tak sanggup juga? Tidurlah...

Hukum melaksanakannya

Rosulullah saw bersabda kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Mutallib: "Wahai bapa saudaraku! Sukakah aku berikan hadiah istimewa untukmu? Aku ajarkan sepuluh jenis perbuatan yang dapat menghapus sepuluh jenis dosa. Jika kau mengerjakannya maka Allah swt mengampuni dosa-dosamu,baik yang awal mahupun yang akhir,baik yang lama mahupun yang baru,baik yang tidak sengaja mahupun yang sengaja,yang kecik dan besar,yang tersembunyi atau terang-terangan. Sepuluh perbuatan itu ialah solat sebanyak empat rakaat setiap rakaat membaca Al-Fatihah dan surah,selesai membacanya dalam rakaat pertama,lalu bacalah ketika masih berdiri :

سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ

Sebanyak 15 kali. Kemudian rukuk dan dalam rukuk ini membaca seperti ayat di atas sebanyak 10 kali,kemudian iktidal dari rukuk dan baca lagi 10 kali,kemudian turun untuk mengerjakan sujud dan baca lagi 10 kali,angkat kepala dari sujud dan baca pula 10 kali,kemudian sujud lagi dan baca 10 kali. Angkat kepala dari sujud di waktu duduk istirehat ( duduk di antara 2 sujud ) baca lagi 10 kali. Dengan demikian jumlahnya adalah 75 kali dalam setiap rakaat. Demikianlah yang mesti dikerjakan dalam setiap rakaat dalam keempat-empat rakaat itu. Jikalau dapat mengerjakannya sekali dalam sehari,kerjakanlah. Jika tidak dapat boleh sejumaat sekali,jika tidak dapat,boleh sebulan sekali,kalau tidak dapat pula,kerjakanlah setahun sekali dan kalau masih tak dapat juga,maka kerjakanlah sekali seumur hidup". ( Hadis Riwayat Abu Daud,Ibnu Majah dan Tabrani)

Cara melaksanakan solat sunat tasbih

Melaksanakannya sama dengan solat sunat biasa cuma ditambah dengan bacaan tasbih sebanyak 75 kali pada tiap-tiap rakaat. Setelah berwudhu dengan sempurna,menghadap kiblat lalu berdiri di tempat yang suci kemudian berniat :

 أصَلِّي سُنَّةَ التَسْبِيحِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ لِلهِ تَعالىَ
"Sengaja aku solat sunat tasbih 4 rakaat kerana Allah Taala"

Kemudian takbiratul ihram  الله أكبر    
 dan sunat membaca doa Iftitah seperti berikut :-

اَلله أَكْبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً . إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن 



Sunat membaca ta'awuz sebelum membaca Fatihah :-

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Rukun atau wajib membaca Al- Fatihah selepas membaca doa iftitah dan setiap kali bangkit berdiri tegak dan sunat membaca آمين.

Berkenaan surah yang dibaca dalam mengerjakan solat tasbih ini sebenarnya tidak ada ketentuan pasti,cuma sebahagian ulama' berpendapat surah yang sebaiknya dibaca ketika mengerjakan solat tasbih ini ialah surah al waqiah pada rakaat pertama,al mulk pada rakaat kedua,an nashr pada krakaat ketiga dan surah al ikhlas pada rakaat keempat. Sekiranya tidak hafal,bolehlah membaca surah-surah pendek yang lainnya seperti al-kauthar,al kafiirun,al falaq,an naas dan lain lain.



                                                                               
Membaca Tasbih 15 kali

Selepas doa iftitah,al fatihah dan surah,sebelum rukuk ucapkanlah tasbih ini sebanyak 15 kali iaitu :-

سُبْحَانَ اللّهِ ، والْحَمْدُللّهِ ، وَ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ ، وَ اللّهُ اَكْبَرُ ، وَ لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ الْعَليِّ الْعَظيمِ

Dari seluruh tasbih yang dibaca pada rakaat pertama berjumlah 75 kali tasbih bermaksud 75 x 4 rakaat = 300 tasbih,insya Allah.

Dan inilah doa selepas solat sunat tasbih.



☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆


Semoga ada keberkatannya.

Dzul Haqq @ Dzikir Dhia

14 Dzul Qa'dah 1434 Hijrah











0 komen anda?:

Pengikut yang tidak taasub